Movie Review | Special 26
Thursday, 28 January 2021
Director : Neeraj Pandey
Writer : Neeraj Pandey
Cast : Akshay Kumar, Kajal Aggarwal, Manoj Bajpayee, Jimmy Sheirgill, Divya Dutta, Anupam Kher, Kishor Kadam, Sukhwinder Chahal
Production Company : Friday Filmworks, Panorama Studios, Viacom 18 Motion Pictures
Distributor : Viacom 18 Motion Pictures, Netflix
Genre : Crime / Thriller
Running Time : 144 minutes
Release Date : 7 February 2013
Trailer :
Movie bermula dengan perbualan antara Ajay Singh (Akshay Kumar) dan P. K. Sharma (Anupam Kher) berjumpa dengan SI Ranveer Singh (Jimmy Sheirgill) untuk buat serbuan rasuah di rumah Menteri Gupta (Sukhwinder Chahal). Pegawai CBI Joginder (Rajesh Sharma) dan Iqbal (Kishor Kadam) join mereka kemudiannya.
Bermula dari dalam almari pakaian, rak buku, kereta antik, bahagian siling dan di dalam kuil mini yang terletak di bilik tidur, hasil serbuan rasuah tersebut disimpan di dalam satu peti besi untuk dibawa ke ibu pejabat. SI Ranveer Singh dengan Shanti (Divya Dutta) diminta untuk tunggu Ketua Polis datang untuk buat pengesahan.
Dari pagi hingga ke petang mereka berdua tunggu hingga sudahnya mereka dapat tahu yang 4 orang pegawai CBI tersebut adalah penyamar. Ketua Polis datang ke rumah Menteri Gupta lalu putuskan untuk gantung tugas kedua-dua polis tersebut dan hantar SI Ranveer ke pejabat Crime Bureau Investigation di Mumbai untuk bantu siasatan di sana yang diketuai oleh Waseem Khan (Manoj Bajpayee).
Rupanya dah banyak kes jenayah yang mereka berempat buat sebelum ni dan melibatkan businessmen dan ministers sebab dua golongan ni yang selalu terlibat dalam skandal rasuah dan tak mungkin buat aduan kepada pihak polis.
Diadaptasikan dari kes jenayah sebenar rompakan di Tribhovandas Bhimji Zaveri & Sons Jewellers, Opera House pada tahun 1987 di mana 26 orang menyamar sebagai pegawai kutipan cukai. Pengambilan rekrut diiklankan di surat khabar yang mencari "Dynamic Graduates for Intelligence Officers Post and Security Officers Post".
Cumanya dalam movie ni dia ada twist sikit dengan actual story tapi tak boleh sembang sini lah. Nanti jadi spoiler pulak. Kes-kes jenayah lain yang diselitkan dalam movie ni pula dicedok dari kes-kes rompakan yang dilaporkan dalam surat khabar tempatan. Olahan Neeraj Pandey tak mengecewakan dengan skrip yang padu dan kemas tanpa dedahkan langsung twist di hujung cerita. Kalau ada yang pernah tengok movie A Wednesday, dah boleh faham la kot kenapa movie yang biasa boleh jadi luar biasa.
Dalam masa 47 hari shooting untuk movie crime thriller Special 26 ni pengarah dan penulis Neeraj Pandey dah larang supaya semua pelakon tak bawa handphone datang set sebab dia nak semua orang ambil feel tak ada technology device pada tahun 80-an. Boleh tengok dari pakaian, props, cara kerja, iklan dan banyak lagi betul-betul diolah mengikut suasana zaman tersebut.
Sayangnya ada beberapa scene nampak ketara dirakam di dalam studio dan menggunakan VFX especially scene romantik antara Ajay dengan cinta hati dia, Priya (Kajal Aggarwal). Scene ni sepatutnya tak perlu ada pun actually sebab chemistry antara Akshay dengan Kajal pun tak lah menarik perhatian ataupun meyakinkan sangat. Watak Kajal pun agak mengelirukan sebab jatuh cinta dengan conman tanpa rasa sesal pun.
Soundtrack album movie Special 26 digubah oleh composer India Selatan, M. M. Keeravani dengan lirik yang dikarang oleh Irshad Kamil. Lagu Mujh Mein Tu Hi Basa dinyanyikan sendiri oleh Akshay Kumar. Masa tahun 2013 tu banyak kali Zee ulang sebelum tunggu next program sampai sekarang dok ingat lagu ni. Tapi satu lagu ni je la yang I rasa best. Yang lain tu biasa je dan tak naikkan mood atau beri impak pada jalan cerita. Better kalau buang supaya durasi filem tak panjang sangat.
Walaupun ada beberapa flaw yang diketengahkan dalam review ni tapi tak bermakna penceritaan dan kekuatan skrip terganggu. Walaupun dah 8 tahun berlalu tapi movie Special 26 tetap dikategorikan antara movie crime thriller terbaik dalam industry Bollywood. Recommended!
1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.8 = 8.2/10