Movie Review : The Negotiation

Saturday, 15 February 2020


Director : Lee Jong-seok
Writer : Choi Sung-hyun
Cast : Son Ye-jin, Hyun Bin, Lee Moon-Sik, Kim Sang-Ho, Jo Young-Jin
Production Company : JK Film, CJ E&M
Distributor : CJ Entertainment
Genre : Psychological Thriller
Running Time : 114 minutes
Release Date : September 19, 2018
Trailer :


Ha Chae-Yoon (Son Ye-Jin) merupakan perunding krisis untuk Seoul Metropolitan Police Agency. Cerita bermula bilamana Chae-yoon dipanggil untuk menjadi perunding dalam sebuah kes rompakan di rumah orang awam. 


Ketua dia, Jung (Lee Moon-Sik)gagal membuat perundingan bila dia tidak fasih berbahasa Inggeris dan dia cuba untuk tak mengganggu Chae-yoon disebabkan anak buah dia sedang bercuti. Melihatkan keadaan makin keruh, pembantu Ahn Hyuk-Soo (Kim Sang-Ho) call Chae-yoon untuk selamatkan keadaan. Perompak minta untuk hantar sebuah helicopter supaya diorang dapat larikan diri dan bebaskan tebusan. 


Keadaan agak terkawal tapi tak lama lepas Chae-yoon buat rundingan, Ketua Jung buat keputusan untuk hantar pasukan SWAT dan tembak perompak. Akibatnya orang awam mati di tempat kejadian lepas dikelar di leher. Chae-yoon yang trauma dengan pembunuhan tu menyalahkan diri sendiri bila tak dapat kawal keadaan dan hantar surat untuk resign. 


Tapi Ketua Jung ignore surat resign Chae-yoon sebab dia yang ambil keputusan untuk pasukan SWAT bertindak. Dia suruh Chae-yoon pergi bercuti sementara dia pergi ke Bangkok, Thailand untuk misi rahsia. 

Beberapa hari kemudian Ahn Hyuk-Soo datang ke rumah Chae-yoon untuk bawa dia pergi ke pejabat kedutaan disebabkan Ketua Jung diculik oleh Min Tae-gu (Hyun-Bin). Dia personally request untuk hanya berunding dengan Chae-yoon. 


First half agak intense sebab kita tak tahu apa sebenarnya motif Min Tae-gu sampai bertindak untuk menculik Ketua Jung dengan seorang lagi journalist dari Daehan Daily dan kenapa dia cuma nak berunding dengan Chae-yoon.  Position audience sama dengan Chae-yoon, clueless!


Even selepas Ketua Jung mati ditembak oleh Tae-gu disebabkan pihak atasan sengaja melengahkan permintaan dia pun masih ada lagi motif yang jauh lagi besar. Campur tangan dari pihak atasan menyukarkan kerja Chae-yoon tambah pula bila melibatkan jawatan-jawatan besar dalam kes ni. 

Tae-gu bukan calang-calang penjenayah yang bertindak semborono dengan menculik dua orang tebusan sampai bertindak untuk membunuh tanpa belas. Dia merupakan bekas askar Korea yang bekerja dengan Chairman Koo (Jo Young-Jin) dalam perniagaan haram menyeludup senjata api. Tapi disebabkan sifat tamak Chairman Koo, dia mula dedahkan kegiatan business Tae-gu kepada pihak NIS.


Setiap scene mendebarkan dan berunding dengan penjenayah kejam seperti Tae-gu tak mungkin dapat nak agak apa langkah dia yang seterusnya. Director agak bijak sembunyikan motif Tae-gu sampai ke hujung cerita. Tak ada pun moment yang buat kita rasa draggy ataupun flat walaupun movie ni penuh dengan conversation antara dua pihak. 


