Raff Printing | Kedai Printing Murah Dengan Service Mantap!

Friday, 4 December 2020

Nak cari kedai printing yang tawarkan service terbaik dengan harga yang murah bukan senang. Tambah pula dengan keadaan paandemik macam sekarang ni, ada yang tutup kedai, ada yang terbatas pergerakannya, ada yang kekurangan staff untuk siapkan dalam masa yang singkat. Alhamdulillah terjumpa Raff Printing di saat memerlukan!

Bulan lepas nak order sticker logo firm untuk lekat dekat PPE suit sebelum dihantar kepada branch yang lain untuk didermakan kepada yang berkenaan. Masa tu order 40 sticker je sebab nak try dulu kualiti dan service dia macam mana sebab harga murah tak menjanjikan kualiti yang bagus kan? Come to my surprise bila tak ambil masa yang lama pun untuk tempahan siap dan kualiti cantik dan mantap. 

Bila dah yakin dengan service Raff Printing, kitorang buat tempahan pula untuk printing service bila kena update booklet Company Profile RRM sebab dah ramai lawyer yang dah berhenti malah dah ada yang buka firm sendiri dah. Bulan September buat photoshoot session dengan semua lawyer dan staff yang terlibat kemudian hantar gambar dengan draft dan template kepada Raff Printing. Dalam dua, tiga hari macam tu dapat sample untuk check sama ada nak teruskan ataupun perlu amend mana yang patut.

Pernah juga masa nak buat event, terlupa nak order bunting. Dalam masa sehari sebelum event, mana nak cari kedai printing untuk service yang cepat siap kan? Bila call Raff Printing, fuhhh lega sangat sebab bunting boleh siap pagi esoknya. Settle satu punca sakit kepala lepas dah hantar logo dekat email. Tinggal bunting dengan stand sampai dekat office je sebab ada delivery service ikut harga kawasan. Tak payah pening kepala bazirkan masa nak cari lokasi kedai dekat mana ataupun stuck dekat roadblock semata nak buat tempahan ataupun pickup. Online je senang! 

Untuk minggu ni kami order mock cheque pula untuk event CSR di rumah anak yatim bersama NGO yang terlibat. Mock cheque ambil masa 3 hari untuk siap so kena hantar design awal supaya tak kelam kabut macam event sebelum ni. Banyak kan produk dan service yang kami dah guna dekat Raff Printing ni? Kalau ada membership card, dah boleh dapat point banyak dah tau!

Bab caj-caj tersembunyi ni setakat ni tak pernah pula jadi isu sebab Raff Printing memang akan bagitahu semua harga dan kos yang terlibat beserta quotation. Kalau urusan personal, seringgit dua tu kita tak berkira sangat tapi kalau tempah untuk kegunaan pejabat, semua aliran duit keluar masuk perlu jelas, terang dan nyata kan? Kang sangkut audit, tak memasal je. 

Raff Printing ni terletak di No 17, Lorong Bunga Melati 2A, Taman Maju Jaya, 56100 Kuala Lumpur. Bukan setakat printing service, banner dan sticker je ada dekat sini, even flyers, bill book, name card, banner, logo design, sticker PVC, sticker label, jersi custom made, bagpack flag, nametag, woven bag, paper bag, rubber stamp, laminate, binding, scan dan juga service photostat pun disediakan  untuk kemudahan pengguna. 

Memang banyak je kedai printing yang terdapat di KL atau Petaling Jaya ni tapi kalau dah jumpa dengan service terbaik macam ni, siapa tak suka kan? Setakat ni belum pernah lagi dikecewakan dengan service Raff Printing ni baik tempahan yang sedikit ataupun yang banyak sampai beratus unit ataupun beribu helaian. 

Raff Printing ni dah beroperasi sejak tahun 2014 lagi Cuma masih belum ramai yang tahu dan kenal dengan kedai yang menawarkan service terbaik di kawasan Lembah Klang. Raff Printing beroperasi dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam tapi disebabkan PKPB, waktu beroperasi dikurangkan satu jam. 

Nak tengok hasil kerja Raff Printing dengan client lain, boleh pergi ke Facebook Raff Printing ataupun Instagram. Nak buat tempahan, boleh whatsapp ataupun email En. Fai. Jangan risau, semua staff Raff Printing mesra dan memudahkan urusan tempahan. 


Blogspot : http://raffairy.blogspot.com/

Facebook : https://www.facebook.com/rafprinting/

Whatsapp : https://wa.me/60183836951

Starbucks : Ice Shaken Tropical Green Tea Lemonade

Thursday, 3 December 2020

Macam biasa lah setiap bulan ada nafkah Starbucks dekat office. Bezanya kali ni cup starbucks meriah dengan Christmas' decoration. Cantikkkk!

