Drama Review | Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 6 : Husin Kembali Bersama Zombi Part I

Wednesday, 17 February 2021

Pengarah : Mamat Khalid

Penulis Skrip : Mamat Khalid

Pelakon : Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London (Ahmad Ibrahim), Avaa Vanja, Nazeera Sardi, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya, Shuk Sahar, Sharwani, Mohd Rashid, Latiff Zami, Jasper Supayah, Reza Hasbi, Annie Mosha, Akmal Ahmad, Wan Raja

Genre : Komedi / Seram

Jumlah Episod : Episod

Tarikh Tayangan : 7 Disember 2020

Syarikat Produksi : Astro

Penyiaran : Astro Ria, Astro Citra HD, Astro GO, On Demand

Trailer :

 

Meriah betul foodtruck Cik Nab (Avaa Vanja) dengan anak dia, Cik Chun (Nazeera Sardi) sejak bertapak depan warung Pak Jabit (Aziz M. Osman) dalam episod lepas. Lagi membara hati Pak Jabit bila malam-malam ada sesi karaoke. Pak Din Pest Control (Kazar Sairi) dengan Cik Purnama (Dewa Sapri) paling sakan menari berjoget dekat situ. 

Sesuai lah dengan tajuk episod kali ni, Husin (Dato’ Awie) balik ke Kampong Pisang lepas dapat cuti seminggu. Sekarang dia bekerja sebagai store keeper di kilang buat spenda. Balik kali ni berhajat nak meminang Cik Chun tapi malang betul nasib dia sebab balik masa Kampong Pisang diserang zombie. Bermula dari pekerja Bakobar (Bell Ngasri) di kebun getah kemudiannya merebak habis ke pekan. 

Husin, Cik Chun dengan Mokhtar pergi ke pekan minta bantuan pihak polis untuk selamatkan penduduk Kampong Pisang sementara Bakobar, Wani, Pak Jabit, Cik Punama, Wani (Sharwani)  dan yang lain pergi ke kebun getah kepunyaan Bakobar untuk siasat dari mana datangnya masalah ni. 

Lepas kejayaan franchise Kampung Pisang, pengarah dan penulis Mamat Khalid tambah lagi  drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk hilangkan rindu peminat. Lepas Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (2013), Zombie Kilang Biskut (2014), dan Hantu Kak Limah (2018) kebanyakannya menggunakan pelakon yang sama tapi dalam drama ni ada beberapa watak yang digantikan pelakonnya kerana dah meninggal dunia ataupun busy dengan schedule lain. 

Kalau franchise Kampong Pisang ni mesti lah terkenal dengan dialek Perak tapi tak semua watak boleh menyembang dengan dialek tu. Dialog juga lebih terarah kepada dialog satira yang memerli masyarakat macam scene MA Madi (Adi Afendi) pula balik kampung Bagan Serai untuk mengundi pilihanraya sampai 2,3 hari dan scene orang kampung menyembang pasal punca terjadinya zombie kali ketiga. 

Sinematografi dalam drama Kampong Pisang Bersiri-Siri diadun dengan signature Mamat Khalid yang suka dengan tona warna vintage. Dalam episod Husin Kembali Bersama Zombi Part I ni tak ada pun penggunaan VFX dari Lil Studio Sdn Bhd tapi lebih kepada serlahkan hasil kerja MUA untuk zombie supaya nampak real. Masa dalam Zombi Kampung Pisang dulu memasing tepek bedak sejuk je. Suka tengok scene Husin bersilat dekat Buraq Oil tu sebab grading tone dia cantik. 

Untuk background music dalam drama ni kebanyakannya lagu-lagu lama zaman 80-an macam lagu Umpan Jinak Di Air Tenang nyanyian Ahmad Jais. Dinyanyikan semula oleh watak Ahmad Yassin (Ahmad Yassin) yang buta tapi menghiburkan hati orang kampung dengan bakat dia di Warung Pak Jabit. Bonus la untuk fans Dato’ Awie sebab dalam episod ni ada scene dia menyanyi dengan Nazeera Sardi. Tribute untuk scene dia menyanyi dengan Ezzlyn dalam movie Zombi Kampung Pisang (2007) rasanya.

