Movie Review : Playing With Fire

Thursday, 6 February 2020


Director : Andy Fickman
Writer : Dan Ewen, Matt Lieberman
Cast : John Cena, Keegan-Michael Key, John Leguizamo, Brianna Hildebrand, Dennis Haysbert, Judy Greer, Christian Convery, Finley Rose Slater
Production Company : Paramount Players, Nickelodeon Movies, Walden Media, Broken Road Productions
Distributor : Paramount Pictures
Genre : Comedy
Running Time : 95 minutes
Release Date : 8 November, 2019 (United States)
Trailer :



Superintendent Jake Carson (John Cena) dan anak-anak buah dia merupakan smokejumper di daerah California. Sayangnya lepas satu misi selamatkan hutan dari terbakar, semua anak buah Jake nak keluar dari team untuk join team Santa Barbara yang lebih bagus. 


Tinggal anak buah yang paling setia, Mark Rogers (Keegan-Michael Key), Rodrigo Torres (John Leguizamo) dan si "Axe" (Tyler Mane) yang selalu bawa kapak kemana saja dia pergi. Nampak macam sukar untuk team Jake nak teruskan next mission tapi dia sentiasa positif dan dedikasi dengan kerja dia sebab dia nak ayah dia bangga dengan pencapaian yang dia dapat. 


Misi dia untuk gantikan Komander Richards (Dennis Haysbert) dan impian dia mungkin jadi kenyataan bila Komander Richards nampak aksi Jake bertarung nyawa selamatkan 3 orang civilian di sebuah kabin yang terbakar. Dia rasa Jake yang selayaknya gantikan tempat dia dan akan datang melawat pada hari Isnin minggu depan. 

Malang bagi Jake bila dia terpaksa jaga 2 orang kanak-kanak dan seorang remaja perempuan, Brynn (Brianna Hildebrand). Kata Brynn, tak mungkin parents diorang akan datang pickup sebab tengah honeymoon dekat Afrika. 


Dengan perangai adik lelaki dia, Will (Christian Convery) yang tak boleh duduk diam dan si bongsu, Zoey (Finley Rose Slater) yang manja dan rindukan parents, Jake tahu benda ni akan jadi disaster untuk unit dia. 



Jake cuba minta bantuan Doctor Amy Hicks (Judy Greer) yang bekerja sebagai  untuk mengasuh sementara rebut berhenti tapi Doctor Amy tengah sakit hati dengan perangai Jake yang suka ignore sampai berbulan lamanya. Setiap kali Jake nak isi borang kelayakan untuk jawatan Komander, ada je yang jadi dalam kabin dia sampai dia naik angin. Mampu atau tak Jake capai impian dia, kena tengok la movie family comedy ni. 


Rasanya ni first time tengok movie lakonan John Cena tapi tak sangka pulak John boleh berlakon genre comedy. Tak boleh nak challenge The Rock lah sebab dia agak kayu dengan badan dia yang agak besar. Ada juga some action scene cuma tak la banyak sangat, it just untuk mencantikkan scene yang melibatkan kerjaya smokejumper. Ada scene Jake explain apa beza smokejumper dan firefighter. Tak ramai smokejumper tapi kerjaya ni penting cuma tak diangkat sama tinggi macam firefighter. 


Walaupun movie ni genre ringan dan santai tapi I impressed dengan plot dan jalan cerita dia sebab menghiburkan dan tak ada scene komedi recycle atau lawak bodoh.  I guess ada certain part yang cliché tapi I okay je sebab family movie. Movie ni clean dari perkataan makian atau scene yang tak senonoh since under production Nickeledeon Movies so the target market most likely untuk kanak-kanak. 


Visual did a great job so does the music score. I’m quite shocked with soundtrack music sebab ada lagu BTS kot! Fuhhh dah pakai lagu Kpop dah sekarang. What an achievement for BTS. 

