Movie Review | InsyaAllah Sah 2

Thursday, 4 February 2021

Pengarah :  Anggy Umbara, Bounty Umbara

Penulis Skrip :  Anggy Umbara, Herry B Arissa, Achi TM

Pelakon : Pandji Pragiwaksono, Donny Alamsyah, Luna Maya, Miller Khan, Ray Sahetapy, Nirina Zubir, Tanta Ginting, Meriam Bellina, Titiek Sandhora, Henki Solaiman, Ingrid Widjanarko, Tarsan, Rifnu Wikana

Syarikat Produksi : MD Pictures, Umbara Brothers Films

Pengedar : MD Pictures, Netflix, iflix, WeTV

Genre : Drama / Komedi

Durasi Tayangan : 91 minit

Tarikh Tayangan : 15 Jun 2018

Trailer :

Walaupun menyampah dengan jalan cerita InsyaAllah Sah tapi layan jugak sequel dia dekat Netflix sebab pendek je kot so sesuai la tengok masa lunch hour. Walaupun satu franchise tapi jalan cerita dia tak sama tapi masih mengekalkan watak Raka (Pandji Pragiwaksono) yang polos dan kuat agama.

Lepas berhenti sebagai manager di syarikat Dion, Raka kemudiannya ingin berhijrah ke Jakarta untuk mencari kerja baru. Dalam perjalanan, bas yang dinaiki Raka rosak di tengah jalan. Dia pilih untuk naik e-hailing transport sebab tak jauh pun. Masa pemandu berhenti untuk buang air kecil, kereta tersebut kena hijack dengan banduan penjara, Gani (Donny Alamsyah) yang dikejar oleh anak-anak buah Freddy Coughar (Ray Sahetapy) sebab mencuri 250 juta rupiah. 

Raka menjadi saksi Gani bernazar untuk bertaubat dan berubah menjadi insan yang lebih baik kalau dia selamat dari gangster tersebut. Bila dia dah selamat, Gani mengamuk bila Raka ingatkan tentang nazar dia sebab Gani sakit hati Tuhan letakkan dia dalam situasi sukar. Ditipu oleh kawan baik sendiri sampai dipenjarakan, ibu dia jatuh sakit dan crush dia, Mutia (Luna Maya) hamil dan ditinggalkan oleh Yoga (Miller Khan). 

‘Syukurlah kerana hidup yang serabut. Syukurlah kerana masuk penjara. Syukurlah kerana ada ayah tiri yang suka mendera. Syukurlah kerana sentiasa miskin. Tidur di jalanan. Makan dari tong sampah setiap hari. Itu namanya Tuhan sayang saya?!’ – Gani

Berbeza dengan olahan yang pertama, pengarah Anggy Umbara dan Bounty Umbara berjaya menambat hati dengan kisah penuh berliku sehingga menjadikan seseorang yang baik berubah jahat dan tak lagi percaya dengan Tuhan. Sama seperti yang pertama, InsyaAllah Sah 2 adalah adaptasi dari novel dengan judul yang sama dari karya Achi TM. 

Watak Raka digarap cantik supaya tak nampak try hard dan kali ni lebih faham dengan situasi kehidupan seseorang. Bila dia terdiam dengan dialog dan keperihan kehidupan Gani tu nampak dia pun turut bersimpati dengan ujian dan lebih pandai berhemah dalam mengeluarkan kata-kata atau ucapan dakwah dia. 

Elemen drama pun berjaya dihidupkan dengan watak Gani dan Mutia yang terkesan akibat perbuatan kawan baik yang mementingkan diri. Voice modulation, body language and facial expression delivered perfectly from Alamsyah. Screentime Luna Maya mungkin tak panjang tapi kehadiran dia menambah mood emosi dan kelakar di second half. Scene Gani akhirnya berjumpa dengan Yoga tu nampak benar amarah yang lama terpendam. Kalau jadi Gani pun tak mampu nak maafkan tapi Tuhan dah balas dah kejahatan Yoga. Tak banyak yang Miller Khan boleh deliver untuk watak Yoga tapi sebab dia pelakon Malaysia kan so excited lah tengok haha

Sinematografi mungkin tak berapa cantik macam previous movie sebab banyak scene dalam kereta bergerak so boleh nampak lah yang diorang shoot dalam studio je dan guna bantuan CGI. Background music paling membantu menambahkan elemen yang sesuai dengan mood penceritaan. Kelakar scene mak Yoga datang dari tingkat atas. Tribute untuk movie Pengabdi Setan (2017) yang tengah famous masa tu. 