Lakonan Son Ye-jin dan Hyun Bin nampak hebat setiap kali dua watak ni muncul onscreen. Kalau watak Chae-yoon bertindak untuk tenangkan semua yang ada dengan tanam harapan akan berakhir dengan baik, masuk pula watak Tae-gu memberi soalan provok hinggakan semua kembali resah dan gelisah. Pelakon pembantu pun bijak deliver watak dan bijak bermain dengan penonton untuk simpan misteri motif penculikan ni.


Kalau first half sarat dengan emosi tambah pula lepas kematian Ketua Jung, second half pula garisan baik dan jahat makin tipis bila permukaan cantik tak semestinya tersimpan cerita yang baik. Kita didedahkan dengan realiti kehidupan yang jijik dengan sifat tamak manusia melalui rasuah dan korupsi. 

Visual dan music score team The Negotiation dicatur dengan baik menambahkan mood dan meningkatkan elemen saspen dalam setiap scene. Since movie The Negotiation berat kepada perbualan rundingan antara Chae-yoon dan Tae-gu, dialog yang diberikan agak mantap dan menarik. 


All in all, The Negotiation is a must watch psychological thriller di samping mesej sosial yang disampaikan dan lakonan hebat dari semua pelakon. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review : Satellite Shankar


Director : Irfan Kamal
Writer : Irfan Kamal, Vishal Vijay Kumar
Cast : Sooraj Pancholi, Megha Akash
Production Company : Cine 1 Studios, SCIPL
Distributor : PEN Marudhar Cine Entertainment
Genre : Drama/Action
Running Time :122 minutes
Release Date : 8 November, 2019
Trailer :


Lama Sooraj Pancholi menghilangkan diri lepas movie debut dia, Hero tahun 2015 kemudian stuck dengan kes bunuh diri Jiah Khan. Bila dah reda baru dia buat comeback dengan movie genre ringan, Satellite Shankar yang berlatarbelakangkan kem tentera di sempadan Kashmir. 


Masa serangan dari tentera Pakistan di sempadan, KPG Shankar (Sooraj Pancholi) ditembak di bahagian perut kemudian dapat cuti selama 8 hari. Cuti yang dia dapat tu dia nak guna untuk berjumpa dengan mak dia di Pollachi di Tamil Nadu supaya mak dia dapat buat pembedahan mata. Dah bertahun lamanya mak dia bertangguh sampaikan doktor bagi amaran untuk buat surgery kalau tak nak mata jadi buta. 


Risau dengan keadaan mak dia, Shankar merayu dengan pegawai atas untuk bagi kebenaran untuk dia balik ke Pollachi. Pegawai bagi dia bercuti dengan syarat hari ke-9 dia kena ada masa roll call tepat jam 9 pagi. 

Disebabkan dia dapat keluar dari kem, kawan-kawan dia yang lain tumpang kirimkan barang kepada keluarga masing-masing. Perjalanan Pollachi agak jauh memakan masa selama 3 hari dan disebabkan gaji askar yang agak rendah, Shankar tak mampu nak book flight ticket. Duit yang dia ada disimpan untuk pembedahan mata mak dia. 


Nak tolak permintaan kawan-kawan pun dia tak sampai hati. Nak tak nak, dia singgah juga berjumpa dengan keluarga kawan-kawan dia. Bermula dengan keluarga Subedar Jeetu Singh yang sepatutnya cuti pada hari yang sama dengan Shankar tapi terpaksa ditarik balik akibat serangan dari Pakistan. 

Tapi Shankar sampai lambat sehari ke Pathankot gara-gara terlepas train bila tolong orang lain yang dalam kesusahan. Bila dah sampai, dia pulak stuck dekat situ sebab nenek kawan dia makin sakit bila cucu tak jadi balik untuk majlis kahwin. 


Menuju ke rumah kedua pula di Itarsi, Shankar tolong selamatkan mangsa kemalangan bas sampai diaa terlepas train. Kebetulan, vlogger famous, Meera (Palomi Ghosh) antara mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas tu. Untuk balas budi baik Shankar, dia cuba buktikan pada fans dan followers dia yang Satellite Shankar memang baik orangnya dan hero orang awam.