Bila family movie of course lah banyak mesej yang diselitkan and for this one deliver mesej untuk ajar diri supaya jangan takut untuk buka hati kepada orang lain, impak hidup dalam keluarga angkat. Dalam kerja ada sifat teamwork, empati dan environment di tempat kerja. For a light entertainmen, this one is great to watch with family. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10

Glamor Desserts Cookies

Wednesday, 5 February 2020


Minggu lepas officemate bawak 2 balang cookies belanja satu office makan sebab dia nak support kawan dia berniaga. Sambil belanja, sambil promote la sekali. Ada dua jenis cookies je setakat ni - Classic Chocolate Chip with Walnut dengan Double Chocolate Chip with Walnut.  


Dua-dua sedap dimakan tapi paling sedap yang ala famous amos ni la sebab dia ada masin sikit compared to chocolate chip agak pahit but still sedap. Dalam dia memang kaya dengan coklat dan walnut, memang berbaloi lah beli. 


Tak lama pun cookies ni ada dekat office sebab sambil makan sambil ngap masuk mulut. Tahu-tahu dah habis dah. Nak pulak bila ada banyak tangan lagi la cepat habisnya. 


Harga cookies sebalang ni berbeza. Classic Chocolate Cookies sebalang RM20 meanwhile Double Chocolate Cookies sebalang RM23. Glamor Desserts ni start beroperasi Jun 2019, based di Cyberjaya. Glamor Desserts ni dah merantau jauh dah ke Pahang, Ipoh, Shah Alam, Bangi, Melaka dan lain-lain. Kalau rasa nak cuba, boleh la order dekat acc IG Glamor Desserts  atau whatsapp 019-9914778.

Movie Review : Juror 8


Director : Hong Seung-wan
Writer : Hong Seung-wan
Cast : Moon So-ri, Park Hyung-sik, Baek Soo-Jang, Jo Soo-Hyang, Kim Mi-Kyung, Seo Jung-Yeon, Kim Hong-Fa, Lee Yong-Lee, Kim Hak-Sun 
Production Company : Banzakbanzak Film Production
Distributor : CGV Arthouse
Genre : Drama/Mystery
Running Time : 114 minutes
Release Date : 15 May, 2019
Trailer :


Movie yang diadaptasikan dari kisah benar dan peristiwa bersejarah dalam undang-undang kehakiman di Korea Selatan bilamana mahkamah menjemput 8 orang juri awam untuk menilai dan menentukan keputusan pendakwaan terhadap kes jenayah pembunuhan pada tahun 2008.


Kesemua juri awam yang dipilih ni berbeza latarbelakang dan karier dan majoritinya memang tak ada pengetahuan yang mendalam untuk bidang undang-undang. Kes yang dibicarakan masa trial ni ialah kes pembunuhan Kang Doo-Sik (Seo Hyun-Woo) yang didakwa membunuh ibu dia (Lee Yong-Lee) dengan penukul dan campak mayat dari tingkat atas gara-gara duit.


Peguambela bagitahu mahkamah yang anak guam dia tak bersalah tambah pula dia tak ingat apa-apa yang berlaku masa malam kejadian tersebut. Sayangnya alibi mengatakan sebaliknya. Mengikut penelitian doktor forensik (Kim Hak-Sun), kesan luka di bahagian kepala disebabkan hentakan penukul. 

Juri awam yang ke-6, Jang Ki-Baek (Kim Hong-Fa)menyangkal dakwaan doktor bila dia dah bekerja lama dalam bidang pertukangan jadi dia tahu macam mana kesan luka yang ditinggalkan oleh penukul. Tapi hakim Kim Joon-Kyeom (Moon So-Ri) menolak andaian tu disebabkan dia lebih percaya dengan doktor forensik. Ki-Baek beria pertahankan ilmu dia sampai ditendang keluar mahkamah.


