Movie Review | Malik & Elsa (2020)
Monday, 12 October 2020
Penulis Skrip : Nana Mulyana, Media Kita
Pelakon : Endy Arfian, Salshabilla Adriani, Joshua Pandelaki, Muhamad Yahya Nur Ibrahim, Hendra Lesmana, Nina Rahma
Genre : Romantik / Drama
Syarikat Produksi : Max Pictures
Pengedar : Disney+ Hotstar
Durasi Tayangan : 88 minit
Tarikh Tayangan : 9 October 2020 (Indonesia)
Trailer :
Diadaptasikan dari novel laku keras karya Boy Chandra dengan tajuk yang sama, mengisahkan tentang kisah percintaan yang bermula dari persahabatan di antara Malik (Endi Arfian) dan Elsa (Salshabilla Adriani).
Elsa kalah dengan Malik untuk soalan berkenaan sejarah Indonesia, jadi sebagai denda dia perlu belanja Malik makan tengahari selama 7 hari. Dan dalam masa yang sama, Malik cuba buat Elsa jatuh suka dengan dia. Tak lah susah mana pun untuk Elsa suka dengan karakter Malik sebab dia seorang kawan yang baik. Kacak pulak tu.
Elsa pun tak kisah nak belanja Malik makan selama seminggu sebab dia anak orang kaya, berbeza dengan Malik yang perlu bekerja sambil belajar untuk tampung kos pengajian di kolej. Sebelum ke kolej dia akan ambil upah mengangkut barang di pasar basah.
Impian Malik adalah untuk berjaya dalam hidup dan buat ibu bapa dia bangga kemudiannya bayar budi kepada yang dah tolong dia. Tapi dalam semua kisah cinta mesti ada cabarannya kan? Ibu Elsa tak suka Elsa berkawan dengan Malik sebab Elsa selalu balik lewat malam. Sudahnya ibu Elsa (Nina Rahma) bagi amaran keras supaya jauhkan diri dari Malik.
Sama juga dengan Malik bila dapat amaran dari senior Liandra (Muhamad Yahya Nur Ibrahim) untuk berhenti jadi pengaruh buruk kepada Elsa. Tak faham sangat watak senior Liandra ni sebab tiba-tiba je nak sibuk dengan life Elsa dan Malik. Mungkin dia suka Elsa atau mungkin dia anggap Elsa macam adik dia sendiri. Entah lah, tak dikembangkan sangat.
Jalan cerita movie romantik ni simple sangat, mungkin target audience dia remaja sekolah kot. Drama dia pun tak lah berat sangat pun so lakonan kedua pelakon utama ni ala kadar je lah. Tak heavy mana pun. Chemistry tu ada lah tapi sebagai kawan. Scene Elsa menangis tu nampak sangat try hard.
Pelik dengan definisi pertemuan kawan baik Malik, Lubis (Hendra Lesmana) dengan Elsa sebab both of them dah berjumpa dua kali dah pun. First time bila Elsa tanya tempat Malik bekerja, second time pula masa Elsa drop Malik ke rumah. Kali ketiga Lubis dengan Elsa berjumpa baru Lubis clarify tu pertemuan mereka padahal Lubis hantar barang je dekat Elsa. Tak sembang banyak pun. Goof? Idk.
Berlatarkan keindahan kota Padang, Indonesia, movie Malik & Elsa dipenuhi dengan keindahan pantai-pantai di Padang. Tapi camera shot nampak pelik masa scene Malik dengan Elsa berjalan dekat Pantai Cinta. Nampak macam edit sangat tapi kalau dari angle tepi, elok je pulak scene tu. Bila camera berhadapan dengan Malik dengan Elsa terus jadi kartun. Sama juga dengan scene diorang atas bot tu. Kemain memancar lagi matahari tu sampai nak tenggelam muka pelakon.
Music score dan soundtrack movie ni not bad lah untuk menaikkan mood romantic antara watak Malik dan Elsa. Dekat hujung movie ada lagu Cinta Luar Biasa dari Andmesh Kaleng. Watak sampingan banyak membantu dalam movie ni supaya tak jadi hambar di samping kehebatan masing-masing bercakap dalam bahasa Padang untuk nampak real. Pelakon utama tak pandai okay.
