Selalunya kalau nak minum latte, beli dekat Family Mart ataupun minum yang Farm Fresh punya tapi haritu malas nak pergi Family Mart. Pergi 7E je lepastu ternampak Coffee Latte produk Anis Cofee. Dah lama tak minum Anis Coffee. Kalau dulu bila pergi makan dekat TTDI Jaya, singgah dekat cafe Anis Coffee beli kopi bancuh cup besar.
Sekarang Anis dah tutup kedai dah. Letak barang dekat kedai ataupun Petronas je banyak. Latte ni gabungan espresso dengan steamed milk so rasa coffee dia quite strong lah. Bila minum latte dari Anis Coffee ni memang puas hati. Sedap! Tak puas minum sebotol.
Sebotol ni 180gm rasanya dalam RM5. not bad lah, kalau nak ompare dengan latte Family Mart haha
Since evidence from several social media accounts mysteriously missing, some of them was forced to shut down their page and some of you guys still clueless with what's happening on Sushant's case, I try collect them all and put it here.
So according to media report, Sushant ditemui meninggal dalam bilik tidur dia pada 14 Jun 2020 dan post mortem report sahkan Sushant meninggal disebabkan asphyxia kerana kekurangan oksigen. Tapi asphyxia boleh terjadi disebabkan gantung diri sendiri ataupun dijerut sampai mati. Walaupun polis keluarkan statement Sushant mati disebabkan bunuh diri tapi kenapa badan dia menceritakan hal yang sebaliknya?
1. Ligature Mark
Ligature mark di kawasan leher Sushant tebal dan terbentuk secara melintang sedangkan dalam kes gantung diri, kita boleh imagine ligature mark akan berbentuk menaik sama dengan bentuk kain yang menjerut.
Ligature mark yang ada pada leher Sushant tebal sangat and there is no way kain boleh hasilkan kesan macam tu. Itupun kalau ikutkan kronologi cerita pembantu rumah Sushant, dia ditemui meninggal sekitar jam 10.30 pagi dan pintu bilik dapat dibuka jam 12 tengahari.
2. Darah beku
Dekat bahagian leher jugak ada 3 tompok kecil darah beku betul-betul di bawah ligature mark. Dan satu lagi tompok besar di sebelah kanan leher Sushant. Kain yang digunakan cuma kain cotton biasa, tak ada hiasan sampai boleh menyebabkan darah beku berbentuk bulat macam tu.
Bila ramai yang persoalkan hal ni di social media, Mumbai Police come up dengan statement yang Sushant cuba bunuh diri dengan kain hijau tapi tak berjaya sebab terkoyak disebabkan berat badan dia 75kg dan kain tu ternyata nipis so dia cuba kali kedua dengan belt.
Awalnya pihak polis laporkan Sushant bunuh diri guna cadar tapi someone leaked video dari bilik Sushant pada hari kejadian supaya netizen nampak Sushant digantung dengan kain hijau. Kemudian polis tukar naratif kepada kain hijau kemudian dupatta kemudian night gown dan akhirnya belt. Tapi kalau Sushant gunakan belt, mana belt tersebut?
It just doesn't make sense bila polis kata dia bunuh diri 2 kali dalam masa terdekat sebab sakit bila gantung diri tapi kain terkoyak then jatuh. By that time, dia mungkin dah sedar dan cuba untuk bertenang. Tambah pula bila dia dah makan ubat pagi tu sebelum keluar workout.
3. External Injuries
Mayat Sushant dibawa ke JJ Hospital untuk jalani autopsi tapi malangnya dilaporkan dalam viscera report bahawa tiada sebarang racun atau kehadiran sebarang bahan kimia di dalam badan. Kuku Sushant bersih dan tiada sebarang kecederaan di bahagian badan. Tapi badan Sushant menunjukkan sebaliknya.
Ada benjolan di bahagian dahi kanan Sushant. Dari gambar yang sengaja dibocorkan di Whatsapp supaya polis tak tutup kes sebagai suicide, mata Sushant sebelah kanan ada lebam. Tangan kiri Sushant ada 3 kesan lebam yang tak berapa ketara. Di bahagian kaki kanan, ada bengkak di bawah lutut.
Besar kemungkinan viscera report Sushant tak boleh detect apa-apa sebab polis dah putuskan untuk ikut prosedur bunuh diri dan bukannya homicide. Lagipun ada beberapa bahan kimia yang tak boleh dikesan dalam ujian viscera.
4. Cap Jari
Dalam laporan post mortem, kain hijau yang tergantung di bilik Sushant cuma ada 3 cap jari tangan kiri Sushant tapi macam tak logik sebab polis kata Sushant gantung diri so kenapa bukan semua cap jari tangan dia ada di kain tu?