Tapi I lupa ambik gambar cup dia T.T



Selama ni kalau Ain order mesti Java Chip tapi kali ni nama drinks yang order a bit extra, Ice Shaken Tropical Green Tea Lemonade. 

Dah try cari apa ingredients dia tapi tak ada pulak so nak sembang banyak pun tak reti. Nak sembang harga pun orang belanja so no questions allowed. 


Warna dia agak mengerikan masa kitorang tengok awal tu but heyyyy rasa dia sedap lah! Not bad la combination green tea dengan lemon sebab rasa masam lemon tu dah tapau rasa pahit green tea. 


Katanya Khairul Aming yang suggest drinks ni so no wonder lah sedap. Lepas ni nak try jugak lah beli drinks ni. Hopefully ms Fisah dapat planner Starbucks 2021 limited edition yang diidamkan hshshs

Blog Performance November 2020

Tuesday, 1 December 2020

Memandangkan bulan lepas sedih sebab PV tak cun, bulan ni ada perubahan positif baik dari PV dengan keywords. 

1. PV

Awal bulan tak cecah 1k pun lepastu cecah, menaik sampai 2k lepastu turun 1k, stays 1k dannnn turun balik. Crazy ride. Jadi macam ni sebab letak lirik lagu hits macam Tak Tahu, Lara dengan Chikadun padahal Chikadun tu dah lama tapi naik balik sebab official MV dia baru keluar bulan ni. 

Rasanya bulan ni dah boleh celebrate sejuta PV sebab jumlah sekarang dah 995k. Tercapai lah hasrat nak cecah sejuta tahun ni. Mission accomplished! 

2. Keywords


Happy betul kalau tengok keywords berbeza dengan bulan sebelumnya. At least blog ni dah bervariasi dengan pelbagai kata carian. Kek Harold Bread tu ramai betul cari bulan ni. Tak pasti ada apa-apa promotion or what. 



Jarang keyword resipi muncul dekat blog ni. Happy bila nampak haritu ada keywords pasal kentang goreng spicy. Ada jugak orang ambik tips dari muka malas memasak ni haha


3. Post


As I said earlier, lirik lagu je mendominasi popular post bulan November. Tealive pun punca utama trafik kencang sejak update pasal Biskutea Caramel yang baru launch awal bulan. Bulan November ni cuba untuk kurangkan update lirik lagu sebab taknak traffic datang dari lirik je semata walaupun yang tu lah yang bikin kencang haha. 


Second page popular post bulan November, penuh dengan review movie, drama dan telemovie cerita tempatan. Tak sangka langsung boleh tarik trafik banyak jugak ea. Telemovie Review Ghairah tu dulu views dia sikit je tapi bulan Oktober dengan November dah start menaik dah. Bulan depan nak try buat review movie tempatan dengan Indonesia banyak sikit sebab dekat Netflix dah muncul banyak movie best dah. Ada subtitle English ni senang sikit nak faham sebab dialogue delivery kebanyakannya masih lemah. Indonesia pulak bukannya faham sangat bahasa diorang. 


4. Audience


Audience dari Indonesia dengan Singapore dah menurun dah. Jangan hilang macam Brunei sudah la. Masak lah tak ada audience yang faham bahasa Melayu dah lepas ni. Nak update dalam English tak mampu lah pulak. Lagipun audience utama dah meningkat bulan ni. 

5. Bilangan Entri


Bulan November ni cuba untuk jadi rajin sikit so dapat la 2 entry lebih dari bulan Oktober hahaha tak mampu lah nak update banyak sebab satu entry pun dah ambil masa yang banyak sebab interface baru ni berat. Kadang dia idle lama then baru boleh start taip balik. Memandangkan dah cecah target untuk bilangan entri so Disember boleh relaks sikit lah haha. 

Thanks for new followers and my loyal readers especially Atie Ziya, Sis Syaz Rahim, Sis Diana Rashid, Kak Sha dan yang lain-lain. I try berbalas kunjungan tapi kalau tak terbalas, maaf ye jangan ambil hati. Enjoy the last month of 2020 and stay safe :)

Movie Review : The Call (2020)

Monday, 30 November 2020

Director : Lee Chung-hyun

Writer : Lee Chung-hyun

Cast : Park Shin-hye, Jeon Jong-seo

Production Company : Yong Film

Distributor : Next Entertainment World, Netflix

Genre : Mystery / Thriller

Running Time : 112 minutes

Release Date : 27 November 2020

Trailer :

Diadaptasikan dari movie British, The Caller yang diterbitkan pada tahun 2011 arahan Matthew Parkhill mengisahkan tentang Kim Seo-yeon (Park Shin-hye) yang mendapat panggilan misteri dari seorang perempuan muda, Oh Young-sook (Jeon Jong-seo) dari 20 tahun sebelumnya. Awalnya susah untuk dia percaya tapi bila dia jumpa diari dan beberapa input tentang keluarga sebelumnya, dia cuba korek rahsia.  