Disebabkan skrip dan jalan cerita yang lebih baik dari InsyaAllah Sah, rasa macam nak follow franchise ni pulak sebab dah bertukar team production. Tak pasti ada installment InsyaAllah Sah 3 ataupun tak tapi kalau sambutan lebih baik dari sebelumnya tak mustahil franchise drama komedi ni akan mendapat tempat di hati audience. Kudos to team! 

1. Team Production +0.9, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

Movie Review | InsyaAllah Sah (2017)

Pengarah :  Benni Setiawan

Penulis Skrip :  Benni Setiawan

Pelakon :  Pandji Pragiwaksono, Titi Kamal, Richard Kyle, Donita, Ira Maya Sopha, Joe Project Pop, Lidya Kandau dan Deddy Mizwar

Syarikat Produksi :  MD Pictures

Pengedar : MD Entertainment, Netflix, Iflix

Genre : Drama / Komedi

Durasi Tayangan :  83 minit

Tarikh Tayangan : 25 Jun 2017

Trailer :

Tengok movie ni dekat Netflix pun sebab ada cameo dari Reza Rahadian lagipun durasi movie Insya-Allah Sah arahan Benni Setiawan di bawah syarikat produksi MD Pictures ni agak pendek – 83 minit. Mengisahkan tentang Silvi (Titi Kamal) yang terperangkap dalam lif bersama Raka (Pandji Pragiwaksono) dan dalam keadaan panik, dia bernazar. 

Silvi bernazar dia akan solat 5 waktu, berpuasa, bersedekah kepada anak yatim dan menutup aurat kalau dia selamat keluar dari lif tersebut. Raka merupakan pengurus nasyid di syarikat perusahaan milik Dion (Richard Kyle), tunang Silvi. Bila dia dengar nazar tersebut dia merasakan tanggungjawab sesama muslim untuk sentiasa mengingatkan Silvi untuk tunaikan nazar. 

Tapi kehadiran Raka membuatkan Silvi rimas dan menyampah sebab dia bukannya serious pun bernazar. Lagipun Silvi busy dengan majlis perkahwinan dia pada tanggal 17 Julai yang kebanyakannya tarikh perkahwinan pasangan lain juga jadi dia terpaksa berebut dewan sana sini. Malah Silvi kena scam dengan wedding planner dan butiknya dirompak. Raka rasa ujian yang datang bertimpa kerana menuntut nazar yang belum ditunaikan. 

‘Nazar itu janji yang harus dibayar dan Raka tak akan pernah bosan lelah untuk mengingatkan teteh.’ – Raka

Diadaptasikan dari novel InsyaAllah Sah karya Achi TM, garapan pengarah penulis Benni Setiawan untuk movie drama komedi ni kurang menarik. Komedi dia pun diletakkan di bahu Raka yang naïf tapi kebanyakan masanya nampak try hard dan ada kalanya nampak merimaskan macam scene Raka jadi manager band rockers tapi paksa untuk berubah kepada penyanyi nasyid. 

Kata Dion, watak Raka adalah manager yang sukses tapi tak ada scene yang menunjukkan Raka pakar dalam bidang dia pun. Kebanyakan masanya cuma terarah kepada Silvi yang belum tunaikan nazar. Scene Raka bawa band rockers dia pergi ke rumah Silvi pun agak menjengkelkan sebab tak jaga adab langsung di rumah orang. Ada beberapa scene lain di second half movie tapi nanti jadi spoiler pula.

Lakonan Richard Kyle sebagai Dion pun nampak agak kaku padahal dia hero kedua. Bila watak Raka try hard, kita diselitkan pula dengan watak Dion yang lebig bergantung harap dengan paras rupa yang kacak semata. Kehadiran Reza yang sebentar tu lebih meyakinkan dan menghidupkan suasana komedi dan drama. Haihhhh

Chemistry Richard dengan Titi Kamal pun nampak awkward sebagai pasangan yang nak mendirikan rumah tangga bersama. Scene Dion macam acuh tak acuh layan Silvi tu rasa macam Silvi better off alone sebab dia wanita yang bekerjaya, cantik dan kaya. Tak mustahil akan jumpa pengganti yang lebih baik. 

