Kediaman Ala Bohemian Katrina Kaif

Monday, 25 May 2020

Sebelum ni ada nampak keywords tempat tinggal artis Bollywood so hari ni nak up entry berkenaan rumah artis Bollywood and start dengan Katrina Kaif sebab Kat ni agak mementingkan privacy tapi sejak dia join Instagram pada April 2017, dia dah mula tunjuk sedikit demi sedikit personal life dia. 

Yang bestnya bila Kat join Instagram, kita boleh nampak home deco dia yang berkonsepkan Bohemian dan kebanyakan furniture ataupun decoration adalah vintage. Apartment Kat terletak di Andheri West's Mourya House di bandar Mumbai. 


Baru-baru ni Kat upload video dia sapu sampah di bahagian ruang tamu and you guys can see huge wooden wardrobe di bahagian tepi. Kerusi kayu dilapik kain bercorak abstrak, rak kayu 4 tingkat berbentuk segi tiga dan mirror frame kayu di sebelah pintu. Even pintu pun dipilih ikut tema Bohemian. 


Sebelum video ni pun Kat dah pernah upload beberapa OOTD post berlatarbelakangkan almari kayu yang besar tu and it does turns out great backdrop!


Well speaking of OOTD's photoshoot, dekat ruang tangga berlingkar ni pun dah beberapa kali digunakan sebagai latar belakang dalam IG Kat. 


Not sure where it is, tapi dah dua kali Kat upload gambar di ruang ni. Totally in love with bricks wall deco dengan stacks of books atas meja kayu berlapis. Mungkin ruang bacaan sebab ada kerusi putih besar dekat situ. 


Dekat sini pun antara tempat yang pernah Kat upload untuk OOTD photoshoot dia cuma bezanya ruang ni lebih kepada tema warna aqua but still dipenuhi dengan perabot dan hiasan kayu.



Judging from her wall decoration, boleh nampak yang Katrina suka kepada vintage arts dan more to abstracts. Setiap frame juga berbeza sebab bagi Katrina semua item ada sentuhan yang tersendiri dan bawa aura yang berbeza dalam kehidupan dia. 




Ruang dapur agak kecil untuk rumah apartment and so does Kat's apartment so dekat ruang dapur she keeps it simple. Kat ada maid untuk bersihkan rumah dan memasak so masa lockdown covid-19 ni boleh nampak cubaan Kat buat house chores bila maid tak dapat datang bekerja. Just like every artistic lovers, pinggan seramik juga jadi pilihan Kat. 



Bilik tidur Kat agak unik dengan TV yang dipasang condong ke bawah menghadap bahagian katil dan diletak di bahagian atas wardrobe kayu yang dipenuhi dengan hiasan dan gambar peribadi. Tak pernah lagi Kat upload gambar full katil dia tapi yang pastinya dia sayang dengan selimut mustard dia. 




Ruang bilik air pun dihias dengan perhiasan kayu dengan rak kekuda untuk tempatkan beberapa produk skincare Katrina dan juga perfume. 


View bahagian luar rumah Kat agak cantik walaupun di bandar yang agak sibuk di India. Dekat bahagian rooftop ni lah tempat untuk Kat bersenam setiap pagi dan buat yoga dengan personal trainer ataupun bersendirian. 




Another gorgeous point di bahagian rooftop Kat ialah ruang ni bila ada spot yang dicorakkan seperti rusty wall dengan calitan cat yang tak sama tona warna. Kat dah beberapa kali guna sebagai backdrop untuk OOTD photoshoot dia. 

Overall I'm in awe with her apartment decoration and some spots bagi inspirasi untuk apply dalam rumah. 