Young-sook setiap hari akan call minta bantuan kepada Sun-Hee tapi talian akan bersambung kepada rumah Seo-yeon kerana mereka berdua tinggal di rumah yang sama. Bila peluang ni datang selepas Seo-yeon yakinkan Young-sook yang dia dari masa hadapan, datang idea gila untuk selamatkan ayah dia yang meninggal dalam kebakaran pada tahun 1999. 

Terhutang budi dengan bantuan Young-sook, Seo-yeon selamatkan kawan baru dia dengan bagitahu bila dan bagaimana Young-sook akan mati dibunuh oleh ibunya sendiri. Terjerat dengan helah takdir, bantuan Seo-yeon berubah menjadi musibah bila Young-sook yang bebas dari kezaliman ibunya, rasa seperti dilahirkan semula dan berubah menjadi pembunuh bersiri. 

Kesilapan terbesar Seo-yeon bila dia bagitahu Young-sook yang polis akan datang tangkap dan mahkamah jatuhkan hukuman penjara seumur hidup. The movie fell flat after that scene well at least for me sebab dah nampak dia sendiri cari pasal so apa sahaja consequences dari tindakan tu atas tanggungjawab dia. 

Nampak dangkal benar bila dia fikir yang Young-sook akan berdiam diri. Macam mana mudahnya Young-sook pergi ke rumah dia untuk halang kebakaran dari berlaku, semudah tu juga lah watak antagonis ni akan bunuh keluarga dia. Second half penuh dengan scene serang-menyerang dari dua watak pada tahun yang berbeza. Masa tetap bergerak selari ke hadapan. 

Dari segi visual memang bagus teknik yang digunakan dan effects yang dimasukkan untuk menambah mood misteri dan thrill. Music score menaikkan rasa gerun especially scene bila Seo-yeon discover ruang yang ditutup untuk upacara pemujaan dan scene di mana dia perlu cari jawapan dalam masa satu jam sebelum dia dibunuh dengan kejam. 

From this point akan ada spoiler maka baca atas risiko sendiri. 

Credit scene debunked teori misteri dan konsep time travel dari awal movie bila pengarah  dan penulis Lee Chung-hyun tunjuk Young-sook terbaring di lantai akibat jatuh dari tingkat atas selepas bergelut dengan Eun-ae (Kim Sung-ryung) tapi kalau dilihat posisi Young-sook, tak nampak badan Eun-ae ataupun kesan darah.  Kenapa pula Seo-yeon terselamat kalau Young-sook jatuh? 

Ambil masa yang lama juga kalau teori flatline sebab Seo-yeon sempat lari ke hospital, balai polis dan kubur dari tingkat bawah sampai ke atas. Kalau diikutkan tempoh masa tu, sempat Eun-ae buat report kepada pihak polis ataupun guna walkie-talkie polis untuk minta bantuan. 

Dan kalau teori flatline digunapakai, kenapa Seo-yeon sedar di rumah yang sama tapi dalam keadaan yang usang? Walhal dalam credit scene boleh nampak Young-sook berada di rumah yang sama dalam keadaan waktu berpatah balik kepada polis dan Eun-ae datang ke rumah sedangkan dari awal movie, konsepnya masa hanya bergerak ke hadapan dan panggilan dari masa lampau sahaja yang akan tembus ke masa hadapan bukan sebaliknya. Credit scene ni timbulkan soalan kenapa takdir perlu beri peluang kedua atau mungkin ketiga kepada pembunuh bersiri yang membahayakan nyawa manusia lain? 

Bila keluar scene Seo-yeon atas kerusi dekat ruang basement, boleh jadi semua yang terjadi ni cuma khayalan Seo-yeon semata gara-gara trauma dengan kehilangan ayah dia sejak kecil. Ayah dengan ibu dia tetap akan meninggal sama ada nature death ataupun kerana kemalangan. 

Not sure if I like the story but the way it is represent is good and both have done great with their acting skills. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 6/10

Movie Review : Tamasha (2015)

Director : Imtiaz Ali

Writer : Imtiaz Ali

Cast : Ranbir Kapoor, Deepika Padukone, Piyush Mishra, Javed Sheikh, Vivek Mushran

Production Company : Nadiadwala Grandson Entertainment

Distributor : UTV Motion Pictures

Genre : Romantic / Comedy / Drama 

Running Time : 136 minutes

Release Date : 27 November 2015

Trailer :

Percutian di Corsica menemukan Don (Ranbir Kapoor) dan Mona Darling (Deepika Padukone) dengan naratif penceritaan yang dicipta oleh Don supaya mereka berdua tak stuck dalam perjumpaan tipikal. Lagipun tak mungkin mereka berdua akan berjumpa lagi di India. 