Suka dengan sinematografi dan panorama dari lensa Angela Andreyanti especially bila dia dalam kawasan rumah Silvi sebab dekorasi dengan interior dia stylish dan modern. Wardrobe Silvi pun cantik, sesuai lah dengan dia sebagai seorang fashion designer. 

Sayang movie yang dipasarkan sebagai komedi tak lah berapa kelakar pun dengan dialog yang hambar baik dari pelakon utama mahupun pelakon sampingan seperti Polis Sabar Ikhlas (Tanta Ginting). Pengarah bagi statement yang ramai cameo dalam movie ni tapi macam tak perlu pun sebab screentime pendek. Nampak macam team production tak yakin dengan karya sendiri pun ye jugak sebab mengharapkan kehadiran stars lain untuk tarik perhatian audience. 

Overall, movie InsyaAllah Sah ni just one time watch dan tontonan santai sahaja. Dua hari tengok movie Benni Setiawan ni jadi lemau pulak sebab olahan dia tak kena dengan citarasa. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0 = 5.3 /10

Movie Review | Twivortiare (2019)

Tuesday, 2 February 2021

Pengarah :  Benni Setiawan

Penulis Skrip :  Alim Sudio, Benni Setiawan

Pelakon : Reza Rahadian, Raihaanun Soeriaatmadja, Arifin Putra, Denny Sumargo, Citra Kirana, Anggika Bolsterli, Dimas Aditya, Boris Bokir, Ferry Salim

Syarikat Produksi :  MD Pictures

Pengedar :  MD Pictures

Genre :  Romantik / Drama

Durasi Tayangan :  103 minit

Tarikh Tayangan : 29 Ogos 2019 (Indonesia), 7 November 2019 (Malaysia)

Trailer :

Diadaptasikan dari novel romantik karya Ika Natassa dengan judul yang sama di mana bertemakan kehidupan alam rumah tangga di antara Beno Wicaksono (Reza Rahardian), seorang doktor kardiologi yang mengutamakan pesakitnya dan juga Alexandra Rhea (Raihaanun), banker berjaya kebanggaan majikannya, Pak Randy (Ferry Salim). 

Dari awal movie lagi dah nampak konflik antara mereka berdua bila Alex minta untuk bercerai sebab dia dah tak tahan dengan Beno yang suka pulang lewat setiap malam dan mengabaikan perkahwinan mereka. Geram dengan perangai Alex yang tak cuba langsung memahami kerjaya dia dan sering melarikan diri, marah dan minta bercerai, Beno setuju dengan kehendak Alex. 

Walaupun sudah dua tahun mereka berpisah, Beno belum dapat melupakan Alex dan selalu pergi ke rumah mereka yang dijaga rapi oleh Mbok Siti (Inggrid Widjanarko). Alex cuba move on dengan menjalinkan hubungan bersama Denny (Denny Sumargo) yang romantic, ciri-ciri lelaki yang dia selalu idamkan tapi hati dia tetap memilih Beno. 

Bila dia tahu Beno nak rujuk kembali, dia dengan mudahnya bersetuju tapi masalah yang sama juga melanda mereka berdua. Win (Anggika Bolsterli) dan Ryan (Boris Bokir) nasihatkan Alex supaya sabar dengan perangai Beno sebab dah jelak dengan masalah dan drama yang sama. 

Twivortiare diambil dari perkataan Bahasa Romania, divortiare (di-vor-ti-a-re) bermaksud penceraian dan tema ni antara masalah milenial yang meruncing. Jadi dalam movie di bawah produksi MD Pictures ni pengarah dan penulis Benni Setiawan cuba menerapkan banyak pengajaran untuk pasangan suami isteri tentang perkahwinan. Walaupun dah belajar dari kesilapan dalam perkahwinan pertama, tak semestinya dah bersedia untuk hadap masalah yang sama. Mungkin berjaya atau mungkin gagal. Yang pentingnya, komunikasi. 

Tapi dalam movie Twivortiare, elemen drama tu tak berapa ditekankan sangat sedangkan boleh dikembangkan lagi macam scene Alex dengan Denny. Watak Denny tak diberi peluang untuk pertahankan Alex walhal nampak dia yang beria dari awal relationship. Penulis boleh tekankan drama dekat situ. Ataupun intense scene bila Alex minta cerai dari Beno di awal movie. 