Timbul tanda tanya pada juri awam ke-8, Kwon Nam-Woo (Park Hyung-sik) bila dia teliti balik evidence report tapi tak jumpa kesan darah pada penukul. Bila undian juri awam diadakan, Nam Woo tak dapat tentukan sama ada untuk buktikan Doo-sik bersalah ataupun tidak. 

Disebabkan keraguan Nam-woo, juri ke-7, Oh Soo-Jung (Jo Soo-Hyang) pun meneliti balik evidence report dan batalkan undian. Sama juga dengan Ketua Juri, Yoon Geu-Rim (Baek Soo-Jang) yang tengah belajar dalam jurusan undang-undang.


Dari situ juri awam buat andaian yang beberapa bukti diambil secara lewa dan minta untuk jalankan testimoni untuk sahihkan beberapa andaian dan keraguaan yang dibincangkan. Walaupun Hakim Kim Joon-Kyeom geram dengan kerenah juri awam ke-8 tapi dia terpaksa layankan je sebab dia faham masing-masing takut untuk buat keputusan dalam menentukan perjalanan hidup seseorang sebab dia pun rasa benda yang sama masa kes pertama dia jadi hakim. 

It's never easy to make judgments that affect others' lives.

Juri awam ke-4, Byeon Sang-Mi (Seo Jung-Yeon) dan juri awam ke-5, Choi Young-Jae (Jo Han-Chul) dah naik darah bila terpaksa stay sampai lewat malam untuk siasat semula kes ni. Kedua-duanya dari keluarga elit, masing-masing lebih pentingkan kehidupan sendiri daripada kes ni. Juri awam kedua, Yang Choon-Ok (Kim Mi-Kyung) dan juri awam ketiga, Jo Jin-Sik (Yoon Kyung-Ho) jenis tak kisah. Nak stay okay, nak habis cepat pun okay.


Berjaya ataupun tak juri-juri awam ni buktikan kegagalan pihak-pihak yang terlibat dalam kes ni dan berikan jawapan, kena tengok sendiri lah movie ni. Dalam satu hari, macam-macam perkara boleh berlaku. 

Awal movie ni agak perlahan sampai ragu-ragu nak teruskan ataupun tak tapi bila masuk je scene dekat mahkamah, momentum cerita dah start laju sikit and keep you hook sebab nak tahu apa misteri sebalik pembunuhan ni.


Disebabkan juri awam 8, kes yang boleh tapau mudah oleh hakim jadi delay lama. Dia berpegang dengan kata-kata hakim Kim Joon-Kyeom masa interview :

Law doesn't exist to punish people. Law is to avoid punishing people unjustly and to set a standard.

Pelakon utama yang memegang watak juri ke-8, Nam-woo ni baru je debut dalam movie Juror 8 tapi dah mampu menang Best New Actor dekat 39th Korean Association of Film Critics Awards. Dibantu dengan pelakon sampingan hebat yang lain, ditambah dengan jalan cerita dan scene misteri juga komedi hasilkan olahan yang cantik. 


Pengarah bukan setakat fokus semata kepada juri awam tapi kepada hakim sebenar yang bakal berpindah ke Mahkamah Tinggi. Bila pengarah bersilih ganti antara hakim dan juri awam, buat kita rasa macam berfikir pihak mana yang benar dalam situasi macam ni. Dialog, visual dan music score yang menarik antara faktor movie Juror 8 dipilih sebagai Best Movie di Istanbul International Crime And Punishment Film Festival 2019. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.9 = 9.7/10

Platinum Hotel & Suites, Melaka


Mind you this post will have tons of pictures because I super love this place! 

Minggu lepas pergi wedding ex-officemate dekat Melaka. Habis je makan, terus plan nak tidur dekat Melaka. Alang-alang dah sampai kan, jalan-jalan je lah kat sini walaupun dah muak sebab dulu study dekat Segamat memang weekend naik lepak sini. 