‘What happens in Corsica stays in Corsica!’

Role play tu bagi kesan mendalam pada Mona atau nama sebenarnya, Tara Maheshwari sampai dia sanggup buang relationship dia. Bila dapat peluang ke Delhi, Tara cuba cari Don di library café selepas 4 tahun hidup dengan kenangan di Corsica. Usaha dia berbuah hasil bila dia jumpa Don / Ved Vardhan Sahni, pengurus produk. 

Tapi sayangnya karakter Ved jauh berbeza dengan Don yang dia jumpa di Corsica. Ved umpama robot tanpa perasaan, ikut jadual dan rutin harian dia, bekerja 9 hingga 5 di pejabat, cerita tentang fakta tentang sesuatu produk atau perkara. Karakter Don hilang sama sekali. Bila Ved propose Tara masa birthday dia, Tara terpaksa reject sebab dia jatuh cinta dengan Don bukannya Ved. Kehilangan Tara bagi tamparan besar pada Ved. 

Walaupun genre movie Tamasha adalah romantic comedy dan drama tapi Imtiaz Ali lebih ketengahkan tema self-explore untuk watak Ved bila dia tak mampu nak hidup macam orang lain. Dia tak mampu carry subjek engineering macam ayah dia, Brijmohan Sahni (Javed Sheikh) harapkan. Gara-gara pressure dengan expectation dari family, Ved menghidap Borderline Personality Disorder.

Penceritaan Tamasha bersilih ganti dengan stage screenplay dan kisah hidup Ved sama ada ketika zaman kanak-kanak, zaman kolej ataupun ketika dia berjumpa dengan Tara. Boleh kata performance Ranbir Kapoor sarat dengan emosi dan karakter yang kompleks. Screentime Deepika Padukone mungkin sedikit tapi watak dia memberi impak pada watak Ved. 

Scene Ved mengamuk tengah malam depan rumah Tara dengan scene di restoran bila Tara merayu Ved kahwin dengan dia antara persembahan terbaik dari Deepika. Chemistry Ranbir dan Deepika buatkan babak emosi nampak mendalam. Credit to Yash Sehgal untuk lakonan dia sebagai mini Ved. Dah la muka seiras dengan Ranbir Kapoor, tak nampak kekok langsung untuk convey emotion untuk setiap babak. 

Movie Tamasha dikuatkan dengan music album gubahan A.R. Rahman dengan lirik yang dikarang oleh Irshad Kamil. Lagu Matargashti untuk mood yang fun, chill juga tribute kepada Dev Anand, Agar Tum Saath Ho untuk dihantui oleh perasaan cinta yang mendalam nyanyian Arijit Singh atau Safarnama dari Lucky Ali bila Ved mula jumpa perspektif kehidupan yang dia idamkan sejak kecil tanpa perlu bergantung dengan harapan keluarga ataupun naratif cerita Baba (Piyush Mishra).

 

Ravi Varman creates magic with his great cinematography especially in Corsica. Siapa je tak happy travel Corsica kalau banyak tempat menarik macam tu. Dari sunrise hingga ke sunset, semuanya boleh tengok dengan shot yang cantik dan mood terbaik dari pelakon utama. Wardrobe Ved hasil kreativiti Aki Narula pun menambahkan impak pada watak Ved sebab perbezaan style antara Ved dan Don bilamana Don lebih bereksperimen dengan fashion manakala Ved selesa dengan pakaian formal akibat desakan dari boss dia (Vivek Mushran). Wardrobe Tara pula hasil rekaan Anaita Shroff Adajania. 

Penerimaan terhadap Tamasha mungkin berbeza kepada setiap orang sebab watak Ved tak represent semua secara menyeluruh tapi attack golongan yang punyai impian yang berbeza dan hidup dalam dunia sendiri tanpa perlu berlumba dengan sesiapa pun untuk nikmati keindahan dan ketenangan kehidupan. Justifikasi yang tepat dari Imtiaz Ali melalui Tamasha. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Minggu lepas ternampak twitter account yang jual Shepherd's Pie lalu dekat timeline. Dah lama dah craving nak makan  Shepherd's Pie ni tapi tak ramai yang jual. 


Rezeki terpijak lah masa nampak tu sebab GODAM ni tengah buat promo sale - beli 2 pek  Shepherd's Pie mini dapat less harga singgit. Okay, nampak macam tak banyak sangat kan singgit tu tapi lantak lah. Sale kot. Terus order 4  Shepherd's Pie hantar dekat Oasis Square Ara Damansara. Delivery charge dia agak mahal jugak lah sampai RM10. 