Movie Review : Footpath


Director : Vikram Bhatt
Writer : Mahesh Bhatt, Girish Dhamija
Cast : Aftab Shivdasani, Emraan Hashmi, Bipasha Basu, Rahul Dev, Anup Soni, Aparna Tilak, Anupama Verma, Irrfan Khan
Production Company : Mahesh Bhatt & Mukesh Bhatt
Distributor : Tips Films Pvt. Ltd.
Genre : Crime / Thriller 
Running Time : 160 minutes
Release Date : 15 August 2003
Trailer :


Movie Footpath ialah movie remake kepada movie Angaarey (1998) arahan Mahesh Bhatt, yang mana diadaptasikan dari movie Hollywood, State of Grace (1990). Tahun 1992 Mahesh Bhatt nak buat movie dengan tajuk "Footpath" yang akan dibintangi oleh Naseeruddin Shah,Pooja Bhatt dan Arbaaz Khan tapi projek tu dibatalkan. So Mahesh Bhatt bagi projek ni kepada Vikram Bhatt dengan barisan pelakon baru dan anak saudara dia, Emraan Hashmi untuk debut dalam movie ni sebagai pelakon. 


Arjun (Aftab Shivdasani), Raghu (Emraan Hashmi) dan Shekhar (Rahul Dev) selalu melepak bersama dan habiskan masa di lorong pekan tu. Satu hari Sanjana (Bipasha Basu) datang bagitahu yang ayah Arjun panggil untuk bantu kawan dia yang dibuli ke hospital. Tapi malangnya ayah Arjun dibunuh depan mata oleh pembuli yang sama.


Sanjana cuba pujuk Arjun untuk makan lepas kematian ayah dia tapi Raghu dan Shekhar datang dan bawa Arjun pergi untuk balas dendam bila mereka berdua dah tahu alamat pembunuh tersebut. Arjun tak mampu nak bunuh tapi Raghu yang terkenal dengan baran dia ambil pisau dan tikam pembunuh tersebut sehingga mati.


Lepas beberapa hari Raghu dan Shekhar buat keputusan supaya hantar Arjun ke stesen keretapi dan pujuk Arjun supaya keluar dari bandar tu sebab polis tetap buru Arjun sebagai suspek utama bukannya Raghu. Dia tidur di kaki lima dan construction site dan akhirnya membesar di Delhi menjadi ejen hartanah dan tukar nama kepada Mohankumar Sharma.


Identiti lama dia tetap dapat dikesan oleh pihak polis lepas 12 tahun kemudiannya. Inspektor Singh (Anup Soni) offer Arjun untuk bawa Raghu dan Shekhar kembali ke jalan yang lebih baik dari menjadi taikun dadah di kawasan Mumbai. Arjun diberi masa sebulan sebelum operasi encounter diadakan oleh pihak polis. Dalam masa yang sama Arjun cuba pujuk Sanjana kembali dalam hidup dia.


I layan movie ni sebab movie debut Emraan Hashmi je so I didn’t know much pun pasal movie-movie lain yang diadaptasi dari movie State of Grace (1990) ataupun movie original tu sendiri. So this review is solely based on this movie lah.


Konsep cerita ni not bad lah tapi kalau selalu tengok movie keluarga The Bhatts ni memang dah familiar sangat dengan jalan cerita dan plot macam ni. So it’s nothing new sangat pun cuma some scenes disunting dengan baik buatkan movie ni boleh ditonton. 


Bandar Mumbai dalam movie Footpath ni boleh nampak lah dilakonkan cuma dalam studio sebab set dia kecil dan kebanyakan scene shoot dekat set ni. Tapi okay lah sebab team production pandai minimize budget dan dalam masa yang sama hidupkan suasana kehidupan underworld dengan dark setting supaya nampak lebih meyakinkan cuma visual effects untuk langit yang penuh bintang tu nampak sangat lemah suntingannya. 


For music album, movie Footpath famous dek kerana single track Saari Raat Teri Yaad nyanyian Udit Narayan dan Alka Yagnik. Single lain agak average dan ada yang tak perlu ada pun takpe macam lagu Zara Dekh Mera Deewanapan. Bak kata Emraan, movie ni crime thriller tapi masa promosi lagi focus kepada scene cinta Bipasha-Aftab.


