PG MALL Support Bisnes Lokal Dengan E-Penjana

Thursday, 10 September 2020

Dek kerana covid-19 ramai sangat peniaga terjejas bila satu Malaysia kena patuh dengan arahan perintah berkurung terutamanya peniaga yang mempunyai kedai fizikal. Dah dibenarkan beroperasi pun bisnes tak lah secantik sebelum PKP. 

Berbeza pula dengan bisnes atas talian sampai penuh warehouse semua courier service! Jadi PG Mall come up dengan inisiatif untuk bantu peniaga terutamanya peniaga barangan lokal dengan menjadi platform untuk berniaga dengan cara yang selamat dan bebas covid-19. 


Caranya dengan menyediakan perkhidmatan pembayaran melalui kaedah e-wallets dan payment gateway. Tak perlu nak beratur panjang ataupun patuh limit masa dalam kedai masa shopping. Order, add to cart, chechkout dan tunggu barang sampai. 

PG Mall merupakan platform e-dagang No.1 Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 2017 dengan konsep ConsuMerchant dan merupakan satu-satunya platform e-Dagang tempatan di Malaysia. PG Mall adalah Top 3 E-commerce site di Iprice insight report!  

E-Penjana Shop Malaysia Online



Di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (Penjana), PG Mall telah pun diiktiraf oleh kerajaan Malaysia, MDEC [Malaysiaa Digital Economy Corporation] sebagai platform membeli-belah di bawah inisiatif e-Penjana. Dengan bertujuan membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia membeli-belah secara atas talian.

Untuk New Shopper, RM25 OFF dengan pembelian minima sebanyak RM80 manakala untuk Existing Shopper pula RM20 OFF untuk pembelian minima sebanyak RM100. Bukan setakat tu sahaja, PG Mall bermurah hati bagi caj penghantaran percuma bernilai RM8!

Kalau nak diskaun lebih banyak lagi boleh check dekat FB live PG Mall sebab ada peluang nak menang baucar 50% diskaun secara ekslusif. Promosi ni dari Malaysia kepada Malaysia je tau. Dah boleh usha website PG Mall dah untuk shopping dekat SANA

Proudly Local


Tapi sebelum tu, suka untuk maklumkan yang PG Mall buat kempen Proudly Local bermula Julai 2020 hingga Disember 2020 untuk rakyat Malaysia membeli-belah barangan keperluan rumah supaya dapat membantu dan menyokong barangan keluaran tempatan. #BarangBaikBarangKita 
Hulurkan rasa sayang kita di PG MALL

Untuk maklumat lanjut :

Website: www.pgmall.my https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=560
Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #PGMall4u #Cashback #points

Lovely Fellow's @aienienka

Strawless Reusable Bubble Tea Cup Tealive!

Wednesday, 9 September 2020

I tak tahu pun Tealive launch Strawless Reusable Bubble Tea Cup and this reusable cup adalah yang pertama di Malaysia. Objektifnya untuk kurangkan penggunaan plastic cup bila boba tea jadi viral dan makin mencanak penggunaan plastic cup. 

So Tealive ambil inisiatif Go Green dengan reusable cup ni dan dalam masa yang sama mengelakkan penggunaan straw untuk selamatkan penyu. Sebelum ni guna straw kertas tapi macam tak syok sebab mudah basah dan lembik bila lambat habiskan minuman kita. 

Tealive Malaysia's First Strawless Reusable Bubble Tea Cup! Full of Boba  Pearls Each Time You Drink It! - EverydayOnSales.com News

So now minum terus dari cup je. And this is mine!!


Untuk dapatkan reusable strawless cup ni you guys cuma perlu tambah RM4 je dari harga drinks pilihan. I happy la dapat cup ni sebab warna purple warna fav I. Dekat belah dalam macam ada penapis untuk dia letak boba or grass jelly. Which is sooooooo convenience lah sebabnya tak perlu risau dah air habis tapi boba/grass jelly tak habis lagi. If that case happened, macam mana nak makan the remainings sebab takde straw nak kaut kan? Bijak betul Tealive... 


Dekat cup ni ada 2 lubang dekat lid cup tu. Kalau drinks ada boba I think better guna yang besar tu lah. Since my drinks ada grass jelly je so I minum dari lubang yang kecil je tapi macam tak syok sangat sebab tak ada udara when suction process happened. So mulut akan melekat lol


Tak syok tak syok pun dah 3 kali guna dah and I put this reusable cup dekat office buat tumbler minum air putih. I tak pernah lagi try bawa reusable cup ni ke Tealive so I tak tahu acceptable ke tak. Tapi mesti lah acceptable kan sebab tu objektif utama dia launch reusable cup under Eco series ni? Hshshs.....