Thanks to OYO! we've found a great place to stay. Harga dekat sini tak murah la kalau book harga biasa tapi disebabkan tengah ada promotion, kitorang dapat diskaun. Dari harga RM200 turun jadi RM120 je. Mungkin untuk small pax, okay la kot but since kitorang ada 3 adults dengan 2 children, kena ambil bilik besar sikit lah. 


Kalau booking hotel last minute dekat Melaka ni memang kena redho lah dengan harga paling murah boleh dapat kan? Masa cari tu memang filter 3 adults, swimming pool and free wifi that's why lah jumpa hotel ni. 


Minggu lepas agak ramai lah yang check in dekat Platinum Hotel & Suites ni sebab discount dari OYO so terpaksa tunggu lama jugak la masa nak ambil kunci dekat kaunter. Thank God lobi dia luas dan cantik siap ada sediakan air percuma untuk customer. 


The Platinum Hotel & Suites ni bertemakan senibina Eropah dan sentuhan dekorasi ala Renaissance pada abad ke-19. Sesuai lah dengan mood dan vibe Kota Melaka, Bandaraya Bersejarah. Antara punca kenapa I pilih tempat ni sebab deco ni one of my fav. Kalau tak silap, hotel ni baru start beroperasi tahun 2019 so it is still new lah. 


Dekat Platinum Hotel & Suites ni ada 200 bilik so malam-malam kalau jalan nak balik bilik agak creepy. Ni kalau kena kejar hantu mau menangis nak masuk bilik kalau bilik paling hujung. Nasib baik bilik kitorang kat tengah je. Itupun dah mengah nak berjalan.


Dah dapat kunci, dah boleh letak barang dekat bilik sebelum keluar pergi jalan-jalan dekat bandar Melaka. I tak ambil gambar katil sebab tak sempat bila dah ada yang landing dulu. Sepatutnya bilik ni tak sesuai untuk 3 orang dewasa sebab katil single bed ada dua. Nasib baik ada sofa. Selesa la tidur sebab sofa dia tebal. 


Almari baju, fridge dengaan heater disediakan dalam bilik ni. In case nak iron boleh call je room service. No worries. 


Bathroom dia biasa je tak ada bath tub bagai. Okay lah sebab dah ada pool kan, buat apa nak berendam dalam bath tub lagi. Ada hot shower jugak. 


But I tak selesa dengan deco dekat dinding tu sebab orang luar boleh dengar orang mandi or membuang lol


Since it was unexpected plan kan, I terlupa nak bawak telekung sebab dah gopoh sangat nak bersiap. Thank God dekat sini ada prayer room yang selesa tapi geram jugak la dengan perangai customer yang bawa telekung masuk dalam bilik. How selfish. Surau dia tak berkunci pun so boleh je datang solat Subuh. 

Kalau telekung habis masa tu, I dah plan nak pergi masjid Selat Melaka dekat belakang hotel ni. Cuma risau la masjid dah berkunci sebab balik dah lewat malam masa tu. Nasib baik ada tinggal satu. 


View malam quite nice lah for me. Malam tu lepas solat terbau pulak burger dari bawah. Dari kenyang terus lapar balik. 


Dekat sini ada The Alley and surprisingly buka sampai 2 pagi. I tak sure untuk hari tu je ke ataupun hari-hari lain.


Just bought a Boba Milk Tea untuk hilangkan kempunan hshshs


In case you guys perlukan apa-apa ada je mart dekat bawah ni tapi tak tahu lah harga macam mana. Mungkin juga mahal dari biasa. 






Best lepak waktu malam sambil makan burger dekat sini sebab angin best sangat. Tapi masa kitorang lepak ni je lah, angin kemain kuat. Kalau next time you guys datang dan gagal dapat kepuasan yang sama, just blame the nature.


Pagi tu kitorang plan nak mandi pool sampai checkout tapi malangnya pool dia agak dalam 4 kaki. Kalau kaki cramp memang tenggelam ke dasar lah cerita dia. Kalau pool lain, kedalaman dia berperingkat so I tak la cuak sangat.  