Patutnya movie ni boleh jadi lebih baik kalau jalan cerita dia tak beralih fokus dekat scene Sanjana dan Arjun sebab tak menambah apa-apa rencah pada plot cerita pun. Watak Sanjana pun cuma jadi cantik dan penyeri selain watak Miss Shalini (Aparna Tilak) walhal watak Shekhar dan Sheikh (Irfan Khan) tak dikembangkan dengan baik. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.3 = 5.6/10
Elephantiasis: Penyakit Kaki Gajah Akibat Nyamuk
[klik gambar untuk ke website Hello Doktor untuk dapatkan lebih banyak artikel kesihatan]

Mungkin sedikit sukar untuk dipercayai tetapi penyakit yang menyebabkan kaki menjadi besar seperti gajah ini sebenarnya disebabkan oleh organisma yang jauh lebih kecil. Dari sudut teknikalnya, penyakit kaki gajah ini bukanlah disebabkan oleh nyamuk, ia sebenarnya disebabkan oleh jangkitan cacing parasit. Akan tetapi, nyamuk memainkan peranan penting dalam penyebaran jangkitan ini. 

Beban penyakit kaki gajah yang ‘berat’ di peringkat global

Nama lain keadaan ini adalah untut manakala dalam bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai Elephantiasis. Terma saintifik penyakit ini pula adalah filariasis limfatik. Walaupun sudah kurang dilihat dan dilaporkan, Pertubuhan Kesihatan Dunia melaporkan bahawa ia masih menjadi  masalah kesihatan awam yang membabitkan 120 juta penduduk dari 80 buah negara. Daripada negara-negara tersebut, satu pertiga daripada penghidap adalah dari India manakala satu pertiga yang lain adalah dari benua Afrika. Baki mereka yang terjejas akibat penyakit ini adalah dari Asia Tenggara, Pasifik dan Amerika.

Di Malaysia, terdapat 8 buah negeri yang mempunyai kawasan-kawasan endemik filariasis iaitu Kedah, Perak, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Kesemua negeri tersebut diberi tumpuan yang khusus dalam Program Eliminasi Filariasis Limfatik Kebangsaan. Program ini adalah di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Secara amnya, penyakit ini lazimnya berlaku dalam komuniti orang asli atau mereka yang tinggal di kawasan pedalaman yang secara amnya tidak bersih.

Cacing pita parasit

Penyakit kaki gajah atau filariasis limfatik ini disebabkan oleh jangkitan cacing parasit berbentuk seperti pita (filaria). Spesies cacing filaria yang terdapat di Malaysia adalah Wuchereria bancrofti dan juga Brugia malayi. Cacing ini dipindahkan kepada manusia (pada tahap mikrofilaria) menerusi gigitan nyamuk Anopheles dan juga nyamuk Mansonia betina. Jika dalam suatu kawasan itu terdapat seseorang yang menghidap penyakit ini, lazimnya akan ada orang yang bakal mengalami nasib yang sama. Ini kerana kedua-dua spesies nyamuk tersebut akan mengigit individu yang menghidap filariasis limfatik dan akan mengambil sekali sedikit mikrofilaria daripada individu tersebut untuk disebarkan kepada orang lain.

Setelah berada dalam badan manusia, cacing ini akan melengkapkan kitaran hidupnya dan menjadi dewasa. Ia hidup dalam sistem limfatik badan yang terdiri daripada rangkaian saluran limfa dan juga nodus-nodus limfa. Struktur dalam sistem ini mengimbangkan cecair di antara tisu badan dan salur darah. Selain itu, ia juga memainkan peranan yang penting dalam sistem pertahanan badan. Walaupun jangka hayatnya hanyalah sekitar 4 hingga 6 tahun, cacing ini akan menghasilkan berjuta-juta mikrofilaria (yang hidup dalam sistem sirkulasi badan) sebelum ia mati.

Bagaimana jangkitan cacing kecil menyebabkan kaki gajah 

Ketika jangkitan akut, simptom am yang berlaku adalah demam, kesejukan, pening kepala dan kelesuan. Simptom setempat pula melibatkan gejala seperti pembengkakan, demam, radang kemerahan dan rasa sakit melampau pada kawasan yang dijangkiti.