Strawless reusable cup Tealive ni limited je tau so siapa lambat dia tak dapat lah cerita dia. Tengok dekat Shopee ada tumbler yang mahal tu je. Yang tu pun macam cun jugak kalau buat koleksi hihi

Giveaway by ejulz & wafacw

Kit Kat Chunky Peanut Butter


'Wei makan la Kit Kat ni. Dulu masa study dekat UK suka gila makan Kit Kat ni tapi masa balik sini dah tak jumpa dah. Masa nak beli bunga untuk long call Hilmi haritu I jumpa balik dekat Jaya Grocer. Happy gila dah masuk Malaysia'

So basically Mr Kai jumpa Kit Kat ni dekat Jaya Grocer. Dia beli sampai 2 pek sebab sedap katanya. 


Based on ingredient list ada wheat, milk and peanuts.

I'm not  a fan of Kit Kat tapi kalau dah ada yang free makan je la kan? Lebih kurang je dengan Kit Kat biasa cuma yang ni ada rasa peanut butter la.


Boleh nampak la setiap layer ada peanut butter tu. Makan sejuk-sejuk sedap lah tapi bila dia mula cair rasa macam makan cendawan pun ye jugak. Idk maybe it just my tongue acting weird tskkk
Minggu lepas adik Rhea, Showik Chakraborty ditahan oleh team Narcotics Control Bureau (NCB) kerana terlibat dalam illegal trade of drugs di Bollywood. Dari situ pendedahan demi pendedahan dibuat antaranya 25 nama pelakon Bollywood yang menjadi pelanggan Showik dan Rhea. 


Dari siasatan Enforcement Directorate dan pihak CBI, Rhea pernah berjumpa dengan Gaurav Arya untuk beli dadah di Goa. Tapi dalam interview bersama Aaj Tak News, Rhea bagitahu Sushant Singh Rajput druggie sejak mereka berkawan lagi walaupun Rhea banyak kali advice untuk stop. Bila ditanya tentang status dia, Rhea bagitahu dia tak pernah hisap dadah. 

Lepas siasatan bersama CBI, Rhea dipanggil ke pejabat NCB untuk drug nexus di Bollywood dan bila beberapa statement Rhea tak konsisten, NCB putuskan untuk tahan Rhea Chakraborty. NCB akan merayu pada court melalui video call conference supaya Rhea ditahan selama 14 hari untuk siasatan di bawah seksyen 8(c), 20(b), 27(a), 28 dan 29 dalam Narcotic Drugs and Psychotropic Substances Act (NDPS), 1985. 


Image

  • Section 8(c) of the NDPS Act states that produce, manufacture, possess, sell, purchase, transport, warehouse, use, consume, import inter-State, export inter-State, import into India, export from India or tranship any narcotic drug or psychotropic substance, except for medical or scientific purposes requires a licence or permit by the concerned authorities. The aforementioned section of the NDPS Act also prohibits the cultivation of th cannabis plant and the production, possession, use, consumption, purchase, sale, transport, warehousing, import inter-State and export inter-State of ganja for any purpose. 
  • Section 20(b) of the NDPS Act reads, "produces, manufactures, possesses, sells, purchases, transports, imports inter-State, exports inter-State or uses cannabis, shall be punishable." The punishment under this section includes rigorous imprisonment for a term which may extend to ten years and also includes a fine which may extend to one lakh rupees.
  • Section 27(a) of NDPS Act pertains to the consumption of any narcotic drug or psychotropic substance. This particular section prescribes the punishment for a person consuming a narcotic drug or psychotropic substance that includes cocaine, morphine, diacetylmorphine or any other narcotic drug/psychotropic substance. The punishment states rigorous imprisonment for a term which may extend to one year, or a fine may extend to twenty thousand rupees. 
  • Section 28 of the NDPS Act provides for punishment for any offender slapped with the NDPS Act. 
  • Section 29 of the NDPS Act lays out the Punishment for abetment and criminal conspiracy. It states that anyone who abets or is a party to a criminal conspiracy shall be punishable with the prescribed penalty provided for the offence. 