Lakonan Raihaanun Soeriaatmadja nampak agak kaku even chemistry dengan Reza Rahadian tak nampak serasi dan meyakinkan sangat. Susah nak connect dengan watak Alex sebab kita memang sedia maklum doktor memang sepenuh masa dekat hospital. Drama Korea pun dah tunjuk busy life seorang doktor even in reality pun macam tu. Tak faham kenapa dia nak perhatian dari Beno dan compare dengan Denny dan Adrian yang berpangkat CEO. 

Dialog pun tak banyak yang padu atau menusuk baik dari segi drama atau romantiknya. Dialog atau quotes dari novel nampak lebih mendalam dan puitis. Mungkin sebab novel dikarang oleh wanita dan movie hasil sutradara seorang lelaki? 

Watak sampingan seperti Denny dan Adrian (Arifin Putra) cuma datang tanpa menambahkan apa-apa impak atau kesan terhadap perhubungan Alex dan Beno. Setakat datang untuk ingatkan audience yang Alex adalah pujaan ramai jejaka kacak. Tapi untuk watak Rani (Citra Kirana) walaupun screentime dia pendek pun dah cukup untuk kita rasa insecure dengan Beno. Adakah sebab Rani faham dan mesra dengan Beno punca dia selalu spend time dekat hospital sampai balik lambat setiap malam? Beno pun lebih pandai bergurau bila spend time dengan Rani. Chemistry Reza dengan Citra lagi sweet onscreen. Watak Wina pun menghilangkan kesenduan dengan karakter dia yang kelakar.  

Mungkin lagi menarik kalau pengarah olah dari perspektif Beno sebab nampak kekuatan pengarah-penulis dekat situ. Apa salahnya kan kalau lari dari novel tapi masih guna content yang sama. Nama juga berkarya. Kalau dekat Bollywood, satu novel Devdas tu boleh dibikin dari pelbagai perspektif dan berbeza ending. Kisah cinta Laila Majnu juga diadaptasi dari pelbagai negara dengan olahan yang berbeza. 

Walaupun cuma shoot di bandar Jakarta tapi sinematografi tetap menarik dari lensa kamera Yudi Datau ditambah dengan soundtrack romantik balada, Kembali Ke Awal lirik dan nyanyian merdu oleh Glenn Fredly. 

Berikan ku alasan

Untuk tetap bersamamu

Setelah lelah berharap

Lepas movie Antologi Rasa, movie Twivortiare adalah movie kedua yang diadaptasikan dari novel Ika Natassa tapi tak mencapai expectation. Tengah mencari Critical Eleven sebab Reza Rahadian jugak yang berlakon tapi macam tak boleh letak harapan tinggi sangat lah sebab dah dua kali kecewa. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.7 /10

Best Bollywood Movies Tahun 2020

Walaupun tahun 2020 tak banyak movie yang tayang dekat cinema tapi kemunculan OTT platform dah mula dapat perhatian audience dekat India dan beberapa filem yang dijadualkan untuk tayang di cinema beralih ke OTT platform seperti Netflix, Zee, Disney Hotstar dan Amazon Prime. 

Kalau nak tengok list movie untuk tahun 2019, boleh tengok dekat SINI. List movie ni tak ikut rating paling tinggi ataupun rendah, I just kumpul masukkan semua dalam satu entry je. Klik poster movie untuk baca review :)

1. Bhangra Paa Le

Director : Sneha Taurani

Writer : Dheeraj Rattan

Cast : Sunny Kaushal, Rukhsar Dhillon, Shriya Pilgaonkar, Samir Soni, Sheeba Chaddha, Parmeet Sethi, Jayati Bhatia

Production Company : RSVP Movies

Distributor : RSVP Movies

Genre : Musical / Drama / Comedy

Rating : 7.8/10

Gabungan dua penari Bhangra - Jaggi Singh dan Simi Geet yang akan berentap dalam sebuah pertandingan menari di London. Diselitkan juga kisah silam yang mengikat tali cinta antara mereka berdua. 