Shankar pula tak tahu yang dia dah famous gara-gara video Meera. Dalam masa yang sama Shankar cuba untuk contact Pramila (Megha Akash), nurse di area Pollachi supaya fikir masak-masak sebelum setuju untuk berkahwin dengan askar macam dia. Shankar cuba jodohkan Pramila dengan kawan baik dia yang dah lama membujang. 

Banyak dugaan Shankar untuk balik berjumpa dengan mak dia di kampung sampai Shankar ditahan oleh pihak polis masa dia cuba selamatkan driver lori daripada dipukul oleh gangster. Berjaya atau tak Shankar balik ke Pollachi dan kotakan janji untuk sampai ke kem tepat jam 9 pagi tu kena tengok sendiri lah movie ni.


Jalan cerita Satellite Shankar ni agak padat juga lah dengan perjalanan Shankar ke Pollachi, plot Meera untuk berjumpa dengan Shankar, plot percintaan Shankar dengan Pramila dan lain-lain. Untuk tontonan santai mungkin okay sebab curious juga dengan kehebatan Shankar. Tengah cuti sakit pun boleh berlawan sana sini, travel jauh bagai. 


Lakonan Sooraj sebagai askar yang baik dan polos quite convincing tapi kurang emosi. Suka tengok scene Shankar dan Pramila sebab ada chemistry onscreen. Watak Meera sebagai vlogger agak overstretch on certain scenes. Scene orang awam bantu Shankar untuk balik ke Kashmir, walaupun agak over tapi adorable jugak lah untuk ditonton. 


Since movie Satellite Shankar antara low-budget movie, music score tak berapa best sangat lah. Visual pun sederhana and thanks to Kashmir we can get a nice view. Dialog quite nice bila ramai yang tekankan kenapa kita perlu jaga askar yang pertahankan negara. Betapa pentingnya pengorbanan askar untuk negara. 


1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7/10

Best Bollywood Movies Tahun 2019

Tahun lepas dah buat Top Bollywood Movies 2018 so tahun ni kita buat untuk tahun 2019 pulak since award season pun dah start keluar nomination list dah. Kadang I pun lupa movie apa yang best dan layak masuk bertanding. 

Tahun 2019 mungkin banyak sikit lah movie dalam list sebab ada certain movie tengok dekat wayang and banyak yang release dekat digital platform. Mana yang clueless tak tahu nak layan apa weekend ni, boleh refer dekat list ni. 

1. Uri : The Surgical Strike


Movie yang diinspirasikan dari peristiwa sebenar bila kem tentera India diserang oleh pengganas dari Pakistan pada tahun 2017. Movie ni dah masukkan dalam list tahun 2018 sebab Vicky Kaushal dah menang Best Actor untuk National Award tahun lepas tapi tengok nomination list haritu still lagi ada movie Uri ni so masuk je lah sebab official release pun January 2019. 

Stars : Vicky Kaushal, Yami Gautam , Paresh Rawal, Mohit Raina, Kirti Kulhari
Genre :  History/Action/Thriller
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 7.7/10

2. Soni


Berkisarkan tentang kehidupan pegawai polis hebat Soni tapi mengalami masalah panas baran yang sukar dikawal sampai terjejas career dia bila terpaksa ditukarkan ke department lain. Personal life dia pun ada masalah bila ex dia takut dengan komitmen tapi tak boleh move on. 

Jalan cerita Soni diinspirasikan dari movie Iran, Offside tahun 2006 menceritakan tentang macam mana perempuan struggle dengan daily life dan harassment yang terpaksa diorang hadap untuk selamat.

