Movie Review : Time Renegades
Saturday, 30 May 2020
Director : Kwak Jae-yong
Writer : Go Jung-woon
Cast : Im Soo-jung, Jo Jung-suk, Lee Jin-wook, Jung Jin-young
Production Company : CJ Entertainment, Sangsang Film
Distributor : CJ Entertainment
Genre : Romance / Mystery / Thriller
Running Time : 107 minutes
Release Date : 13 April, 2016 (South Korea)
Trailer :
1 Januari 1983 di Bosingak Belfry, Seoul, guru muzik sekolah menengah Ji-hwan (Jo Jeong-seok) melamar kekasih hati dia, Yoon-jung (Im Soo-jung) dan juga guru kimia di sekolah yang sama tapi dia ditikam dengan perompak lalu pengsan. Di plot masa yang lain, di tempat yang sama, pada tarikh yang sama tapi tahun yang berbeza, 1 Januari 2015, detektif Gun-woo (Lee Jin-wook) akan ditembak oleh penjenayah yang diburu dengan team members yang lain.
Ji-hwan dan Gun-woo dibawa ke hospital pada waktu yang sama dan kedua-duanya terselamat dari bahaya tapi misterinya dua-dua watak ni boleh nampak perjalanan takdir masing-masing dalam mimpi. Gun-woo boleh nampak apa insiden malang yang akan berlaku kepada Ji-hwan terutamanya kepada tunang dia yang akan dibunuh oleh pembunuh bersiri dengan gas mask.
Kalau Gun-woo tak halang, jalan cerita hidup dia pula yang akan terancam kerana dia pula jatuh cinta pada Jung So-eun (Im Soo-jung) yang saling tak tumpah seperti muka Yoon-jung. Bukan setakat muka dan fizikal sama malah pekerjaan pun sama guru kimia di sekolah yang sama!
Dalam Gun-woo cuba untuk faham misteri di sebalik kejadian ni, dia dapat satu kes lama yang masih belum ditutup dari Ketua Polis Kang Seung-beom (Jung Jin-young). Terkejut bukan kepalang bila dia tengok details dalam fail tu tentang pembunuh yang sama dalam mimpi dia dan dia nampak modus operandi pembunuhan Yoon-jung. Secara tak langsung dia dah bagitahu kepada Ji-hwan apa akan berlaku pada sekian tarikh.
Ji-hwan pula pergi berjumpa dengan suspek pembunuh tunang dia di penjara. Tepat apa yang diberitahu Gun-woo bila suspek tu bagitahu yang dia nampak lelaki pakai gas mask dalam tandas. Dia cuma mengaku bersalah curi duit Yoon-jung sahaja tapi bukan membunuh. Ji-hwan dan Gun-woo perlu cari siapa pembunuh sebenar sebab So-eun dalam bahaya bila pembunuh tu tak ditangkap pada zaman 80-an.
Jalan cerita Time Renegades menarik sangat untuk mystery thriller genre lovers dengan tema time travel! Memang team production simpan siapa pembunuh sebenar dengan plot twist yang tak disangka-sangka. Saspen dibuatnya! Tapi sebenarnya pengarah dah drop hint masa di awal movie antara perasan ataupun tak je sebab movie ni fast pace.
Ini pertama kali Director Kwak cuba movie genre ni lepas 3 kali buat movie genre rom com. Sebab forte dia movie romantic, scene romantic antara dua watak utama memang menambahkan emosi pada penceritaan sampai rasa kecewa sangat bila Ji-hwan tak mampu nak halang pembunuhan Yoon-jung. Tersentuh dengan ending scene bila director tunjuk rahsia sebenar kenapa dua watak ni saling terkait.
Visual effects hasil kerja Lee Sung-je nampak cantik especially scene transition gym baru bertukar kepada lama dan perubahan tona warna untuk bezakan tahun 80-an dan tahun 2015. The way camera bergerak dan beberapa shots diambil dari sudut yang cantik. Wardrobe team pun buat yang terbaik dengan menghidupkan suasana pada zaman 80-an dengan pakaian dan gaya rambut. Even furniture dan medical equipment pun dipilih mengikut deco 80-an.
No wonder lah movie ni dapat pulangan kutipan yang tinggi lepas 18 hari ditayangkan. Jalan cerita solid walaupun konsep time travel dan sci-fi ni memang susah nak nampak real tapi disebabkan garapan pengarah dan tulisan penulis juga kehebatan laknan semua watak buat movie ni jadi menarik. Recommended! Boleh tengok di Netflix.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10