Movie Review : Bhangra Paa Le
Sunday, 14 June 2020
Director : Sneha Taurani
Writer : Dheeraj Rattan
Cast : Sunny Kaushal, Rukhsar Dhillon, Shriya Pilgaonkar, Samir Soni, Sheeba Chaddha, Parmeet Sethi, Jayati Bhatia
Production Company : RSVP Movies
Distributor : RSVP Movies
Genre : Musical / Drama / Comedy
Running Time : 130 minutes
Release Date : 3 January 2020
Trailer :
‘Wrestling, Kabaddi and Bhangra, they all require energy.’
Berlatarbelakangkan kehidupan Jaggi Singh (Sunny Kaushal) dan Simi Geet (Rukhsar Dhillon) yang hebat dalam tarian Bhangra yang popular di kalangan kaum Punjabi, cuba untuk menang dalam pertandingan antara kolej. Ganjaran sangat lumayan bila team yang menang akan ditaja untuk pertandingan antarabangsa yang bakal diadakan di London. Di sana pula, juara akan dapat hadiah wang tunai sebanyak 500,000 pounds.
Pertemuan tanpa sengaja antara Jaggi dan Simi dalam sebuah wedding buatkan mereka terpaut tapi malangnya bila masing-masing cerita impian mereka berdua, masa tu baru tahu yang Jaggi team Khalsa College dan Simi pula GDNU College. Masing-masing ada unique steps untuk digunakan dalam competition nanti.
Simi dengan impian dia untuk pergi ke London supaya dapat buktikan kepada ayah dia yang tinggalkan dia masa kecil yang dia mampu berjaya tanpa ayah. Jaggi pula dengan impian untuk bawa cerita hidup datuk dia, Kaptaan yang terpaksa lupakan hasrat menjadi penari lepas kaki dia kudung gara-gara ditembak musuh di medan perang.
Jaggi kecewa dan sakit hati bila team Simi yang menang pertandingan Bhangra dan ditaja untuk pergi ke London. Disebabkan ramai yang tak puas hati dengan keputusan juri, pelajar kolej yang lain buat rusuhan dan serang pelajar kolej GDNU.
Jaggi cuba leraikan pergaduhan tapi dia pula yang dipukul dan cederakan kaki dia. Team member dia yang lain dah give up untuk teruskan ke London sebab kos yang mahal dan nak fokus dengan study. Sudahnya Jaggi ambil keputusan untuk balik ke Amritsar dan minta bantuan ayah dia (Parmeet Sethi) untuk pergi ke London.
Jalan cerita dari pengarah baru Sneha Taurani menggabungkan dua plot masa yang berbeza bila cerita Kaptaan dengan Nimmo (Shriya Pilgaonkar) pada era Perang Dunia Kedua dan cerita Jaggi dan Simi di era sekarang tapi berkisarkan cinta kepada tarian Bhangra yang mendalam.
Untuk movie yang bergenre musical, Jitan Harmeet Singh delivered yang terbaik dengan close up shot dan beberapa shot dari sudut yang cantik untuk menambahkan lagi drama dan kecantikan dalam tarian Bhangra. Sinematografi pun cantik tonjolkan keindahan Amritsar yang terkenal dengan ladang bunga kuning dan culture kaum Punjabi. Kudos to wardrobe team dengan costume pakaian kaum Punjabi.
Ditambah pula dengan susunan lagu-lagu yang best dan berentak catchy sebab tarian Bhangra yang rancak. My favorite, lagu Ranjhaan nyanyian Neeti Mohan danTushar Joshi.
Sayangnya movie ni lemah pada penceritaan terutamanya kisah cinta Jaggi dan Simi tambah pula lakonan Simi tampak biasa. Kemunculan Shriya sebagai Nimmo dalam beberapa scenes lebih padu nak dibandingkan dengan heroin filem dengan emosi yang digambarkan dari riak wajah dan bahasa tubuh. Chemistry dengan Sunny Kaushal lebih meyakinkan berbanding Rukhsar Dhillon.
Tak faham dengan scene Simi ajak Jaggi celebrate kejayaan dia lepas menang dalam competition sedangkan dia sendiri tahu betapa kecewanya Jaggi bila kalah. Instead of comforting him, she’s being insensitive and pushy. Jaggi dah kalah, kaki injured, kena masuk lokap lepastu kena marah dengan team dia sebab berkawan dengan Simi. It’s a lot to take man.
First half mungkin menarik sebab nak tahu apa yang jadi dengan Kaptaan tapi second half nampak meleweh sikit especially bila ayah Simi datang jumpa dia. Tak tahu macam mana ayah dia cam sebab tak pernah contact pun sejak dia tinggal keluarga dia dulu. Simi pula tak bagi ayah dia (Samir Soni) jelaskan kenapa so kita tak boleh nak rasa connected dengan mana-mana watak sebab tak ada cerita.
Overall this movie is watchable as a light entertainer.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.5 = 7.8/10