Stars : Geetika Vidya Ohlyan, Saloni Batra, Mohit Chauhan, Vikas Shukla, Mohinder Gujral
Genre :  Crime/Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9/10

3. Why Cheat India


Rocky tubuhkan satu training centre dengan gunakan kebijaksanaan Sattu dan beberapa murid genius yang lain untuk ganti pelajar yang mampu bayar fees penipuan untuk lulus dalam ujian kelayakan kemasukan dalam kos engineering. 

Stars : Emraan Hashmi, Shreya Dhanwanthary, Snighadeep Chatterjee, Manuj Sharma, Nawal Shukla
Genre :  Crime/Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 8.6/10

4. Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga


Movie adaptasi  novel A Damsel in Distress karya P. G. Wodehouse yang diterbitkan pada tahun 1919 ni mengangkat tema cinta lesbian yang terhalang. Movie bertema LGBTQ yang pertama diceritakan secara terbuka sejak Kerajaan India menerima golongan ni. 

Stars : Anil Kapoor, Sonam K Ahuja, Rajkummar Rao, Juhi Chawla, Abhishek Duhan, Madhumalti Kapoor, Seema Pahwa, Brijendra Kala, Alka Kaushal
Genre :  Romantic / Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 8.4/10

5. Gully Boy


Diinspirasikan dari kisah penyanyi rap di India yang datang dari kawasan perumahan kelas rendah di Dharavi, Mumbai, Zoya Akhtar bawa bakat dan usaha Divine ke layar perak. Perjalanan kehidupan Murad sebelum berjaya sebagai penyanyi rapper dengan dorongan dari MC Sher dan bantuan Sky. 

Stars : Ranveer Singh, Alia Bhatt, Siddhant Chaturvedi, Vijay Raaz, Kalki Koechlin, Vijay Varma, Amruta Subhash, Sheeba Chaddha, Ikhlaque Khan
Genre :  Music/Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 8.8/10

6. Manikarnika : The Queen of Jhansi


Movie biopic Manikarnika (Kangana Ranaut) mengisahkan tentang keberanian Manikarnika ataupun Laxmibai, Ratu Jhansi yang menentang penjajahan British pada kurun ke-18. Dalam diari Sir Hugh Rose ada tercatat yang Laxmibai ni antara yang paling berani dan susah untuk British lawan sepanjang dia berkhidmat di India

Stars : Kangana Ranaut, Atul Kulkarni, Jisshu Sengupta, Vaibhav Tatwawaadi, Mohammed Zeeshan Ayyub, Ankita Lokhande, Kulbhushan Kharbanda
Genre :  Biopic/Drama/History
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9/10

7. Sonchiriya


Perjalanan kumpulan pemberontak yang diketuai Maan Singh menentang kerajaan dan mencari ketenangan selepas tragedi pembunuhan 5 orang kanak-kanak di rumah ketua polis. Diinspirasikan dari kisah sebenar kehidupan kasta Thakur dan puak pemberontak pada tahun 1975 di daerah Chambal bila kerajaan mengumumkan struktur sosial baru dalam negara.

Stars : Sushant Singh Rajput, Bhumi Pednekar, Manoj Bajpayee, Ranvir Shorey, Ashutosh Rana
Genre : Drama/Thriller
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9.3/10

8. Badla


Naina Sethi (Tapsee Pannu) diikat jamin oleh peguam peribadi dia, Jimmy Punjabi (Manav Kaul) lepas ditangkap polis atas tuduhan membunuh teman lelaki dia, Arjun Kapoor (Tony Luke). Jimmy berusaha cari peguam hebat untuk Naina disebabkan Naina diperangkap pada hari kejadian. Maka bermula lah pertemuan Naina dengan Mr. Badal Gupta (Amitabh Bachchan) yang cuba mencari kebenaran disebalik kisah malang Naina.

Stars : Amitabh Bachchan, Taapsee Pannu, Amrita Singh, Tanveer Ghani, Tony Luke, Manav Kaul
Genre :  Mystery / Thriller
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 8.5/10

9. Mard Ko Dard Nahi Hota


Mengisahkan tentang Surya (Abhimanyu Dassani) yang mempunyai masalah kesihatan Congenital insensitivity to pain bilamana dia tidak boleh merasa sakit jika badan dia berlaku sebarang kecederaan. 