Tak tahu lah ada sequel ke tak nanti sebab movie dia habis macam tu je. Kalau ada sambungan, hopefully skrip dia lebih strong.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 4.6/10
Movie Review : Phone Booth (2002)
Sunday, 11 October 2020
Director : Joel Schumacher
Writer : Larry Cohen
Cast : Colin Farrell, Forest Whitaker, Katie Holmes, Radha Mitchell, Kiefer Sutherland, Paula Jai Parker
Production Company : Zucker/Netter Productions
Distributor : 20th Century Fox
Genre : Psychological / Thriller
Running Time : 81 minutes
Release Date : 10 September 2002 (Toronto International Film Festival), 4 April 2003 (United States)
Trailer :
Bad day for Stuart Shepard (Colin Farrell)bila dia tanpa fikir panjang terus angkat panggilan di phone booth lepas guna untuk call Pamela (Katie Holmes), kekasih gelap dia. Dia dapat panggilan daripada seorang lelaki yang dah lama perhatikan dia. He even knew everything about Stu!
'What did I do to deserve this? Why me?' - Stu
Awalnya Stu ingat lelaki tu cuma buat prank tapi bila Leon (John Enos III), bapa ayam di rumah pelacuran yang terletak berhadapan dengan phone booth tu ditembak mati tanpa belas, Stu mula gelabah dan cuba minta bantuan. Malangnya, phone booth tu dah kena bugged so the caller tu tahu Stu telefon 911. Akibatnya telinga dia luka akibat terkena peluru yang dihantar sebagai amaran supaya Stu jangan cari pasal dengan dia.
Bertambah cuak bila Captain Ed Ramey (Forest Whitaker) datang dengan skuad lengkap bersenjata api, siap sedia untuk tembak Stu. Escort (Paula Jai Parker) yang bekerja dengan Leon tak sudah-sudah teriak bagitahu polis dan media yang Stu ada pistol di tangan dia. Hakikatnya tak ada pun tapi kalau Stu keluarkan tangan dari poket dia, memang dia bersedia untuk mati je lah.
The Caller tu nak Stu mengaku dengan jujur depan semua orang yang dia dah buat silap bila dia ada niat untuk curang dengan isteri dia, Kylie (Radha Mitchell). Kalau dia tak bagitahu, lelaki tu akan tembak salah seorang, sama ada Kylie ataupun Pamela yang memang hadir di tempat kejadian bila live footage Stu masuk dalam national news.
Phone booth dah mula hilang demand bermula tahun 2001 sejak kemunculan telefon bimbit tapi lepas tayangan movie psychological thriller ni confirm bagi trauma kepada orang awam hahaha well at least for me. Terkejut dengan twist dari director Joel Schumacher tu tak hilang lagi. Start dari Stu jawab call tu sampai ke hujung dok saspen tunggu apa akan jadi nanti. Lakonan Colin Farrell nampak hidup dengan body language dia. Suara The Caller tu creepy, memang sesuai jadi watak psiko.
Watak Stu ni walaupun dia fake dan suka menipu tapi sebenarnya dia lebih bijak dari lelaki yang telefon dia sebab ada scene di mana Stu bagitahu yang polis akan tahu bukan dia yang tembak Leon sampai mati sebab luka di badan tak sama dengan pistol yang ‘diberi’ kepada dia. Tapi The Caller berjaya manipulate Stu sampai dia rasa dia lelaki paling tak guna dalam dunia ni sedangkan di awal movie dia la paling yakin dengan naratif penipuan dia terhadap beberapa orang sampai dia ada apparentice.
Macam geram jugak dengan watak Kapten sebab tak boleh nak analyze keadaan Stu macam mana sedangkan Stu dalam keadaan resah dan telinga dia berdarah. Enough hints there something is wrong! Dia sampai dekat tempat kejadian dan tengok mayat Leon dengan luka dekat belakang pun dia boleh tahu yang Leon ditembak di belakang walhal Leon bergaduh dengan Stu secara berhadapan.
Ada ramai saksi yang nampak Stu tak pegang pistol sebab tangan kanan pegang telefon, tangan kiri pegang kepala. None of them pergi dekat polis bagitahu apa yang jadi bila escort tu menipu. Selain dari mesej jangan jawab panggilan sembarangan dari phone booth, I learned another bitter truth of life. Sighhhhh
‘You can't understand the pain of betrayal until you've been betrayed.’ – The Caller
I dislike the ending though because it makes Stu looks dumb dan misteri tu tak menjadi sebab dua suara tu berbeza sangat walaupun director sengaja guna ayat yang sama dari kedua-dua watak. Better kalau director tak letak scene Stu buat pengecaman identiti dan biarkan apartment tu kosong. Lagi fun kalau watak The Caller tu dibikin suci dan misteri. Now we have to seek justice for an innocent man who just doing his job for a living in that busy street. Dangggg!