Memandangkan episod ni baru Part 1, belum sahih lagi punca penduduk Kampong Pisang bertukar menjadi zombie sebab si Wani dah try air kepunyaan si Esun tapi tak ada apa yang pelik pun selain rasa payau air bukit. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.8 = 8.4/10

Selepas kejayaan series Sacred Games di Oscar, banyak production house Bollywood mula terbitkan web series dalam pelbagai genre untuk diterbitkan di OTT platform. Makin bertambah galak bila pandemik melanda kemudiannya diisytiharkan lockdown. Makin bertambah ramai yang menonton drama atau web series. 

Based on my reviews and rating, entry ni mengumpulkan drama atau web series Bollywood menarik yang diterbitkan pada tahun 2020 as future reference for you guys in case tak tahu nak tengok apa dekat OTT platform. 

1. Delhi Crime  (Netflix)

Web series terbitan Netflix yang menang di Academy Awards ni diadaptasi dari kes gang rape yang berlaku di Delhi, India. Tragedi kejam ni mendapat tumpuan seluruh dunia dan pengarah Richie Mehta hasilkan skrip dari perspektif polis yang bekerja siang malam untuk keaadilan pada si mangsa. 

Director : Richie Mehta

Writer : Richie Mehta

Cast : Shefali Shah, Rasika Dugal, Adil Hussain, Rajesh Tailang, Yashaswini Dayama, Denzil Smith,  Abhilasha Singh, Sanjay Bishnoi, Mridul Sharma

Genre : Crime / Drama / Thriller

Running Episodes : 10 episodes


2. Aarya (Hotstar)


Diadaptasikan dari drama Dutch bertajuk Penoza arahan Pieter Bart Korthuis yang diterbitkan pada tahun 2017, Aarya mengangkat genre crime drama yang berkisar perniagaan haram di Rajashtan. Cerita bermula bila keluarga kecil Aarya bersama Tej terganggu dengan masalah bisnes yang timbul bila adik Aarya, Sangram dan Jahawarcuri heroin yang bernilai Rs300crore dari supplier Shekawat. Comeback untuk Sushmita Sen dan menang Best Actress untuk watak Aarya.

Director : Sandeep Modi, Ram Madhvani, Vinod Rawat

Writer : Sandeep Shrivastava, Anu Singh Choudhary

Cast :  Sushmita Sen, Chandrachur Singh, Ankur Bhatia, Vikas Kumar, Namit Das, Sikandar Kher, Jayant Kripalani, Manish Choudhary, Alexx ONell, Viren Vazirani, Virti Vaghani, Flora Saini, Gargi Sawant, Sugandha Garg

Genre : Crime / Drama

Running Episodes : 9 episodes


3. Masaba Masaba (Netflix)


Director : Sonam Nair

Writer : Sonam Nair, Nandini Gupta, Anupama Ramachandran

Cast :  Masaba Gupta, Amariah Awantaye, Neena Gupta, Neil Bhoopalam, Smaran Sahu, Satyadeep Mishra, Rytasha Rathore, Mithila Palkar, Gajraj Rao, Shibani Dandekar, Kiara Advani, Malvika Mohanan

Genre : Comedy / Drama

Running Episodes : 6 episodes


4. Bandish Bandits (Amazon Prime)

Gabungan musik antara penyanyi pop Bollywood, Tamanna dan penyanyi musik klasik, Radhe di Rajashtan menjadi kegilaan ramai. Tapi masalah datang bila Tamanna insecure dengan kelemahan vokal dia tambah pula selepas syarikat rakaman launch Radhe sebagai penyanyi utama dan bukannya duo seperti yang dijanjikan.  Komposer music album dalam drama ni telah menang award beberapa hari lepas. 

Director : Anand Tiwari

Writer : Amritpal Singh Bandra, Lara Ahsan Chandni, Anand Tiwari

Cast :  Naseeruddin Shah, Ritwik Bhowmik, Shreya Chaudhry, Atul Kulkarni, Rajesh Tailang, Kunaal Roy Kapur, Sheeba Chaddha, Amit Mistry, Tridha Choudhary, Rahul Kumar

Genre : Music / Drama / Romance

Running Episodes : 10 episodes


5. JL50 (SonyLiv)

Apa jadi kalau kapal terbang yang hilang 35 tahun lepas, muncul dan terhempas di hutan? Makhluk halus? Propaganda politik ataupun quantum physics which we can say time travel? Pegawai CBI, Shantanu Das dan partner dia, Gourango ditugaskan untuk menyiasat kes kapal terbang yang terhempas.

