Shakuntala Devi Promotion Fashion Files | Vidya Balan

Monday, 14 September 2020

Movie Shakuntala Devi antara first batch yang agreed untuk release dekat OTT platform tapi tak semestinya pelakon tak busy untuk promo events. Pelakon utama, Vidya Balan perlu hadir ke beberapa talk show dan juga radio untuk promote movie biopic Mathematician kebanggaan India.

Vidya balan | India Education,Education News India,Education News | India  Education Diary

So far I selalu nampak Vidya lagi selesa pakai traditional attire ataupun maxi dress untuk promotion events ataupun parti. Sesuai dengan persona sebenar Shakuntala Devi yang suka dengan sari walaupun menempa nama di negara Barat. So let's see her wardrobe this time...

1. Cotton Tunic


Vidya start e-promotion untuk Shakuntala Devi movie dengan V-shape neckline tunic cotton berwarna fuchsia dan padankan dengan dhoni dengan warna yang sama dari koleksi Urvashi Kaur. Di bahagian dada ada kantha stitch. I love the colour, nampak menyerlah di musim panas ni. That dual tone pump heels looks great. 

Hairstyle pony untuk serlahkan earrings dari Radhika Agrawal. Bracelet dengan juntaian warna emas juga dari Radhika Agrawal. 


2. Indigo Fushion


I'm in love with this casual look! Tampil bergaya dengan gabungan dress hand woven khadi berwarna indigo dari Shuffling Suitcases dan roselin khadi jamdani overlay bercorak abstract dari Arte-Alte. Sempena kempen Vocal For Local, attire Vidya dibuat sepenuhnya dengan seni tangan dari West Bengal. 

Strap wedges berwarna krim sepadan dengan main outfit. I love what she did with her hair and natural look makeup. Earrings berwarna emas dari koleksi Roma Narsinghani dipadankan dengan Three Petal ring dan  Mogra Solid ring dari Arjavee. What a beauty!

3. Sunshine Hues

Vidya Balan in Ayush Kejriwal – South India Fashion

Interesting fact untuk dress ni bila fabrik dari Ayush Kejriwal yang digunapakai boleh dikompos bersama food waste. Dress satin berwarna kuning mustard ni dihiasi dengan corak bunga bersaiz besar dari koleksi The Nautanki Set dan dipadankan bersama palazo dengaan print yang sama. 

Though this outfit looks great with its cutting and thick borderline at neckline but I dismiss the floral print. Looks dull. Tambah pula badan berisi tak sesuai pakai corak bunga yang besar. Nevertheless, I love the shoes and gold earrings! 

4. Traditional Touch

Vidya Balan in a cotton saree

Sari dari Korvai Kora Cotton ni ditenun di daerah Coimbatore yang terkenal dengan garisan emas dan zari borders sebagai seni budaya tempatan. Sari berwarna merah oren ni dibeli dari weavers exhibition dan dipadankan dengan top berwarna emas dan berlengan pendek. Hairstyle ponytail dengan earrings berwarna emas dan makeup nipis sentuhan Shre 20. 

5. Maxi Tier

Vidya Balan in a Payal Pratap chanderi silk saree

Bertemakan embroidered cross stitch, Vidya memilih untuk mengenakan tier maxi dress dari material sutera Chanderi berwarna biru gelap sebgaai base dengan tenunan bunga bercorak putih merah dari koleksi Casey oleh butik Payal Pratap. Hairstyle ponytail dan padanan earrings halus dan makeup natural dari Shre 20. 

6. Weaver Gaga

Vidya Balan wearing a black saree

Sama dengan pilihan Vidya sebelum ni, saree tenunan Korvai Cotton yang berwarna hitam dan border tebal berwarna emas ni dibeli di weavers exhibition untuk support barangan tempatan. Sleeveless top berwarna hitam menyerlahkan keanggunan Vidya. At this point I dah bosan dengan ponytail. 

7. Indian pant suit

Vidya Balan promotes local artisans

Indian pant suit dari Rouka ni macam gabungan kaftan dengan palazzo. Macam ada vibe retro pun ye jugak. Outfit berwarna kuning lemon ni dihiasi corak tempatan yang dikenali sebagai clamp dyed shibori dots di Munnar. Tak tahu lah hairstyle dia ponytail lagi ataupun bun tapi kali ni sesuai lah nampak menyerlah earrings abstrak dia. Chapal heels looks nice.

8. Hand Block Printed

Vidya Balan in a maxi dress

Angrakha kurta berwarna putih dan biasan hijau muda ni dari material cotton ni dipilih dari butik Rivaaj Jaipur Clothing yang terkenal dengan hasil seni cerapan 100% handmade. Vidya memperagakan Traditional Chilai Ring dan earrings berwarna emas bertatahkan batu berwarna dan ghunghroos membentuk corak ekor burung merak simbolik burung kebanggaan India dari butik Motifs. Sandal berwarna merah dengan hairstyle bun sebagai pelengkap gaya. 