1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10
Penulis Skrip : Chan Yoke Yeng, Tan Pik Yee
Pelakon : JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar, Marianne Tan, Katrina Ho, Mark Williams, Bront Palarae, Frankie Lee, Taufiq Hanafi
Genre : Sukan / Drama
Durasi Tayangan : 113 minit
Tarikh Tayangan : 28 Januari 2016 (Malaysia)
Syarikat Produksi : Astro Shaw, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment Sdn Bhd
Pengedar : Golden Screen Cinemas
Trailer :
Dah lama cari movie Ola Bola ni and thanks to IQIYI apps, dapat jugak layan salah satu movie tempatan yang terbaik pernah dihasilkan di bawah arahan Chiu Keng Guan. Jarang kita dapat layan movie yang diinspirasikan dari kisah benar arena sukan kita.
Kisah bermula dengan Marianne (Marianne Tan) diberikan tugas untuk buat research tentang team bola sepak sekitar tahun 1980-an di mana pasukan bola sepak negara layak ke Sukan Olimpik Moscow, Rusia. Disebabkan sumber yang terhad dan pita yang telah pun rosak, dia give up. Plan dia cuma nak buat yang mana mampu sebelum surat tawaran bekerja di UK sampai.
Boss dia pujuk untuk pergi ke Sabah dan berjumpa dengan Eric Balak, striker team bola sepak Malaysia yang kemudiannya bersara dan melatih team bola sepak cucu dia di kampung. Eric masih lagi simpan segala kenangan semasa dia bersama team bola sepak negara. Antaranya ialah sarung tangan yang dipakai oleh rakannya, Muthu (Saran Kumar Manokaran).
Eric menceritakan kembali kenangan dan bagaimana pasukan bola sepak negara yang diketuai oleh Tauke (JC Chee) berlatih siang malam di bawah kendalian Coach Harry (Mark Williams) yang datang dari UK. Awalnya memang susah nak cari keserasian sebab cara Tauke dan Coach Harry berbeza. Yang menjadi mangsa haruslah ahli pasukan yang lain terutamanya Abu (Taufiq Hanafi) dan Eric sendiri.
‘Your biggest problem….no, the team’s biggest problem is your ego!’ – Coach Harry
Memandangkan movie Ola Bola ni diadun menjadi naskhah bergenre drama, jadi ada la beberapa scene yang diolah berbeza dari fakta sebenar. Kata Tauke memang dia kapten pada masa tu dan mereka kena training di kem askar tapi apa yang jadi di bilik persalinan masa half time lawan Korea Selatan tu tak betul sebab keputusan Kerajaan dibuat selepas habis perlawanan.
But let’s just put that aside lah sebab tak besar mana pun kesilapan atau olahan tu. Penceritaan, lakonan dan skrip dari Chan Yoke Yeng dan Tan Pik Yee memang mantap dan sarat dengan mesej-mesej patriotisme, perpaduan dan kegigihan tak kira bangsa dan agama. Scene Rahman (Bront Palarae) nasihatkan Tauke untuk terima kehadiran Coach Harry dengan hati terbuka antara salah satunya.
‘Football is a teamwork. One player doesn’t win the game, and also… one player doesn’t lose the game.’
Music score dari Onn San pun memainkan peranan besar. Lagu Arena Chaya yang dinyanyikan oleh Zee Avi menang dalam kategori Best Original Theme Song di Taipei Golden Horse Film Festival and Awards 2016.Memang patut menang pun sebab lirik dia mendalam.
Walaupun movie ni tentang kegigihan kesemua watak tapi bila diorang down, kita pun jadi down sekali. Bila Rahman menjerit Goal! Goal! Goal! Goal! kita pun rasa nak jerit sekali. Scene director sengaja usik masa Eric bercerita dengan Marianne tu pun menjadi. Berdebar je bila tengok scene separuh akhir. Dah tahu apa akan jadi pun tetap rasa berdebar.