Surya tak dibenarkan keluar lepas dia cuba selamatkan Supri dari dipukul oleh ayah dia yang kaki mabuk dengan tolak dari tingkat atas. Supri berpindah dan Surya terpaksa home school hingga besar. Bila meenginjak usia 18 tahun, Surya nak daftar masuk kelas Karate Man dan berjumpa balik dengan Supri. 

Stars : Abhimanyu Dassani, Radhika Madan, Gulshan Devaiah, Mahesh Manjrekar, Jimit Trivedi, Satyajit Ganu
Genre :  Comedy/Action
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9.6/10

10. Gone Kesh


Masalah keguguran rambut Enakshi (Shweta Tripathi) bermula sejak zaman sekolah menengah bila ibu dia perasan lepas dia mandi bilik air mesti bertakung dengan air disebabkan tersumbat dengan rambut yang sangat banyak. Sama juga di bantal Enakshi. Lepas berubat cara traditional, parents Enakshi guna duit simpanan untuk berjumpa doktor pakar tapi masalah lain pula timbul sampai Enakshi give up dan redho dengan nasib malang dia.

Stars : Shweta Tripathi, Jitendra Kumar, Vipin Sharma, Deepika Amin, Brijendra Kala
Genre :  Comedy / Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 10/10

11. Junglee


Raj balik ke Dipanka Nair - sanctuary untuk gajah selepas bertahun lamanya untuk majlis ulang tahun funeral ibu dia yang meninggal disebabkan kanser. Tragedi kepada keluarga Raj bila ayah dia dan beberapa ekor gajah kesayangan dibunuh oleh pemburu haram. 

Stars : Vidyut Jammwal, Pooja Sawant, Asha Bhat, Atul Kulkarni, Akshay Oberoi
Genre :  Action/Thriller
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 8.8/10

12. Notebook


Remake dari movie Thailand Teacher’s Diary tahun 2014, Notebook mengisahkan tentang Kabir Kaul (Zaheer Iqbal) yang berhenti dari tentera dan balik ke Kashmir bila Uncle Hameed minta bantuan dia  untuk mengajar di sekolah Wular Public School. Kabir terjumpa diari Firdaus (Pranutan Bahl), guru yang pernah mengajar dekat situ setahun sebelum dia datang. Dari diari Firdaus, Kabir mula jatuh cinta sebab diari Firdaus banyak ajar Kabir tentang kehidupan.

Stars :  Zaheer Iqbal, Pranutan Bahl, Mozim Bhatt, Mir Mehrooz, Mir Zayaan, Soliha Maqboo, Baba Hatim, Adiba Bhatt, Hafsa Ashraff, Farhana Bhat
Genre :  Romance/Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9.3/10

13. De De Pyaar De


Bercinta dengan lelaki jauh lebih tua dengan harta yang banyak mungkin akan dilabel pisau cukur walaupun memang betul-betul jatuh cinta tapi masalah yang sebenar datang bila Ayesha Khurana (Rakul Preet Singh) baru nak explore dunia tapi Ashish Kumar (Ajay Devgn) dah merasa semua tu. Lagi parah bila Ashish sebenarnya masih terikat dengan isteri dia, Manju (Tabu). 

Stars :  Ajay Devgn, Tabu, Rakul Preet Singh
Genre :   Romantic / Comedy / Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 8.7/10

14. Game Over


Mengisahkan tentang Swapna (Tapsee Pannu) yang mengalami ‘anniversary reaction’ disebabkan trauma dirogol dan dirakam pada malam Tahun Baru. Sejak dari kejadian tu dia takut dengan gelap dan tinggal bersama penjaga dia, Kalamma (Vinodhini Vaidyanathan) dan juga guard, Anwar Bhai (Subramanian). Malang bagi dia bila psycho killers jadikan dia target untuk dibunuh secara kejam.