9. Mulberry Taste


Sari sutera dari butik Ayush Kejriwal adalah sentuhan retro dengan corak berulang berwarna meraah mullberry dipadankan dengan blouse yang sama. Vidya Balan kekalkan penampilan ringkas dia dengan hairstyle bun dan oversized studs juga bracelet mutiara dari Radhika Agrawal.

10. Modern Look


Tampil cantik dan sofiskated dengan padanan top dan pants berwarna biru dari koleksi Maati oleh Neha Kabra. Suit yang mempunyai sejarah tenunan keluarga The Ganai dari Bengal dan dicelup dengan natural dye ni nampak sesuai dengan tona warna kulit Vidya. Padanaan yang tepat dengan sepasang pump heels berwarna krim dari Charles Keith.

11. Abstract Meet Ombre


Shuffling Suitcases memilih untuk padankan abstract blouse dengan Brij Bari mul mul sari dengan corak ombre hitam dan putih. Material yang ditenun oleh penenun tempatan India ni adalah pilihan terbaik untuk dipakai pada musim panas sebab tahap kelembutan dia. 

Nothing much for hairstyle and maakeup. I spot ribbon shape rings di jari Vidya dengan corak yang saama dengan blouse. 

12. Being Mindful


I tak berapa suka dengan gabungan pastel pink saree dan contrasting blouse dari butik Rouka rekaan Sreejith Jeevan. Walaupun sari tenunan tangan chanderi ni nampak cantik dengan corak bunga putih bersaiz besar tapi padanan warna tak berapa tepat dan tak sesuai dengan saiz badan Vidya sebab material ni akan kembang. Again, repeat bun hairstyle and nothing great from the makeup as well. 

But a token of appreciation for oversized pink Ruby studs and traditional Rava ring from Motifs. Great enough to compliment the pink drape. 

13. Easy Breezy


Ni kali kedua Vidya memilih 100% pure muslin cotton maxi dress dari koleksi Prama by Pratima Pandey. Sebelum ni Vidya pakai pada tahun 2015. Bezanya kali ni pilihan Vidya lebih menarik dan tampak feminin. Maxi dress berona putih dan hiasan corak bunga berwarna gelap ni dipadankan dengan woven jacket hingga paras kaki dengan tona yang sama. Belt di pinggang untuk serlahkan body shape dia. 

Dipadankan dengan open wedges berwarna krim. Hairstyle yang ringkas menyerlahkan signature hand painted earrings dari Méro Jewellery. She looks great!

14. Blueish Dots

Vidya Balan wearing a blue hand dyed suit

Kurta biru dipadankan bersama palazo biru dengan corak dots dan garisan bersilang berwarna putih dari koleksi The Royal Bagh rekaan Punit Balana ni dipilih untuk movie promotion dan kempen Vocal For Local. Nampak macam Vidya Balan pakai baju kurung dan selendang kan? Sama macam outfit yang lain, kurta woven silk chanderi ni dicelup dalam natural dye menggunakan method tie and dye. 


Walaupun hairstyle masih sama dengan ponytail tapi suka tengok frizzle di bahagian bawah. Vidya lengkapkan dengan two-toned kundan earrings dan cincin dari koleksi Ananya rekaan Motifs juga white pumps. Mungkin kita boleh tiru gaya ni untuk event rasmi. Looks great!

15. Statement Piece

Vidya Balan in Urvashi Kaur

Repeating Urvashi Kaur with a great mix and match! Blazer yang diperbuat dari tenunan tangan dengan corak striking signature shibori pattern berwarna grey dipadankan dengan hand pleated palazzos with artisanal. Open toed wedges berwarna hitam dan sepasang stud eaarring berwarna emas.

16. Mindful Creation


Sari linen pink dari butik Anavila ni diperbuat dari penenun Bengal dan dicerap dengan tangan di Gujrat. You guys can watch the process in their Instagram. Sebelum ni Vidya pernah jadi showstopper untuk label Anavila di Lakme Fashion Show, kali ni Vidya pilih untuk pakai masa promote movie Shakuntalaa Devi. She looks mesmerizing with natural makeup and some gold rings with bun hairstyle

17. Free Spirit Green


Tampil selesa dengan linen kurta pants berwarna hijau lumut dengan corak stripes keemasan dari butik Udd. Kalau perasan dekat kurta ni ada manik halus yang dijahit oleh pekerja Padukas Artisans NGO yang mana membantu wanita di kawasan tersebut untuk bekerja dengaan kraaf mereka. Dipadankan dengan pump heels berwarna coklat kayu. 

Vidya pilih Deepam Earrings berwarnaa hitam dan emas dari Theyyam Collection rekaan butik Razia Kunj. Sesuai dengan kempen Vocal For Local, butik Razia Kunj memang menitikberatkan hasil seni tempatan. 

18. Summer Vibe


Finally Vidya lepaskan rambut dia! She looks pretty isn't it? Nampak lagi muda bila lepaskan rambut. So for the main outfit, Vidya pilih Noor floral stripes dress dari butik Taa'ssur. Block print pada dress ni dicerap dengan tangan oleh artisans of Sanganeri lanes di Jaipur dan technique tu juga untuk melembutkan fabrik. Boleh nampak kelembutan dress tu sebab flowy di bahagian bawah. 