Latar masa movie Ola Bola pada tahun 80-an so pakaian, hairstyle, kereta dan seni bina bangunan serta dekorasi dicipta semula oleh Anthony Chan nampak menjadi dan mengimbau kenangan bila flashback scene muncul. Dalam movie ni pun boleh tengok latar belakang beberapa watak yang cuba mengubah nasib keluarga bila ekonomi Malaysia bergantung pada hasil pertanian – getah, kelapa dan balak.
All in all, movie Ola Bola memang layak diraikan dan merangkul semua pengiktirafan walaupun terdapat beberapa khilaf dari pihak produksi. Hopefully produser Astro Shaw akan hasilkan lagi movie genre sukan. Mungkin sukan ragbi dan hoki pulak sebab dua sukan ni pun antara jaguh kebanggaan negara. Last but not least, tahniah Ola Bola kerana kembalikan keyakinan dan kepercayaan bukan setakat dalam arena sukan tapi dalam industri perfileman tempatan juga!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Movie Review : Ginny Weds Sunny
Saturday, 10 October 2020
Director : Puneet Khanna
Writer : Navjot Gulati, Sumit Arora
Cast : Yami Gautam, Vikrant Massey, Ayesha Raza Mishra, Rajiv Gupta
Production Company : Soundrya Production
Distributor : Netflix
Genre : Romantic / Comedy
Running Time :125 minutes
Release Date : 9 October 2020
Trailer :
Lepas kejayaan Love Per Square Foot, Netflix come up dengan movie bergenre romantic comedy Ginny Weds Sunny yang mengisahkan tentang Princess Simran Juneja aka Ginny (Yami Gautam), pegawai insurans di Delhi yang masih lagi lepak dan chill dengan ex-boyfriend dia, Nishant Rathee (Suhail Nayyar). Walaupun mereka berdua ada chemistry yang hebat tapi lifestyle tak sama bila Nishant lebih suka gaya hidup mewah sesuai dengan status hidup dia yang kaya manakala Ginny pula lebih sederhana dan suka masakan klasik India.
Ginny banyak kali utarakan supaya mereka berdua kahwin tapi Nishant tak mampu untuk bagi sepenuhnya komitmen dalam perkahwinan. Sang hero, Satnam Sethi aka Sunny (Vikrant Massey) pula ada impian untuk buka restoran tapi kedai milik ayah dia (Rajiv Gupta) cuma akan diwariskan sebaik sahaja dia berkahwin. Sunny tak akan paksa bakal isteri dia terikat dengan perkahwinan ataupun anak-anak cuma sebab impian dia cuma untuk memasak di restoran baru. Pada dia cinta cuma perasaan.
Tapi perspektif tu berubah bila Sunny berjumpa kembali dengan Ginny, crush dia masa zaman sekolah menengah dulu. Mak Ginny, Mrs Shoba (Ayesha Raza Mishra) pula ada business matchmaking dan teringin jodohkan Ginny dengan Sunny. Banyak tips yang dia share dengan Sunny dengan harapan Ginny akan jatuh hati dan lupakan Nishant. Malangnya setinggi mana pun usaha Sunny, Ginny masih lagi tak mampu nak move on dari Nishant. Lagi parah bila Nishant akhirnya datang melamar.
Personally for me, daripada writers Navjot Gulati dan Sumit Arora penat kembangkan plot takut dengan komitmen ni, baik diorang buat plot percintaan antara 3 watak – Sunny, Ginny dan Nishant. Plot ni lebih kuat potential dia daripada plot asal. Watak Ginny pun tak diolah dengan cantik bila dia tekankan yang dia tak perlukan lelaki dalam hidup dia tapi tak boleh move on dengan Nishant. Kemudian jatuh cinta dengan Sunny dan lemah bila Nishant dan Sunny tiada dalam hidup dia.
Dialog pun penuh dengan lawak yang sengaja ditekankan dan nampak awkward bila cheesy line dari Sunny tak menjadi atau nampak cringe. Sayang lah sebab pairing Yami dengan Vikrant nampak sesuai sangat. Tambah pula pairing ni fresh. Dengan durasi sepanjang 125 minutes dan music album yang average, kisah cinta Sunny dan Ginny nampak lemah. Mungkin Vikrant tak ada chemistry dengan Netflix sebab dia dah gagal dalam Dolly Kitty Aur Woh Chamakte Sitare sebelum ni.
