Movie Review : Motichoor Chaknachoor
Sunday, 26 January 2020
Director : Debamitra Biswal
Writer : Debamitra Biswal, Bhupendra Singh
Cast : Nawazuddin Siddiqui,Athiya Shetty,Vibha Chibber, Navni
Parihar, Vivek Mishra, Abhishek Rawat, Karuna Pandey, Bhumika Dubev
Production Company : Viacom 18 Motion Pictures, Woodpecker
Movies Private Limited
Distributor : Viacom 18 Motion Pictures
Genre : Comedy/Drama
Running Time : minutes
Release Date : 15 November 2019
Trailer :
Dari trailer pun dah excited nak layan movie ni sebab kelainan
jalan cerita bila mana pairing yang ada huge age gap. Nak pula bila lakonan
Athiya jauh beza dengan movie pertama dan kedua which are Hero & Mubarakaan
bila Athiya dapat screentime yang agak terhad dengan watak yang agak pasif.
Bertempat di Bhopal, Anita aka Annie Awasthi (Athiya
Shetty), gadis muda yang nak berkahwin dengan lelaki yang bekerja di luar
negara supaya dia dapat show off depan kawan-kawan dia yang dia boleh jejak
kaki ke luar negara dan kahwin tanpa bayar hantaran.
Lepas tolak 10 lamaran, Annie mula risau dia akan ikut jejak
langkah makcik dia (Karuna Pandey) yang membujang sehingga ke tua. Makcik dia
bagi cadangan supaya kahwin je dengan abang Hema (Bhumika Dubev), Pushpinder (Nawazuddin
Siddiqui) yang balik dari Dubai untuk bercuti bersama keluarga.
Pushpinder bekerja sebagai akauntan di sana dan merupakan
kebanggaan Indu (Vibha Chibber) tapi sayangnya belum ada lamaran yang menjadi
walaupun dah menginjak ke usia 36 tahun. Dia pulang dengan harapan dapat
berkahwin dengan mana-mana gadis yang sudi jadi isteri.
Indu berjaya jumpa lamaran dari keluarga kaya walaupun bakal
menantu agak gemuk nak dipadankan dengan anaknya yang kurus melidi. Tapi dia
tak pandang semua tu asalkan dia dapat ambil duit hantaran Pushpinder untuk
bagi kepada Hema dan bayar yuran pengajian Hakim (Abhishek Rawat).
Tapi tak lama kemudian Indu batalkan pertunangan Pushpinder
dan Laali bila hadiah tunang yang dihantar oleh keluarga belah perempuan rendah
kualiti dan buruk. Ditambah pula bila keluarga belah perempuan nak bayar
hantaran rendah.
Khabar buruk bagi Indu tapi khabar baik bagi Annie bila dia
ada peluang untuk goda Pushpinder supaya berkahwin dengan dia dan bawa dia
berpindah ke Dubai. Sudahnya Annie come up dengan plan untuk kahwin dengan
Pushpinder kahwin di court sebab Puspinder tak berani lawan kata-kata mak dia.
Terkejut dua belah keluarga bila Annie dengan Pushpinder
balik dengan kalungan bunga. Hancur
impian Indu nak kaut untung dari duit hantaran tambah pula dia tahu Annie nak
kahwin dengan anak dia sebab nak hidup di Dubai.
Sudahnya dua belah keluarga setuju untuk buat majlis kahwin
sebelum saudara mara mengata. Kebahagiaan Annie tak lama bila dapat tahu yang
rupanya Pushpinder dah dibuang kerja di Dubai dan balik ke India untuk cari
kerja baru. Puas Annie dan Indu pujuk Pushpinder balik ke Dubai sudahnya Annie
ditampar akibat geram dan stress.
Even dalam trailer jalan cerita movie ni nampak menarik tapi
sayangnya full movie tak seperti yang diharapkan bila rahsia Pushpinder
terdedah. Hujung cerita pun ditamatkan dengan komedi yang ditarik panjang
supaya nampak meriah.
Since movie ni berlatarkan suasana penduduk luar bandar so
isu sexism, body shame dan perkahwinan bukan masalah utama. Even Annie kena
tampar dengan Pushpinder disebabkan salah Indu, ayah Annie buat keputusan untuk
tak masuk campur hal anak dia sebab tanggungjawab dia dah habis bila dia hantar
Annie ke rumah Pushpinder.
Walaupun Pushpinder minta maaf sebab tindakan dia tapi dia
tak ada rasa bersalah pun dengan tindakan menampar isteri. Dialog pun agak
bermasalah bila nenek Pushpinder datang pujuk Annie supaya balik ke rumah takut
nanti orang dah tawar hati nak maafkan silap Annie yang malukan keluarga bila
lari dari rumah.
Watak Annie nampak bermasalah bila keluarga dia fokus dengan
perkahwinan sampai Annie tak ada ruang untuk capai impian dia pergi ke luar
negara atas merit dia sendiri. Even makcik dia tak membantu untuk Annie
berusaha malah sarankan Annie ambil jalan mudah dengan kahwin dengan Pushpinder.
Kalau ikutkan movie ni sepatutnya ada version yang lebih
menarik tapi bila team production bergaduh sesama sendiri dan merosakkan karya,
yang sakitnya penonton lah sebab tak dapat tengok version bagus dengan scene
yang lebih menarik ataupun klimaks dan ending yang menghiburkan.
Visual looks great tapi music album agak average hasil buah
tangan dari pelbagai komposer di bawah label Zee Music Company. Choti Choti Gal is my favorite so far. Nyanyian Arjuna Harjai dan Yasser Desai.
All in all even plot agak tidak memuaskan tapi lakonan
Athiya antara faktor utama movie ni dalam awaited list. Her performance looks
outstanding walaupun nampak mismatch dengan Nawazuddin bila fizikal dia lebih
besar. Tapi sesuai lah dengan tema movie ni bila watak hero tak kisah siapa pun
heroin dia.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4.
Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9.
Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 6.6/10