CSR Tetuan Ram Reza Muhammad Ke Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang
Wednesday, 16 December 2020
‘Jangan pernah merasa malu ketika hanya mampu memberi sedikit untuk bersedekah kerana selalu ada kebaikan dalam memberi. Tidak peduli seberapa kecil yang kamu berikan.’ – Ali bin Abi Thalib
Dalam menempuh pandemik Covid-19, tidak dilupakan juga pada yang memerlukan dan terkesan dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dimumkan sepanjang tahun ni. Untuk tahun 2020 Tetuan Ram Reza & Muhammad memilih untuk menghulurkan sumbangan kepada Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang kerana jaraknya yang dekat. Lebih afdhal kiranya kita membantu di kawasan sekitar dahulu sebelum pergi lebih jauh kan?
Melalui dana yang dikumpulkan oleh NGO Pertubuhan Pembela Masyarakat (PEBELAS) dalam tempoh masaa sebulan, beberapa barang keperluan seperti pampers pelbagai saiz, susu tepung, makanan, pakaian dan juga sejumlah wang didermakan untuk membantu meringankan beban penjaga Pn. Ummu serta suaminya dalam menjaga kebajikan anak-anak syurga ni.
Beberapa orang wakil dari HQ dan branch Petaling Jaya bersama managing partner RRM, En. Nor Hisham Muhammad, senior partner, Ms Noraida Hassan dan junior partner, En Izharul Effendy turut hadir menyumbangkan masa dan tenaga. Sengaja memberi ruang dan peluang kepada warga RRM yang muda dan beberapa orang chambering student supaya dapat menambahkan lagi pengalaman dan mencorak mereka untuk peka dengan masyarakat dan komuniti sekitar.
Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari (”PJCKB”) yang menempatkan anak-anak yatim, fakir miskin, golongan asnaf zakat telah pun beroperasi sejak tahun 2010 dan sekarang mempunyai seramai 110 orang kanak-kanak yang terdiri dari umur 1-15 tahun yang tinggal di 4 buah asrama yang berasingan tetapi di bawah satu pertubuhan iaitu, PERTUBUHAN KEBAJIKAN KASIH BESTARI.
PJCKB juga turut membantu menjaga seramai hampir 50 orang anak yatim dan asnaf zakat yang tinggal di sekitar Kampung Melayu Subang. Tetapi mereka ini tidak menetap di asrama dan dibantu apabila perlu sahaja. Keutamaan tetap diberikan kepada yang berada di asrama.
Pusat jagaan amal ni agak terkenal juga sebab pernah featured dalam TV3 bersama Sarah Suhairi dan Nas Terjah, program NONA, mall besar seperti GM Klang ataupun Jakel, McDonald, Royale Chulan Hotel, Little Caliphs dan beberapa syarikat lain yang terkenal.
Dari segi pendidikan, Puan Ummu memastikan setiap anak akan diajar mengaji Al-Quran, pendidikan teras di institusi pendidikan persendirian dan juga subjek tambahan seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab. Untuk tumbesaran yang lebih cerdas pula, mereka dilatih bersukan seperti berbasikal, menunggang kuda, wall climbing, badminton, bermain catur, dan juga permainan papan seperti Saidina. Aktiviti tambahan seperti melukis, bercucuk-tanam dan mengemas asrama dan kawasan sekeliling.
Umum tahu projek Corporate Social Responsibility (CSR) ni akan memberi impak baik dari segi pertumbuhan sosial dan rohani. Salah satu objektif utama CSR Tetuan Ram Reza & Muhammad bersama NGO Pertubuhan Pembela Masyarakat (PEBELAS) ini adalah untuk memupuk semangat bekerjasama dan saling membantu juga meningkatkan sifat berkongsi sesama komuniti. Dari situ aras dinamik antara tenaga kerja dapat diperkukuhkan lagi dan menghidupkan suasana kerja yang mampan.
Bak kata orang sebelum sayang orang lain, kita kena sayang dengan diri sendiri dulu. Sama juga seperti Tetuan Ram Reza & Muhammad bila kebajikan tenaga kerja terjaga dengan bantuan lunchbox setiap Isnin hingga Khamis, insentif duit raya, misi Kita Jaga Kita dengan membantu warga RRM yang memerlukan dana dan bantuan makanan ketika lockdown, peruntukan tetap untuk covid-19 kit (surgical mask, sanitizer dan disinfectant spray) juga suntikan ilmu dan kata-kata motivasi dalam program sharing session dan online class.
Untuk alam sekitar pula, warga Tetuan Ram Reza & Muhammad sebaik mungkin mengurangkan penggunaan kertas, menjimatkan air dan mengurangkan pelepasan karbon dengan berkongsi pengangkutan ke tempat yang sama. Perubahan yang besar terhasil dari jumlah yang kecil tapi dilakukan dengan kerap.
'Dalam keadaan ekonomi yang terjejas teruk kerana Covid-19, mungkin kita tak dapat menyumbang dengan banyak tapi kita cuba buat apa yang termampu agar aura positif dapat memberi impak kepada yang lainnya.' - Junior partner, En Izharul Effendy
Untuk yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berhubung dengan NGO Pertubuhan Pembela Masyarakat (PEBELAS) di Facebook ataupun menyumbang terus kepada Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang. Semoga amal ibadah kita diterima, Insya-Allah.