Wordless Wednesday : Athiya Shetty for Brides Today Magazine June-July 2020 Issue

Wednesday, 15 July 2020










As they always said "let the evidence speak to us" where you can always observe the crime scene rather than believing a cooked up story.....

Sebelum ni dah sembang pasal keadaan mayat Sushant Singh Rajput pada hari kejadian so dalam post ni nak sembang beberapa point yang menjadi tanda tanya untuk kes kematian Sushant. 


1. Stool

Bila polis putuskan Sushant meninggal disebabkan bunuh diri, ramai yang bertanya macam mana Sushant gantung diri dia? Macam mana dia panjat untuk ikat dupatta hijau dekat kipas dan gantung diri dia? Kalau ketinggian fizikal Sushant boleh sampai tahap kipas, then kenapa dupatta diikat rendah? 


Macam mana Sushant yang bijak dalam engineering tapi miscalculated ketinggian dia? 

2. Tensile Strength 

Bukan setakat miscalculated ketinggian tapi tak boleh nak agak dupatta yang nipis tu boleh menampung berat badan dia sampai boleh terkoyak. Bila ramai yang suarakan hal ni, lepas 3 minggu baru polis hantar dupatta tu untuk buat tensile strength. Kenapa tak buat dari awal? Dah seminggu hantar tapi sampai sekarang tak dapat jawapan lagi. 

3. Kesan Tapak Kaki

Polis claimed Sushant dijumpai tergantung dekat kipas tapi kenapa katil dia kemas? Bukan sepatutnya ada kesan tapak kaki sebab ramai yang nak turunkan mayat dia? Badan Sushant dalam 80kg, masa nak letak atas stretcher pun kena 5 orang yang angkat. 

Image

4. Pintu Bilik


Pintu bilik mayat Sushant dijumpai bukan guna lock biasa tapi computerized. Kalau kena lock dari dalam, memang susah kalau tak ada kunci pendua. Maid tak jumpa kunci pendua sebab tu tunggu sampai sejam locksmith datang. Kenapa tak ada yang tendang? Kenapa tak ada yang call polis? 

Rumah tu kan Sushant sewa dengan girlfriend dia, Rhea so kenapa tak ada yang call Rhea minta datang ke rumah untuk buka pintu? Kalau call sekali taknak angkat then kenapa tak call beratus kali? Emergency kan? Rhea online awal pagi 14/06/2020 tu sampai 2 jam sebelum berita kematian Sushant keluar. 

5. Bilik

Kalau tengok dalam gambar dengan video yang leaked, timbul soalan kenapa bilik Sushant macam tu? Kosong! Taste Sushant sama macam Katrina Kaif, suka hias dengan barang vintage and yes, ada buku. Tapi bilik tu tak banyak barang, even dalam almari tak banyak baju sedangkan Sushant quite up to date with fashion style. 

Remembering Sushant Singh Rajput: Movies on OTT platforms that ...

Compare gambar atas dengan gambar dekat bawah. Berbeza sangat flavor kedua-dua ruang. 


Even badan Sushant tak muat atas katil dalam bilik yang dia dijumpai tu! Bilik ni kecil sangat untuk Sushant jadikan bilik tidur dia. Lagi satu Sushant suka tingkap yang luas supaya dia boleh tengok bintang. Tapi dalam bilik ni tak ada tingkap? Dia sewa condo ni dengan Rhea tapi kenapa bilik Rhea luas tapi bilik Sushant sempit macam ni?

6. Gelas Jus

Orang gaji keluarkan statement dia bagi segelas jus delima kepada Sushant pagi tu dan Sushant bawa masuk dalam bilik so mana gelas tu? 

7. 5 Buah Journal

Hari kedua selepas pemergian Sushant, polis keluarkan statement mereka jumpa 5 buah journal milik Sushant tapi polis tak pernah disclose apa  isi dalam journal tu. Kalau betul dia depressed, kita dah boleh tahu. Kalau dia ada masalah, kita dah boleh tahu dari situ. 