V neckline dan getah di bahagian pinggang compliment bentuk badan Vidya. Since hairstyle dia lepas bebas macam ni so tak nampak lah earrings dia dan dia pun tak fokus untuk peragakan. And that plum heels macam repeated from previous looks. 

19. Earthy Treasure

Vidya Balan in Gulabo Jaipur

Rasanya ni kali pertama Vidya pilih cotton kurta pajama dari butik Gulabo Jaipur. Kurta dari koleksi The Apra Suit berwarna hijau luntur ni dipadankan bersama seluar berwarna hitam dan selendang gabungan dua warna dari main outfit dengan corak bersegi melintang. Vidya mengenakan straight silhouette berwarna hitam dan necklace bersaiz besar. 

20. Modern Mixture

 

Kali kelima Vidya mengenakan outfit berwarna biru dalam kempen dia. I teringat movie Mohenjo Daro bila Hrithik Roshan jual indigo clay untuk dijadikan pewarna bila Vidya kata indigo dye ni diwarisi turun temurun dan berevolusi di India. Maxi dress dari Rivaaj Clothing ni menggunakan cerapan tangan yang dihasikan di Jaipur. Love that layered earrings! 

21. Some Plaid


Karaikudi Chettinad cotton sari berwarna-warni dengan blouse kuning ni pun dibeli di weavers exhibition tempatan. She looks extremely beautiful in classic attire dan juga round rings dengan earrings berwarna emas dan batu pink dari koleksi Theyyam rekaan Razia Khunj. Kali ni bun Vidya dihiasi dengan Nayantara gajra dari Ami Mane Jewelry & Accessories. Perfect!

22. Nature Inspired

Vidya Balan in DOT

Modesty is the best approach in Vidya Balan case. Kurta berwarna ungu terung ni ditenun tangan dengan sulaman tangan dari butik DOT. Gaya rambut dibiarkan lepas sebelah kanan dengan wave volume sederhana di bahagian bawah. Stud earrings berwarnaa emas sepaadan dengan cincin emas di jari. Strap heels berwarna emas melengkapkan gaya Vidya untuk promo events. 

23. Ethnic Divine


This hand crafted kala cotton collar flare dress with a mock placket and pants from Organic Hanger was chosen for main outfit. Paired it with transparent strap heels with smokey eyes and neat ponytail. Nothing much from this look but I love the silver stud layered earrings. 

24. Double Layer

How Vidya Balan pulled off 31 #VocalForLocal looks for Shakuntala Devi  promotions

I loooooove this outfit! (Minus the hair obviously) Jumpsuit dan jacket berwarna kuning dengan motif yang sama berwarna coklat dari koleksi Marigold keluaran butik Anushree. Kalau ikutkan caption Vidya, ada sulaman tangan pada jacket tapi I tak nampak yang mana. Mungkin border di bahagian dada since details dekat situ agak tebal. 

25. Revamped!

Vidya-Balan-in-a-black-and-red-sari-blouse-earrings-ring-crop

Gabungan dua warna dan corak untuk sari ni sebenarnya disebabkan faktor reuse sebab tu ada layer yang berbeza. Sesuai lah dengan kempen Vidya untuk selamatkan alam sekitar. Sari hitam chiffon dan red checkered dengan gold thick border. Simple dan menarik perhatian. 

26. Old Cotton
Vidya Balan E-Promotions for Shakuntala Devi which will premiere on  primevideoin on 31-7-2020. Outfit - label souravdas.Make… in 2020 |  Celebrity style, Saree designs, Sari

Sari yang diperbuat dari Kala Cotton of Kachchh adalah eksperimen dari Label Sourav Das untuk menghidupkan pakaian tradisional pada kalangan generasi muda. Well I think this one she should done more sebab tak nampak sentuhan moden and make it looks dull. Too simple to leave an impression. 

27. Bhasmati Inspired


Sari yang diperbuat dari 120/120 fine cotton dan tenunan tangan Nadia West Bengal yang direka oleh Ghuri Design ni diambil dari koleksi Tiger Jamdani. Gabungan merah dan hitam juga corak melintang berwarna emas menaaikkan seri Vidya. Bindiya hitam dan jhumka silver are perfect match for this outfit. 

28. The Heritage Land

Vidya-Balan-in-Label-Anushree-kurta-set-gold-jhumkas-Shakuntala-Devi-promotions-crop

Multi panel Silk block printed kurta with hand painted Kalamkari sleeve dari Label Anushree dipadankan dengan seluar bercorak gabungan warna-warna gelap. I love how she keep it simple bila main outfit dah sarat. Jhumka earrings berwarna emas dari Motifs dipadankan dengan strap sandal emas. 

29. Going Classic

Vidya Balan in Chanchal

Sari dari koleksi Black & Golden Tussar Dupion Silk ni dipilih dari penenun tempatan Chanchal -Bringing Art to Life. Material sari ni diperbuat dari ghicha silk. Though she looks beautiful, I think dia boleh tambah choker sebab bahagian leher dia kosong ataupun pakai hair clip bertatahkan batu dengan corak sarat ataupun mutiara. 