2. Panga 


Director : Ashwiny Iyer Tiwari

Writer : Nikhil Mehrohtra, Ashwiny Iyer Tiwari, Nitesh Tiwari

Cast : Kangana Ranaut, Jassi Gill, Richa Chadda, Megha Burman, Neena Gupta

Production Company : Fox Star Studios

Distributor : Fox Star Studios

Genre : Sports / Drama

Selepas bertahun lamanya tinggalkan arena sukan kabaddi, Jaya Nigam ambil keputusan untuk kembalikan zaman kegemilangan dia setelah rasa hormat terhadapnya hilang di mata masyarakat. Bukan setakat pengorbanan si ibu yang ditonjolkan malah kehidupan keluarga middle class juga sokongan moral dari orang sekeliling. 

3. Jawaani Jaaneman

Director : Nitin Kakkar

Writer : Hussain Dalal, Abbas Dalal

Cast : Saif Ali Khan, Tabu, Alaya Furniturewala, Kumud Mishra, Chunky Pandey, Kamlesh Gill

Production Company : Pooja Entertainment, Black Knight Films, Northern Lights Films

Distributor : Pen Marudhar Entertainment

Genre : Family / Comedy

Jazz dah biasa hidup bujang tanpa komitmen tapi kehadiran Tia lalu mengaku Jazz adalah ayahnya sangat mengejutkan. Bila buat DNA test bukan sahaja Jazz dapat tahu dia ada anak perempuan yang cantik malah akan bertukar status sebagai seorang datuk. Macam mana Jazz nak terima kejutan demi kejutan dalam hidup dia kena tengok sendiri lah 

4. Malang - Unleash The Madness

Director : Mohit Suri

Writer : Aseem Arrora

Cast : Aditya Roy Kapur, Disha Patani, Anil Kapoor, Kunal Khemu, Ellie Avram, Keith Sequeira, Devika Vatsa, Amruta Khanvilkar, Vatsal Sheth

Production Company : Luv Films, T-Series, Northern Lights Entertainment

Distributor : Yash Raj Films, Netflix

Genre : Romance / Thriller 

Percintaan Advait Thakur dan Sara bertukar tragedi bila mereka tersilap langkah bertemu dengan drug cartel yang diketuai oleh polis Michael Rodrigues di Goa. Sara dibunuh dengan kejam dan Advait dipenjarakan untuk penggunaan dadah yang berlebihan. Dia berazam untuk balas dendam terhadap Michael selepas dibebaskan. 

5. Bhoot - Part One : The Haunted Ship

Director : Bhanu Pratap Singh

Writer : Bhanu Pratap Singh

Cast : Vicky Kaushal, Bhumi Pednekar, Akash Dhar, Ashutosh Rana, Sara Gesawat

Production Company : Dharma Productions, Zee Studios

Distributor : Zee Studios, Amazon Prime Studios

Genre : Horror

Selepas kematian isteri dan anak perempuannya, Pritvi hidup dihantui mereka berdua dan berjumpa dengan pakar psikatri untuk masalah kemurungan. Dalam masa yang sama dia ditugaskan untuk dismantle kapal berhantu Sea Bird yang terdampar di pantai bertahun lamanya. Diinspirasikan dari kapal sebenar yang masih menjadi misteri sehingga sekarang. 

6. Thappad

Director : Anubhav Sinha

Writer : Anubhav Sinha, Mrunmayee Lagoo

Cast : Taapsee Pannu, Pavail Gulati, Dia Mirza, Maya Sarao, Geetika Vidya Ohlyan, Kumud Mishra, Ratna Pathak Shah, Tanvi Azmi, Ram Kapoor, Naila Grewal, Ankur Rathee

Production Company : Benaras Media Works, T-Series

Distributor : AA Films

Lepas Vikram tampar Amrita depan beberapa orang tetamu dalam satu success party dek kejayaan Vikram yang kemudiannya berubah jadi tegang bila Vikram tak dapat position yang dia nak dan pindah ke London, Amrita mula sedar yang dia dah hilang diri dia yang sebenar sebab terlampau ikutkan dan jaga hati semua orang. Dah terlampau banyak yang dia korbankan sampai tak ada yang hormat dia dalam rumah tu. Amrita cari peguam untuk failkan penceraian.

