Telemovie Review | Shiba Shiba Doo (2019)
Sunday, 12 January 2020
Pengarah : Ariff Zulkarnain
Penulis Skrip : Nazri M Annuar
Pelakon :Zahiril Adzim, Syafiq Kyle, Aloy Paradoks, Nesa Idrus, Taqim Zaki, Sharifah Sakinah, Amirul Effendy
Genre : Komedi / Thriller
Durasi Tayangan : 94 minit
Tarikh Tayangan : 21 Disember 2019
Syarikat Produksi : Lumatic Films Sdn Bhd
Pengedar : Astro Citra
Trailer :
Blogwalking haritu ternampak Miss Banu post sinopsis telemovie Shiba Shiba Doo ni lepastu rasa nak tengok sangat sebab jalan cerita dia kelakar dan lain dari yang lain. Agak skeptikal lah pada awalnya sampai peram lama telemovie ni baru terasa nak tengok sebab genre komedi local production kadang hambar kemain. But I give it a try sebab ada Zahiril Adzim dengan Syafiq Kyle. So far tak pernah tengok lagi lakonan bersama diorang.
Dalam telemovie ni Chulat (Zahiril Adzim) dengan Shiba aka Shib (Syafiq Kyle) pantang berjumpa mesti nak bertekak. Pertemuan pertama diorang berdua di sebuah kelab di KL bila Chulat bitter tak dapat nak tackle Sakinah (Sharifah Sakinah). Bila pergi tandas Shiba pula buat hal dalam tandas sampai Chulat kena tunggu lama untuk guna.
Sementara Abil (Nesa Idrus) teragak-agak nak bertemu Chulat ataupun batalkan saja hasrat tu sebab segan. Selama 5 tahun Abil dengan Chulat berborak dekat pantry selama 5 minit setiap hari. Mun (Taqim Zaki) yang dah lama syok dengan Abil cuba yakinkan Abil untuk tak teruskan niat dia untuk approach Chulat. Semua orang tahu Chulat sejenis playboy so Mun taknak Chulat mainkan hati dan perasaan Abil.
Impian Abil untuk bercakap dengan Chulat lebih dari 5 minit berjaya bila Chulat gunakan Abil untuk umpan Sakinah. Tapi lain pula halnya bila ada lelaki tersalah pukul punggung Chulat bila sasaran sebenarnya Shiba. Makin berapi Chulat dengan Shiba sebab dia ingat Shiba nak try dia.
Chulat tumbuk Shiba tapi terkena kawan dia sampai pengsan sudahnya Chulat, Abil dengan Mun kena halau keluar. Abil buat keputusan untuk ikut Chulat balik ke rumah tapi Mun join sekali sebab dia tahu apa niat Chulat. Bila Chulat nak keluar parking, dia tanpa sengaja terlanggar Shiba yang tunduk untuk kutip kunci kereta.
Disebabkan panik dan cuak, Mun sahkan yang Shiba dah mati. Abil cadangkan untuk buang mayat Shiba dekat hutan tapi malangnya lepas selesai mengorek lubang, Shiba hilang entah ke mana. Masa mencari Shiba, mereka bertiga terserempak dengan En Kanji (Aloy Paradoks) yang suka berburu dan tinggal dalam hutan selama 20 tahun. Turns out, En Kanji sebenarnya perogol bersiri yang dah bunuh seramai 12 orang lelaki dalam hutan tu dan cuba nak merogol Chulat.
Dari awal sampai ke hujung movie tak berhenti gelak tengok gelagat Chulat, Abil, Mun dengan Shiba walaupun Shiba tak banyak sangat screentime tapi everytime dia muncul ada je benda yang dia buat untuk gamatkan keadaan. Watak Shiba ni watak kedua tengok Syafiq Kyle jadi trans so it’s nothing new lah.
For me watak Chulat memang menghiburkan plus avatar dia yang charming tu menjadi sangat. Selalunya nampak dia berlakon mat sendu, grumpy ataupun gaya selekeh but this time got to see the other side of him. Mungkin orang lain yang selalu layan drama dah biasa la kot but for me yang jarang layan ni memang something new lah. Kalau dia yang berlakon dalam Girlfriend Aku Dari Neraka mesti lagi menjadi sebab chemistry Zahiril dengan Sakinah nampak ngam onscreen.
Dialog dalam telemovie ni antara brownie points yang buat momentum telemovie ni maintain menghiburkan sebab some of them cedok dari tagline yang viral beberapa tahun so kalau layan benda viral boleh faham la apa diorang sembang. Kalau tak layan pun tak la susah mana nak berdekah sekali. Team visual, music score dan editing did a great job for this telemovie.
Overall telemovie ni memang sempoi nak layan especially bila En Kanji dengan loghat Peghok pio dia gemor ke Beto Kushairy. Eiii gegham awok nengoknye.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10