Sushant Singh Rajput's Death Case : Disha Salian
Saturday, 1 August 2020
Disha Salian adalah manager kepada Sushant Singh Rajput tapi pada 8 Jun 2020, Disha dikhabarkan jatuh dari tingkat 14 dari tingkap apartment miliknya. Naratif yang sama digunakan bila Mumbai police bagitahu pada pihak media yang Disha mengalami kemurungan bila dapat tahu teman lelaki dia curang dengan pelakon perempuan di set drama.
Family Disha tak boleh terima berita kematian ni dan minta untuk pihak polis buat siasatan sama ada Disha terjatuh ataupun memang terjun dari tingkap bilik dia sebab pada malam 8 Jun 2020, ada parti di rumah Disha. Teman lelaki Disha, Rohit Rai bagitahu pihak polis mereka berdua bergaduh selama sejam dalam bilik.
Yang menjadi pertanyaan netizen bila kematian Disha dan Sushant lebih kurang sama bila malam sebelumnya ada party yang tidak tahu dihadiri oleh siapa dan dua-dua mempunya naratif kemurungan kemudiannya bunuh diri.
1. Disha Busy Dengan Web Series
Beberapa hari sebelum kematian Disha, Sushant ada berbincang dengan Disha untuk next project which is a web series yang bernilai 14 crore.
Tapi malangnya Sushant dapat berita Disha meninggal dan ucap takziah di IGstory.
2. Statement berubah-ubah
Pihak keluarga Disha minta siasatan dijalankan bila polis ubah statement dari terjatuh kepada terjun bangunan. Tapi sampai sekarang masih belum ada apa-apa update dari keluarga Disha.
3. Disha & Sooraj Pancholi
Pelakon dalam movie Drive bagitahu dia ada contact Disha pada April 2019 dan bagitahu yang Disha tak sihat sebab tengah pregnant.
4. Update From Family
Tak lama selepas netizen persoalkan relationship Disha dan Sooraj, family Disha ambil keputusan untuk hormat perasaan mereka sekeluarga selepas kematian Disha.
Since then tak ada lagi yang kaitkan kematian Sushant dengan Disha Salian. Tapi semalam ada pendedahan dari kawan Sushant yang kematian mereka berdua berkait rapat. Sebelum Disha, Krish Kapur, casting director movie Jalebi juga meninggal dalam keadaan misteri.
Awalnya dia dikatakan meninggal disebabkan kemalangan tapi kemudiannya keluarga dia bagitahu Krish dijumpai meninggal di rumah disebabkan pendarahan teruk di bahagian kepala.
Krish Kapur tak ada sebarang masalah kesihatan. Kenapa dia relate dengan kes ni? Sebab dia terlibat dengan #TheBhatts dan juga Rhea Chakraborty. Dua kematian misteri ni masih lagi menjadi tanda tanya.