8. Smartphone

Polis bagitahu media yang Sushant google nama dia sendiri beberapa minit sebelum bunuh diri tapi smartphone milik Sushant ni kemudian diserahkan kepada creative manager Sushant, Sidharth Pathani. Kenapa tak bagi pada family? Beberapa hari lepas pemergian Sushant, kecoh bila followers dan following di socmed Sushant berubah. 

9. CCTV

Sushant Singh Rajput's ex-girlfriend Ankita Lokhande reaches his ...
Ankita & Sandeep Singh melawat family Sushant untuk ucap takziah

Hari pertama polis keluarkan statement CCTV dekat rumah Sushant kena tutup tapi tak lama lepastu ubah statement yang apartment Sushant tak ada CCTV then ubah lagi kepada CCTV working just fine bila netizen tunjuk bukti bangunan apartment Sushant ada CCTV. Duh?

10. Tampered Evidence

Bila tengok dalam video yang leaked tu sakit hati je tengok polis Mumbai buat kerja kumpul bukti. Berbeza sangat dengan CSI ataupun polis dalam movie buat kerja. Evidence longgok je dalam plastik sampah biasa. Dalam plastik tu boleh nampak dupatta hijau yang katanya Sushant guna untuk gantung diri tapi apa benda berwarna biru tu? Kenapa campur? 


Dalam video, polis guna selimut di katil tu untuk tutup mayat Sushant. Kenapa selimut tu tak dijadikan bahan bukti. Boleh je check in case ada kehadiran sebarang bahan kimia kan? Macam dalam post sebelum ni bila di baju Sushant ada white stain. Rumah Sushant tak kena sealed pun supaya tak diganggu. Sesiapa je boleh masuk dan pergi. Even keluarga Sushant diarahkan untuk kemas barang-barang Sushant lepas final rites. Kenapa? 

11. Sampah? 


Dalam video yang leaked tu boleh nampak orang gaji Sushant pegang bag plastik hitam besar dekat bilik Sushant. Apa yang dia pack? 


Dalam video jiran Sushant share, nampak orang gaji dia lari sambil bawa bag tu. Kalau sampah dalam rumah, kenapa bawa masuk dalam bilik tu? Kalau sampah dalam bilik tu, kenapa boleh bawa keluar? Bukan semua barang tak boleh kacau ke sampai penyiasatan selesai? 

12. Fudge

Sushant ada anjing nama Fudge tapi pada hari kejadian langsung tak ada yang mention pasal Fudge so di mana Fudge? Dua tiga hari lepas family Sushant balik ke Patna baru kakak dia post Fudge tak lalu makan sebab rindukan Sushant. 

Fact Check: Sushant Singh Rajput's dog Fudge is alive | The Scrbblr

13. Party 

Malam 13/06/2020, dekat rumah Sushant ada party sampai tengah malam dan jiran dia sahkan perkara ni tapi sampai sekarang tak tahu lagi siapa yang attend party tu. Bukan setakat tak tahu siapa, even tak dipanggil ke balai polis untuk disoal siasat sedangkan mereka suspek utama. 

Polis kata semua bukti dah dikumpulkan dan polis akan umumkan dalam masa terdekat tapi dari cara polis handle kes ni dari awal, kita dah boleh agak dah apa keputusannya. Disappointed. 

Malangnya Nasib Bila Guard Citta Mall Ambil Kesempatan!

Tuesday, 14 July 2020

Lepas dah lunch dekat Waroeng Penyet Citta Mall then pergi ke bakery beli tart dengan pastry sebab dah lama tak makan. Nak pulak bila bau dia mengancam yakmat. Padahal baru lepas makan tengahari. Memang kelaut lah diet kan kalau macamni gaya. 

Dah settle membeli, lepas Kak Nora settle bayar duit parking, kitorang pun dah mode nak balik office, habiskan sisa hari Jumaat. Tapi malang betul nasib bila parking ticket kitorang hilang!