Director : Shailender Vyas

Writer : Shailender Vyas

Cast : Abhay Deol, Pankaj Kapur, Ritika Anand, Rajesh Sharma, Piyush Mishra

Genre : Mystery

Running Episodes : 4 episodes


6. Scam 1992 : The Harshad Mehta Story (SonyLiv)


Diadaptasikan dari novel ‘The Scam: Who Won, who Lost, who Got Away’ yang ditulis oleh Suchita Dalal dan suami dia, Debashish Basu yang banyak buat research tentang stock market dan juga  interview dengan Harshad Mehta sendiri selepas keluar dari penjara. Dalam series ni diceritakan sendiri bagaimana Harshad Mehta menggunakan bank tempatan untuk bersaing dengan bank aantarabangsa dalam dunia saham. Series ni telah menang beberapa award untuk kategori Best Drama, Best Actor dan Best Script.

Director : Hansal Mehta, Jay Mehta

Writer : Sumit Purohit, Saurav Dey, Vaibhav Vishal, Karan Vyas

Cast :  Pratik Gandhi, Shreya Dhanwanthary, Nikhil Dwivedi, Mamik Singh, Lalit Parimoo, Rajat Kapoor, Vishesh Bansal, Chirag Vohra, Anjali Barot

Genre : Crime / Drama

Running Episodes : 10 episodes


Actually ada banyak lagi drama atau web series yang tak sempat lagi nak layan tapi yang dalam list ni mostly yang dah menang beberapa awards dalam pelbagai kategori untuk tahun 2020. Happy binge-watching!

 


















Pes Sup Nas Kitchen, Resipi Tradisional

Tuesday, 16 February 2021

Tengahari tadi makan sup ayam teringat pulak dekat pes sup dari Nas Kitchen ni. Sebelum ni pernah makan masa balik Sabak Bernam sebab mak beli dari kawan dia. Bila rasa sedap, memang laju la nak book pes sup ni. 


Dah lama mencari pes masakan sebab dah malas nak beli bahan mentah atau kering banyak sangat. Ada pes ni mudah kerja dekat dapur, tuang je masuk dalam periuk dah siap dah. Lagipun tak boleh nak berlama dekat dapur sebab sekarang ni busy update review dengan entry lain. 


Satu pes seberat 300 gram ni cukup untuk 5 hingga 8 orang makan tapi sebab I dengan adik je dekat rumah ni so 4 kali jugak lah guna pes sup ni baru habis. Bila dah buka pes ni takut kualiti dia berkurang jadi simpan dia dekat bahagian sejuk beku. Defrost banyak kali pun rasa tetap sedap. 

Minggu lepas buat bihun sup ayam guna pes ni tapi sup ada banyak lagi so isi ayam tu diracik lepastu gaul dengan bawang dan daun sup ada lebih lepas tabur dalam sup ayam. Sumbat semua ni dalam tauhu goreng buat tauhu begedil. Haaaa jimat! Satu pes boleh buat dua tiga menu. My mom cakap kalau buat bubur pun dia letak pes ni. Licin satu family makan. 


Mudah sangat buat tauhu begedil ni, setengah jam je dah penuh dua bekas tupperware lepastu simpan dalam peti sejuk. Breakfast makan tauhu begedil panas-panas minum dengan teh o memang terangkatttt! 

Nanti dah habis pes sup Nas Kitchen ni memang nak beli lagi sebab sedap. Kalau tak silap ada pes Ayam Masak Merah, Masak Lemak Salai, Asam Pedas dengan Rendang. Ada jugak order asam pedas tapi selalu out of stock. Bukan rezeki lah nampaknya. Kalau ada yang duduk area Sabak Bernam, boleh la try pes Nas Kitchen ni. 

