Movie Review | Bang Bang (2014)
Thursday, 3 September 2020
Director : Siddharth Anand
Writer : Siddharth Anand, Abbas Tyrewala,
Cast : Hrithik Roshan, Katrina Kaif, Danny Denzongpa, Javed Jaffrey, Jimmy Sheirgill
Production Company : Fox Star Studios
Distributor : Fox Star Studios
Genre : Action / Romantic / Comedy
Running Time : 156 minutes
Release Date : 2 October 2014
Trailer :
Tak tahu lah dah berapa kali ulang movie ni sebab jalan cerita dia entertaining for action rom-com tambah pula bila ada Katrina Kaif sebagai heroin! Chemistry dia dengan Hrithik Roshan the best. Kira dream comes true lah bila tak puas tengok jodi ni dalam movie Zindagi Na Milegi Dobara bila Katrina Kaif cuma supporting actress je dan movie tu multi-starrer.
Bang Bang merupakan remake dari movie Hollywood – Knight And Day tahun 2010. I tengok dua-dua movie and I suka dua-dua movie tapi I lagi suka Bang Bang la sebab dah digubah ikut selera Bollywood dengan music album hebat karya duo Vishal-Shekhar dan diterbitkan di bawah Zee Music Company. Semua soundtrack best dengan koreografi dari Bosco-Caesar. Bukan setakat chemistry dalam lakonan je bahkan Hrithik dengan Katrina sizzling as dance partner as well!
Jalan cerita movie Bang Bang ni tak lah logik sangat bila Most Wanted Criminal In India, Omar Zafar (Danny Denzongpa) berjaya bunuh Kolonel Viren Nanda (Jimmy Sheirgill) di penjara dengan maximum security di London. Kalau dekat Mumbai, India boleh percaya lah sebab polis boleh kena rasuah dengan mudah je. I mean, look at Dawood Ibrahim, the actual most wanted criminal in India.
Fast forward to some years later, Rajveer (Hrithik Roshan) diburu oleh polis dan juga anak buah Hamid Gul (Javed Jaffrey), orang kanan Omar Zafar sebab dia berjaya curi berlian paling bernilai iaitu Kohinoor. Rajveer pergi ke Shimla dan terjumpa dengan Harleen Sahani (Katrina Kaif) yang kebetulan tengah menunggu blind date dia, Vickie.
Dari situ bermula lah pengembaraan aksi antara mereka berdua dari Shimla ke Greece dan Prague sebab mereka yang memburu tak tahu yang Harleen tak tahu pun tentang Rajveer dan Kohinoor tapi disebabkan mereka dah nampak Harleen bersama dengan Rajveer so diorang assume yang Harleen tahu.
Kekuatan movie ni bukan lah pada jalan cerita tapi kelebihan pengarah Siddharth Anand ni bila dia lebih suka fokus kepada visual dan shot angle dengan kecantikan VFX. Since Bang Bang projek movie pertama berskala besar dari segi bajet mahupun screenplay, boleh nampak ada kelemahan pada beberapa scenes tapi tak lah ketara sangat. Tapi bila compare dengan WAR, ketara benar perubahan positif dari Siddharth Anand.
Tak pasti Bang Bang 2 akan wujud ataupun tidak sebab Siddharth Anand tengah busy dengan movie Rambo sekarang ni dan WAR 2 tengah siapkan skrip tapi nak sangatttt Hrithik-Kat berlakon dalam action lagi under Siddharth Anand sebab dia bagi peluang untuk heroin menyerlah dan bukan setakat jadi cantik je. Dia tahu potential actors dia dekat tahap mana.
Action stunt dalam movie ni dilakonkan sendiri oleh Hrithik dengan Katrina. Untuk scene water jet dekat laut tu Hrithik buat sendiri and due to that dia kena buat brain surgery bila dia banyak kali kepala dia terhentak kuat bila masuk dalam air. Even scene dekat jambatan pun dia buat sendiri dan re-shoot bila dia tak puas hati dengan outcome stunt tu. Sebab tu movie ni ambil masa lebih panjang dari schedule asal. Tapi puas hati sangat bila tengok especially in Blu-Ray!
Tengok lah banyak kali pun tetap best dengan muka comel Katrina Kaif dan scene kelakar dia. Heck even locations dalam movie ni pun cantik especially dekat Greece. Sesuai sangat untuk jadi tempat Harleen berangan dia hidup bahagia dengan Rajveer. One thing I love the most about Rajveer, dari awal pertemuan dengan Harleen dia selalu motivate Harleen dan penuh dengan kata-kata positif walaupun perkara yang Harleen buat tu pegang lampu suluh je. Tssskkk
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.6/10