Dan dari keputusan mahkamah melalui video call conference pada jam 7.30 malam IST, Rhea Chakraborty dipenjarakan atas kesalahan di atas. Selepas 14 hari, perbicaraan kes akan diadakan. Hopefully Rhea akan buka mulut pula tentang pembunuhan Sushant sementara pakar forensik tunggu keputusan ujian viscera bila mereka yakin ada kemungkinan Sushant dijerut sehingga mati. 

Sushant Singh Rajput's Death Case : Depression, Bipolar, Schizophrenic Theories Are Bogus?

Tuesday, 8 September 2020

Dari awal kes lagi Sushant dituduh menghidap sakit mental bila polis Mumbai bagitahu yang Sushant bunuh diri akibat kemurungan, audio clip perbincangan Sushant bersama financial advisor bila dia mengaku dia bipolar dan juga statement #TheBhatts yang bagitahu Sushant ikut jejak langkah Parveen Babi bila dia ada skizo dan mula mengancam Rhea dan nak bunuh diri. 


Tapi pada 14 Jun juga family sahkan foul play dan akan tuntut bela atas kematian Sushant. Even dalam FIR yang dibuat oleh bapa Sushant, dengan jelas dan nyata yang mereka syak Rhea dan 5 orang yang bekerja dengan Sushant adalah punca Sushant ambil keputusan untuk bunuh diri dan failkan di bawah abeitment of suicide. Teori sakit mental ni juga muncul sejak Sushant berkawan dengan Rhea. Family Sushant minta pihak polis Bihar siasat punca kematian. 

1. Republic TV interview

Republic TV did their best dalam membongkar kes kematian misteri Sushant Singh Rajput setiap hari dalam segmen bersama Arnab Goswami dengan menjemput kenalan Sushant dan juga beberapa pakar dalam bidang masing-masing. 

Semua kenalan Sushant bagitahu yang Sushant bukan lah seorang yang sakit mental. Even bekas kekasih dia, Ankita Lokhande dedahkan sepanjang 6 tahun hidup bersama, tak pernah langsung Sushant kemurungan. Ada masa dia akan affected dengan box office collection tapi hari Isnin dia akan okay balik dan start kerja macam biasa. 

2. ED Dedahkan Whatsapp Chat Rhea

Image

Pihak polis Bihar bekerjasama dengan Enforcement Directorate team untuk menyiasat dari sudut kewangan Sushant berdasarkan FIR keluarga Sushant bila Rhea didakwa menyeleweng duit Sushant. Dari handphone Rhea yang dirampas, ED dedahkan yang Rhea dan juga Jaya Saha masukkan CBD oil dalam minuman Sushant. 

Sama macam yang family Sushant claim bahawa kesihatan Sushant terjejas sebab Rhea. Dari pendedahan ED, team Narcotics Control Bureau (NCB) mulakan siasatan. 

3. Syarat Menjadi Pilot

Sushant masukkan 'flying a plane' dalam 50 dreams wishlist dia dan syarat-syarat untuk menjadi pilot even for private plane sangat strict. Based on this pun kita boleh tahu tahap kesihatan mental Sushant. 


Minit 25:27, Sushant bagitahu kawan dia yang dia nak join aviation training di Houston. Dan medical examination di USA bukan mudah untuk lulus. 


Ikutkan syarat, permohonan dari pesakit bipolar akan ditolak serta-merta kerana gangguan emosi berisiko walaupun baru stage awal. Tak mungkin Sushant tak tahu tentang syarat-syarat kelayakan sebab dia dah pernah apply di India. 

Dalam wishlist dia pun ada impian dia untuk join Ironman Challenge. Even 2-3 hari sebelum meninggal, dia training hard untuk join Ironman. Syarat-syarat untuk join Ironman pun strict macam aviation juga. 

4. Susan Walker 

One of psychiatrist yang rawat Sushant dari recommendation Rhea Chakraborty ialah Susan Walker tapi dia tak ada lesen untuk conduct any diagnose or treatment.

By all this, CBI dah boleh ruled out suicide theory due depression. Enough evidence to turn this as homicide bila ada bukti Rhea masukkan dadah dalam minuman Sushant dan tanam naratif depression, bipolar dan skizo sampai Sushant hilang kewarasan. 
Selepas beberapa episod soal jawab topik 'Makan di Mana?', Jumaat lepas kitorang makan dekat restoran Mohd Chan Dataran Ara Damansara. Dah lama plan nak makan dekat sini tapi asyik busy je so makan yang dekat-dekat je dengan office. 

