Sekitar Majlis Sidang Media Konsert 4G, Istana Budaya
Thursday, 27 February 2020
Bulan lepas dah dapat reminder untuk Press Conference Konsert 4G di Istana Budaya jam 2.30 petang. Since Belbis ni antara top client, dapat la 3 seat untuk sidang media ni. Jam 1.30 dah gerak dah sebab taknak lambat sampai. Lagipun boss nak jumpa jam 2 dekat sana.
Boleh tahan ramai lah dekat Istana Budaya masa tu. Dari jauh dah nampak team Suria FM. Tak sangka pulak DJ Lin ada sekali. Since Konsert 4G ni termasuk dalam kalendar Visit Malaysia 2020 di bawah Kementerian Perlancongan, ada la wartawan dari RTM dengan TV3 sekali. Dah menginjak pukul 2 lebih tu dah makin ramai lah team media yang lain - Berita Harian, Melodi, Maestro Media, Majalah Wanita etc.
Jam 2.30 petang semua guest dah sampai, artis Hazama, Black, Tomok dengan Akim pun dah sampai, Aubrey Suwito pun dah sampai, tapi terpaksa tunggu VIP dengan Dato' Jo datang so tukar tentatif supaya makan dulu.
Jamuan makan ni ditaja oleh Zai Seri Gemilang. Semua menu dia sedap even waiter service pun quite nice. Kalau ada event nanti boleh roger diorang. Sementara makan tu ada video clip teaser untuk Konsert 4G - Gabungan Melodi Terindah ni.
Baru lepas lunch hour ni memang perut penuh lagi lah nak makan. Nak pergi jalan-jalan takut VIP sampai pulak. Jalan-jalan tengok merchandise untuk konsert 4G je lah dari Malayaku Clothing. Mati kutu lah tunggu event start. Artis dekat belakang pintu tengah bergambar, rehearsal untuk nyanyi sebagai teaser kepada konsert nanti.
Bila event dah start, ucapan pendahuluan dan perasmian dari Belbis dan Dato' Jo.
“Idea menggabungkan empat atau tiga vokalis dalam sesebuah konsert memang tidak asing. Masih memberikan fokus terhadap persembahan solo setiap artis cuma ada segmen duet beramai-ramai. Itu pun tidak banyak.
Untuk 4G’s, konsepnya lebih terhadap penyatuan keempat-empat penyanyi dalam setiap lagu, umpama quartet dengan keunikan karakter pada setiap penyanyi. Persembahan solo tetap ada tetapi dalam segmen awal sahaja,” - En. Fendi, Belbis.
Settle ucapan perasmian, ada persembahan akustik dari 4 orang penyanyi - Ku Relakan Jiwa - Hazama, Lukamu Lukaku Jua - Tomok, Sofea Jane - Black & Mewangi - Akim.
Habis persembahan ada sesi penghargaan untuk sponsors lepastu bergambar then baru la sesi soal jawab dengan pihak media.
Masa sidang media ni ada jugak wartawan tanya soalan mintak penampar tapi team Belbis dengan 4 orang artis ni relaks je lah jawab. Dah biasa agaknya. Kita yang dengar ni dah buat muka 'kau apahal tanya soalan macamtu?' hshshs
Soalan masa sidang media Konsert 4G ni tak tapis sebab tu la boleh keluar pertanyaan yang panas. Bila tak kawal, macam ni la jadinya tapi bila kawal kata kita ni tak bagi ruang kebebasan pula.
Untuk tiket-tiket Konsert 4G ni boleh didapati dengan harga RM98, RM248, RM348, RM428 dan RM518 menerusi www.airasiaredtix.com. Ada tiket khas yang Belbis sediakan kepada fans tegar ber harga RM988 setiap satu sebanyak 16 seat pada setiap malam persembahan. Kenapa RM988? Sebab harga tiket konsert termasuk backstage pass dengan meet & greet dengan 4 penyanyi ni.
Bak kata Akim bau peluh pun boleh hidu sebab duduk belakang stage boleh tengok diorang punya huru-hara sebelum dengan selepas konsert macam mana. Aubrey Suwito bagitahu dekat Konsert 4G ni nanti dia cipita satu lagu khas untuk 4G. Tajuk mungkin Gabungan Melodi Terindah sesuai dengan tagline konsert ni haha. Tajuk masih lagi rahsia, yang beli tiket nanti je tahu.
Aubrey Suwito selaku pengarah musik dan Pop Ochestra akan bergabung bersama pemuzik-pemuzik National Symphony Orchestra Istana Budaya untuk Konsert 4G ni. Imagine lagu-lagu solo 4 penyanyi dalam version orchestra. Best kan?
Aubrey Suwito selaku pengarah musik dan Pop Ochestra akan bergabung bersama pemuzik-pemuzik National Symphony Orchestra Istana Budaya untuk Konsert 4G ni. Imagine lagu-lagu solo 4 penyanyi dalam version orchestra. Best kan?
'4G ni melambangkan 4 orang Gentleman, Geng, Guys tak terikat dengan mana-mana definisi. Ikut interpretasi masing-masing untuk huruf G ni mewakili apa.' - Tomok.
Dari awal datang sampai ke habis event 4 orang ni suka bergurau with each other so nampak la kenapa penganjur sign up semua under satu konsert. Keharmonian tu akan create vibe yang happy dan kreatif untuk Konsert 4G ni nanti.
Ingatkan dah habis sesi soal jawab, sidang media ni dah habis rupanya ada pula sesi soal jawab individu. Masa ni beratur la pihak media tunggu giliran untuk interview. Since I parti bebas, I menyelit je mana I suka untuk ambil gambar asalkan tak mengganggu rakaman. Disebabkan sidang media ni, galeri penuh sebab ada beratus gambar. 50% gambar Akim lah sebab tu tujuan utama datang.
Selama ni tengok dekat TV nampak artis buat soal jawab rushing kemain, pendek pulak tu. Rasa tak puas tengok. Tapi bila tengok sendiri depan mata baru rasa kesian dengan diorang sebab kena repeat soalan dan ayat yang sama untuk setiap media.
Kalau nak datang sidang media memang kena mood cun lah baru tak dilabel kerek dengan media. Mana nak hadap soalan panas dari pihak media lagi.
Sidang media ni habis dalam jam 6 lebih walaupun dalam tentatif habis jam 5.30 petang. Itu pun ada lagi sesi interview individu. Lepas dah bergambar dengan Belbis dan artis, bergegas la kitorang balik sebab malamnya ada badminton pulak.
Lepas ni kalau dapat jemputan sidang media memang kena bawa novel ataupun laptop. Datang sini boleh siap update 2 atau 3 entri sebab masa banyak habis dengan menunggu je.