Keradangan yang berlaku semasa serangan akut ini akan merosakkan saluran-saluran limfa yang kecil di dalam kulit dan mengurangkan keupayaan kulit untuk menyerap cecair. Selain itu, ia juga akan menyebabkan kerosakan kepada kulit. Dalam proses pemuihan, kulit yang terjejas itu akan menjadi keras dan tebal akibat proses yang dikenali sebagai ‘fibrosis’. Dengan setiap serangan akut, kitaran ini akan berterusan dan kulit akan menjadi semakin tebal. Dengan masa pembengkakan limfa (limfaoedema) akan berlaku akibat daripada saluran limfa yang kini telah tersumbat dan tidak boleh berfungsi dengan baik (akibat kewujudan cacing dewasa). Akhirnya, simptom klasik kaki gajah akan mula terzahir.

Kerosakan permukaan kulit ini juga akan menyebabkan luka dan/atau rekahan pada permukaan kulit. Ini menyebabkan wujudnya lubang nanah yang menjadi titik masuk untuk jangkitan bakteria sekunder. Jangkitan bakteria sekunder pula berupaya untuk menyebabkan komplikasi lain seperti sepsis.

Jika anda risau akan risiko menghidap penyakit ini, khususnya jika anda tinggal di kawasan luar bandar, pastikan anda kediaman anda bersih dan bebas daripada kawasan pembiakan nyamuk. Selain itu, kenakan pakaian seperti baju berlengan panjang dan seluar panjang bagi mengelakkan diri daripada terdedah kepada gigitan nyamuk. Walaupun mempunyai kaki yang persis binatang lain berbunyi seperti lagenda yunani dan makluk mistik, ia sebenarnya satu keadaan yang penuh penderitaan dan perlu dielakkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Meriahkan Raya dengan Ziemann Cake Setaraf Hotel 6 Bintang!

Friday, 22 May 2020

Lebaran tahun ni ramai yang terkurung di rumah disebabkan wabak virus covid-19 kan? Tapi tak semestinya kita harus bersedih dengan raya versi new normal ni. Tambah pula bila ada penyeri pelbagai rasa yang sedap dan berkualiti dengan harga yang murah sahaja dari Ziemann Cake!

No photo description available.

Uniknya kesemua kek dari Ziemann Cake ni adalah kebolehan Chef yang dilatih di negara Switzerland dengan 'Killer Recipe' yang pasti membuat sesiapa saja ketagih dengan kelazatannya. Tak kisahlah makan seorang bila menonton drama dan movie kegemaran ataupun berkongsi dengan keluarga, kek Ziemann pasti tak mengecewakan!


Fun fact tentang coklat bila minuman coklat dianggap minuman mewah pada abad ke-15 dan dikatakan setanding dengan minuman di Starbucks. Minuman coklat dianggap sebagai symbol kemewahan, kekayaan dan kuasa tapi zaman sekarang dah boleh rasa kemewahan tu dengan harga murah sahaja!

Antara kek setaraf hotel 6 bintang yang disajikan di Ziemann Cake adalah

i. MELTED CHOCOLATE CAKE
 

Nikmatilah kemewahan rasa chocolate yang tulen di bahagian luar dan juga di dalam. Chocolate yang ditempa dengan penuh teliti supaya mendapat tekstur yang terbaik untuk dihidangkan kepada anda. Peminat kek coklat wajib hilangkan stress dek perintah berkurung dengan kelazatan kek yang mencair di dalam mulut ni. Boleh dinikmati secara kosong ataupun dengan buahan atau kacang fav you guys. Cara mana sekalipun tetap sedap! 

ii. INDULGENCE CHOCOLATE MOUSSE CAKE


Disaluti Belgium  Chocolate diluar dan dilimpahi dengan chocolate mousse yang sangat RICH AND CREAMY di dalamnya. Sehebat Ice Cream Cake! Jangan terkejut kalau kek Indulgence Chocolate Mousse ni adalah pilihan utama hotel-hotel terkemuka. Sesuai sangat kalau dijadikan surprise gift buat yang tersayang kan?

iii. TRADITIONAL BRITISH CARROT CAKE



Begitu moist dan penuh dengan bahan utamanya carrot, walnut dan bahan-bahan terpilih yang lain bersama topping lemon cream cheese yang 'zest' dan mewah. Dijamin kelazatan dan keenakan yang tidak akan dijumpai dimana-mana selain dari Ziemann. Ini adalah secret - recipe Ziemann buat penggemar kek di luar sana.