Puas cari dalam handbag kak Nora, dalam kereta, dalam plastik barang-barang dia beli dan check jugak handbag kitorang kot kot lah termasuk secara ajaibnya kan tapi takde. Kitorang dah gelabah lah tapi tetap rasional mencari tempat yang sama. 

Tak lama kemudian guard datang dengan basikal tanya 'Tiket parking hilang ke?'

Kitorang tanpa syak apa-apa terus mengangguk jawab ye je lah. Lepastu dia suruh pergi management office bayar untuk tiket hilang tapi kitorang taknak lah bayar RM30 sebab tiket hilang sedangkan dah bayar dah pun RM2 untuk 2 jam dekat situ. 

Then Ain ajak Kak Nora pergi cari balik dekat laluan yang kitorang lalu tadi sampai lah ke mesin Autopay. Tetap takde. Kalau tertinggal dekat mesin, mesti abang dekat belakang Kak Nora tu dah tegur kan?

Guard tadi tu datang balik bagi tiket dekat kitorang tapi dia kata bayar RM50. Eh mahalnya lepastu Kak Nora bagi RM10 je sebab takde duit. Dia tak nak, dia nak RM20. 


Bila Kak Nora ambil tiket tu nampak macam kitorang punya sebab timestamp dia sama. Sebab dah malas nak argue dengan dia, Kak Nora bayar je RM20 lepastu blah. Of course kitorang tak puas hati sebab mana dia tahu tiket kitorang hilang sebab kitorang cari dalam kereta je masa tu. So Kak Nora contact kawan dia yang kerja dekat management Citta Mall bagitahu guard dia ambil kesempatan. 

Lucky for Kak Nora, dia dapat duit dia balik RM20 since kitorang dah bayar duit tiket RM2 tu. Guard tu kena denda sebab buat perangai macam tu. Memang bagi pengajaran sangat la supaya tak tercicirkan tiket parking dah sebab kalau orang jumpa tak mungkin dia nak bagi secara baik. What a day T.T

Lunch di Waroeng Penyet, Citta Mall


Hari Jumaat biasanya hari garu kepala fikir nak makan mana sebab hari lain makanan ditaja oleh our managing partner. Perks of working at Ram Reza & Muhammad Oasis kekekeke

So Jumaat lepas kitorang nak makan dekat tempat lain asalnya tapi sedihnya bila tahu kedai tu dah pun tutup. Makanan dia sedap kot. Belek punya belek, fikir punya fikir, makan je lah dekat Waroeng Penyet ni. 



Masing-masing ambil lunch set je senang sebab malas nak fikir depan kaunter lama-lama sebab dekat sini kena order then bayar dulu.
 

Walaupun ramai orang dekat sini  tapi tak lah lama sangat nak kena tunggu pun. See, table kitorang number 21. Ramai kan? 


While Kak Nora order set ayam penyet bahagian dada, Ain with ayam bakar penyet bahagian paha and me stick with my lele penyet. Lele penyet ftw!



Set lunch ni datang dengan air so I ambik pepsi, Ain air teh o ais and kak nora being kak nora, ambil air mineral je. Entah bila nak jumpa keteguhan iman yang kuat macam Kak Nora tak minum air manis. T.T


Yang bestnya kalau makan dekat Waroeng Penyet ni, tak payah nak risau bab sambal sikit sebab diorang dah letak sambal dengan kicap dekat station tepi dinding tu. Tinggal nak ambil je berapa banyak kita nak. Rasanya dkat Waroeng Penyet Nu Sentral ada lagi banyak choice. Dekat Citta Mall ada 3 je. 


Unik dekat outlet Citta Mall ni boleh lepak makan dekat luar but since kitorang bertiga je tak nak lah gedik bazirkan ruang orang lain yang lebih layak dekat meja ni :')


All in all I puas hati lunch dekat sini walaupun nasi tak masak sangat. Kalau I mintak baru pun berapa lama pulak nak tunggu kan? Bila makan dengan sup tak la rasa terasa sangat. Staff service is great. Worth the time and money spent here. 