Delivery dia pun terhad hanya hari Jumaat je. Tak tahu kenapa tapi okay je, tak lah craving teruk sangat sampai nak makan time tu jugak. Boleh control lagi hehe

Beza mini  Shepherd's Pie dengan regular adalah pada kuantiti dia. Mini sebanyak 100gm while regular 300gm. Since main ingredient dia kentang, baik ambik mini je sebab cepat kenyang. Lagipun beli 4 sebab nak yang lain merasa sekali. 


Shepherd's Pie ni sedap makan bila panas-panas dengan sos cili sebab dia tak lah pedas sangat. Base dia mampat dengan daging kisar, belah atas pula lapisan kentang yang tebal. Kalau baru keluar dari oven kena careful lah sebab takut melecur mulut sebab kentang kan lembik. Masa panaskan tu happy sangat bila bau pie ni semerbak. Wangi sampai tergedik nak makan!

Overall  Shepherd's Pie GODAM ni memang sedap, creamy, daging pun manis serasi dengan kentang. Mungkin akan repeat order tapi nak cari yang dekat dengan rumah dulu sebab delivery charge dia mahal. Yang tak pernah makan boleh try dengan GODAM untuk pengalaman yang mantul. 

Movie Review : Mulut Masin

Pengarah :  Razaisyam Rashid

Penulis Skrip :  Anwari Ashraf, Zaim Akmal, Shemad Al Jufri, Zulaikha Zakaria, Natasha Azlan

Pelakon : Jay Nazif, As’ad Motawh, Danish Hazriq, Muzayyin Mahyuddin, Cassia Iman, Farahdhiya, Maria Farida, Lan Pet Pet, Khatijah Tan, Aloy Paradoks, Dee Al-Hadi, Azman Hassan, Bohari Ibrahim dan Amir Ameezan.

Syarikat Produksi :  Alpha 47 Films

Pengedar :  Astro Shaw / Astro First

Genre :  Komedi / Seram

Durasi Tayangan :  70 minit

Tarikh Tayangan : 19 November 2020

Trailer :

Movie Mulut Masin naskhah terbaru dari pengarah Razaisyam Rashid mengisahkan tentang 5 orang sepupu mencari wasiat nenek mereka (Khatijah Tan) yang telah hilang gara-gara Ayu (Cassia Iman) buka kotak pusaka sekaligus melanggar amanah arwah nenek mereka. Sudahnya mereka dilempar garam dan dihantui kelibat nenek. 

Roy (As’ad Motawh) ajak mereka semua ke kubur nenek untuk pastikan sama ada nenek dah bangkit ataupun khayalan semata. Masin mulut Roy bila kubur nenek berlubang semula. Esok pagi Roy cakap dalam tempayan tu ada petunjuk kepada wasiat. Masin lagi! Memang ada petunjuk yang tersimpan elok dalam labu sayong. Sudahnya mereka berlima menjejak kembali wasiat yang hilang berdasarkan petunjuk yang ditinggalkan oleh nenek sebelum parents diorang tahu perkara sebenar. Menangis Boyot (Muzayyin Mahyuddin) kalau tak dapat makan seminggu. 

Movie yang diadun konsep tradisional dan kontemporari ni mengetegahkan warisan seni orang Melayu bila nenek Ramlah suka berpantun 4 kerat. Tambahan pula tulisannya menggunakan tulisan jawi yang dah makin lapuk dek arus kemodenan. Sama seperti iman yang tak dapat diwarisi anak beranak, begitu lah juga Ajib (Jay Nazif) yang tak mampu membaca tulisan jawi. Nasib baik si Azan (Danish Hazriq) pro dengan tulisan jawi dan tinggi ilmu agama. 

Bila melibatkan wasiat dan harta pusaka, tipikal perangai anak-anak suka bergaduh berebutkan harta tanpa peduli langsung keadaan orang tua. Sama juga la yang ditonjolkan oleh watak Pak Long (Lan Pet Pet), Minah (Maria Farida), Angah (Faradhiya) dan juga suami dia (Aloy Paradoks). Tak banyak pun watak diorang buat dalam movie ni selain bergaduh sebab keutamaan diletakkan pada bahu pelakon-pelakon cilik dengan keletah kelakar mereka berlima. 

Tak sangka As’ad Motawh ada bakat berlakon sebab selama ni elakkan untuk layan hasil kerja dia sebab nyanyian dia yang sumbang dan dikecam bertubi. Better kalau As’ad fokus dengan dunia lakonan sebab physical traits dia sesuai sebagai pelakon utama. Rasanya movie ni berlatarbelakangkan Kodiang, Kedah sebab Ajib dengan nenek dia sembang utagha. Scene guard pun mention Usain Bolt Kodiang. Jay memang selesa dengan dialek utagha sebab dia lahir di Penang tapi on and off pada watak lain. 