7. Guilty

Director : Ruchi Narain

Writer : Atika Chohan, Kanika Dhillon, Ruchi Narain

Cast : Kiara Advani, Akansha Ranjan Kapoor, Gurfateh Singh Pirzada, Taher Shabbir, Tenxin Dralha, Adhish Khanna, Chayan Chopra, Shray Rai Tiwari

Production Company : Dharmatic

Distributor : Netflix

Genre : Mystery / Drama

Mengangkat #MeToo sebagai tema, Nanki Dutta cuba pertahankan kekasih hati dia, Vijay bila dituduh merogol Tanu Kumar pada hari Valentine’s Day. Cerita ni menarik sebab watak Tanu tak digemari dengan rakan sekampus sebab suka mencari perhatian. Tambah pula dia suka dengan Vijay dan cuba bermacam cara untuk goda Vijay. 

8. Maska


Director : Neeraj Udhwani

Writer : Ishita Moitra, Neeraj Udhwani

Cast : Manisha Koirala, Javed Jaffrey, Nikita Dutta, Shirley Setia, Prit Kamani

Production Company : Mutant Films

Distributor : Netflix

Genre : Drama

Mengisahkan tentang anak-beranak yang menjaga legasi keturunan Rustom yang berasal dari Parsi dan pindah ke South Bombay kemudiannya buka restoran. Signature menu di Rustom Café ialah Maska Bun ataupun roti disapu butter di bahagian tengah. Roti ni diuli sendiri oleh tukang masak iaitu owner café dengan teknik rahsia. Resipi dan restoran ni diwarisi turun-temurun kemudiannya akan diwariskan kepada Rumi tapi Rumi mempunyai impian untuk berlakon. 

9. Bulbbul

Director : Anvita Dutt Guptan

Writer : Anvita Dutt Guptan

Cast : Tripti Dimri, Rahul Bose, Avinash Tiwary, Parambrata Chattopadhyay, Paoli Dam

Production Company : Clean Slate Films

Distributor : Netflix

Genre : Horror / Romance

Jalan cerita Bulbbul diinspirasikan oleh kisah mitos legenda penduduk kampung tentang witch yang memburu lelaki di waktu malam. Rambut mengerbang dan kaki berputar ke belakang dah cukup untuk buat semua penduduk kampung takut tambah pula dia membunuh tanpa belas. Tapi cerita mitos tu sahaja tak cukup untuk buat lelaki di kampung tu berhenti mendera wanita. Masih berlaku cuma tersorok dari orang kampung. Atau lebih tepat lagi dari pengetahuan ahli sihir. 

10. Bhonsle

Director : Devashish Makhija

Writer : Devashish Makhija, Mirat Trivedi, Sharanya Rajgopal

Cast : Manoj Bajpayee, Santosh Juvekar, Ipshita Chakraborty Singh, Virat Vaibhav

Production Company : Muvizz

Distributor : Sony LIV

Genre : Drama

Movie Bhonsle mepaparkan bagaimana Biharis dilayan dan difitnah oleh masyarakat setempat. Bihar adalah daerah termiskin di negara India dan kemudiannya ramai ambil keputusan untuk berhijrah ke bandar besar untuk bekerja. Dua beradik yang dikambinghitamkan sebagai perosak di kawasan perumahan tersebut cuba minta bantuan dari Bhonsle yang tua dan sakit kronik. 

11. Shakuntala Devi

Director : Anu Menon

Writer : Anu Menon, Nayanika Mahtani, Ishita Moitra

Cast : Vidya Balan, Sanya Malhotra, Amit Sadh, Jisshu Sengupta, Sheeba Chaddha, Luca Calvani, Prakash Belawadi, Ipshita Chakraborty, Jiya Shah, Araina Nand

Production Company : Abundantia Entertainment, Sony Pictures Networks India, A Genius Films Production

Distributor : Amazonn Prime Video

Genre : Biopic / Drama

Berteraskan soalan ‘Mampukah genius membina keluarga?’, movie biopic yang diadaptasikan dari kisah hidup ‘Human Computer’, Shakuntala Devi yang diceritakan dari perspektif anak perempuan tunggalnya, Anu. 