Danish's Birthday Celebration

Monday, 13 July 2020


9 Julai lepas birthday our chambee, Danish so kitorang dari minggu sebelumnya dah discuss nak beli kek apa. Nak makan kek je sebenarnya hshshs tak lah Danish, gurau je. 

Selalunya kalau celebrate birthday dekat Ram Reza Muhammad Oasis ni kitorang buat simple je. Nyanyi happy birthday lepastu makan kek lepastu sambung kerja macam birthday Ain bulan lepas. Tapi kali ni alang-alang bila big boss ada meeting jam 3 dekat office, buat la proper sikit. 


Indulgence Secret Recipe


Ikutkan plan asal nak buat petang sikit tapi ada yang takde so try push runner untuk pickup cake and deliver time lunch hour. Tapi tak dapat sebab hujan lebat sudahnya tersangkut dekat Petronas Ara Damansara. 


Kebetulan girlfriend Danish hantar kek birthday jugak so kitorang tebalkan muka je guna kek yang girlfriend dia bagi. Thanks Aina, without your surprise our plan might failed. 


Cantik kan birthday cake Danish, caramel apa entah. Dah tak ingat dah flavor apa. Kitorang plan taknak wish Danish sampai kek sampai pastu nak buat surprise tapi kek Aina dah sampai dulu so Danish dah masuk happy mode dah. 
 

Problem kedua, nak celebrate masa lunch hour so kitorang makan lunch sama-sama tapi big boss dah makan dah sebelum datang office. Lepastu dia tak makan kek sebab gula dalam tu tak bagus untuk kesihatan dia. Segan la kitorang nak makan tapi big boss tak makan kan? So kitorang makan dulu lunch lepastu beli kuih dekat restoran. Nasib baik ada. Patutnya nak order murtabak dekat Kapitan tapi takde pulak. 


Sementara kitorang bancuh air Ribena kanak-kanak, Danish kena suruh buat ucapan lepastu lukis sendiri belon semua. Pasang lilin atas kek pun dia buat sendiri. 


Dah settle, nyanyi happy birthday terus bergambar ramai-ramai.




Lepas habis bagi ucapan, dia potong kek dia sendiri...... 



Saja je nak buli birthday boy buat semua benda sebab surprise kitorang tak menjadi haha

Since our birthday party sucks bak kata big boss, dia nak buat satu game untuk tambah lagi kebosanan yang ada. Dia bagi situasi lepastu kena teka apa mesej di sebalik cerita dia tu. Masa main game tu tak la dengar sangat cerita dia sebab kek yang kitorang nak bagi Danish tu dah sampai! 


Kisahnya Ain kata kek Chocolate Odyssey Secret Recipe ni sedap sangat. Bila google pun memang kek ni top 10 best seller Secret Recipe lah. Sebab busy punya pasal kitorang terlupa nak order 7hb. Petang 8hb tu baru teringat nak beli untuk Danish. 

Petang tu I call Secret Recipe Citta Mall, Subang Perdana, Star Avenue, Shah Alam even Kelana Jaya sebab Dayan nak pergi signing dekat sana. Alang-alang boleh singgah la kan tapi semua tak ada sebab delivery jam 6 petang untuk Chocolate Odyssey. Nasib baik lah Secret Recipe Kota Damansara ada itupun dia advise untuk cancel order. Best seller kan tssskkkk



Lega finally dapat jugak kek ni sampai ke office kitorang walaupun hujan lebat dan kemek sikit kat tepi. 


Walaupun birthday party sucks tapi lantak lah, kitorang dah pening kepala dari pagi nak make sure semuanya okay tapi shit happens kan haha

Anyway, to Danish semoga diberi kesihatan di musim pandemik dan hujan ni. Semoga murah rezeki dan berkat ilmu dan doa, Danish dapat jadi peguam litigation yang power dekat Selangor/KL nanti.