30. Organza Drama

Vidya Balan in Raw Mango

Another fav looks! Sari berwarna pink pucat dengan corak bunga magnolia adalah gabungan material sutera organza dan sutera biasa supaya nampak lembut dan nampak cantik terletak. Vidya padankan dengan poplin cotton blouse top berwarna beige dalam koleksi Tabassum rekaan Raw Mango. Keayuan Vidya terserlah dengan hiasan cincin dan stud eaarrings dari Shri Paraman Jewels. 

31. Solve This Equation!

Vidya Balan just wore a math equation sari which is a must-have for every  nerdy girl | The Times of India

Sesuai dengan movie Shakuntala Devi yang sukakan Math, Vidya menggayakan sari Shri Ganeet yang ditenun oleh Sri Bhagabata Meher untuk Handloom Awaards pada tahun 2015-2016. Sari berwarna hitam ni menggunakan teknik Sambalpuri (tie and dye). Semua math equation yang ada pada sari tu ditenun dengan tangan selama 3 hari berturut. 

Walaupun Sri Meher tak menang dalam pertandingan tahun 2015, dia gembira Vidya angkat hasil kreativiti dia dan dia dapat pengiktirafan yang sewajarnya. 

32. Handsfree 


Sari sutera dari koleksi Handsfree berwarna oren dengan corak shibori dari butik Medium ni pernah dipakai oleh Dia Mirza cuma berbeza warna. Hijau atau oren, dua-dua nampak menarik hasil celupan natural dye yang diguna oleh skilful artisans di Aranya Naturals. 

Makeup dari Shre 20 digandingkan bersama bun hairstyle dan set barang kemas dari Aaharya By Rhea Hirani.

33. Heritage Glory


Sari sutera Chanderi berwarna ungu diraja dengan sulaman tangan bercorak zari dan moti dari era Mughal India berwarna emas sebagai border serlahkan seri Vidya Balan dalam persalinan traadisi turun-temurun. Top blouse berwarna violet dengan jalur emas dipadankan bersama. Nothing much for the bun and makeup.

34. Childhood Memories

Shakuntala Devi E-Promotions: Gorgeous drapes to fusion dresses, Vidya Balan  is 'Vocal for Local' while being absolutely chic!

Sari linen berwarna putih dengan corak bunga oleander ni ditenun dengan tangan di Bhagalpur. Uniknya rekaan sari ni diinspirasikan oleh zaman kanak-kanak Nadiya Paar yang memetik bunga untuk dijadikan kalung. Vidya nampak segar, muda dan berseri. 

35. Embracing Crafts


Vidya looks lovely in this classic anghrakha silhouette from Shireen Shahana. Indigo printed dari cerapan tangan dan juga trim yang diberi sentuhan corak polka dot. Drape dengan warna krim dan corak bunga berwarna indigo daan lace border yang tebal looks perfect with this anghrakha. 

A bit disappointed bila Vidyaa tak mengenakan sebarang earrings bila dia pilih pony hairstyle but necklace berlapis dari Ritika Sachdeva looks amazinggggg! Sandal bertumit tinggi berwarna silver metallic rekaan Aprajita Toor tampak sesuai dengan main outfit. 

36. High-end Sophisticated


Untuk interview di waktu malam, Vidya memilih koleksi floral printed handwoven chanderi berwarna putih gading sebagai base dengan hiasan corak bunga berwarna hijau muda dan soft pink keluaran Shivani Bhargava. Corak ni sengaja dicetak dengan menggunakan watercolor effect. Di bahagian tepi kain sari ada lace tebal berwarna putih sebagai border. Makeup tipis dan hairstyle bun dengan earrings berjuntai melengkapkan gaya Vidya.

Tote bag dari Chamar Studio berwarna hijau nampak sesuai dengan gaya ringkas nan lembut dari Vidya. Salah satu usaha Vidyaa untuk promosikan barangan tempatan hasil kraf dari kaum Dalit.

Fuhhh done cover semua koleksi Vidya Balan untuk promo events Shakuntala Devi. I tak tahu pun dia berkempen sambil promote movie but I love her effort in helping local and rural community. Dan a great transformation from her side too cuma hairstyle tu lah kena bereksperimen lagi.

Dua hari I godek untuk siapkan entri ni so please appreciate by drop your comment on her best look below. Thank youuuuu 
hoarding disorder
Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan

Kita selalu dengar orang tua bercakap, “Barang yang ada tu simpan, takut nanti nak guna!”. Kalau anda nak tahu, ini merupakan salah satu ungkapan kegemaran milik pesakit hoarding disorder.

Nak tahu apa itu hoarding disorder? Jom ikuti artikel kami di bawah!

Simpan terlalu banyak barang, tapi sayang nak buang!

Pernahkah anda berjumpa dengan seseorang yang mempunyai masalah hoarding? Selalunya, orang yang mempunyai masalah ini ada timbunan barang yang amat banyak di rumah. Individu yang menjadi hoarder atau pengumpul barang selalunya sukar untuk berpisah dengan barang-barang kepunyaannya.

