Movie Review : Crawl

Sunday, 22 December 2019


Director : Alexandre Aja
Writer : Michael Rasmussen & Shawn Rasmussen
Cast : Kaya Scodelario, Barry Pepper
Production Company : Raimi Productions & Fire Axe Pictures
Distributor : Paramount Pictures
Genre : Horror / Thriller
Running Time : 87 minutes
Release Date : July 12, 2019
Trailer :


Movie Crawl mengisahkan tentang anak-beranak bersama anjing terperangkap dalam ribut taufan dan dalam masa yang sama dikelilingi sekawan buaya yang ganas dan lapar. Walaupun jalan cerita mungkin repetitive dan scene suspen agak predictable tapi tetap mampu buat kita kecut perut bila menonton. 


At first agak doubtful untuk layan movie ni sebab dah jelak dengan lambakan movie saspen yang berunsurkan binatang ganas dan terperangkap dalam bencana alam ni. Dan mostly agak hambar but this one is a must watch. 


Thanks to Kaya Scodelario’s acting as Haley Keller, seorang perenang yang pernah dilatih dari kecil oleh ayah dia sendiri. Movie start dengan kekalahan Haley dekat kolej then terima panggilan telefon dari kakak dia yang risaukan ayah dia bila banyak kali tak jawab call. Nak pula bila amaran rebut taufan dah keluar. 


Haley bagitau yang dia akan cari di kawasan rumah lama diorang since ayah dia, Dave Keller (Barry Pepper) sayang sangat dengan rumah tu. Haley dengan anjing kesayangan ayah dia, Sugar sama-sama cari di rumah lama walaupun dihalang oleh pihak polis. 


Rumah lama nampak kosong tapi bila Sugar boleh bau Dave di basement, Haley turun untuk check. Good news, dia jumpa ayah dia. Bad news, ayah dia cedera teruk digigit buaya di bahagian bahu dan kaki patah. Sementara Haley cuba bawa Dave naik ke tingkat atas, seekor buaya datang serang but they got lucky sebab Haley berjaya masuk ke bahagian yang dihadang dengan paip air. 


Malangnya handphone dia tercicir. Bila dia cuba ambil untuk minta bantuan, datang lagi seekor buaya. Both of them kena fikir cara untuk survive dari dua ekor buaya dan terpaksa bertindak dengan cepat sebelum diorang mati lemas dek kerana banjir. 

Haley cuba minta tolong dengan stranger di luar rumah tapi malangnya semua mati dimakan buaya. Tengok keadaan macam buaya tu dah lama ada dekat bahagian basement bila Haley jumpa telur-telur buaya dan half of them dah menetas dah pun. 


Suka sangat tengok scene Haley sembang dengan ayah dia pasal kenapa both of them jadi renggang. Walaupun akan ada drama but both of them deliver the emotion convincingly onscreen. Bila Dave motivates Haley yang dia sama level degil je dengan ayah dia tapi disebabkan kedegilan tu lah survival skill dalam hidup diorang. No one can take that. 


Scene Haley berenang laju untuk dapatkan bot tu paling berdebar sekali. Memang kecut perut lah tengok dia kena berenang laju gila sebelum buaya-buaya dari pelbagai arah baham dia. Boleh kata kecut perut dari awal sampai habis tengok movie ni. Kudos to the Crawl team sebab berjaya kekalkan momentum penceritaan walaupun penceritaan agak predictable.


Another brownie points kenapa movie ni best bila both of them takut tapi still stay calm dan fikir cara terbaik untuk keluar. Best teamwork ever. Boleh nampak kenapa Dave jadi coach sebab cara dia berfikir dan ketegasan dia tu memang terbaik. 

Dalam movie ni bila Dave keluarkan fakta tentang buaya, agak contradict dengan situasi sebenar sebab buaya boleh je bergerak di tempat yang ada percikan air. 


Dua fakta yang tepat bila Dave kata buaya sensitive dengan bunyi. Yes they are. Some of them akan stress dan makan kawan sendiri and some of them akan serang yang buat bunyi tu. Buaya tak boleh serang dan makan mangsa dalam deep water so dalam movie ni kebanyakannya buaya akan naik ke permukaan air untuk serang dan makan. 

Anyway me and my family totally enjoy watching this movie. Recommended!

p/s : I still terkejut tengok movie ni kali kedua bila screenshot T.T

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8.8/10

Jalan Panggung, KL

Saturday, 21 December 2019


Lepas lepak breakfast dekat Luckin Kopi, kitorang decide untuk jalan-jalan dekat Jalan Panggung. Actually tak plan pun tapi bila keluar dari Luckin Kopi ternampak pejabat pos lama yang dibina pada tahun 50-an/60-an dekat sini terus rasa nak berjalan-jalan. 


Bangunan dekat sini memang cantik seni bina dia sebab kawasan ni kawasan kaum Cina started since tahun 1960-an. Dulu Jalan Panggung ni tak cantik macam sekarang tapi disebabkan idea dari usahawan Bai Chuan Management yang taknak sejarah kawasan ni musnah ditelan arus kemodenan, diorang hidupkan balik dan jadikan salah satu tourism spot di KL.

 

Ni keadaan Jalan Panggung yang dulu but now, tadaaaa...


Sesak dengan orang Selangor sebab haritu Selangor cuti hahaha

Transformation ni launched pada April 2019 lepas. Kalau tak silap belum siap lagi projek transformation ni. Kenapa ramai yang beratur dekat situ? Sebab ada port cantik nak ambil gambar dekat lorong Kwai Chai Hong. 