For a Netflix movie, bab visual memang kekuatan lah dengan sinematografi menarik di Delhi walaupun scene belon panas tu nampak sangat VFX dia. Wardrobe Ginny hasil kreativiti Amandeep Kaur mainkan peranan sangat untuk nampak menyerlah dalam movie romantik ni. Boleh kata dia spend gaji dia dekat wardrobe sebab rumah simple je. Kereta pun tak ada tapi wardrobe letops. Paling fav lehenga yang dia pakai masa dekat wedding masa menari dengan Sunny tu. Perfect 100%!
Though I enjoy watching this jodi, I dislike the ending scene sebab predictable habis walaupun director Puneet Khanna buat kejutan tapi entah berapa kali dah Bollywood present kejutan yang sama sampai hilang impak dia. Harap Ginny dengan Sunny bayar balik lah kerugian family Neha by hook or by crook. Kalau I jadi tetamu, tak kisah sangat lah benda macam ni sebab wedding decoration cantik, makanan sedap heck even can dance some more.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 6.3/10
Baru-baru ni kecoh bila Addy Kana dan Datin Alia ditangkap oleh SPRM diikuti juga dengan siasatan pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Siti Sarah. Kenderaan mewah milik Datin juga disita ekoran kes Macau Scam.
Apa Itu Macau Scam?
Sindiket penipuan telekomunikasi yang memperdaya mangsa dengan panggilan palsu hingga mengakibatkan kerugiaan jutaan ringgit. 'Macau Scam' didalangi sindiket Taiwan serta China yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong juga tempatan.
Modus Operandi Macau Scam
'Spoofing' ialah teknik di mana pemanggil akan berkomunikasi menggunakan paltform Voice Over Internet Protocol (VoIP) bagi membolehkan pemanggil meletakkan sebarang nombor telefon untuk memperdaya pemenerima bahawa pemanggil adalah dari nombor yang tertera di skrin.
1. Cabutan bertuah (Lucky Draw)
Pengadu menerima panggilan telefon yang mendakwa mangsa telah memenangi pertandingan cabutan bertuah (lucky draw) bernilai jutaan dollar dari syarikat Hong Kong dan Macau.
Pemanggil kemudiannya memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya pengadu mahu menuntut hadiah berkenaan. setelah bersetuju, pengadu dikehendaki membayar cukai dan insuran dengan cara memasukkan wang ke dalam akaun tertentu bagi menuntut hadiah tersebut. setelah transaksi selesai, pemanggil gagal dihubungi dan wang hadiah yang dijanjikan tidak diterima.
Kes membabitkan seorang kerani berusia 46 tahun di Seremban yang mengalami kerugian sebanyak RM108,500 bila menerima whatsapp memenangi hadiah dari luar negara. 2 hari kemudian mangsa diminta masukkan RM5,000 untuk cukai bungkusan kedalam akaun Caroline Man. Kemudian selepas 10 minit diminta masukkan RM18,500 dan RM75,000 ke dalam akaun sama.
2. 'Spoofing' pegawai polis / agensi kerajaan
Pengadu menerima pangilan telefon daripada individu yang mengaku sebagai pegawai mahkamah dan polis serta mendakwa bahawa pengadu terlibat di dalam kegiatan haram (seperti ah long, kongsi gelap dan pengedaran dadah) dan mangsa kemudiannya diminta untuk memindahkan wang dari akaunnya ke dalam akaun tertentu, kononnya bagi mengelakan akaun mangsa dibekukan oleh pihak berkuasa.
Kes di mana seorang suri rumah berusia 68 tahun di Rembau yang kerugian sebanyak RM183,770 bila mangsa terima panggilan dari seorang wanita kononnya anggota polis dari Balai Polis Jalan Campbell, Seremban bernama Koperal Azizah. Mangsa dimaklumkan kad pengenalan beliau di gunakan dalam aktiviti wang haram, dadah, dan 8 kad ATM di poslaju Seremban. Mangsa menafikan terlibat dan kemudian disambungkan kepada ‘Koperal Kamarul’ di IPD Seremban dan RM183,770 dipindahkan ke dalam 3 akaun berbeza.
3. 'Spoofing' pegawai bank negara atau bank komersil (kad kredit)
Mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank, dengan dakwaan bahawa mangsa gagal membuat bayaran kad kredit. pengadu kemudiannya diarah untuk menghubungi seseorang, kononnya pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan. mangsa akhirnya diperdaya untuk membuat pemindahan wang ke nombor akaun tertentu melalui e-banking atau melalui mesin deposit tunai (CDM).
