Platinum Hotel & Suites, Melaka
Wednesday, 5 February 2020
Mind you this post will have tons of pictures because I super love this place!
Minggu lepas pergi wedding ex-officemate dekat Melaka. Habis je makan, terus plan nak tidur dekat Melaka. Alang-alang dah sampai kan, jalan-jalan je lah kat sini walaupun dah muak sebab dulu study dekat Segamat memang weekend naik lepak sini.
Thanks to OYO! we've found a great place to stay. Harga dekat sini tak murah la kalau book harga biasa tapi disebabkan tengah ada promotion, kitorang dapat diskaun. Dari harga RM200 turun jadi RM120 je. Mungkin untuk small pax, okay la kot but since kitorang ada 3 adults dengan 2 children, kena ambil bilik besar sikit lah.
Kalau booking hotel last minute dekat Melaka ni memang kena redho lah dengan harga paling murah boleh dapat kan? Masa cari tu memang filter 3 adults, swimming pool and free wifi that's why lah jumpa hotel ni.
Minggu lepas agak ramai lah yang check in dekat Platinum Hotel & Suites ni sebab discount dari OYO so terpaksa tunggu lama jugak la masa nak ambil kunci dekat kaunter. Thank God lobi dia luas dan cantik siap ada sediakan air percuma untuk customer.
The Platinum Hotel & Suites ni bertemakan senibina Eropah dan sentuhan dekorasi ala Renaissance pada abad ke-19. Sesuai lah dengan mood dan vibe Kota Melaka, Bandaraya Bersejarah. Antara punca kenapa I pilih tempat ni sebab deco ni one of my fav. Kalau tak silap, hotel ni baru start beroperasi tahun 2019 so it is still new lah.
Dekat Platinum Hotel & Suites ni ada 200 bilik so malam-malam kalau jalan nak balik bilik agak creepy. Ni kalau kena kejar hantu mau menangis nak masuk bilik kalau bilik paling hujung. Nasib baik bilik kitorang kat tengah je. Itupun dah mengah nak berjalan.
Dah dapat kunci, dah boleh letak barang dekat bilik sebelum keluar pergi jalan-jalan dekat bandar Melaka. I tak ambil gambar katil sebab tak sempat bila dah ada yang landing dulu. Sepatutnya bilik ni tak sesuai untuk 3 orang dewasa sebab katil single bed ada dua. Nasib baik ada sofa. Selesa la tidur sebab sofa dia tebal.
Almari baju, fridge dengaan heater disediakan dalam bilik ni. In case nak iron boleh call je room service. No worries.
Bathroom dia biasa je tak ada bath tub bagai. Okay lah sebab dah ada pool kan, buat apa nak berendam dalam bath tub lagi. Ada hot shower jugak.
But I tak selesa dengan deco dekat dinding tu sebab orang luar boleh dengar orang mandi or membuang lol
Since it was unexpected plan kan, I terlupa nak bawak telekung sebab dah gopoh sangat nak bersiap. Thank God dekat sini ada prayer room yang selesa tapi geram jugak la dengan perangai customer yang bawa telekung masuk dalam bilik. How selfish. Surau dia tak berkunci pun so boleh je datang solat Subuh.
Kalau telekung habis masa tu, I dah plan nak pergi masjid Selat Melaka dekat belakang hotel ni. Cuma risau la masjid dah berkunci sebab balik dah lewat malam masa tu. Nasib baik ada tinggal satu.
View malam quite nice lah for me. Malam tu lepas solat terbau pulak burger dari bawah. Dari kenyang terus lapar balik.
Dekat sini ada The Alley and surprisingly buka sampai 2 pagi. I tak sure untuk hari tu je ke ataupun hari-hari lain.
Just bought a Boba Milk Tea untuk hilangkan kempunan hshshs
In case you guys perlukan apa-apa ada je mart dekat bawah ni tapi tak tahu lah harga macam mana. Mungkin juga mahal dari biasa.
Best lepak waktu malam sambil makan burger dekat sini sebab angin best sangat. Tapi masa kitorang lepak ni je lah, angin kemain kuat. Kalau next time you guys datang dan gagal dapat kepuasan yang sama, just blame the nature.
Pagi tu kitorang plan nak mandi pool sampai checkout tapi malangnya pool dia agak dalam 4 kaki. Kalau kaki cramp memang tenggelam ke dasar lah cerita dia. Kalau pool lain, kedalaman dia berperingkat so I tak la cuak sangat.
Pool indoor pun sama. Cantik tapi scary. Kat sini tak ada lifeguard jaga that's why cuak nak turun. Pool kanak-kanak pun tak ada so tak berani nak bagi budak-budak mandi.
Lepas rendam kaki beberapa minit terus naik sebab tak lama lepastu dah ramai yang datang nak mandi. Disebabkan pool ni kecik je, takde mood nak mandi bila dah ramai. Kemudahan pool ni buka dari jam 7 pagi sampai 9 malam.
Did chest exercise with 30kg load ;P |
Ada juga disediakan gym dekat sini dari jam 5 pagi sampai 9 malam. Tak la banyak equipment tapi setakat nak mengada acah buang lemak tu boleh la.
Bila dah exercise ni mula la perut berbunyi nak makan bagai. Since kitorang tak include breakfast, terpaksa la chekout awal masa tu. Around jam 10.30 dah keluar hantar kunci dan ambil balik deposit. Sayang nak tinggalkan tempat cantik ni.
Kalau tengok dekat Google, rating Platinum Hotel & Suites ni agak tinggi around 4 stars from 5 stars. Dengan facilities dan staff services, I memang rasa puas dan berbaloi la stay dekat sini. Hilang sekejap stress bekerja.
Dekat sini kalau weekend rasanya memang ramai sebab petang Sabtu penuh dengan pengantin buat outdoor wedding photoshoot. Bab nak makan je la payah sikit sebab Foodpanda tak masuk area ni. Tapi tak la jauh mana dengan Bandar Melaka, dalam 3 minit je.
Kalau perasan dalam gambar, ada bangunan besar dalam construction process lagi. Nanti dah siap mungkin lagi ramai orang la kot. Mall pun ada dekat belakang tu cuma tak banyak kedai lah. Platinum Hotel & Suites ni dekat dengan Melaka Gateaway tapi tempat tu ditutup. Mungkin nanti akan dibuka untuk public or maybe deserted Idk. Whatever it is, ada promotion untuk hotel ni just grab je okay. Worth it!