Pengarah :  Azhari Zain

Penulis Skrip :  Azhari Zain

Pelakon :  Azman Ahmad, Wan Maimunah Aziz, Jaja Iliyes, Nabila Huda, Azman (PU Man), Danish Danieal @ Coki, Zali Shuhaili, Villa Hafiz, Salwani Shaari, Abu Bakar Ahmad

Syarikat Produksi :  Arie Zaharie Production Sdn Bhd, AA Success Pictures

Pengedar :  Astro First

Genre :  Drama / Jenayah / Aksi

Durasi Tayangan :  90 minit

Tarikh Tayangan : 4 Februari 2021

Trailer :

Filem Petaka mengisahkan Sham (Azman Ahmad), jejaka kampung berkorban menjaga ibunya, Kak Mah (Wan Maimunah Aziz) yang sakit disebabkan kencing manis dengan mengambil upah kerja kampung. Sementara Sham bekerja, adiknya Ekin (Jaja Iliyes) menjaga ibu mereka di rumah usang kepunyaan Pak Ya Dagu (Abu Bakar Ahmad). Kerana hidup melarat, Ekin tak mampu sambung pelajaran. 

Dalam masa yang sama, pemilik kedai perabot, Haziq (PU Man) pula serabut mencari ganti pemandunya yang hilang untuk mengambil dari sempadan. Barang ini perlu diserahkan kepada (Zamri Zali Shuhaili), konco Datuk Jamil (Villa Hafiz) di sebuah gudang. 

Dek kerana pujukan dan nasihat Kak Jah (Salwani Shaari) dan anaknya, Coki (Danish Danieal) yang kasihan dan prihatin dengan nasib Sham sekeluarga, dia setuju untuk bekerja dengan Haziq sebagai pemandu untuk mengubah kedaifan hidup ibu dan adiknya. Sham bertekad untuk menebus rumah peninggalan arwah ayahnya memandangkan tiada siapa yang berminat untuk beli. 

Kerja Sham mudah, cuma perlu ambil barang di sempadan Thailand kemudiannya bawa ke alamat yang diberikan melalui aplikasi Waze. 

‘Dengar arahan saya. Jangan banyak tanya, jangan periksa barang, jangan bagitahu keluarga awak tentang kerja ni. Ambil barang terus hantar. Jangan melencong ke mana-mana dan tepati masa.’ – Haziq

Setiap kali Sham berjaya hantar barang kepada Zamri, dia akan dibayar dengan jumlah yang tinggi hingga mencecah ribuan ringgit. Ada kalanya dia akan diberikan bonus. Malangnya bila sudah selesa, Sham lupa dengan pesanan Haziq hingga menggadaikan nyawa ibu dan adiknya. 

Filem yang bertemakan keldai dadah menggunakan elemen heavy drama dengan konflik kekeluargaan dan kesempitan hidup. Filem terbitan Arie Zaharie Production Sdn Bhd dan AA Success Pictures ini disokong oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bersempena dengan sambutan hari Kempen Antidadah Kebangsaan ke-38 pada 19hb Februari 2021. Platform yang tepat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai dadah. Sebelum ni AADK pernah berkolaborasi dengan duta mereka, Floor 88 dengan lagu Chikadun. 

Kejutan untuk filem ni bila PU Azman berlakon watak antagonis untuk pertama kali! Terkejut jugak lah bila tengok dia sebagai watak Haziq even dia pernah cakap dia tak selesa tapi most of the time lakonan dia menjadi. Mungkin disebabkan berganding dengan pelakon yang bagus seperti Nabila Huda sebagai pembantu dia di kedai perabot tu buatkan dia rasa yakin untuk deliver watak macam tu. 

Berlatarbelakangkan kehidupan dan suasana masyarakat di Kedah, visual dari lensa Hafiz Rashid nampak cantik dengan panorama sawah bendang dan kawasan jeti. Kalau movie genre drama ni memang kebanyakan scene dalam close up view untuk menghidupkan mood emosi tambah pula bila Wan Maimunah lontarkan dialog syahdu dan soundtrack Salahku dari Yonniboy. Seram tengok kaki dia yang dah buruk hasil kerja Hafizah sebagai tatarias. 