Mereka mempunyai ikatan emosi, fizikal, dan sosial dan kadangkala kewangan terhadap barang yang mereka simpan. Walau bagaimanapun, bukan semua orang yang simpan barang dikategorikan sebagai hoarder.

Apa yang membezakan mereka dengan collector atau pengumpul barang ialah orang yang mempunyai masalah ini akan simpan apa sahaja walaupun mereka tidak perlukan barang tersebut.

Lambakan barang yang mereka kumpul juga boleh memenuhi rumah hingga mencecah siling. Kadang-kadang, barang mereka terlampau banyak dan bersepah sehinggakan individu tersebut tidak dapat akses ke bahagian lain rumah mereka.

Keadaan yang bersepah ini selalunya akan memberi impak yang negatif kepada hidup mereka. Rumah yang bersepah pasti tidak sesuai untuk membesarkan sebuah keluarga. Mereka juga akan jadi sensitif jika barang mereka dibuang atau dialihkan.

Mereka yang menderita sakit ini selalunya akan mempunyai konflik dengan keluarga dan sukar untuk melakukan apa-apa aktiviti seperti memasak ataupun mandi di rumah masing-masing. Hoarding disorder berlaku kepada 2 – 6% daripada populasi di seluruh dunia. Penyakit ini juga lebih biasa dalam kalangan lelaki daripada perempuan.

Simpan banyak barang antara simptom hoarding!

simpan barang

Antara tanda-tanda individu yang mengalami penyakit ini ialah:

  1. Sukar untuk membuang barang.
  2. Rumah, kereta atau pejabat bersepah dan dipenuhi barang.
  3. Boleh hilang barang penting dalam timbunan barang.
  4. Gemar ambil barang-barang percuma
  5. Tidak akan menjemput sesiapa ke rumah kerana takut ataupun malu.
  6. Tidak akan membaiki rumah.
  7. Beli barang kerana ada diskaun ataupun untuk simpan sebagai stok di rumah.
  8. Tidak boleh susun barang mereka.
  9. Takut untuk buang barang kerana fikir ia akan digunakan nanti.

Kadangkala, penyakit ini terjadi kerana individu tersebut sudah biasa mengabaikan diri sendiri. Oleh itu, mereka yang hidup seorang diri, tidak berkahwin, miskin semasa membesar, ada sejarah keluarga yang turut lakukan perkara yang sama dan sudah biasa hidup dalam keadaan bersepah adalah mereka yang berisiko untuk menjadi hoarder.

Selain daripada menganggap barang yang mereka simpan boleh digunakan nanti, mereka juga kadangkala ada ikatan emosi yang terlampau kuat terhadap barang-barang tersebut. Sebagai contoh, mereka mungkin tidak boleh buang barang yang berada di rumah mereka kerana ia milik ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia dan diwariskan kepada mereka.

Hoarding disorder, sebuah penyakit mental

Hoarding disorder adalah satu tanda individu tersebut mungkin alami obsessive-compulsive personality disorder (OCPD), obsessive-compulsive disorder (OCD), attention-deficit/hyperactivity disorder (ADHD), depresi, keresahan (anxiety) ataupun nyanyuk (dementia).

Ada kajian yang mendapati bahawa 1 daripada 4 penghidap OCD mempunyai masalah mengumpul barang. Penghidap penyakit ini boleh dipulihkan. Walau bagaimanapun, sukar untuk membantu pesakit yang mengalami keadaan ini kerana mereka sendiri tidak menganggap ia sebagai satu masalah.

Selalunya, ahli keluarga yang akan membawa pesakit hoarding disorder berjumpa doktor. Namun, mereka memerlukan sokongan yang tidak berbelah-bahagi daripada keluarga terdekat untuk berubah. Yakinkan pesakit bahawa tidak ada sesiapa yang akan membuang atau simpan barang mereka di rumah ketika mereka berjumpa doktor.

Ahli keluarga juga tidak boleh terlalu memaksa individu yang mempunyai hoarding disorder kerana ia hanya akan membuatkan keadaan jadi lebih teruk. Mereka mungkin akan putuskan hubungan atau mengelak daripada berjumpa anda pada masa hadapan. Tunggu hingga mereka mendapat motivasi sendiri untuk berubah dan jangan paksa mereka secara keterlaluan.

Sukar, tetapi tidak mustahil untuk dirawat

simpan barang

Selalunya, penghidap hoarding disorder akan menjalani rawatan dan menerima ubat yang sama seperti pesakit OCD. Namun, kadangkala rawatan ini tidak berkesan kepada pesakit hoarding disorder. Pesakit perlu mempunyai stretegi sendiri untuk melawan nafsu masing-masing. Antaranya adalah elakkan daripada kerap membeli barang sewaktu keluar rumah.

Perubahan ini perlukan motivasi, komitmen dan juga kesabaran. Penyakit ini juga tidak akan pulih serta-merta dan perlukan masa selama berbulan-bulan. Lama-kelamaan, individu tersebut akan mampu kurangkan barang, mengemas dan menyusun barang-barang mereka. Walau bagaimanapun, relaps mungkin berlaku pada masa hadapan.