12. Lootcase

Director : Rajesh Krishnan

Writer : Kapil Sawant, Rajesh Krishnan

Cast : Kunal Khemu, Gajraj Rao, Vijay Raaz, Ranvir Shorey, Rasika Dugal, Aryan Prajapati

Production Company : Fox Star Studios, Soda Films

Distributor : Disney+Hotstar

Genre : Comedy / Crime

Nandan Kumar orang biasa yang bekerja sebagai technician di kilang suratkhabar dan hidup dengan isteri dia, Lata dan anak lelaki tunggal, Aayush. Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia terjumpa luggage besar berwarna merah. Dalam luggage tu ada duit berjumlah Rs100 juta. Insp Madhav Kolte diarahkan oleh Menteri Patil (Gajraj Rao) untuk mencari balik luggage dia yang hilang sebab ada fail sulit di dalam luggage tersebut.

13. Gunjan Saxena - The Kargil Girl

Director : Sharan Sharma

Writer : Nikhil Mehrotra, Sharan Sharma

Cast : Janhvi Kapoor, Pankaj Tripathi, Angad Bedi, Ayesha Raza Mishra, Riva Arora

Production Company : Dharma Productions, Zee Studios

Distributor : Netflix

Genre : Biopic / Drama

Biopic Gunjan Saxena, pilot perempuan pertama di India Air Force yang berjaya dalam Kargil War pada tahun 1999. Movie yang diterbitkan oleh Dharma Productions dan Zee Studios yang disiarkan di Netflix adalah kisah impian Gunjan Saxena dan cabaran yang perlu dia lalui sebagai pilot. 

14. Khuda Haafiz

Director : Faruk Kabir

Writer : Faruk Kabir

Cast : Vidyut Jammwal, Shivaleeka Oberoi, Annu Kapoor, Shiv Panditt, Aahana Kumra, Vipin Sharma

Production Company : Panorama Studios

Distributor : Disney+ Hotstar

Genre : Action / Thriller

Dek kerana kegawatan ekonomi yang menimpa negara India pada tahun 2008, pasangan suami isteri, Sameer Chaudhary dan Nargis terdesak mencari kerja setelah 3 bulan menganggur. Mereka berdua submit application kepada Nadeem, ejen di Ansaar Overseas Recruitment. Nargis berjaya dapat kerja di Noman tapi dia diculik di bilik hotel. Sameer pergi ke negara asing untuk mencari isteri tercinta. 

15. Serious Men

Director : Sudhir Mishra

Writer : Bhavesh Mandalia, Abhijeet Khuman, Niren Bhatt, Nikhil Nair

Cast : Nawazuddin Siddiqui, Indira Tiwari, Yogesh Yadav, Nassar, Aakshath Das, Sanjay Narvekar, Shweta Basu Prasad

Production Company : Bombay Fables, Cineraas Entertainment

Distributor : Netflix

Genre : Drama / Comedy

Movie yang diadaptasikan dari novel Serious Men karya Manu Joseph yang diterbitkan pada tahun 2010 ni mengisahkan tentang usaha seorang ayah dari kasta rendah, Ayyan Mani dalam memastikan anak dia akan dapat pendidikan based on merits dan bukannya sebab kasta. Ayyan yang bekerja sebagai personal assistant kepada saintis Dr. Arvind Acharya yang mengkaji tentang stratosphere di National Institute of Fundamental Research di Mumbai, gunakan segala pengalaman dan ilmu Sains juga Matematik untuk anak dia, Adi.

16. Ludo 

Director : Anurag Basu

Writer : Anurag Basu, Samrat Chakraborty

Cast : Abhishek Bachchan, Aditya Roy Kapur, Rajkummar Rao, Pankaj Tripathi, Rohit Suresh Saraf, Fatima Sana Shaikh, Sanya Malhotra, Pearle Maaney, Inayat Verma

Production Company : T-Series, Anurag Basu Productions, Ishana Movies

Distributor : Netflix

Genre : Comedy / Thriller

Dewa-dewa kematian menilik nasib kesemua watak yang ada dengan permainan Ludo. Kesemua watak mempunyai cerita tersendiri dan akan bertemu di hujung cerita dan siapa yang akan dibawa pergi oleh dewa kematian dan siapa pula yang akan ubah kehidupan dengan peluang yang diberikan?

17. AK vs AK

Director : Vikramaditya Motwane

Writer : Avinash Sampath

Cast : Anil Kapoor, Anurag Kashyap, Sonam Kapoor, Harshvardhan Kapoor, Yogita Bihani

Production Company : Andolan Films

Distributor : Netflix

Genre : Black Comedy / Thriller

Anurag Kashyap (AK) si pengarah filem dan Anil Kapoor (AK) si pelakon terkenal di Bollywood bergaduh dalam sebuah film festival tentang siapa yang lebih penting untuk menjayakan sebuah movie. Adakah pelakon ataupun pengarah? Dari pertelagahan tersebut menjadi dendam kepada Anurag untuk buat real life movie dengan genre thriller bila Sonam Kapoor diculik. Anil mempunyai masa 7 jam sahaja untuk cari anak perempuan dia. 