Dulu Sushant pernah buat performance dalam program Jhalak Dhikla Jaa bila jalan cerita performance tu dia dijerut dari belakang and surprisingly dia cuma guna 3 jari dari tangan kiri dia untuk selamatkan diri.
Mayat Sushant dibawa ke Cooper Hospital pun dah timbulkan tanda tanya bila ada 2 hospital berdekatan dengan rumah dia. Cooper Hospital pula terkenal dengan kes rasuah dan penipuan dalam laporan post mortem.
5. White Stain
Kalau tengok white stain or powder ni penuh dekat baju and even dekat bahagian dagu dan tengkuk Sushant. Macam pelik bila hantar post mortem tapi tak mention langsung pasal ni.
6. Postur Badan
Sebelum ni ada leaked lagi satu video jari Sushant bergerak lepas badan dia kena tutup dengan selimut bila polis sampai. Most of them assumed yang Sushant hidup lagi tapi lemah sangat. Dalam video curi tu pun polis cepat-cepat tutup jari Sushant yang bergerak. But then some experts denied sebab kemungkinan besar cuma rigor mantis bila badan boleh bergerak sedikit lepas meninggal.
Kalau tengok dari postur badan Sushant masa dia dijumpai oleh polis, badan dia terbaring lurus menegak tapi kenapa postur badan dia berubah bila atas stretcher sebelum masuk dalam ambulans? Sama postur bila dia tidur sebab Sushant selalu tidur dalam posisi mengiring.
Ada doktor yang kata boleh jadi Sushant masih hidup lagi sebab tak mungkin badan dia boleh berubah posisi sampai macam tu sekali. Semua mayat yang dibawa ke autopsi dalam posisi baring menegak.
Semua maklumat ni bukan tunjuk pandai semata tapi analisis dari pakar forensik luar negara dan beberapa orang doktor yang menguruskan bidang ni. Sebab tu ramai minta CBI ambil alih kes ni dan sekarang lawyer Ishkaran akan bawa hal ni ke High Court dan hantar surat ke pejabat kementerian supaya kes dibuka sebagai kes bunuh dan bukan lagi bunuh diri seperti yang disimpulkan oleh polis Mumbai.
Bulan Mac lepas Family Mart perkenalkan flavor baru untuk fans Sofuto - Hakuto White Peach Sofuto. Tak minat sangat flavor peach ni sebab dia manis tapi since orang belanja kan, angguk kepala tanda setuju je lah.
Rasa dia macam I expected it top be lah, manis. Tapi okay lah tak lah melekat di tekak sangat. Just nice je. Bila makan aiskrim ni rasa macam makan gula-gula pun ye jugak. But in chill version hi hi
Thanks Kak Nora belanja aiskrim ni di kala panas terik walaupun awan mendung tanda nak hujan. Dasar cuaca pemberi harapan palsu sepalsu janji manis ex ittew.
Bath Body & Works keluarkan series tropical sempena summer ni rasanya siap buat promotion beli 2 body mist dapat 1 free. Tak sure lah untuk semua BBW ataupun dekat Nu Sentral je.
Tropical series ni kebanyakannya bau buah-buahan tropika macam kiwi, oren, guava, nenas macam tu lah. I suka packaging Bali tapi tak suka bau shea butter. Sementara Ain tengah busy nak pilih bau buah yang mana, I pergi belakang tengok bau mana yang best.
Padahal dah borong masa raya haritu even body mist masa beli raya lepas pun tak habis lagi pakai. Jangankan yang BBW punya, body mist dengan roll on yang lain pun tak habis. Sebenarnya taknak beli tapi dah ada promo kan, beli je lah. Boleh tambah koleksi. Bosan jugak kan guna body mist yang sama je? Hshshs
At first nak beli Hello Beautiful body mist yang saiz mini je sebab belum tentu nak habis kalau beli yang besar. Tapi sebab promo buy 2 free 1 tu terus tukar saiz besar. I pilih kejap je sebab raya haritu dah bertapa lama dekat sini. Banyak bau I dah test. Tapi Ain la dilemma nak pilih bau yang mana. Susah nak bantu sebab I tak suka bau manis tambah pulak bau buah meanwhile Ain suka yang manis-manis.
'Ana, yang ni okay tak?'
'Bau oren kuat sangat lah. I teringat raya cina'
Lepas dah test banyak kali finally berjaya juga ke kaunter dengan body mist ni. Tadaaaaa....