Baik watak utama atau watak sampingan dan juga extra semuanya nampak bagus dalam watak masing-masing terutamanya Kak Jah, Coki dan Ekin. Dalam screentime yang pendek pun berjaya menyerlah dan mencuri tumpuan. Dekat bahagian credit scene ada tunjuk gambar Azman dengan ibu kandung dia yang sakit kencing manis so no wonder lah dia mampu bawa watak Sham sebab dah ada pengalaman dari kisah hidup sendiri. 

Walaupun pace filem ni agak perlahan dan ada beberapa scene yang boleh dikembangkan lagi, tapi mesej sosial yang dibawakan sangat sesuai untuk tontonan keluarga. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 7.5/10

Goodbye Tesco & NTV7!

Belek Twitter semalam nampak Tesco dah bertukar nama kepada Lotus's Store Malaysia dan berubah warna dari biru gelap kepada teal. Tesco Malaysia antara pasaraya favorite jugak lah dari zaman sekolah sampai sekarang. Bila Tesco nak pergi ni rasa sedih la jugak. 


Makanan berjenama Tesco antara yang sedap macam nugget, spicy chicken, susu, sardin ataupun barang-barang groceries takkan berubah sebab supplier masih lagi sama cuma berubah nama sahaja. Tapi semua merchandise Tesco akan berhenti dijual pada bulan ni macam bag plastik Tesco. Bab harga tu tak pasti lah macam mana sebab kalau ikutkan logistik dan kos pembuatan macam lagi murah je tapi tak tahu lah, kita tengok je lah nanti. 


Kenapa Tesco bertukar wajah? 

Sebab Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd dah jual perniagaan dia yang ada di negara Malaysia dan Thailand kepada Thailand’s CP Group. Malaysia Trade Competition Commission (MTCC) meluluskan pemilikan Charoen Pokphand’s (CP) pada bulan November 2020. Kalau tak kenal barangan produk CP, ini adalah salah satunya. Selalu nampak dekat 7E.



Pagi ni pulak dapat tahu yang NTV7 akan ditamatkan siaran di bawah Media Prima dan akan digantikan dengan DidikTV dari Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai channel pendidikan dan pembelajaran secara penuh bermula 17 Februari 2021.


Masa kecik dulu kalau nak tengok kartun Doraemon dengan Shin Chan memang ntv7 lah port dia lepas solat Maghrib. Ultraman, Kamen Rider, Ninja Boys, Slamdunk, Pokemon. Zaman kecik dulu nak langgan Astro memang tak mampu la sebab tu ntv7 antara channel yang syok sebab ada banyak English series best macam Malcolm In The Middle dengan Charmed. Ada Spanar Jaya, Who Wants To Be A Millionaire dengan Istana Takeshi jugak fuhhhh so many memories there!

Zaman ni internet pun kena main ting ting dulu baru dapat connect itupun lembab. Sekarang ni suscribe data dah boleh upload video Tik Tok. Back then tengok tv is my reward lepas weekdays penat pergi ke sekolah dan belajar. Huge reward for me after doing all house chores on weekend. 



Tapi sekarang ni kalau bukak ntv7 dah penuh dengan CJ Wow Shop dari siang membawa ke malam sebab tu dah jarang buka channel ni. Agak sedih actually bila siaran yang pernah ada banyak rancangan best tapi jadi platform untuk jual barang. 

Sepatutnya ada interview dengan news anchor ntv7 untuk siaran weekend tapi tengok2 dekat news dah kena ganti. A bit shocked sebab plan tak menjadi dan tak diberitahu apa-apa. Rupanya semua staff ntv7 pun tahu dari berita macam orang lain jugak. Kesian sangat dekat diorang. Hope they're strong enough to go through this. 