Lakonan kelima-lima pelakon kanak-kanak  dan remaja nampak tak kekok depan kamera sebab masing-masing memang dah ada pengalaman shooting ads sebelum ni. Chemistry diorang berlima tu nampak cantik walaupun awalnya Roy sejenis poyo tapi makin lama makin nampak perubahan karakter lepas banyak masa diluangkan bersama. Pengarah Razaisyam Rashid bagitahu yang dia kena train pelakon kanak-kanak ni selama 10 hari sebelum start shooting. Worth the effort!

Kelemahan movie ni pada penceritaan yang tak dikembangkan sehabis baik dan durasi yang singkat selama 70 minit sahaja walhal boleh letak banyak lagi scene komedi  dan panjangkan plot masa sebab mereka semua stay sampai Hari Raya. Mungkin boleh ditambah scene flashback kisah anak-beranak Ramlah supaya bertambah deep scene emosi di hujung cerita. Scene seram pun tak banyak sangat. Mungkin sebab taknak pelakon-pelakon utama cuak agaknya. Tapi boleh je kacau pelakon sampingan kan?

Prop yang menghidupkan suasana kampung orang Melayu dari Aminah Mohammad dan music score dari Aliff Ashraf antara adunan yang sesuai dengan konsep dan tema movie Mulut Masin. Sesuai sebagai tontonan keluarga kerana sarat dengan mesej kekeluargaan. Boleh tengok di Astro First dengan harga RM15. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

Ternampak tweet minta pendapat sama ada landed house ataupun high rise yang lebih sesuai dijadikan kediaman ideal? Memandangkan I pernah tinggal dalam dua-dua jenis rumah, so entry ni nak berkongsi pengalaman dan juga kelebihan atau kekurangan dua jenis rumah ni. 

Kalau zaman dulu memang suka sangat dengan landed house sebab kita ada tanah dan laman kita sendiri tapi disebabkan populasi yang makin bertambah dengan harga tanah yang makin mahal, kebanyakan rumah yang available dan mampu milik adalah high rise. 

Tapi tak jadi masalah pun kan kalau dapat buat pinjaman ataupun rumah di bawah skim kerajaan pun dah disediakan jenis landed. 

LANDED HOUSE

Landed house terdiri daripada rumah teres setingkat, teres dua tingkat, teres tiga tingkat, banglo, semi-D, kluster atau linked, townhouse, villa dan sebagainya.

Kelebihan Landed House

1. Ada Laman Depan, Belakang Atau Sisi

Bila ada laman ni boleh guna untuk bercucuk tanam macam my mom boleh tanam banyak sayur atau pokok bunga dekat laman dia. Dah boleh jimat sikit perbelanjaan barang dapur. Kadang dia bersedekah dekat kawan-kawan atau jiran-jiran dia. Ada yang ubahsuai laman sebagai tempat istirehat atau buat pool. 

2. Bebas Untuk Ubahsuai

Kalau nak ubahsuai ikut selera sendiri tak ada masalah pun asalkan dapat kelulusan dari majlis bandaraya. Nak tambah tingkat atas ataupun nak besarkan ruang dapur dengan ruang tamu. Tak perlu nak minta kebenaran JMB dan ikut waktu yang ditetapkan. 

3. Senang Nak Angkut Barang

Kalau rumah landed ni beli furniture atau barang banyak tak aka nada masalah sebab park depan rumah terus boleh bawa masuk dah. 

4. Kereta

Senang nak park satu hal, nak cuci kereta pun mudah sangat sebab ada pili air dekat bahagian depan. Every weekend pun boleh cuci kalau rajin. Keselamatan kereta pun terjaga sebab di dalam kawasan rumah. Tak lah risau kereta kena curi ataupun spare part hilang dicuri orang. 

5. Binatang Peliharaan

Sesuai sangat bela binatang peliharaan seperti kucing, burung, ikan atau anjing sebab ruang yang selesa dan bebas bergerak sama ada indoor ataupun outdoor. 

Keburukan Landed House

1. Senang Diceroboh Oleh Binatang 

Dekat rumah mak memang senang sangat binatang nak masuk ikut lubang tandas ataupun bertenggek di pagar. Pernah je ular tedung masuk rumah ataupun kala jengking ada dekat sofa. Lipan masuk dari saliran air ataupun tikus di bahagian dapur. 

2. Tahap Keselamatan Rendah

Kalau duduk dalam satu taman perumahan agak susah nak kawal sebab ada banyak rumah perlu dijaga melainkan ada guard ataupun rukun tetangga tapi rumah mak dah pernah kena ceroboh masuk. Esok pagi bangun tengok tayar motor dah hilang satu. Nasib baik tak masuk merompak rumah. 