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal berkunjung tiba ni, Ziemann Cake buat Pakej Combo Raya dengan pilihan gabungan 3 kek - MELTED CHOCOLATE CAKE, INDULGENCE CHOCOLATE MOUSSE CAKE dan TRADITIONAL BRITISH CARROT CAKE! Sebab Ziemann tahu mesti ramai yang tak dapat nak pilih yang mana lagi sedap kan?!



Untuk pakej Combo Raya dengan small slice 2 kek pilihan hati boleh dibeli dengan harga semurah RM95 dan regular size 2 kek pilihan eksklusif berharga RM105 sahaja. Bukan selalu nak dapat peluang macam ni dari Ziemann! Beli kek dekat hotel pun belum tentu ada pakej kombo macam ni.

Tak cukup dengan pakej Combo Raya ni, Ziemann juga ada buat service tambahan seperti kirim kad raya dengan tambahan caj sebanyak RM5 sahaja! Pakej Combo Raya ni boleh dijadikan surprise gift dengan hand-writing ucapan di atas kek buat yang tersayang masa raya nanti atau pengganti diri yang tak dapat pulang beraya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan. Ziemann faham pergerakan terbatas jadi mereka bergerak untuk anda.

Untuk delivery adalah sekitar kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan juga Wilayah Persekutuan Putrajaya dan caj delivery berbeza mengikut kawasan.

Katak kenyang lalu tertidur
Gajah pitam lantas terjatuh
Andai tak sampai tangan menghulur
Ziemann datang hulur kek dari jauh

Ziemann ada juga menjual chocolate spread berkualiti, kek gula hangus, Almond Dragees dan produk-produk chocolate untuk peminat chocolate premium dengan rasa mewah. Nak tahu lebih banyak lagi tentang Ziemann atau untuk tempahan boleh klik link whatsapp di bawah atau pergi ke official account social media Ziemann.


Klik untuk order :
.
www.wasap.my/60193489630/ZiemannCakeRaya
www.wasap.my/60193489630/ZiemannCakeRaya
www.wasap.my/60193489630/ZiemannCakeRaya

Facebook : www.facebook.com/ZiemannOfficial
Instagram : www.instagram.com/ziemann.official
YouTube : Ziemann Official

Movie Review : Start-up

Tuesday, 19 May 2020


Director : Choi Jeong-Yeol
Writer : Choi Jeong-Yeol
Cast : Park Jung-Min, Jung Hae-In, Ma Dong-Seok, Choi Sung-Eun, Yum Jung-Ah, Kim Jong-Soo
Production Company : Filmmaker R&K
Distributor : Next Entertainment World
Genre : Comedy / Drama
Running Time : 102 minutes
Release Date : 18 December, 2019
Trailer :


Diadaptasikan dari webcomic series berjudul  "Shidong" karya Jo Geum-San mengisahkan tentang dua sekawan, Taek-Il (Park Jung-Min) dan Sang-Pil (Jung Hae-In) yang tak minat dalam pelajaran dan berpeleseran tanpa arah tuju dan ambil keputusan untuk berhenti sekolah. Disebabkan rimas dengan baran si emak (Yum Jung-Ah) yang dahulunya pemain bola tampar, Taek-il lari dari rumah dan pergi ke bandar Gunsan. 
 

Di sana dia minta bekerja sebagai delivery boy di Jangpun Chinese Restaurant milik Mr. Kong (Kim Jong-Soo) dan bertemu dengan tukang masak misteri Geo-Seok (Ma Dong-Seok) yang diragui masa silamnya. Dari hidup berpeleseran, Taek-il mula sedar yang tak mudah untuk dapat duit dengan komitmen hidup yang berat. Dia cuba berbaik dengan mak dia tapi dia jadi makin geram bila dapat tahu mak dia habiskan duit simpanan untuk buka café yang akan dirobohkan.


Dalam masa yang sama dia cuba juga tolong Kyung-Joo (Choi Sung-Eun), bekas pemain boxer  yang senasib dengan dia walaupun banyak kali dipukul tanpa sebab. Sang-pil pula terjerat dengan kerja dia sebagai ahlong kawasan bandar tu supaya dapat sara kehidupan dia dan nenek dia yang menghidap Alzheimer. Makin serabut bila dia dapat tahu yang boss dia owner kepada bangunan tersebut dan dia diminta untuk ugut mak Taek-il supaya bayar hutang.