Lagipun kawasan Dataran Ara Damansara ni leceh sangat bab parking. Nak pulak pergi sana masa peak hour. Haritu pun kebetulan je ada parkir kosong itupun lepas belas minit stuck dalam jam. Lama jugak nak tunggu service sebab pergi masa lunch hour jadi faham sendiri lah macam mana keadaannya. 

Kebetulan masa tu ada promotion, beli lunch set boleh dapat harga kurang untuk next purchase. So kitorang order yang dalam promotion tu je lah. 

For main dish - Nasi Goreng Richman, Black Pepper Beef with Rice + Egg, Nasi Ayam
Drinks - Kedondong Asam Boi & Ipoh White Coffee Cincau 
Side Dish - Shanghai Dumpling

Lama jugak lah tunggu order sampai. Nasib baik lah kitorang tak lah lapar sangat masa tu. 


So this is set Nasi Ayam Mohd Chan. For me so so je lah, tak berbaloi dengan harga sebab set ni almost RM10. Kalau dekat luar boleh dapat lagi murah dan lagi sedap. Ayam dia pun biasa je. Ingatkan ayam dia juicy tapi tak lah. Sambal dia pun tak pedas tapi banyak cuka. 


Black Pepper Beef with Rice + Egg pun macam biasa lah. Nothing much pun. Nasi Goreng Rishman dia pula macam nasi goreng seafood je cuma special sebab ada abalone dengan kepah. Nasi goreng dia tawar. 


Well for side dish not bad lah, sedap. Tapi jarang lah dumpling tak sedap. Be it fried or soup, semuanya sedap. 


Tak tahu lah kalau dumpling ni Mohd Chan buat sendiri ataupun beli luar je sebab harga tak lah mahal pun. 

'Kak Nora, yang hirisan dalam kicap tu mangga ke?'
'Entah, ye kot. Kak Nora tak makan buah.'
'Kak Nora kan pernah order dumpling ni, mana tau Kak Nora pernah makan'
'Tak lah. Makan lah, mangga la tu'

Ermmm tak guys, bukan mangga guys..... HALIA! 


Btw first time minum Ipoh White Coffee Cincau  and it does taste great! 

Lepas sesi lunch dekat restoran ni, I think lepas ni dah tak payah datang sini dah kot unless nak makan besar dan bukannya peak hour. Menu nampak sedap tapi waiting hour lama, nak park pun susah even tak lah sedap mana and pricey of course. Mungkin outlet okay la kot Idk depends dengan tekak masing-masing lah hshshs kbai

Finally Met Zubayr!!



Tahun lepas terdetik nak call Kinah tapi tak angkat. Bila dia whatsapp katanya dah dekat hospital nak bersalin dah. 

Terkejut jugak lah masa tu sebab cuak jugak kalau nak bersalin ni. Doa untuk dia je supaya dipermudahkan urusan bersalin semua. 

Esoknya keluar la si comel ni haaaa.... Ahmad Zubayr 

Disebabkan I tak suka jumpa newborn baby sampai cecah umur 6 bulan, so cadangnya nak tunggu lah tapi hambek kau kena PKP pulak. First time jumpa guna video call je. Mudah sangat ye nak buat Zubayr ketawa. 


Tapi sekejap je lah dapat video call sebab dia nak menyusu pulakkkk...

Lepas dah habis PKP, bulan lepas baru ada rezeki nak jumpa dia. Belum masuk rumah lagi dah dengar suara Zubayr. Dah la mudah senyum macam parents dia jugak. Murah dengan senyuman. Mudah pulak tu nak berkawan dengan orang. 

Masa pergi ni Zubayr dah pandai pusingkan badan dah. Tak lama lagi dah boleh merangkak lepastu dapat kaki dah. Tak menang tangan la parents dia lepas ni. Baru pandai bergolek pun dah ada episod jatuh katil dah. 


Susah ye nak bergambar dengan Zubayr ni sebab dia aktif sangat. Nampak tak gambar tangan dia blur sebab dia nak ajak main. Kitorang nak kena menyanyi supaya dia pandang kamera itupun tak pandang haha

Hopefully lepas ni ada rezeki kita jumpa lagi Zubayr. Semoga membesar dengan sihat, kuat dan cerdas. Jadi anak yang soleh dan sumber senyuman untuk parents! See you when I see you Zubayr *hugs*