Stars : Taapsee Pannu, Vinodhini Vaidyanathan, Anish Kuruvilla, Sanchana Natarajan, Ramya Subramanian, Parvathi T.
Genre :  Psichology/Thriller
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 8.9/10

15. Kabir Singh


Kisah percintaan Kabir Singh dan Preeti yang terhalang disebabkan sikap panas baran Kabir. Kabir cuba move on lepas Preeti berkahwin dengan calon pilihan keluarga tapi makin Kabir cuba, makin dia sakit untuk terima kenyataan. Alkohol dan dadah tak mampu hilangkan kesakitan kehilangan Preeti.

Stars : Shahid Kapoor, Soham Majumdar, Kiara Advani, Arjan Bajwa, Kamini Kaushal, Siya Mahajan, Nikita Dutta, Anurag Arora
Genre :  Romance
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 10/10

16. Article 15


Movie yang bersandarkan pada Article 15 dalam Constitution India di mana tiada sebarang penindasan terhadap sesuatu individu disebabkan agama, kaum, bangsa, kasta atau tempat kelahiran di negara tu. Movie Article 15 ni menggabungkan dua insiden negara India iaitu 2014 Badaun gang rape dan 2016 Una flogging incident.

Stars : Ayushmann Khurrana, Isha Talwar, Sayani Gupta, Kumud Mishra, Manoj Pahwa
Genre :  Crime/Drama/Mystery
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9.5/10

17. Super 30


Movie biopic yang mengisahkan tentang genius mathematician di Bihar, India dibawa ke layar perak untuk mengenang jasa Anand Kumar dalam membantu pelajar yang miskin untuk pecahkan kasta dan darjat antara si miskin dan kaya dengan mengetengahkan ‘Pendidikan adalah hak semua’. 

Stars : Hrithik Roshan, Mrunal Thakur, Virendra Saxena, Pankaj Tripathi, Aditya Shrivastava
Genre :  Biopic
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 8.9/10

18. Satellite Shankar




Shankar dapat cuti selama 8 hari untuk balik ke Pollachi supaya dapat hantar mak dia buat pembedahan mata tapi banyak halangan untuk sampai ke rumah. 

Stars : Sooraj Pancholi, Megha Akash
Genre :  Drama/Action
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 7/10

19. Judgementall Hai Kya


Mengisahkan tentang Bobby yang disahkan depression dan bipolar selepas trauma dengan kematian parents dia. Disebabkan memerlukan duit, Bobby sewakan tingkat atas kepada cousin dia, Reema dan suami, Keshav. Bobby syak Keshav plan untuk bunuh Reema tapi disebabkan Bobby gila, ramai yang tak ambil pusing walaupun Reema mati rentung terbakar. 

Stars : Rajkummar Rao, Kangana Ranaut, Amyra Dastur, Amrita Puri, Lalit Behl, Jimmy Shergill
Genre :  Drama/Mystery
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 7/10

20. Batla House


Movie yang diadaptasikan dari kes serangan hendap di Batla House pada tahun 2008 ditayangkan pada Ogos lepas sempena Hari Kemerdekaan India. Batla House mengisahkan tentang ACP Sanjay (John Abraham) yang mengalami trauma selepas Insp. KK Verma (Ravi Kishan) mati ditembak oleh terrorist dalam Operasi Batla House. Komuniti Muslim menyalahkan Special Cell dan Polis Delhi dalam operasi ni sebab membunuh 2 orang innocent students dari Okhla University.

Stars : John Abraham, Ravi Kishan, Mrunal Thakur, Alok Pandey, Nora Fatehi, Rajesh Sharma
Genre :  Action/Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9/10

21. Dream Girl


Dream Girl yang mengisahkan tentang Karamveer Singh pandai ubah suara kepada perempuan. Disebabkan anugerah yang satu ni dia selalu diambil berlakon sebagai watak Sita dalam teater kampung. Disebabkan menganggur lepas sekian lama, dia cuba bekerja di call centre sebagai Miss Pooja untuk hilangkan kesunyian lelaki-lelaki di luar sana.