Oleh itu, pesakit perlu ada pelan tambahan untuk atasi masalah yang sama jika ia berlaku semula pada tahun yang akan datang. Pada akhir intervensi, pesakit hoarding disorder mungkin tidak dapat pulih sepenuhnya. Tapi mereka dapat mengawal tingkah laku mereka dan lebih memahami penyakit yang mereka alami.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Drama Review : Thong Ek - The Herbal Master

Sunday, 13 September 2020


Director : Chudapa Chantakett
Writer : Chudapa Chantakett
Cast :  Mario Maurer, Kimberley Anne Woltemas,  Sarin Ronnakiat, Freudonidas (Freud) Natthapong Chartpong, Panjan Kawin Imanothai, Namwhan Phulita Supinchompoo, Pat Napapa Thantrakul, Ratklao Amaradit, Rong Kaomulkadee, Ton Jakkrit Ammarat, Tita Chayanit, Pang Panchanida Seesaamram
Genre : Comedy / Medical / Romance
Running Episodes : 14 episodes
Release Date : January 31, 2019  - March 20, 2019
Production Company : Sonix Boom 2013
Distributor : Channel 3, Netflix
Trailer : 



Lama juga nak habis layan drama Thong Ek : The Herbal Master ni sebab 1 episod 2 jam! Lama sangat tapi sebab ubah speed sampai 2.0x, tak la meleweh sangat. Drama Thai yang berlatarbelakangkan Rama 5 (Idk macam mana pengiraan tahun ikut calendar Thailand so zaman ni zaman Melaka baru nak naik mungkin). 


Sebab utama layan drama ni haruslah kerana Mario Maurier. Tapi impressed dengan plot, skrip, lakonan pelakon lain dan visual serta knowledge tentang perubatan tradisional Thailand. Memandangkan Malaysia dengan Thailand ni serumpun so herba yang Thong Ek (Mario Maurier) guna lebih kurang sama je – kunyit, halia, serai, asam jawa, lada hitam, limau purut, daun pandan dan lain-lain. 


Lepas kematian parents dia, Thong ek belajar ilmu perubatan tradisional dari datuk dia, Thong In (Rong Kaomulkadee) yang banyak berkhidmat kepada penduduk kampung tersebut. Dalam drama ni Thong Ek selalu ditemani oleh Piek (Freudonidas (Freud) Natthapong Chartpong) dan Toon. Tak tahu la hamba ke sukarela duduk dengan Thong In kerja sebagai pembantu. 


Thong Ek berjumpa dengan Pong (Namwhan Phulita Supinchompoo) akibat dibuang oleh Bomoh Mun (Ratklao Amaradit) di hutan gara-gara sakit kulit. Lepas Thong Ek ubatkan dan Pong berubah jadi cantik, mereka berdua bercinta tapi Bomoh Mun nak jual Pong kepada lelaki kaya supaya dia hidup senang. 


Tapi bila Thong Ek mula berkawan baik dengan Chaba (Kimberley Anne Woltemas) lepas ekspedisi mereka mencari daun-daun herba untuk dijadikan ubat, dia mula keliru hati dia milik siapa. Kalau ikutkan Thong Ek suka perempuan yang lemah-lembut dan wife material macam Pong dan bukannya jenis kasar dan spoil brat macam Chaba. Tambah pula Chaba berbeza darjat dengan dia.Tak mungkin Chaba mampu hidup miskin seperti dia. 


Chaba pun suka dengan Thong Ek tapi malangnya dia terpaksa berkahwin dengan Gla (Panjan Kawin Imanothai) bila ayah dia kalah judi dan berhutang dengan keluarga Gla. Chaba taknak uruskan bisnes keluarga Gla tapi nak membantu orang dengan ilmu dan kepakaran dia dalam bidang perubatan. Macam mana Thong Ek dengan Chaba lari dari kisah cinta bersegi-segi dan konflik keluarga ni kena tengok sendiri lah.


Walaupun drama ni panjang tapi penat gelak tengok perangai masing-masing lagipun zaman tu mana ada teknologi. Kalau panas terik pergi berendam dalam lumpur. Mandi guna air sungai, minum air tadahan hujan. Nak memasak pun pakai dapur kayu. Jumpa herbal master kena minum air rebusan akar kayu herba ataupun kulit manggis. Kita sekarang senang je telan pil atau tablet je. 


Dalam drama Herbal Master ni boleh la tengok budaya kehidupan orang Thailand dengan pakaian kain ela dan seluar. Makanan pun tak la meriah sangat sebab zaman dulu makan ikan bakar dengan ulam je. Ada je Chaba masak kari tapi kari diorang lain lah. Macam tomyam pun ye jugak. Makan katak goreng ataupun sup. Yang bestnya tengok diorang hari-hari minum air kelapa. Seni bina rumah Chaba cantik sangat, macam apa yang kita tengok dalam kebanyakan rumah budaya Thailand lah. 