3. Parking Terhad

Setiap rumah dah disediakan laman untuk park kereta tapi kalau satu family ada dua tiga buah kereta akan muncul masalah sebab tak ada extra parking. Belum campur lagi perangai jiran yang suka park kereta depan rumah kita. Dah tegur banyak kali pun tetap degil. 

4. Kos Penyelenggaraan

Bila ada tanah sendiri kena jaga sendiri lah. Bila rumput dah panjang kena upah orang potong, selenggara longkang depan dan belakang rumah ataupun bersihkan tangki air. 

High Rise House

High rise terdiri dari rumah pangsa, apartmen, service apartment, kondominium dan lain-lain

Kelebihan High Rise

1. View Cantik

Makin tinggi apartment tu, makin cantik lah permandangan. Tapi depends jugak dengan lokasi yang dipilih. Macam rumah I sekarang memang dah lama cari apartment ada nature view sebagai treatment bila kepala dah stress dengan kerja. Sejuk pulak tu, tak perlukan aircond dah. Ada yang dapat beach view, boleh tengok sunrise dan sunset. Musim perayaan boleh nampak fireworks. 

2. Keselamatan Tip-Top

Tak payah nak risau ada stranger atau kes pecah rumah sebab kawalan ketat dengan pintu masuk yang terhad. Nak masuk pun kena ada sticker. Rumah sebelum ni ada access card dan CCTV dalam lif atau kawasan parking. Binatang pun takkan ceroboh masuk sebab tinggi. Kes ketukan misteri di Sabak Bernam tu pun tak wujud hehe

3. Lengkap Dengan Kemudahan

Kebanyakan high rise akan dilengkapi dengan kemudahan gym, kolam renang, court, taman permainan, kedai serbaneka ataupun dewan serbaguna. Makin tinggi harga high rise, makin banyak kemudahan yang developer offer. 

4. Surrounding Terjaga

High rise selalunya akan dijaga oleh pihak JMB maka tak wujud lah masalah lori sampah tak datang kutip sampah ataupun fasiliti rosak sebab setiap bulan akan bayar maintenance fees. Buat aduan untuk sebarang kerosakan, nanti akan dibaiki. Kalau ada perangai park merata, buat aduan je terus kena clamp.

Keburukan High Rise

1. Terhad

Macam mana beli, macam tu la sampai bila-bila sebab struktur yang tak boleh berubah. Melainkan renovation kecil ataupun tak melibatkan sistem elektrikal ataupun paip. Trend sekarang bila developer yang tentukan lokasi air-cond ataupun piring Astro. Tak boleh letak sembarangan. Nak tanam pokok pun kena cari yang indoor sebab matahari tak kena sangat dekat kawasan beranda. 

2. Saiz Kecil

Saiz high rise pun kecil bergantung kepada jenis high rise. Kalau rumah pangsa 600sqft sahaja. Kalau keluarga besar memang tak sesuai sangat bila kena berhimpit dan tiada privasi. 

3. Penat Angkut Barang

Rumah sekarang ni tak ada lif so kalau nak beli barang tu memang kena cari mood dan timing yang cun. Kalau tengah sakit ataupun penat memang hilang mood nak panjat rumah atau keluar rumah. Lagi haru bila tertinggal barang dalam kereta ataupun terlupa tutup air dalam bilik air. 

4. Keselamatan Kereta

Masalah bila park dekat bawah sebab kereta akan bercalar sebab budak-budak suka main dekat kawasan parking. Kucing pun suka tidur dekat bumbung kereta. Pernah jadi kes bila tikus gigit wayar kereta. Dah kena keluar extra cost untuk perkara macam ni. 

Kelebihan dan keburukan ni bergantung juga pada jenis rumah sebab kalau beli rumah banglo ataupun villa tak muncul masalah bising dan kerenah jiran yang degil. Landed ataupun high rise rasanya dua-dua bising sebab attached dengan rumah orang lain. 

Kalau duduk rumah flat memang terganggu sebab kawasan yang sesak dan padat. Balik kerja dah penat tapi tak boleh nak tidur sebab anak-anak jiran main lumba lari dekat kawasan koridor. Bila dah pindah ke apartment tanpa lif, tak ada lah masalah tu. 

Best advice, cari rumah ikut lifestyle kita macam mana. Dekat situ baru boleh jumpa kelebihan dan adapt dengan keburukan jenis rumah. 

