Movie Review | Mimaland (2020)
Sunday, 3 January 2021
Pengarah : Nevin Hiong
Penulis Skrip : Nevin Hiong
Pelakon : Fattah Amin, Sophia Albarakbah, Camelia Natasya, Hazzy Alzeeq, Farah Ahmad, Zalif Sidek, Chelsea Esdher Wang, Cindy Dahyun Ohn, Adam John, Liyana Yusof, Shyrim HM, Zandra Ridhuwan
Syarikat Produksi : Mico Studio
Pengedar : Kozjin Entertainment Sdn Bhd
Genre : Seram / Drama
Durasi Tayangan : 90 minit
Tarikh Tayangan : 24 September 2020
Trailer :
Sebab utama tengok movie Mimaland ni hanya kerana Fattah Amin.
Berlatarbelakangkan taman tema air Mimaland yang pernah beroperasi sejak tahun 1974 dan kemudiannya ditutup pada 1994 selepas kematian seorang pengunjung di papan gelungsur dan tanah runtuh di kawasan kolam renang. Mimaland atau nama asalnya Malaysia In Miniature Land yang terletak di Ulu Gombak ni seluas 300 ekar dengan beberapa attraction seperti taman tema air, taman dinasour yang diwujudkan sebelum Jurrasic Park, tasik untuk aktiviti bersampan serta memancing ikan, maze garden, kawasan chalet dan hotel dan lain-lain.
Sembang pasal Mimaland lebih seronok dari sembang pasal movie seram Mimaland arahan Nevin Hiong di bawah production house Mico Studio ni. Kisah bermula dengan Ariel (Fattah Amin) yang dapat tawaran dari Jimmy (Adam John) untuk shoot video di Mimaland. Teammate dia – Haqiem (Hazzy Alzeeq) dan Suraya (Camelia Natasya). Ariel minta bantuan isteri dia, Elize (Sophia Albarakbah) untuk jadi hos dalam rakaman video dia.
Walaupun tak sihat sebab berbadan dua dan dilarang oleh mak dia supaya jangan pergi ke tempat yang bukan-bukan, Elize tetap setuju dengan permintaan suami dia. Sampai je di pintu gerbang Mimaland, Ariel terkejut dengan team yang dibawa oleh Jimmy dan juga perubahan konsep rakaman video. Mereka semua perlu siapkan tugasan yang ditempatkan di 5 checkpoint untuk menang wang ganjaran sebanyak RM10,000.
Penceritaan Mimaland berdasarkan naratif flashback dari watak Elize kepada pegawai polis selepas kemalangan di kawasan tersebut. Masa tengok movie ni kena fokus lah sebab jalan cerita agak bercelaru tambah pula dengan skrip yang longgar dan dialog yang tersekat dalam bahasa baku. Semua pelakon seolah-olah baca skrip dan tak selesa dengan watak masing-masing. Chemistry antara Sophia dan Fattah pun tak terbentuk cantik walhal pelakon utama dan kebanyakan dramatic and emotional scene digalas oleh mereka berdua. Hancur.
Of course banyak loopholes bila jalan cerita tak kemas macam scene perempuan misteri (Farah Ahmad) yang minta pertolongan Elize untuk selamatkan anak perempuan dia. Dekat awal movie nampak dia keluar dari tanah so I assume dia hidup lagi dan balik ke rumah kemudian mati di sana tapi kenapa suruh Elize tanam mayat anak dia supaya anak dia bebas? Untuk apa hidupkan balik kalau dia tak dapat bersama dengan anak dia? Lagipun tulang yang Elize jumpa bukan tulang anak dia jadi macam mana roh anak dia boleh bebas?
Tak dikembangkan langsung berkenaan research Ariel kenapa ramai kanak-kanak terperangkap dekat situ walhal dia dengan Elize dah berjumpa dengan perempuan misteri. Better kalau dikembangkan part bayi hilang secara misteri sebab ada je kes macam tu. Tak tahu apa maksud suami perempuan misteri bila dia risau malapetaka akan muncul kalau pokok ditebang. Kenapa ada hantu lelaki berlari tanpa arah tuju? Kenapa Haqiem dengan Suraya buat challenge ketiga sedangkan Jimmy dah mati dan misi kali kedua mereka ke Mimaland adalah untuk siasat tentang kanak-kanak yang hilang? Banyak persoalan tak terjawab dan sejarah pula bercanggah dengan sejarah sebenar Mimaland.
Tak tahu la director sengaja nak shade content creator ataupun dia memang lemah dalam menulis skrip bila dia tunjuk team Ariel ni tak bijak. Masuk kawasan hutan melenggang je, tak bawa kit keselamatan. Nasib baik Ariel bawa pisau. Lampu suluh tak ada, CPR pun tak pandai buat, tak ada wisel padahal berkumpulan, peta tak ada padahal kawasan dah terbengkalai, kasut pun tak sesuai. Masuk hutan belukar siap berpecah pulak tu.
Overall movie Mimaland ni agak mengecewakan dari segi penceritaan, lakonan, skrip dan dialog. Mungkin tukar jalan cerita last minute sebab masa shooting dekat tapak asal Mimaland ada crew kena rasuk. Tak berbaloi penat lelah kalau hasilnya macam ni.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 3.2/10