Movie Review : Playing With Fire
Thursday, 6 February 2020
Director : Andy Fickman
Writer : Dan Ewen, Matt Lieberman
Cast : John Cena, Keegan-Michael Key, John Leguizamo, Brianna Hildebrand, Dennis Haysbert, Judy Greer, Christian Convery, Finley Rose Slater
Production Company : Paramount Players, Nickelodeon Movies, Walden Media, Broken Road Productions
Distributor : Paramount Pictures
Genre : Comedy
Running Time : 95 minutes
Release Date : 8 November, 2019 (United States)
Trailer :
Superintendent Jake Carson (John Cena) dan anak-anak buah dia merupakan smokejumper di daerah California. Sayangnya lepas satu misi selamatkan hutan dari terbakar, semua anak buah Jake nak keluar dari team untuk join team Santa Barbara yang lebih bagus.
Tinggal anak buah yang paling setia, Mark Rogers (Keegan-Michael Key), Rodrigo Torres (John Leguizamo) dan si "Axe" (Tyler Mane) yang selalu bawa kapak kemana saja dia pergi. Nampak macam sukar untuk team Jake nak teruskan next mission tapi dia sentiasa positif dan dedikasi dengan kerja dia sebab dia nak ayah dia bangga dengan pencapaian yang dia dapat.
Misi dia untuk gantikan Komander Richards (Dennis Haysbert) dan impian dia mungkin jadi kenyataan bila Komander Richards nampak aksi Jake bertarung nyawa selamatkan 3 orang civilian di sebuah kabin yang terbakar. Dia rasa Jake yang selayaknya gantikan tempat dia dan akan datang melawat pada hari Isnin minggu depan.
Malang bagi Jake bila dia terpaksa jaga 2 orang kanak-kanak dan seorang remaja perempuan, Brynn (Brianna Hildebrand). Kata Brynn, tak mungkin parents diorang akan datang pickup sebab tengah honeymoon dekat Afrika.
Dengan perangai adik lelaki dia, Will (Christian Convery) yang tak boleh duduk diam dan si bongsu, Zoey (Finley Rose Slater) yang manja dan rindukan parents, Jake tahu benda ni akan jadi disaster untuk unit dia.
Jake cuba minta bantuan Doctor Amy Hicks (Judy Greer) yang bekerja sebagai untuk mengasuh sementara rebut berhenti tapi Doctor Amy tengah sakit hati dengan perangai Jake yang suka ignore sampai berbulan lamanya. Setiap kali Jake nak isi borang kelayakan untuk jawatan Komander, ada je yang jadi dalam kabin dia sampai dia naik angin. Mampu atau tak Jake capai impian dia, kena tengok la movie family comedy ni.
Rasanya ni first time tengok movie lakonan John Cena tapi tak sangka pulak John boleh berlakon genre comedy. Tak boleh nak challenge The Rock lah sebab dia agak kayu dengan badan dia yang agak besar. Ada juga some action scene cuma tak la banyak sangat, it just untuk mencantikkan scene yang melibatkan kerjaya smokejumper. Ada scene Jake explain apa beza smokejumper dan firefighter. Tak ramai smokejumper tapi kerjaya ni penting cuma tak diangkat sama tinggi macam firefighter.
Walaupun movie ni genre ringan dan santai tapi I impressed dengan plot dan jalan cerita dia sebab menghiburkan dan tak ada scene komedi recycle atau lawak bodoh. I guess ada certain part yang cliché tapi I okay je sebab family movie. Movie ni clean dari perkataan makian atau scene yang tak senonoh since under production Nickeledeon Movies so the target market most likely untuk kanak-kanak.
Visual did a great job so does the music score. I’m quite shocked with soundtrack music sebab ada lagu BTS kot! Fuhhh dah pakai lagu Kpop dah sekarang. What an achievement for BTS.
Bila family movie of course lah banyak mesej yang diselitkan and for this one deliver mesej untuk ajar diri supaya jangan takut untuk buka hati kepada orang lain, impak hidup dalam keluarga angkat. Dalam kerja ada sifat teamwork, empati dan environment di tempat kerja. For a light entertainmen, this one is great to watch with family.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10