Balik rumah haruslah adik membebel zaman bila entah nak habis body mist tu hshshshs
Disebabkan banyak sangat positive reviews untuk Amith Sad dalam series baru dari Amazon Prime, I decided untuk tengok crime thriller series ni semalam. Kisah bermula dengan kehidupan Dr. Avinash Sabharwal (Abhishek Bachchan) yang bertukar malang bila anak kesayangan dia, Siya (Ivana Kaur) yang berumur 6 tahun diculik di parti hari jadi kawan dia di sebuah farm house. Avinash dengan isteri dia, Abha Sabharwal (Nithya Menen) mula murung dengan kehilangan Siya bila sehari berubah sebulan dan hampir mencecah setahun.
Inspektor Kabir Swant (Amit Sadh) ditukarkan ke branch Delhi lepas langgar protokol dalam satu encounter dan menyebabkan dia dipenjarakan selama 6 bulan angkara tindakan dia tolak Meghna (Plabita Borthakur) dari tingkat kedua. Kabir nak selamatkan Meghna dari tembakan peluru si penjenayah tapi malangnya Meghna lumpuh.
Sebaik sampai ke pejabat polis Delhi unit jenayah, dia ditugaskan untuk ambil kes pembunuhan Pritpal Singh (Kuljeet Singh) yang mati di tapak pelupusan sampah. Video pembunuhan pula sengaja dirakam dan dihantar kepada pihak media. And judging by trailer pun dah boleh tahu siapa yang didesak untuk membunuh kesemua mangsa.
The only curiosity we have left now, who is behind that mask? Irada kya hai? (Intention) 4 episod pertama nampak teratur dengan misteri dan rasa ingin tahu yang memuncak tapi bila director reveal siapa sebenarnya penculik Siya, jalan cerita mula longgar dan kurang menarik.
Pelik kenapa rumah Avinash dengan Abha tak ada CCTV sedangkan Delhi agak tinggi kes jenayah. Tambah pula bila diorang berdua kena ugut dengan penculik yang boleh masuk ke rumah dan kereta diorang. Tak perlukan mind games yang bijak pun kan untuk ambil langkah keselamatan asas?
Sayangnya dalam movie ni Abishek nampak malas dengan karakter Dr Avinash. Jadi mengantuk sebab emotion flat habis tak kira lah scene emosi, komedi, romantic, intense ataupun keliru. Dia menangis masa risaukan Siya seems bland even masa dia buat pengecaman mayat pun tak rasa dia all out. Meanwhile Amit, Nithya dengan Saiyami Kher ada variasi dalam emosi karakter masing-masing. Kalau ditambahbaik lagi dialog masing-masing yang kebanyakannya hanya diulang mungkin cerita lebih menarik.
Sepatutnya writer-director Mayank Sharma kembangkan lagi karakter Inspektor Kabir. with or without Meghna in that screen, he definitely deliver his best. Sayang badan sasa dia dah cantik tapi director tak guna kelebihan tu. Ada dua scene je dia guna kegagahan dia. Mind you guys, Amit sebelum ni dapat watak middle man with malnutrition body tapi bila dapat watak Inspektor dengan badan sasa, director sleeps on it. Tsskkkk! Suka scene interrogation Kabir dengan Abha bila dua-dua karakter boleh berubah sekelip mata. Dua-dua desperate tapi still tenang supaya tak terserlah niat masing-masing.
Nothing much for visual, music score and even pace is too slow for crime thriller. Sebab tu boleh cecah sampai 12 episodes. I change video speed sampai 1.7x. Dalam trailer nampak macam cerita ni kompleks tapi tak lah serumit yang disangka. Series ni boleh dipendekkan lagi sebab episod hujung tu dah okay tapi nampak terkejar-kejar nak siapkan bila dah draggy di bahagian tengah cerita.
Bila tengok ending dah boleh nampak yang team production bagi major hint untuk sequel tapi harapnya watak Inspektor Kabir dapat banyak screentime lah dan bukannya dilayan sebagai supporting role. And I just found out yang series Breathe - Into The Shadow ni adalah installment kedua. Tahun 2018 adalah installment yang pertama dengan R.Madhavan sebagai lead actor and Amit sebagai Inspektor Kabir. So definitely will watch the first installment later sebab nak tengok Amit.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.9, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.7 = 6/10
Lepas settle kerja di Menara SSM, pergi lunch dekat food court Nu Sentral sebab tak tahu nak makan apa. Bila dah menginjak pukul 2 petang ni tak lah ramai orang sangat. Makanan pun sekejap je dah siap.
Dah tawaf satu food court, kitorang rasa nak makan makanan Jepun. Sebab menu dia meriah pastu display pun mengancam haha
I order set kari jepun dengan omelette and crispy chicken spicy. Dulu dah pernah makan kari jepun ni dekat food court KLCC so rasa nak makan lagi sebab kari Jepun ni lain sikit dengan kari kita. Kuah dia pekat berempah pastu ada rasa manis sikit.