Walaupun genre movie ni lebih kepada comedy dengan kehadiran Ma Deong-seok dengan watak muka bengis tapi dalam hati ada taman, mesej dan realiti kehidupan yang menggerakkan momentum movie ni. Jalan cerita boleh dikategorikan sebagai cliché dengan lawak yang ada kalanya try hard dan repetitive walaupun dibikin di bawah production house yang sama dengan movie Exit.

Kewujudan watak-watak yang mempunyai masalah kehidupan sendiri yang buat kita rasa terikat dan nak tahu hingga hujung cerita baik pelakon utama mahupun watak sampingan. Macam mana masing-masing lari dari masalah kemudiannya hadap masalah tu dan buang dari hidup. Sesuai dengan tagline movie ni – ‘It’s time to grow up!’

‘You’re supposed to wipe your ass right? So you act like a grown-up when you want, and you cry like a baby when things go sour?’

Pertama kali tengok lakonan Park Jung-Min dan tak sangka yang dia sebenarnya dah berumur 30-an sebab dia lakonkan watak energetic rebel teenager dengan bagus. Facial expression terutamanya mata dia yang main peranan paling utama ekspresikan ketidakpuasan dan vulnerability. Scene dia berkeras bila Mr Kong tegur supaya balik tengok mak tapi dalam diam check message dari mak dia. Dinamik lakonan Park dan Ma Dong-seok pun nampak menarik.


Dalam masa 102 minit, movie Start-up ada masanya menjadi tapi ada masanya nampak sarat dan draggy bila director-writter Choi Jeong-Yeol tak mampu nak seimbangkan komedi dan drama. Kombinasi drama yang banyak saja bila dimasukkan permasalahan sosial tapi dicedok pada luarannya seperti sexual trafficking, loan shark dan underworld untuk wujudkan emotional scene tapi komedinya pula tak pula kuat untuk ceriakan kembali suasana. Dialog pun cuma conversation biasa yang tak meninggalkan impak pada jalan cerita.


On a great note, visual movie start-up nampak cantik dan hidup under production Awesome Label. Mungkin Start-up boleh digarap dan dikembangkan dengan lebih mendalam dengan komedi yang tak hanya bergantung dengan pergaduhan jengkel yang berulang. But still it’s a good movie to watch supaya menjadi peniup semangat di kala masalah datang menimpa tak kira peringkat usia. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.6/10

Sempena Syawal tahun ini, iflix sukacitanya membawakan sebuah drama komedi romantik berjudul Cinta Itu Fairy Tale secara EKSKLUSIF dan PERCUMA bermula 21 Mei 2020 di iflix.com. Drama 13 episod ini, mengisahkan tentang seorang gadis ‘instafamous’ yang bernama Nina Suraya mengalami kekalutan hidup selepas gagal dalam percintaan dan masih mencari jejaka idamannya yang disangka hanya hadir dalam dunia fantasinya. Segalanya berubah apabila beliau bertemu seorang lelaki misteri, yang mempunyai kriteria persis lelaki idamannya seperti yang tertera di dalam nota yang telah dilontar ke dasar laut. 


Istimewa untuk para peminat drama Melayu drama siri Cinta Itu Fairy Tale arahan pengarah popular, Tam Suhaimi, dibarisi oleh pelakon muda yang dikenali ramai seperti  Eyka Farhana, Afifah Nasir, Ikhsan Saleh (Pelakon Indonesia),  Harris Baba, Wafiy Ann, Intan Ladyana, Amy Mastura dan ramai lagi. Ternyata, barisan pelakon mantap ini mampu memberikan impak positif yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.


Mengikut kajian, statistik pengguna sosial media berumur 18 hingga 34 tahun adalah lebih tiga kali ganda memilih platform pentsriman video setiap minggu. Peratusan yang dicatatkan untuk penstriman video adalah tertumpu kepada kandungan hiburan TV, drama dan filem yang mencatatkan 23 peratus secara global. Sekaligus menunjukkan, medium penstriman merupakan sesuatu yang trending pada masa kini dan menjadi platform pilihan masyarakat untuk menonton drama mahupun filem.  


