Drama Review : Cinta Itu Fairytale
Monday, 1 June 2020
Pengarah : Tam Suhaimi
Penulis Skrip : Tam Suhaimi, Eena Mokhtar, CTNA Marzuki, Shamaine Othman
Pelakon : Eyka Farhana, Afifah Nasir, Ikhsan Saleh, Harris Baba, Wafiy Ann, Intan Ladyana, Amy Mastura, Atiq Azman, Zalfa Zin, Nelissa Nizam, Izzat Mushtaq, Jad Hidir, Intan Nor Saina, Iman Zulkarnaian, Syrul Ezwan, Zalfa Zin, Adli Ihsan, Iqbal Rusli
Genre : Romantik / Komedi
Jumlah Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 21 Mei 2020
Syarikat Produksi : Imaginal Pictures
Penyiaran : iflix
SINOPSIS CINTA ITU FAIRY TALE
Mengisahkan tentang seorang gadis ‘instafamous’ yang bernama Nina Suraya mengalami kekalutan hidup selepas gagal dalam percintaan dan masih mencari jejaka idamannya yang disangka hanya hadir dalam dunia fantasinya. Segalanya berubah apabila beliau bertemu seorang lelaki misteri, yang mempunyai kriteria persis lelaki idamannya seperti yang tertera di dalam nota yang telah dilontar ke dasar laut.
REVIEW EPISOD 1 - DWIHATI:
Drama Cinta Itu Fairytale bermula dengan pengenalan secara ringkas hidup Nina Suraya (Eyka Farhana) sebagai Instafamous dan selalu dapat jemputan dari restoran atau brands untuk buat review. Nina ada team sendiri untuk buat review supaya client mereka puas hati dengan hasil kerja. Adly (Atiq Azman) yang in charge bahagian footage dan Mia (Nelissa Nizam) untuk assist Nina dalam mencari contact potential client.
Ibu Nina, Puan Sofia (Amy Mastura) selalu tegur Nina supaya cari kerja yang stabil tambah pula bila Nina ada degree. Sayang kalau dibiarkan macam tu je. Tapi bagi Nina buat review pun kerja juga sebab mendatangkan duit. Kalau ikutkan apa yang Puan Sofia dan Nina argue, masing-masing ada point sebenarnya.
My lecturer once said apa sahaja kerja yang mendatangkan duit dianggap sebagai kerja sebenar dan kerja sebagai social media influencer ni tak la stabil sangat macam Puan Sofia risaukan sebab job macam ni tak menentu. Ada client masuk, ada la job. Kalau tak ada, memang melangut jadinya.
Mungkin sebab tu Adly senang naik angin tengok gaya Nina yang tak serious dengan review ni sebab Nina face of their team, kalau Nina tak pulun, Mia dengan Adly tak ada job jugak. As blogger of course I boleh relate dengan life Nina.
Nina ada boyfriend, Zach (Harris Baba) tapi macam nak tak nak je layan Nina. Boleh kata dia gunakan Nina sebagai jaminan untuk dia stay famous sebab Zach kerja dalam bidang media jugak. Plot twist dekat hujung episod 1 drama ni best masa Zach ajak Nina dinner untuk bagitahu some good news. Tapi lain pula yang jadi. Cliffhanger episod 1 pun mengundang jugak tau.
Suka tengok visual drama ni sebab cantik, nampak modern and stylish bila transition especially shot dekat Kuala Lumpur tu cantik sangat. Smooth je. Pace pun tak slow sangat macam drama biasa. Scene kelakar dari watak Najmi (Wafiy Ann), adik bongsu Nina menghidupkan suasana tambah pula bila scene tu ada Amy Mastura.
Suka tengok wardrobe Eyka Farhana dalam drama ni. Even pajama tidur dia pun cantik cuma macam mehh bila dia tidur pakai makeup jugak. Suka tengok bila Eyka makeup nipis je sebab muka dia nampak fresh dan muda.
Overall episod 1 agak menarik but too early to judge kan so kita kena sambung tengok episod 2 pulak dekat iflix. Drama arahan Tam Suhaimi ni ditayangkan secara percuma tau dekat iflix!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10