Stars : Ayushmann Khurrana, Nushrat Bharucha, Annu Kapoor, Vijay Raaz, Rajesh Sharma 
Genre :  Comedy/Romance
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 8.7/10

22. Section 375


Senior lawyer Tarun Saluja (Akshaye Khanna) bertarung dengan protege terbaik dia, Hiral Gandhi (Richa Chaddha) dalam kes rogol pengarah terkenal dengan pembantu stylist. Walaupun Hiral ada bukti kukuh dengan kehadiran air mani dan bulu kemaluan pengarah tapi Tarun buktikan sebaliknya pada mahkamah mengenai kes ni.

Stars : Akshaye Khanna, Richa Chadda, Meera Chopra, Rahul Bhat
Genre :  Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9.4/10

23. The Zoya Factor


Zoya tak suka kriket tapi crush dgn kapten kriket, Nikhil Khoda. Zoya ada luck cantik untuk team kriket tapi Nikhil pula nak team dia fokus untuk menang dengan usaha sendiri bukan harapkan luck semata. 

Stars : Dulquer Salman, Sonam Kapoor, Sanjay Kapoor, Sikander Kher, Angad Bedi, Abhilash Chaudhary, Gandharv Dewan, Pooja Bhamrrah, Koel Purie
Genre :  Comedy/Romantic
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9.1/10

24. Chhichhore


Anak tunggal Anirudh dan Maya, Raghav ambil keputusan untuk bunuh diri lepas gagal dalam ujian kelayakan untuk masuk dalam kos kejuruteraan. Anirudh cuba naikkan semangat Raghav dengan ceritakan balik kehidupan team Losers masa di kolej dulu dan panggil semua sahabat baik dia datang ke hospital. 

Stars : Sushant Singh Rajput, Shraddha Kapoor, Varun Sharma, Prateik Babbar, Tahir Raj Bhasin, Naveen Polishetty, Tushar Pandey, Mohammad Samad
Genre :  Comedy/Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9.7/10

25. WAR


WAR mengisahkan tentang Kabir (Hrithik Roshan), ejen hebat Research and Analysis Wing (RAW) India  yang berpaling tadah dengan membunuh pihak atasan semasa misi rahsia di Iraq untuk bunuh Farid Haqqani, terrorist berbahaya yang mengancam negara India. Protege Kabir, Khalid ditugaskan untuk mengetuai misi untuk bunuh Kabir. 

Stars : Hrithik Roshan, Tiger Shroff, Ashutosh Rana, Anupriya Goenka, Soni Razdan, Vaani Kapoor, Arif Zakaria, Sanjeev Vasta, Imran Ahemed
Genre :  Action / Thriller
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9.5/10

26. The Sky Is Pink


Movie TSIP diadaptasi dari kisah sebenar kehidupan Aisha Chaudhary (Zaira Wasim) yang menghidap Severe combined immunodeficiency (SCID) sejak lahir dan mengisahkan pengorbanan parents yang bersusah payah demi lihat anak membesar dengan sihat. 

Stars : Priyanka Chopra, Farhan Akhtar, Zaira Wasim, Rohit Suresh Saraf
Genre :  Family Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 10/10

27. Saand Ki Aankh


Diadaptasikan dari kisah sebenar penembak tepat Chandro Tomar (Bhumi Pednekar) dan Prakashi Tomar (Taapsee Pannu) di daerah Haryana dan memandang rendah terhadap kaum perempuan.  Semua kerja dari melahirkan anak, bekerja di ladang, memasak, cuci baju hingga menguruskan suami pun perempuan dalam rumah yang uruskan. 