Genre Herbal Master romance comedy tapi tak lah heavy sangat romance dia sebab more to friendship dan perubatan. Even dialog agak realistik dengan mesej yang perubatan tradisional boleh bergerak seiring dengan perubatan moden dan saling melengkapi. Visual dan background music drama Herbal Master ni pun menarik. Ulang tengok banyak kali pun still berdekah. Recommended! 



1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review : V (2020)


Director : Mohana Krishna Indraganti
Writer : Mohan Krishna Indraganti
Cast : Nani, Sudheer Babu, Nivetha Thomas, Aditi Rao Hydari, Vennela Kishore, Ravi Varma, Jagapathi Babu, Vennela Kishore, Nassar
Production Company : Sri Venkateswara Creations
Distributor : Amazon Prime Video
Genre : Action / Thriller
Running Time :140 minutes
Release Date : 5 September 2020
Trailer :


Kisah bermula dengan kehadiran DCP Aditya (Sudheer Babu) datang selamatkan seberapa yang mungkin dalam rusuhan semasa perarakan Hari Muharram di Hyderabad. Disebabkan keberanian dia, kerajaan anugerahkan medal dan setelah beberapa operasi dan sindiket berjaya didedahkan, DCP Aditya diangkat sebagai role model dan icon. 


Tapi selepas party untuk meraikan kejayaan dia, ACP Prasad dibunuh dengan kejam di rumahnya. Pada dahi dia ditampal sticky note mencabar Aditya. Dalam press conference yang diadakan pihak polis, Aditya sahut cabaran dan akan serahkan medal serta letak jawatan sekiranya dia gagal menangkap pembunuh tersebut selepas 5 pembunuhan. 


Pembunuh bersiri (Nani) asalnya digambarkan sebagai seorang psiko dengan signature ‘V’ pada sticky note yang ditampal pada mangsa. Modus operandi pula mengikat mangsa dan kelar leher mangsa. Sementara darah keluar, dia akan tulis note beserta teka-teki kepada DCP Aditya sebelum pergi. Lagi kuat mengatakan dia psiko bila kemunculan watak Apoorva Ramanujan (Nivetha Thomas), graduan Master of Psychology. 


Tapi sayangnya dia cuma jadi penyeri dalam hidup DCP Aditya sebab semua teka-teki diselesaikan sendiri oleh Aditya. Boleh kata kewujudan watak Apoorva tak perlu pun sebab dinamik watak Aditya dan V dah cukup kuat untuk bawa kisah pembunuhan bersiri selama 2 jam 20 minit ni. Watak V bukan sahaja misteri, kejam tapi kelakar. But in dark way…. seriously, I teruja tunggu V keluar daripada hero walaupun Sudheer tayang six pack dan muka handsome tapi V lagi licik dan cekap. 

‘Look how violent all of us have become. Even though we talk about killing, but we would hate to even sit beside the reall killer.’ - V

Walaupun jalan cerita untuk first half agak hilang arah sebab I expect more from character Apoorva dan knowledge dia tapi sia-sia. Menyampah satu hal bila tengok Aditya macam ambil kes ni sambil lewa padahal dari awal dah boleh agak yang pembunuh bukan kaleng-kaleng kalau dah berani cabar polis. Mardaani franchise antara contoh ketegangan villain dan hero. 

Tapi director-writer Mohana Krishna Indraganti tebus balik dengan bagi screentime yang panjang untuk kita kenal siapa V. Dengan plot twist menarik dan action stunt dari V buat I jadi tak senang duduk. Knive skills dia A+! Geram je bila director pandai mengusik dengan parallel scene dan adegan kejar-mengejar antara V dan Aditya. V bekas tentera yang pernah ditugaskan dalam misi anti-terrorist jadi agak susah sikit untuk Aditya match up. 


Camera shot dari P. G. Vinda hasilkan visual dengan teknik terbaik bila dia tahu angle mana yang cantik untuk serlahkan watak V ataupun Aditya. Ditambah pula dengan kekuatan background score dari Thaman cuma I tak berapa minat dengan lagu Telugu but the music are catchy so for me it’s great for the mood and vibe. 

Rasanya ni pertama kali tengok movie lakonan Nani dan movie V adalah movie ke-25 Nani dalam industry perfileman Telugu so movie ni memang high budget. Dari gaya lakonan, action stunt dan dialogue delivery Nani, I think I became a fan already. No wonder lah ramai yang hype movie Jersey dan Shahid Kapoor akan berlakon dalam movie remake Bollywood nanti. Tak sabar nak tengok both version! 


So for V I think ada yang rasa movie ni biasa ataupun cliché sebab skrip tak gah macam trailer but I do have fun watching this. Perfect for your Sunday!  

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

Movie Review | Laila Majnu (2018)


Director : Sajid Ali
Writer : Imtiaz Ali, Sajid Ali
Cast : Avinash Tiwary, Tripti Dimri, Parmeet Sethi, Sumit Kaul, Sahiba Bali
Production Company : Balaji Motion Pictures, PI Pictures
Genre : Romance / Drama
Running Time : 140 minutes
Release Date : 7 September 2018
Trailer :


 "Long before we were born, long after we die, the story lives on." 