4. Tipu culik dan minta wang tebusan
Mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa anak atau saudaranya diculik. mangsa diperdaya untuk memindahkan wang tebusan ke nombor akaun pihak ketiga yang diberikan oleh pemanggil. (terkesan juga pelbagai helah dan taktik lain yang digunakan oleh ahli-ahli sindiket untuk memperdayakan mangsa, termasuk dakwaan langgar lari dan gagal membayar hutang pinjaman bank / institusi kewangan).
Jenayah pengubahan wang haram ini membabitkan kesalahan seperti menipu, rasuah atau merompak bank, yang mana wang itu perlu dicuci. Siasatan terhadap wang hasil Macau Scam ni masih berjalan dan beberapa selebriti diseru untuk tampil bagi kerjasama dengan pihak SPRM.
Mereka yang menerima wang itu tidak boleh tidak tahu atau berkata mereka tidak tahu. Kerana apabila kita siasat, kita akan siasat sampai ke mana wang itu berada (diserahkan). Menubuhkan perniagaan adalah antara cabang wang ini dicuci - Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Azam Baki
“Platform iLike”: e-Dagang Sosial KRU - Gabungan Ikon Media Dan Usahawan Tempatan Untuk Ke Pasaran Global | Pandemik Covid-19 yang memberi kesan besar kepada ekonomi seluruh dunia telah membuka peluang baru bagi menjana pendapatan melalui platform digital. Bak kata pepatah Bahasa Inggeris “Every Cloud Has A Silver Lining”.
Walaupun warga dunia masih didalam peperangan menewaskan virus ini, ianya juga telah mencetus pelbagai inovasi serta mempercepatkan lagi proses transformasi pelbagai perniagaan dan gaya hidup sejajar dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4).
KRU bernasib baik kerana telah membuat persediaan awal bagi transformasi digital keseluruhan operasi perniagaan kumpulannya sejak September 2019. Setelah lebih 1 tahun bagi proses pembangunan perniagaan ini, KRU akan melancarkan platform e-dagang sosial yang dijenamakan sebagai “iLike” melalui laman sesawang serta applikasi Android dan iOS pada penghujung Oktober 2020.
Keunikan utama bagi platform iLike adalah tawaran beberapa produk ikon media eksklusif yang tidak dijual melalui platform lain. Selain itu, iLike menyediakan eko-sistem dimana ikon media serta “influencers” (sama ada graduan, suri rumah ataupun golongan professional) untuk menjana pendapatan disamping membantu usahawan-usahawan tempatan memasarkan produk-produk mereka diperingkat tempatan dan antarabangsa.
“Penyenaraian produk di platform iLike adalah percuma dan peniaga boleh menawarkan produk tanpa had. Selain itu, iLike juga turut menyediakan perkhidmatan penerbitan iklan serta pakej pengiklanan digital serendah RM 888 untuk tempahan sebelum 31 Disember 2020. KRU juga turut menawarkan pakej latihan jangka pendek serta e-pembelajaran bagi para usahawan dan “influencers” melalui program up-skilling dan re-skilling “Social e-Commerce” mulai November 2020.” ujar Dato’ Norman Abdul Halim, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, KRU Entertainment Sdn Bhd.
KRU juga telah melantik usahawan selebriti Didie Alias sebagai Ikon Media pertama iLike. Beliau bakal mengendalikan rancangan “iLike Show” secara langsung di Facebook, YouTube dan Instagram mulai 10hb Oktober 2020.
Menurut Didie Alias “Saya amat berterima kasih kerana usaha saya menggabungkan selebriti serta usahawan-usahawan tempatan melalui karnival Lefest Tour selama ini mendapat perhatian dari KRU. Memandangkan kekangan semasa bagi aktiviti penganjuran acara melibatkan orang ramai, saya berasakan pelancaran platform iLike ini adalah amat diperlukan dan tepat pada masanya. Insya’allah saya akan menunaikan tanggungjawab saya membantu selebriti dan usahawan tempatan untuk memajukan perniagaan masing-masing sebagai Ikon Media iLike”.
Penyenaraikan produk di platform iLike adalah terbuka kepada peniaga-peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (berstatus Syarikat, Perkongsian atau Perniagaan) yang menawarkan hanya produk-produk asli (bukan tiruan atau cetak rompak).
Untuk maklumat lanjut, sila langgan di www.ilike.com.my.
