3Ibu Molasses Herbs Cubes Part II
Sunday, 7 February 2021
Sebelum ni dah pernah up entry pasal kebaikan minum 3Ibu Molasses Herbs Cubes ni lepastu dapat tahu yang 3Ibu tambah lagi beberapa perisa and some of them are my favorites!
3Ibu Molasses Herbs Cubes
For those yang tak familiar lagi dengan Molasses Herbs Cube ni apa benda sebab produk ni masih lagi baru, I'll explain a lil bit about it okay?
Molasses Herbs Cubes ni sebenarnya minuman berasaskan herba yang diperbuat daripada gula molases yang dikenali sebagai black sugar atau Japanese black sugar. Gula molasses atau lebih dikenali gula perang dihasilkan daripada tebu cuma proses pembuatannya tidak sama seperti menghasilkan gula putih. Khasiatnya juga berbeza. Bagi menghasilkan gula molasses, tebu diperah bagi mendapatkan cecair dan direbus berjam-jam sehingga likat kemudiannya dikeraskan mengikut bentuk kiub.
Perbezaan Gula Molasses Herbs Cube Dengan Di Pasaran
Perbezaan yang ketara haruslah pada warna sebab gula molasses dengan gula putih masing-masing melalui proses pembuatan yang berbeza. Kebanyakan gula molasses di pasaran sebenarnya adalah hasil gula putih yang dicampur dengan sirap molasses yang didapati semasa proses pembuatan gula putih. Lebih banyak molasses dicampur lebih gelap gula putih bertukar warna.
Kelebihan Molasses Herbs Cube
i. Glycemic index yang lebih rendah
Glycemic index adalah kadar sesuatu menaikkan gula dalam darah. Makanan dan minuman yang menjalani proses-proses adalah lebih tinggi glycemic index. Molasses Herbs Cube adalah pembuatan natural jadi glycemic index seakan-akan madu. Makanya Molasses Herbs Cube adalah alternatif lebih baik dari gula putih mahu pun gula perang.
ii. Sedap dan berkhasiat
Molasses mengandungi iron, calcium, magnesium dan banyak lagi vitamin juga minerals.
3Ibu Molasses Herbs Cubes diperbuat di Malaysia menggunakan bahan-bahan terbaik gred A yang ada dari Malaysia seperti halia dari Bentong dan ada yang diimport dari luar negara seperti Bunga Osmanthus dari China. Ia tidak mengandungi kafein. Yang paling penting, ianya mempunyai kelulusan HALAL JAKIM.
Dekat entry sebelum ni dah share kebaikan consume 3Ibu Molasses Herbs Cubes tapi nak sembang lagi sebab benda baik kena share banyak kali kan? Biar orang sentiasa ingat haaa gittewww
So ni antara top 5 kebaikan consume 3Ibu Molasses Herbs Cubes ni and personally for me bila rasa perut bloated ataupun sakit kepala sebab stress memang mengurangkan supaya mudah nak buat rutin harian. Kalaupun tak sakit, lepas minum secawan boleh fokus buat kerja sebab anxiety dengan stress level dah berkurang.
Earlier I cakap ada favorite flavors kan? So this is one of them, Chrysanthemum!! Geram je tengok bunga Chrysanthemum dalam satu bancuhan tu. Happy betul dapat bau dan rasa sebab bunga ni kan wangi dan sedap. Sekarang ni dah nak masuk musim panas kadang tu dah buka air-cond sampai 16 pun terasa bahang lagi. Imagine work in that temperature and stress! Bila pekena secawan Molasses Herbs Cubes Chrysanthemum boleh la sejukkan sikit badan sebelum mandi dan solat Maghrib.