Okay done for now! Actually banyak lagi movie yang I tak sempat tengok sebab tahun ni Bollywood beralih ke web series disebabkan covid. As for now I baru tengok 40 movie daripada 98 movie yang diterbitkan untuk tahun 2020. Sebelum award season menjelma, I siapkan dulu yang mana sempat. The rest mungkin habiskan bulan ni. Ciao! 

Blog Performance Januari 2021

Monday, 1 February 2021

Kes covid-19 dah mencecah sampai 5000 kes positif tiga hari berturut dah. Tak mustahil lah boleh mencecah 8000 kes sementara nak tunggu vaksin ni. Itu pun entah bila boleh dapat kalau golongan yang bukan keutamaan ni. For now just pergi kerja dan stay dekat rumah masa weekend. Keluar beli barang pun tak lama. Dah la harga barang makin mahal. Petanda kena puasa mungkin. 

Back to track, performance bulan Januari menaik sebab bulan Disember dah pulun update entry dan blogwalking. Soooo glad for that sebab penyakit M tak menjelma di kala perlu update entry haha

1. PV


Bulan ni PV mencecah 32, 100 which is naik 2,000 views compared to December 2020. Kalau tengok dekat graf tu ada satu hari kemain mencanak sampai ke 2,019 lepastu jatuh balik macam biasa. Haa tu gara-gara drama Flower Of Evil masuk dalam Netflix. Makanya beruntung la siapa yang buat review untuk movie atau drama dalam Netflix sebab audience ramai. 

As for now I try stick dengan movie Bollywood lah sebab dah nampak review movie-movie lama Hindustan dah start naik views dia. Rasanya macam dah lama tak layan movie Hollywood sangat sebab personally I rasa macam template Hollywood dah hambar. Lagipun views untuk movie review English bukannya ada sangat pun except for superheroes movies. Ni blog I lah, kalau orang lain mungkin tinggi la kot. 

Anyway, bulan lepas I target nak cecah 1,055,000 views but good news, mencecah 1,060,000 untuk bulan Januari. Since Februari ada 28 hari je, so nak target 1,090,000. 

2. Posts 


Tadi I kata movie review Hollywood tak ada views sangat kan, well except for The Disaster Artist lah sebab entah kenapa yang ni macam pelik sikit. Bukan organic views pun, yang datang just nak drop link streaming website diorang je. Post yang sama je macam bulan lepas except for Pengantin 100 Hari tu. 

3. Keywords 


Keywords bulan Januari berbeza dengan Disember dan kebanyakannya keywords baru. Kalau tengok daily keywords pun banyak yang berubah-ubah 





Ada jugak nampak keywords movie-movie Hindustan yang ada dekat Netflix. Sementara Netflix tak ada review and star rating system, boleh enjoy la gain benefits orang cari review sebelum tengok movie dekat OTT platform. Macam keyword Hindustan cerita perempuan nak jadi pilot tu movie Gunjan Saxena keluaran Netflix. 

4. Audience


Masa bulan Disember nampak audience dari Indonesia dah hampir nak keluar carta tapi bulan Januari naik dua anak tangga. Adakah sebab review My Lecturer, My Husband ataupun sebab banyak review movie-movie Indonesia? Audience dari negara India pun dah masuk balik sebab dah update banyak movie Hindustan balik. Yeayyy! 

5. Bilangan Entri
Sepatutnya boleh cecah 70 entri tapi nak muntah pulak buat rutin tengok movie pastu buat review. Satu hari 3 movie, kalau hari kerja dapat satu movie dengan satu review. Sekarang ni buat review movie-movie Hindi yang best supaya tak malas nak update haha

Untuk Februari hopefully boleh update sampai cecah 60 entry jugak lagipun banyak sangat pending post. CNY nanti kena pulun lah walaupun nak muntah. Makin banyak entry, makin tinggi views. Hasil dia tak nampak hari ni tapi nannnnnti so yuppp let's do it!