Pool indoor pun sama. Cantik tapi scary. Kat sini tak ada lifeguard jaga that's why cuak nak turun. Pool kanak-kanak pun tak ada so tak berani nak bagi budak-budak mandi. 



Lepas rendam kaki beberapa minit terus naik sebab tak lama lepastu dah ramai yang datang nak mandi. Disebabkan pool ni kecik je, takde mood nak mandi bila dah ramai. Kemudahan pool ni buka dari jam 7 pagi sampai 9 malam. 

Did chest exercise with 30kg load ;P

Ada juga disediakan gym dekat sini dari jam 5 pagi sampai 9 malam. Tak la banyak equipment tapi setakat nak mengada acah buang lemak tu boleh la.



Bila dah exercise ni mula la perut berbunyi nak makan bagai. Since kitorang tak include breakfast, terpaksa la chekout awal masa tu. Around jam 10.30 dah keluar hantar kunci dan ambil balik deposit. Sayang nak tinggalkan tempat cantik ni. 


Kalau tengok dekat Google, rating Platinum Hotel & Suites ni agak tinggi around 4 stars from 5 stars. Dengan facilities dan staff services, I memang rasa puas dan berbaloi la stay dekat sini. Hilang sekejap stress bekerja. 

Dekat sini kalau weekend rasanya memang ramai sebab petang Sabtu penuh dengan pengantin buat outdoor wedding photoshoot. Bab nak makan je la payah sikit sebab Foodpanda tak masuk area ni. Tapi tak la jauh mana dengan Bandar Melaka, dalam 3 minit je. 


Kalau perasan dalam gambar, ada bangunan besar dalam construction process lagi. Nanti dah siap mungkin lagi ramai orang la kot. Mall pun ada dekat belakang tu cuma tak banyak kedai lah. Platinum Hotel & Suites ni dekat dengan Melaka Gateaway tapi tempat tu ditutup. Mungkin nanti akan dibuka untuk public or maybe deserted Idk. Whatever it is, ada promotion untuk hotel ni just grab je okay. Worth it!
Malas sebenarnya nak taip entri ni sebab confirm teringat balik kebahagiaan makan durian crepe haritu. Dah lah order sikit je sebab nak rasa padahal sebelum ni makan durian crepe yang jual dekat pasar malam tu jadi kembang tekak. Nak habiskan satu pun tersiksa benar.


But this one boleh mengucap panjang wei. Dah lah penuh inti dekat dalam, isi durian pun terasa sebab tak kedekut langsung. Kulit luar pun tak tebal bila makan so bila makan tu kulit, cream dengan isi durian semua meriah je dalam mulut. Sambil buat kerja sambil makan tup tup dah habis. Durian crepe ni paling best makan bila sejuk but I guess everyone knows this rule kan?

Selain durian crepe, ada juga jual mild crepe tapi yang ni kalau makan kena workout 3 jam tak henti lepas makan. Tapi 3 jam pun sanggup uolls kalau sedap macamni.

Harga untuk durian crepe ni RM15 tak termasuk delivery charge, untuk mild crepe pulak RM30 tak termasuk delivery charge jugak. So far, durian crepe dengan mild crepe ni cuma buat delivery atau self pickup dekat area Subang Bestari dengan Kampung Melayu Subang je la sebab my friend yang buat ni duduk area sini. 

Awalnya dia jual untuk kawan-kawan je sebab kitorang paksa dia buat but everytime ada lebih, dia akan jual dekat IG account and yes of course lah berapa minit letak terus sold out. Kalau ada yang nak merasa durian crepe dengan mild crepe ni boleh la contact dia dekat IG. But I cannot promise stock akan ada ataupun tak sebab durian kan ikut musim. Ada rezeki nak merasa, ada lah. Kalau tak ada, book la awal haa gittew. No worries, IG account dia public. Anytime can DM.