Movie Review : Bikin Filem

Sunday, 29 November 2020

Pengarah :  M. Hilter Zami (Latiff Zami)

Penulis Skrip :  M. Hilter Zami (Latiff Zami)

Pelakon :   Sherry Alhadad, Azhan Rani, Sharifah Sakinah, Ammerul Affendi, Azrel Ismail, Ucop, Azhar Sulaiman, Mark Adam, Scha Al-Yahya,  Zain Hamid, Erra Fazira, Roy Azman, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed, Kamarool Hj Yusoff, Syasya Saidin

Genre :  Komedi

Durasi Tayangan :  65 minit

Tarikh Tayangan : 5 November 2020

Syarikat Produksi :  Empire Filem Solution

Pengedar :  Astro Shaw

Trailer :

Sesuai dengan tajuk movie, Bikin Filem ni mengisahkan tentang perjalanan team production di bawah kelolaan Penerbit Khaty (Sherry Alhadad) dan Pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk menyiapkan movie genre aksi yang berjudul Dendam. Duit pembikinan tu Khaty dapat hasil pampasan bercerai dengan Dato’ Ngah Harun bila Datin Azizah (Erra Fazira) taknak lagi berkongsi suami.

Khaty lantik mak andam dia, Nana (Ucop) sebagai penerbit eksekutif dan in charge bahagian make-up semua cast. Pelakon utama pula disandang oleh Ijam Min (Azrel Ismail) merangkap anak ikan dia dan kerana followers dia di Instagram ramai, likes pun tinggi. Heroin pula kebetulan je Zarina (Scha Al-Yahya) termasuk dalam kawasan shooting. Walaupun tak pandai berlakon, Rahim G nak cast dia sebab dia cantik. Sindiran padu dari pengarah dan penulis M. Hilter Zami tentang industri perfileman sekarang. Idea movie ni juga terhasil dari pengalaman dia setelah bekerja di belakang tabir sejak umur dia 16 tahun lagi. No wonder semua scene nampak real. 

Since movie ni penuh dengan pelakon-pelakon yang biasa dan selesa dalam watak komedi, tak jadi masalah pun untuk masing-masing deliver karakter yang dilakonkan dan menyerlah dengan dialog yang kelakar. Dialogue delivery pun jelas. Scene Mek Kid (Mark Adam), tukang buat air perli Ijam tu even tengok banyak kali pun tetap kelakar. Setepek je dia bagi. Gelagat pengarah yang nak tukar jalan cerita sebab tiba-tiba dapat ilham. 

'Berat jugak tanggungjawab jadi pengarah ni.' - Along (Penolong Pengarah)

Scene kalut bila team props (Azhar Sulaiman) lupa nak siapkan material, production manager (Sharifah Sakinah) kena layan kerenah pelakon kekwat ataupun handle masalah yang muncul dekat set. Scene dia bawak bomoh datang set untuk tolak hujan sebab shooting terpaksa delay bila cuaca buruk sampai 3 hari. Dah tengah shoot tiba-tiba kena pack up sebab hujan lebat. Habis rosak semua props. Banyak lagi lah scene kelakar masa shooting ni. Sayangnya movie ni terlampau singkat cuma 65 minit sahaja sedangkan banyak lagi scene yang boleh dikembangkan. 

'Semua filem ialah karya agung! Gabungan kepakaran dari semua surut yang diperlukan untuk melahirkan sesebuah filem adalah penyebabnya' - Rahim G

Kudos to Raja Mukhriz and his team sebab shot yang diambil semuanya cantik. Dia tahu angle mana yang sesuai untuk tambah mood dan impak pada karakter watak bila pelakon perlu guna facial expression atau body gesture semata. Cuma scene Khaty bergaduh dengan Dato’ Ngah dalam panggung tu patut diambil dari sudut lain sebab bila movie dekat belakang kena blur, nampak tak cantik shot Khaty. Scene gangster dalam kereta pun ada part yang nampak visual effects dia tapi yang tu boleh tutup mata je lah. Music score pun nice. 

Rasanya goof dalam movie ni bila dalam tayangan perdana Dendam tu ada watak si botak padahal dia dah kena head shot dekat dalam kereta. Ataupun cerita dah bertukar sebab watak Zarina ditambah? Scene Khaty dengan Rahim sedih dan anggap ujian tu datang sebab maksiat pun macam tak perlu sebab industry negara lain lagi banyak maksiatnya, elok je movie boleh keluar. Silap sendiri bawa cash banyak dengan pintu kereta manual macam tu. 

Anyway movie ni dah siap lama dah around 2010 sebab pengarah kata dia peram sampai 10 tahun sebab tak ada penerbit yang berani ambil movie ni. Walaupun lambat tapi terima kasih Empire Film Solution sebab angkat karya tempatan ni.  Kudos to Astro Shaw sebab suka terbitkan filem dengan skrip yang bagus dan mutu lakonan juga kualiti teknik perfileman yang mantap untuk penonton. Hopefully M. Hilter Zami boleh bekerjasama lagi dengan penerbit yang sama untuk movie akan datang. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.9, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10