This post is to bid adieu to Tesco & ntv7, thanks for all the good memories and your services. You will be missed dearly :')

Drama Review | Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 5 : Orang Minyak

Monday, 15 February 2021

Pengarah : Mamat Khalid

Penulis Skrip : Mamat Khalid

Pelakon : Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London (Ahmad Ibrahim), Avaa Vanja, Nazeera Sardi, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya, Shuk Sahar, Sharwani, Mohd Rashid, Latiff Zami, Jasper Supayah, Reza Hasbi, Annie Mosha, Akmal Ahmad, Wan Raja

Genre : Komedi / Seram

Jumlah Episod : Episod

Tarikh Tayangan : 7 Disember 2020

Syarikat Produksi : Astro

Penyiaran : Astro Ria, Astro Citra HD, Astro GO, On Demand

Trailer :

Awal pagi lagi MA Mok (Nizam Mokram) dah sembang pasal pengalaman dia dekat universiti sebagai mahasiswa yang aktif dan prihatin. Habis melayan Mok, datang pula Cik Nab (Avaa Vanja) bagi support dekat anaknya, Cik Chun (Nazeera Sardi) yang baru sahaja mula berniaga food truck. Yang buat hati Pak Jabit (Aziz M. Osman) membara bila truck tu park sebelah kedai dia. Sudah la ada anak dara dengan janda memang confirm ramai melepak dekat situ punya. 

Datang pula si Bakobar (Bell Ngasri) bawa parang bagitahu ada makhluk serba hitam menghendap anak dara dia si Cempaka dekat bilik air. Bila dengar description Cempaka, Cik Nab bagitahu makhluk hitam tu orang minyak. Terbeliak mata semua orang dekat Warung Pak Jabit. Risau Cik Purnama (Dewa Sapri) kalau orang minyak menyerang Kampong Pisang sebab dia baru je lega dah selesai kes Wolfen tapi Pak Din Pest Control (Kazar Sairi) tenang je sebab masalah ni cuma akan terjadi pada anak dara 4 orang je – Cempaka, Cik Chun, Yah Kuchai dengan anak Pak Jabit. 

Orang minyak (Shuk Sahar) dalam Kampong Pisang ni advance sikit sebab dia boleh cair macam minyak lepastu boleh menyerupai orang lain. Terkejut Bakobar bila tengok dia ada kembar dok menghendap anak perempuan dia. Kalau ikutkan cerita si MA Madi (Adi Afendi), orang minyak ni perlu tidur dengan 7 orang anak dara supaya dia dapat menguasai ilmu yang lebih tinggi.

Lepas kejayaan franchise Kampung Pisang, pengarah dan penulis Mamat Khalid tambah lagi  drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk hilangkan rindu peminat. Lepas Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (2013), Zombie Kilang Biskut (2014), dan Hantu Kak Limah (2018) kebanyakannya menggunakan pelakon yang sama tapi dalam drama ni ada beberapa watak yang digantikan pelakonnya kerana dah meninggal dunia ataupun busy dengan schedule lain. 

Kalau franchise Kampong Pisang ni mesti lah terkenal dengan dialek Perak tapi tak semua watak boleh menyembang dengan dialek tu. Dialog juga lebih terarah kepada dialog satira yang memerli masyarakat macam scene Pak Jabit berkelahi dengan Cik Nab pasal berniaga benda yang sama dalam jarak yang dekat. 

Sinematografi dalam drama Kampong Pisang Bersiri-Siri diadun dengan signature Mamat Khalid yang suka dengan tona warna vintage. Dalam episod Orang Minyak ni banyak kali juga penggunaan VFX dari Lil Studio Sdn Bhd macam scene Cempaka jumpa tikus. Kalau buat wide shot lagi okay kot daripada close up sebab nampak sangat tak real. Kalau movie dulu pelakon orang minyak memang kena lumur satu badan tapi yang ni guna visual effects je. Tak lah seram sangat tapi geli tambah pula sebab pelakonnya Shuk. Dialog dia pun menggelikan, sesuai lah dengan karakter orang minyak yang pervert.

 

Untuk background music dalam drama ni kebanyakannya lagu-lagu lama zaman 80-an macam lagu Umpan Jinak Di Air Tenang nyanyian Ahmad Jais. Dinyanyikan semula oleh watak Ahmad Yassin (Ahmad Yassin) yang buta tapi menghiburkan hati orang kampung dengan bakat dia di Warung Pak Jabit. 

Ending macam rush nak habis sedangkan dekat pertengahan cerita agak mendatar dengan cerita Cik Purnama dan Pak Jabit. Tak faham macam mana orang minyak boleh terbakar sebab tak jelas sangat apa Pak Karim (Mat London) cakap atau baca. By the way, comel je Yah Kuchai menyanyi dekat hujung tu. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.6/10