‘CINTAMU KEKUATANKU’ Kekuatan Lagu “DRAMA” Fai Ramli
Thursday, 27 August 2020
Muhammad Faizal Bin Ramli atau lebih dikenali dengan nama Fai
Ramli, berumur 27 tahun adalah nama baru dalam industri muzik tanahair. Beliau sebelum ini tidak pernah menyertai mana-mana acara pertandingan menyanyi
dan
belum pernah keluar di kaca televisyen.
Namun begitu, dalam tempoh 5 minit suara lunak Fai berjaya menarik minat
Presiden &
Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music Sdn Bhd, Dato’ Norman Abdul Halim untuk
menawarkan kontrak
rakaman kepada beliau. Percubaan pertamanya untuk menjejakkan kaki
didalam
industri muzik
adalah dengan berbekalkan lagu bertajuk “Cintamu
Kekuantanku” yang dicipta oleh Neo
dan diterbitkan oleh Bajai.
“Cintamu Kekuatanku” menceritakan tentang erti percintaan sebenar yang menjadi
pemangkin atau kekuatan dalam sesebuah perhubungan. Maksud lagu ini boleh dilihat dan
dihayati
dengan lebih mendalam
menerusi
video muzik
yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube KRU Music. Di dalam video ini diandaikan tentang sebuah pasangan
bahagia yang mula jatuh cinta dari seusia muda hingga berjaya ke ambang perkahwinan.
Namun
rahsia
yang
tersirat dan
pengorbanan
mereka menempuhi dugaan jugalah yang memberi kekuatan demi meneruskan kehidupan.
Lagu ini juga berjaya menonjolkan kelainan dan keunikan suara Fai Ramli. Kenyataan ini
disokong kuat oleh Dato’ Norman sendiri,
“Lagu ini sememangnya dicipta khas untuk Fai bersesuaian dengan “vocal range” beliau. Dengan bakat yang
ada,
saya berharap Fai akan berjaya menempa nama dipersada industri muzik tanahair sebaris dengan penyanyi- penyanyi hebat tanahair. Lagu ini juga amat dramatik dan sesuai jika dijadikan lagu tema bagi drama bersiri.”
Lagu “Cintamu Kekuatanku” boleh dimuat
turun
di iTunes dan dijadikan
sebagai
panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh
didengari melalui penstriman di atas talian. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi
Famy G di talian 017-7357036.
LIRIK LAGU CINTAMU KEKUATANKU
Penyanyi : Fai Ramli
Komposer : Neo
Lirik : Neo
Penerbit Lagu : Bajai
Label : KRU Music
Malam
makin
kelam
Mawar makin layu
Seolah tiada harapan
Namun Tuhan
‘kan
tentukan
Doa suci kita
Pertahankan
cinta
Yang penuh ombak gelora
Berdua di
bahtera
Sungguh ku tak mampu
saksi deritamu
Semata-mata kerana
aku
Namun berat ku
lepaskan
Kerna hanya kau
sinaran
Cintamu kekuatanku
Andai aku
rebah
Janganlah
kau rayu
Teruskan kehidupanmu
Terus doa untukku
Sungguh ku tak mampu saksi deritamu
Semata-mata kerana aku
Namun berat ku lepaskan
Kerna hanya kau sinaran
Cintamu kekuatanku
Ku ikhtiar sekuat upaya
Melawan arus yang melanda
Sungguh ku tak mampu saksi deritamu
Semata-mata kerana aku
Namun berat ku lepaskan
Kerna hanya kau sinaran
Cintamu kekuatanku
Hanya dirimu erti hidupku
Tanpamu aku layu
Kerna cintamu kekuatanku
Hanya dirimu erti hidupku
Tanpamu aku layu
Kerna cintamu kekuatanku
KRU
KRU Music Sdn Bhd adalah sebuah label muzik independen tempatan yang ditubuhkan pada 1996. KRU Music terkenal dengan genre muzik pop dance, Hip Hop dan R&B dengan barisan artis yang tersohor di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :- Felicia David,
Pengurus Pemasaran
Tel : +6017 331 7887
RedBeetle Entertainment
RedBeetle Entertainment adalah sebuah syarikat perhubungan awam yang aktif dalam pengurusan dan pemasaran
artis.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
:- Famy G
Pengurus Artis
Tel : +6017 735
7036