Menurut Shoba Devi, selaku Ketua Kandungan iflix Malaysia, “Selaku platform penstriman tidak berbayar, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menyusun strategi kandungan tempatan yang lebih menarik dan trendy untuk menarik minat para penonton. Dalam usaha bagi menjayakan objektif untuk memperbanyakkan lagi pengisian hiburan tempatan, kami turut menyajikan hiburan yang lebih seimbang dan sesuai buat santapan seisi keluarga. 


Pengarah drama Cinta Itu Fairy Tale, Tam Suhaimi turut berkata, “Saya adalah peminat tegar genre romantik komedi seperti filem Clueless, My Best Friend’s Wedding, 30 Hari Mencari Cinta dan Pisau Cukur. ‘Cinta Itu Fairy Tale’ adalah sebuah kisah percintaan era moden (A modern twist to a fairy tale) dengan menampilkan elemen percintaan, komedi dan kekeluargaan. Selain menampilkan barisan pelakon dari dalam dan luar negara, penceritaan yang moden, santai dan mudah diikuti adalah faktor yang menonjolkan keunikan drama ini. 


Jika sebelum ini karya saya menerima respon yang positif menerusi platform TV, saya mengorak langkah dengan melancarkan Cinta Itu Fairy Tale secara eksklusif dan percuma di iflix. Saya juga berharap, agar drama ini dapat memenuhi citarasa penonton. Sempena sambutan Syawal, saya dan iflix ingin menjemput para penggemar drama Melayu untuk beraya sambil berhibur dengan menyaksikan Cinta Itu Fairy Tale secara EKSKLUSIF dan PERCUMA di iflix bermula 21 Mei 2020”


Kata pelakon utama Cinta Itu Fairy Tale, Eyka Farhana pula, “Selebriti mahupun instafamous, sering menjadi tumpuan nitizen di laman sosial. Tidak dapat dinafikan, golongan ini juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan. Dalam Cinta Itu Fairy Tale, saya memainkan peranan sebagai Nina Suraya yang juga seorang ‘instafamous’. Nina mendapat kecaman hebat daripada para nitizen mengenai hubungan percintaannya yang gagal diselamatkan. Gadis bernama Nina ini mengalami tekanan perasaan kerana rata-rata nitizen tidak menyebelahinya, sebaliknya menghukum dan membuatkan beliau membawa dirinya ke sebuah percutian untuk mencari ketenangan diri. 


Secara peribadi, drama ini bukan sekadar drama kisah cinta romantik komedi semata- mata, malah mengandungi pelbagai unsur positif yang cuba disampaikan kepada masyarakat. Antaranya unsur positif yang ada pada Nina adalah beliau seorang yang kuat semangat dan tidak mudah putus asa jika gagal dalam sesuatu perkara. 


Sebagai contoh, Nina sentiasa sabar dalam mencari pasangan hidup dan tekad meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang penulis yang . Saya amat berterima kasih kepada pengarah drama Cinta Itu Fairy Tale, Tam Suhaimi kerana memberi peluang dan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk memikul watak ini dan bersama pelakon-pelakon hebat yang lain. Sebagai buah tangan baharu kepada peminat juga, saya berharap agar drama ini akan dapat memeriahkan raya anda nanti”


Saksikan drama siri Cinta Itu Fairy Tale yang mengetengahkan watak utama Eyka Farhana (Nina Suraya), Afifah Nasir (Niesa), Harris Baba (Zach), Ikhsan Saleh (Adam) secara EKSKLUSIF dan PERCUMA di iflix pada 21 Mei 2020. 

MENGENAI IFLIX

iflix adalah sebuah servis hiburan terkemuka Asia Tenggara dengan pilihan siri TV, filem, produksi Originals tempatan dan siaran berita terkini dari dalam dan luar negara. Anda juga boleh muat turun rancangan kegemaran anda dan tonton secara offline. Saksikan siri filem terbaru di iflix seperti: Daulat secara eksklusif di platform iflix tanpa perlu log masuk dan mendaftar secara PERCUMA! Bagi peluang pengiklanan layari advertising@iflix.com