Director : Han Yan
Writer : Han Yan
Cast : Angelababy, Mark Chao, Jiang Shan, Cindy Yen, Tian Yuan, Bai Baihe
Production Company : BDI Films, Irrestible Beta Limited, Edko Films Limited, Beijing Happiness Union Co. Ltd
Distributor : EDKO Films Ltd
Genre : Romantic / Drama
Running Time : 106 minutes
Release Date : 8 June 2012
Trailer :
Godek-godek apps iQiyi, ternampak movie First Time dekat Popular Ranking Movie, so try je lah tengok sebab hero dia macam handsome haha. Movie ni remake dari movie Korea tahun 2003 - …..ing.
Mengisahkan tentang Song Shiqiao (Angelababy) yang mempunyai penyakit myasthenia bila muscle dia tak kuat sangat dan makin lama makin lupa tentang diri dia sendiri gara-gara ubat yang dia consume setiap hari. Lepas kematian suami kerana penyakit yang sama, Zheng Qing (Jiang Shan) lebih fokus jaga anak perempuan tunggal dia sambil uruskan kedai makan. Setiap minggu ada appointment dengan doktor untuk tengok progress Shiqiao.
Masa Shiqiao bekerja part-time sebagai mascot di fun fair, dia terserempak dengan Gong Ning (Mark Chao), kawan sekolah dia tapi dah lost contact sebab Gong Ning pindah sekolah. Gong Ning bekerja sebagai penyanyi dalam band dia. Selalunya diorang ambil upah dekat club ataupun fair dan event. Mereka berdua mula berkawan rapat kemudian jatuh cinta. Sejak kehadiran Gong Ning, hidup Shiqiao lebih bahagia tapi ada bahayanya jugak sebab Shiqiao lebih berani untuk buat aktiviti yang dilarang oleh mak dia.
Dulu Shiqiao penari ballet tapi disebabkan penyakit tu, dia terpaksa stop tapi sebab dia dah happy dengan kehidupan yang dia ada sekarang, dia nak rasa perform untuk kali terakhir sebelum dia pergi. Zheng Qing mengamuk dengan Gong Ning sebab bahayakan keselamatan Shiqiao tapi keputusan untuk hidup atau mati bukan di tangan dia. Bersediakah Gong Ning dan Zheng Qing kehilangan Shiqiao?
I tak tengok movie ….ing so tak boleh nak compare tapi boleh kata yang movie First Time ni dah cukup rencah untuk movie bergenre romantic drama ni. Lakonan Mark Chao bagus cuma Angelababy je macam tak mampu sangat nak hidupkan scene emosi tambah kalau dia sorang je dalam scene tu. Nasib baik watak dia memang dah kuat so tak nampak sangat lah kelemahan tu. Chemistry antara Angelababy dengan Mark Chao menawan.
Dua karakter ni ada masalah dalam hidup tapi kita didedahkan dengan kehidupan Shiqiao dan Zheng Qing. Second half nanti director akan buka kisah hidup Gong Ning dan macam mana kehadiran Shiqiao ubah dunia Gong Ning justeru menguatkan lagi drama kisah percintaan mereka berdua.
Walaupun tak dipaparkan sinematografi memukau dari kawasan shooting tapi visual dan lighting diolah cantik dari lensa Charlie Lam.Fun fact, art director untuk movie ni adalah Jeffrey Kong, anak kelahiran Malaysia dan pernah menang beberapa anugerah untuk hasil kerja dia. So no wonder lah visual movie First Time ni nampak indah sangat. Even wardrobe semua watak pun stylish dan decoration rumah dan beberapa tempat nampak menarik dan cantik dengan suntikan elemen bohemian. Some scene looks dreamy. Sayangnya soundtrack macam mehhh sikit.
Genre movie yang ringan ni memang senang lah nak jatuh suka dengan penceritaan dan lakonan tapi ada je beberapa scene yang macam questionable boleh pejam mata buat tak nampak macam scene Gong Ning merayu dekat ex-girlfriend dia, Peng Wei (Cindy Yen) untuk bagi Shiqiao ganti tempat dia sedangkan Shiqiao tak lah pandai menari pun. Untuk persembahan besar dalam dunia nyata, memang kosser lah coach nak layan sebab nak tukar tempo dan flow tarian tu untuk match dengan lead dancer. But overall not bad lah movie dari writer-director Han Yan ni.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.7/10
Matcha Lovers Should Check Out These New Drinks At Gong Cha
Tuesday, 6 October 2020
Matcha Marble