Kari Jepun KLCC
Kari Jepun dekat Nu Sentral food court ni tak syok sangat macam dekat KLCC sebab rasa rempah dia strong sangat. Tak well blend dengan rasa manis tu. Tapi ayam dia the best. Makan panas-panas krup krap la cerita dia.
Nasi dia sticky, nampak je sikit tapi sebenarnya dah cukup kenyang sangat dah bila makan. Harga satu set ni RM16 je.
Set lunch Ain meriah siap ada buah bagai. Set ni RM18 je and I really think this set berbaloi sangat. Ada buah tembikai, nasi, teriyaki chicken, sayur, jeruk, seaweed soup, dumpling dan tempura. Ada green tea panas jugak dia bagi free.
Kalau sebelum ni tekak memang tak boleh terima seaweed soup sebab rasa hanyir tapi this one memang sedap. Tak tahu la apa rahsia dia ataupun seaweed jenis apa dia pakai tapi memang sedap. Nasib dah kenyang, kalau tak dah mintak tambah dah sup tu. Kalau singgah Nu Sentral lagi dah tahu dah mana nak makan yeayyy!
Sejak tak ada runner dan makin busy ni banyak dokumen kena hantar sendiri so minggu lepas I dengan Ain kena pergi ke Putrajaya settlekan hal PSU walaupun dah email semua pihak yang berkenaan tapi tak ada sebarang update pun.
Company lain dah habis guna dah duit tu tapi kitorang still pending sebab Perkeso salah update dalam system bila dia tertukar number BRN dengan number acc bank. No wonder lah bank reject.
Patutnya sampai awal dari yang sepatutnya tapi dah masuk musim tengkujuh ni terpaksa la drive slow je 60km/h sebab hujan lebat. Masa dah sampai tu nasib baik hujan dah seriyat so tak la basah sangat masa redah dari parkir ke Menara Perkeso.
Rasanya dah ramai yang datang sejak pkp ni sampai Perkeso letak Coway untuk keselesaan pengunjung hshshs thanks Perkeso. Bila dah jumpa pegawai pastu cari problemnya dekat mana, kena tunggu 7 hingga 14 hari untuk any updates dan payment advice dari pihak Perkeso.
Settle satu hal, kitorang bergerak ke Menara SSM pulak untuk lodge document 76. Dari Menara Perkeso ke KL Sentral dalam setengah jam je. Hujan pun dah renyai-renyai so tak ada masalah nak drive dekat tempat sesak macam KL ni. Cuak jugak sebab dah nak masuk lunch hour. But everything went well and kitorang selamat sampai walaupun berpusing nak mencari parkir awam.
Kitorang park dekat KL Sentral sebab nak lunch dekat situ. Masa sampai ni pun dah lapar tapi nak settlekan dulu kerja baru pergi lunch dengan tenang. Dah park dekat level M, kitorang keluar dari KL Sentral dan cross ke Menara SSM.
Since this is our first time, memang tak tahu langsung mana satu bangunan SSM.
End up, kitorang masuk ke Cardio Vascular Hospital then ikut guidance staff dekat situ untuk ke SSM. Sebelum masuk bangunan hospital ni kena check temperature. Kalau safe to go, ada sticker merah kena lekat dekat lengan.
Tak tahu lah betul ke tak jalan yang kitorang pergi tu tapi bila dah nampak bas SSM, maknanya betul lah kan?
And tadaaaa...... dah sampaiiii!
Nak masuk dalam Menara SSM, macam biasa lah scan QR code guna apps MySejahtera lepastu ambil kad pelawat dekat kaunter sebelah. But since my phone storage dah full, I isi dekat borang biasa je all my details.
Tinggi jugak lah nak pergi lodge document ni sampai ke tingkat 17 tapi lif dia laju okay, sekejap je dah sampai tingkat 17. Tak sempat nak bukak Twitter pun.
Kalau nak lodge document 76 ni just pergi dekat kaunter nombor giliran lepastu bagitahu nak lodge document je. SSM akan cop acknowledgement dan ambil form. Semudah tu je tapi perjalanan kitorang penuh berliku. Tskkk
Lega bila dah settle semua kerja! Dekat Menara SSM ni bersepah indoor plants yang viral dekat bahagian luar. Kalau setakat nak pokok ni ambil je batang dia buat induk pastu biakkan sendiri dekat rumah. Tak payah la beria beli sampai berpuluh ringgit macam dekat socmed tu haha
Otw balik kitorang beli 6pcs Big Apple untuk diorang yang dekat office.
Ni hentam je flavor yang ada sebab tak pernah makan Big Apple since I tak suka donut tapi not bad lah, semua flavor hentam tu diorang makan sampai habis. Lepas ni boleh la pergi Big Apple lagi hehe