Movie Review : Bulbbul
Friday, 26 June 2020
Director : Anvita Dutt Guptan
Writer : Anvita Dutt Guptan
Cast : Tripti Dimri, Rahul Bose, Avinash Tiwary, Parambrata Chattopadhyay, Paoli Dam
Production Company : Clean Slate Films
Distributor : Netflix
Genre : Horror / Romance
Running Time : 94 minutes
Release Date : 24 June 2020
Trailer :
Berlatarbelakangkan kehidupan kaum Bengali pada tahun 1881 bila keluarga Bulbbul (Tripti Dimri) kahwinkan dia dengan Indranail (Rahul Bose) yang berusia lebih dua dekad dari dia. Sangka Bulbbul dia berkahwin dengan Satya (Avinash Tiwary) yang sebaya dengan dia.
‘When you grow up, you will know the difference between husband and brother-in-law’ – Indranail
Sepanjang masa Satya temankan dan jadi kawan permainan Bulbbul di istana mewah tu sehingga lah mereka berdua besar. Binodini (Paoli Dam), adik ipar Bulbbul sengaja marakkan api cemburu Indranail bila dia tegur keakraban Satya dan Bulbbul sampai Indranail ambil keputusan untuk hantar Satya ke London untuk belajar perundangan.
Bulbbul yang patah hati bila Satya pergi mula buang kenangan dia dengan Satya dan bakar novel yang ditulis bersama. Bila Indranail nampak cebisan novel tersebut ada nama Satya dan Bulbbul, dia syak isteri dia dah buat lebih dari tu. Dek kerana cemburu, dia pukul kaki Bulbbul sampai berdarah. Dr. Sudip (Parambrata Chattopadhyay) senyum sinis bila dengar alasan Indranail yang Bulbbul jatuh tangga bila dia datang untuk rawat luka Bulbbul. Tak mungkin jatuh tangga kalau gelang kaki yang Bulbbul pakai tenggelam dalam kulit.
Jalan cerita Bulbbul bersilih ganti dengan kisah mitos legenda penduduk kampung tu tentang witch yang buru lelaki di waktu malam. Rambut mengerbang dan kaki berputar ke belakang dah cukup untuk buat semua penduduk kampung takut tambah pula dia membunuh tanpa belas. Tapi cerita mitos tu sahaja tak cukup untuk buat lelaki di kampung tu berhenti mendera wanita. Masih berlaku cuma tersorok dari orang kampung. Atau lebih tepat lagi dari pengetahuan witch.
Bila Satya balik ke istana, dia marah dengan pegawai polis yang tak mampu nak siasat siapa pembunuh kesemua lelaki yang jadi mangsa. Graduan dari London tak mungkin lah nak percaya dengan cerita mitos orang kampung. Watak Satya yang menghidupkan first half movie ni bila kita pun ikut sama nak tahu apa yang berlaku sebenarnya dalam kampung tu. Masuk second half, sepenuhnya berpihak pada lakonan Tripti Dimri dan Rahul Bose. Bonus point for dialogues!
Sayangnya watak Binodini dan Dr. Sudip tak dikembangkan dengan lebih banyak dalam movie ni sebab dua watak tersebut ada potential untuk buat cerita Bulbbul lebih menarik. Movie bergerak perlahan dan shot kebanyakannya terlalu lama untuk satu scene dan screentime cuma selama 94 minit tanpa lagu untuk hidupkan scene Satya-Bulbbul. Boleh je letak lagu masa scene perayaan. Wasted lah bila ada Amit Trivedi sebagai music director but he did great for music score.
Sinematografi Siddharth Diwan memukau ditambah pula dengan visual effects dari Red Chillies Colour dan Red Chillies VFX kelolaan Harry Hingorani. Suka dengan penggunaan kostum hasil kerja Ishika Kumari bila hidupkan suasana tahun 80-an baik dari pakaian rakyat kebiasaan dan keluarga diraja. Dekorasi istana pun cantik walaupun tak ditayangkan sangat.
First time tengok lakonan Tripti and wow oh wow dia cantik sangat especially bila dia senyum. Nampak kecantikan asli India tu. For some scenes dia cuma gunakan riak wajah dia je untuk bagitahu karakter sebenar watak tersebut.
Hopefully lepas ni makin ramai director yang cast dia sebab talent dia pun bagus. Movie Bulbbul ni tak la seram mana walaupun genre horror sebab yang seram tu sebenarnya lelaki yang berhati binatang suka mendera isteri dan merendahkan wanita.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.9/10