Hikayat kisah cinta terlarang antara Laila dan Majnu yang berasal dari Parsi pada abad ke-9 ni dah dipopularkan dan diceritakan dalam pelbagai versi dan negara. Terbaru, Bollywood mengangkat kisah cinta Laila dan Majnu dengan menampilkan pasangan pelakon utama yang baru dengan latar belakang keindahan dan budaya Kashmir.


Kisah yang sama dengan nama watak yang sama seperti hikayat lama bilamana Laila (Tripti Dimri) menjadi kegilaan ramai pemuda di bandar tersebut. Walaupun keluarga Laila tengah bergelut dengan isu politik dan perebutan tanah, Laila macam tak terkesan langsung dengan masalah-masalah tu dan lebih memikirkan fantasi percintaan dia. Laila yakin satu hari putera hati dia akan datang. 

Muncul Qais Bhat (Avinash Tiwary) yang jatuh cinta pada pandangan pertama terhadap Laila. Sayangnya Qais anak kepada musuh ayah Laila, Masood (Parmeet Sethi) walaupun hakikatnya semua tu salah faham yang timbul dan menjadi teruk akibat hasutan Ibban (Sumit Kaul) yang gilakan jawatan dan kuasa.


Puas Ambu (Sahiba Bali) nasihat supaya Laila tak jatuh cinta dengan Qais tapi Laila tetap dengan kedegilan dia. Sudahnya cinta Qais dan Laila tak bertahan lama dan Laila dikahwinkan dengan orang lain. Qais yang diberi nama jolokan Majnu yakni orang gila diolah mengikut zaman moden bila mengalami clinical depression akibat putus cinta dan bertambah teruk selepas kematian ayahnya. Laila pula hidup dalam kesedihan merindukan Qais dan jadi mangsa dera suami dia. 


Qais yang bawa diri ke gunung yang diidamkan bersama Laila hidup dalam dunia fantasi kemudian berpakaian seperti pengemis untuk berjumpa dengan Laila. Dibaling batu oleh kanak-kanak dan diejek orang gila sama seperti hikayat lama. 

'What do you think? We're doing this? Our story has been destined. And neither the world nor the people can change anything.' - Qais Bhat


Kalau tengok track record movie Imtiaz Ali, memang kebanyakan movie dia berlatarkan Kashmir kerana tempat tu bagi kesan yang mendalam dalam hidup dia. Movie Laila Majnu menggunakan kelebihan keindahan panorama dan budaya Kashmir melalui lensa Sayak Bhattacharya. Ditambah dengan barisan lagu yang diceritakan melalui liriknya dengan barisan barisan penyanyi latar yang semuanya hebat belaka – Arijit Singh, Atif Aslam, Mohit Chauhan, Shreya Ghoshal dan Sunidi Chahuhan.


First half lebih kepada meletakkan penceritaan Laila dan Qais sepertimana di dalam hikayat agung dari negara Arab. Ditambah pula dengan beberapa scene yang mengaitkan diri Qais sebagai binatang yang akan pulang ke habitat asalnya di dalam hutan. Imtiaz letak hint tersebut pada mimpi Laila yang bertemu beruang, perjumpaan secara senyap-senyap Laila dan Qais di dalam hutan, dialog amaran mak cik dia tentang Qais,  dan cara penduduk di situ menangkap Qais menggunakan jaring. 


Second half pula lebih kepada lelahnya dengan permainan emosi dari keluarga Laila. Stress dengan percaturan Masood bila dia gagal faham konflik perniagaan dia, konflik politik dan juga gagal faham kebahagiaan anak perempuan kesayangan. Menyampah bila dia tak sudah emotional blackmail Laila supaya turut kehendak dia. Sama juga dengan makcik Laila yang tipikal dan memaksa. Pergolakan dan konflik keluarga membuatkan dunia dalam hutan tampak lebih aman dan tenang. The amount of intensity tu buatkan rasa gembira bila tengok scene Qais hidup dalam dunia dia. 


Lakonan Avinash sebagai Qais mantap dengan range of emotion yang dipaparkan sama ada sebagai kekasih, anak, kawan ataupun abang. Dia ada personaliti dan karisma yang tersendiri dan yakinkan kita untuk masuk ke dalam dunia dia. Dalam hikayat ada diceritakan tentang peringkat cinta bilamana kegilaan daan kematian merupakan salah satunya. Begitulah juga cinta Qais dan Laila. Cinta itu penawar dan juga penyakitnya.

'Bas ishq hua hai, koi marz nahi. (I am just in love, not sick.) - Qais/Majnu

Since I dah tengok Avinash dengan Tripti dalam movie Bulbbul and they did great there so lakonan mereka berdua dalam Laila Majnu pun tak kurang hebatnya. They share a great chemistry together.


Overall, Laila Majnu karya Imtiaz dan Sajid Ali memaparkan adaptasi hikayat lama yang penuh dengan rasa cinta dan drama dengan indah melalui cara mereka yang tersendiri. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.7/10