Chandro dan Prakashi dapat peluang untuk jadi penembak tepat pada usia 60-an dan cuba untuk jadi inspirasi kepada cucu mereka supaya dapat kerja dan bina kerjaya bagus.

Stars : Taapsee Pannu, Bhumi Pednekar, Prakash Jha, Vineet Kumar Singh, Nikhat Khan
Genre :  Biopic / Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 8.7/10

28. Bala


Bertemakan self-love, Bala mengisahkan tentang kehidupan  Balmukund "Bala" Shukla (Ayushmann Khurrana) yang botak di usia muda. Disebabkan hal ni, dia ditinggalkan awek sejak zaman sekolah dia, Shruti dan hilang keyakinan untuk bekerja bila dia dalam team marketing dan perlu berjumpa dengan ramai prospek untuk jual produk kecantikan. Lepas pakai rambut palsu, dia dapat berkahwin dengan Pari (Yami Gautam) tapi bertahan sehari je bila Latika (Bhumi Padnekar) bagitahu hal yang sebenar.

Stars : Ayushmann Khurrana, Bhumi Pednekar, Yami Gautam
Genre :  Comedy/Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9.8/10

29. Pati Patni Aur Woh


Abhinav Tyagi aka Chintu Tyagi (Kartik Aryan) bekerja di pejabat kerajaan dalam jabatan peruntukan tanah dan dah pun berkahwin dengan Vedika tapi masih merasa kekurangan dalam hidup. Setiap malam dia akan melepak dengan Fahim bercerita hal kehidupan. Bila Tapasya perlukan tanah, dalam masa yang sama Chintu jatuh cinta dengan Tapasya sampai buat cerita yang isteri dia ada affair. 

Stars : Kartik Aaryan, Bhumi Pednekar, Ananya Panday, Aparshakti Khurana
Genre :  Comedy/Drama
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 7.6/10

30. Mardaani 2


Insp. Shivani Shivaji Roy dipindahkan ke bandar Kota, Rajashtan dan ditugaskan untuk menjejak pembunuh dan perogol bersiri yang benci dengan perempuan yang berani dan berjaya dalam karier. Bagi dia, perempuan tempatnya di bawah lelaki. 

Stars : Rani Mukerji, Vishal Jethwa
Genre :  Action/Thriller
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9.8/10

31. Commando 3


Commando Karanveer Singh Dogra bersama Bhavna Reddy ditugaskan untuk mencari dalang serangan pengganas di London bersama dengan 2 orang ejen khas British Intelligence. Buraq ansari dan anak-anak buah dia pastikan Karan tak akan gagalkan misi dia letupkan 5 daerah di India. 

Stars : Vidyut Jammwal, Adah Sharma, Angira Dhar, Gulshan Devaiah, Atharva Vishwakarma
Genre :  Action/Thriller
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 8.1/10

32. Good Newwz


Deepti Bhatra dan Varun Bhatra pilih untuk dapatkan anak melalui IVF bila faktor usia masing-masing menjejaskan persenyawaan ovum dan sperm tapi jadi huru-hara bila sperm tertukar dengan pasangan Bhatra yang lain. 

Stars : Akshay Kumar, Kareena Kapoor Khan, Diljit Dosanjh, Kiara Advani, Adil Hussain, Tisca Chopra, Anjana Sukhani, Faisal Rashid
Genre :  Comedy
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 9.3/10

33. Yeh Salli Aashiqui 


Bila percintaan bertukar menjadi misi balas dendam sehingga dihantar masukke rumah sakit jiwa...

Stars : Vardhan Puri, Shivaleeka Oberoi, Pulkit Bangia, Jessey Lever, Ruslaan Mumtaz 
Genre :  Romance / Thriller
Review : Klik gambar untuk baca review
Rating : 10/10

So far, ni antara movie tahun 2019 yang sempat tengok dan buat review. Soon, kalau ada movie tahun 2019 yang best I'll update here. Happy watching!