Movie Review | Gundala (2019)
Saturday, 22 February 2020
Pengarah : Joko Anwar
Penulis Skrip : Joko Anwar
Pelakon : Abimana Aryasatya, Tara Basro, Bront Palarae, Ario Bayu, Lukman Sardi, Faris Fadjar, Aqi Singgih, Rio Dewanto, Marissa Anita
Genre : Sci-Fiksyen / Aksi
Durasi Tayangan : 123 minit
Tarikh Tayangan : 29 Ogos, 2019 (Indonesia)
11 September 2019 (TIFF)
26 Disember 2019 (Malaysia)
Syarikat Produksi : Bumilangit Studios, Legacy Pictures
Pengedar : Screenplay Films
Trailer :
Pernah ternampak trailer Gundala dekat Twitter bila ramai yang kecoh Indonesia akan tayang superhero movie sendiri ala Marvel sebab movie ni akan ada franchise sendiri. Trailer looks great and the reason I watch this movie is because of Bront Palarae. Only.
Gundala mengisahkan si kecil Sancaka (Muzakki Ramdhan) yang menjadi saksi kepada penindasan terhadap kezaliman pengusaha kilang yang kaya raya tapi mengurangkan gaji para pekerja dan menambah masa bekerja. Sancaka larang ayahnya (Rio Dewanto) mengetuai protes tapi kata ayah dia, kalau dibiarkan saja ketidakadilan berlaku di depan mata tanpa berbuat apa-apa itu tandanya kita bukan lagi manusia.
Lepas 3 hari wakil protes yang dipanggil berjumpa dengan pengusaha kilang tak pulang, ayah Sancaka pergi ke kilang untuk protes. Rupanya bila ibu Sancaka (Marissa Anita) pergi untuk melawat keluarga wakil protes, dia dapat tahu mereka dibayar untuk berdiam diri. Perangkap untuk mereka yang lain yang berkemungkinan akan dibunuh atau dipukul oleh penjaga keselamatan.
Sayangnya Sancaka dah terlambat untuk melarang ayah dia bila ayah dia ditikam bertubi-tubi sehingga mati. Akibatnya ibu Sancaka terpaksa keluar kota untuk mencari rezeki. Janjinya untuk pulang tengahari tapi selepas seminggu masih tiada kelibat hinggakan Sancaka demam dan kebuluran. Sancaka beranikan diri untuk keluar dari rumah menuju ke kota.
Dia cuba sara diri dan belajar berlawan dengan Awang (Faris Fadjar) sampailah Awang pergi ke Tenggara dan tinggalkan dia berseorangan. Pesan Awang cuma satu, jangan masuk campur urusan orang lain untuk kekal selamat. Sancaka pegang pada pesan Awang sampai dia besar.
Keadaan kota masih lagi sama dengan kemiskinan dan ketidakadilan tapi Sancaka (Abimana Aryasatya) tak pernah ambil pusing tu semua asalkan periuk nasi dia terjaga. Pengkor (Bront Palarae) ketua mafia di kota tu mulakan misi dengan menyuntik serum hijau dalam guni beras dengan bantuan dari orang kanan dia, Ghazul (Ario Bayu).
Bila si ibu mengandung makan beras tercemar dengan serum ciptaan Pengkor, akan bagi kesan kepada bayi dan menjadikan mereka tidak bermoral. Akan datang, akan terlahirlah generasi tidak bermoral.
Quite confusing juga dengan generasi tidak bermoral ni sebenarnya sebab yang sedia ada pun memang dah tak bermoral. Dari zaman Sancaka kecil sehingga lah besar korupsi, penindasan, kezaliman dah pun berleluasa. Negara hakikatnya ditadbir oleh Pengkor. Jadi apa yang team Gundala cuba sampaikan? Mungkin tanamkan sedikit harapan bagi rakyatnya sesuai dengan tagline movie Gundala dan memetik ayat Pengkor :
'Harapan bagi rakyat adalah candu. Dan candu itu bahaya.'
Meskipun begitu, Gundala padat dengan action stunt yang berkoreografi cantik dan memaparkan seni pertarungan tempatan dalam pace yang laju di 70 lokasi yang berbeza. Ini kekuatan movie Gundala tapi sakit lah nak tunggu scene ni muncul sebab kita kena layan beberapa scene politik di dua kawasan yang berbeza.
Watak Sancaka sama ada kecil mahupun besar digambarkan sebagai seorang yang pendiam ditambah dengan slow pace di separuh masa pertama, buat kita rasa bosan. I ubah video setting sampai 1.8x sementara nak tunggu Sancaka dapat nasihat dari kawan pengawal tentang budi menolong manusia lain.
Dah masuk second half baru pace movie Sancaka bergerak laju dengan watak Wulan (Tara Basro) yang agresif pertahankan pasar dari samseng yang diketuai Ganda Hamdan (Aqi Singgih) dan scene Sancaka berubah menjadi Gundala lepas dipanah petir. Watak Ridhwan Bahri (Lukman Sardi) pun nampak makin kuat bila dia berjumpa dengan Gundala di jalan lepas bertarung dengan anak angkat Pengkor.
Untuk movie superhero pertama dalam franchise Bumilangit Cinematic Universe yang diadaptasikan dari komik Gundala Pria Petir ni, masih lagi belum ditonjolkan kelemahan Gundala tapi pengarah dah drop hint di hujung cerita. Fret not, Gundala dapat bantuan dari beberapa superhero yang lain tapi identiti mereka masih lagi dirahsiakan.
Pelakon dalam movie Gundala ni ramai tapi masing-masing pandai cari ruang untuk menyerlah bila setiap scene perlu berkongsi screen dengan pelakon-pelakon lain kecuali Sancaka. Bab visual agak lemah bila penataan cahaya agak kelam dan shot yang bergegar untuk action scene. VFX pun masih lagi di tahap sederhana. Mungkin sebab budget yang agak ketat bila semua yang terlibat dalam movie Gundala perlu sumbangkan dana.
Gundala dapat review yang baik di Toronto International Film Festival tahun 2019 dan juga di iMDB even tayangan di pawagam pun dapat pulangan tinggi so boleh la letak harapan tinggi sedikit untuk next movie dalam franchise BCU bila ada modal pembikinan lebih tinggi.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.8 = 7.8/10