Lorong Kwai Chai Hong ni kalau dalam bahasa Hokkien, maknanya hantu budak kecil. Katanya dulu masa hujan rama budak-budak kecil suka lari dekat lorong ni. Hantu budak ataupun budak bernyawa tu tak pasti. Tapi Kwai kan maksudnya hantu so.... 


Hantu ataupun tak, spot ni memang Instagram-worthy! Nak ambik gambar memang susah la kalau tengah ramai sebab tempat dia kecil je tapi I dapat la sikit yeayyy

Use Photoshop Express filters for this kind of effect yaaa


Dah settle dekat situ bergambar pulak dekat Pandan Republic ni sebab gabungan warna terang ni cantik sangat bila guna filter. 




Dekat sini kalau nak ambil gambar, kena pandang belakang jugak sebab ada kenderaan yang keluar masuk walaupun tak banyak. Patutnya diorang tutup lah sebab ramai orang. Patutnya ada tempat yang penuh dengan mural tapi tak jumpa pulak masa pergi tu. 

Dekat situ yang bestnya boleh tengok mural cantik-cantik siap boleh dengar suara karikatur dekat situ lepas scan QR code dengan smartphone. Nice lah so next time lah singgah lagi. Jalan Panggung ni dibuka secara percuma dari jam 9 pagi sampai 6 petang setiap hari. 

Luckin Kopi, Pasar Seni


Selama ni tengok kawan blogger dok buat review pasal kedai ni tapi kali ni I pulak pergi sendiri sebab tergoda tengok kopi kaw dia. Alang-alang nak jalan dekat KL, I decide untuk breakfast dekat sini sebab dekat je dengan MRT. Turun MRT dah jumpa dah, berhadapan dengan pejabat pos lama Jalan Panggung. 


Not bad la menu dekat sini sebab banyak choice. Even for nasi lemak got many side dishes you can choose. Ada toast, pasta, snacks, masakan western dan banyak lagi. Lama jugak tengok menu sebab rambang mata tak tahu nak pilih yang mana.


Lepas entah berapa belas minit belek dari kulit ke kulit, dapat la jugak penuhkan form menu tu dengan apa yang kitorang nak makan. 

So I pilih Nasi Lemak biasa (how cliche lol), Char Hor Fun dengan Teh Ais Cincau. My sister ambik Nasi dengan Chicken Salted Egg dan Luckin Kopi Kaw. 


Walaupun packed pagi tu sebab orang Selangor cuti tapi service dia tetap tip top. Tak payah risau dengan tempat duduk sebab memang luas kedai makan ni. Ada belah belakang dengan tingkat atas. Since ramai orang so malas nak naik atas untuk jenguk macam mana. 


Tak lama pun ambil masa untuk makanan sampai. Nasi lemak dia macam biasa je lah dah nama pun nasi lemak biasa. Super love sambal dia sebab sedap dan pedas. Yang geramnya bila sambal dia letak sikit je. Benda sedap letak la banyak sikit baru happy nak makan.


Salted Egg Chicken Rice ni fuhhh sedap! Lepas ni kalau datang sini boleh order menu ni. Dah la bagi ayam banyak, crispy pulak tu. Kalau nak pedas, order la sambal nasi lemak sebab rasa dia memang ngam. 


Tbh this is my first time makan Chee Hor Fun so I tak tahu mana lagi sedap. For me biasa je macam makan kuey tiaw rebus kosong tapi sos dia tak kena dengan tekak. Makan CHF ni dengan kuah sambal ataupun salted egg. 


Sambal nasi lemak dia ngam untuk semua makanan kan? Happy betul makan. Macam nak curi resipi sambal nasi lemak dia hshshs


For drinks, Luckin Kopi Kaw is a must! No wonder lah ada set dia letak kombo dengan Luckin Kopi Kaw ni sebab tak menyesal bila order. Teh Ais dia pun nikmat la bila minum sebab pekat. Berbaloi baloi sangat order. 

Nak jadi fav eat place senang je, serve teh ais power confirm melekat terus di hati hewhewhew. 


Decoration kedai ni cantik walaupun simple je. Ada jugak ruang dekat tengah tu untuk bergambar but since I dah kenyang makan, all my pictures look bloated pffttt


Dekat sini ada free biscuits dengan air masak so refill lah banyak mana nak. Thanks for the warm services and happy foods, nanti I datang lagi makan dekat sini! 

Akshay Kumar & Kewarganegaraan Kanada

Wednesday, 18 December 2019


Mungkin tak ramai yang tahu pelakon #1 di Bollywood, Akshay Kumar ada kewarganegaraan Canada dan bukannya India. Since nama Akshay meningkat naik dengan filem-filem nasionalisme seperti Baby, Special 26, Gabbar, Airlift, Rustom, Toilet : Ek Prem Katha, GOLD, Mission Mangal dan banyak lagi, netizen mula pertikaikan kerakyatan Akshay. 

“ I must tell you: this is my home, Toronto is my Home. After I retire from this industry (Bollywood), I am going to settle here.” - Akshay Kumar

 Kewarganegaraan Kanada

Dalam satu interview lama Akshay dah pernah jelaskan kenapa dia pilih untuk apply citizenship negara Kanada. Tahun 1995 dia pergi ke Kanada untuk shoot movie Khiladiyon Ka Khiladi. Zaman 90-an dulu nama Akshay Kumar tak naik macam nama The Khans dan sebelum movie nasionalisme meletup di Box Office pun, dia masih lagi underrated walaupun kebanyakan movie dia bagus ataupun best untuk ditonton. 

Disebabkan ramai peminat dia di Kanada yang datang dari kaum Punjabi dan India selalu support movie dia so dia rasa ada special place dalam hati dia dan rasa Kanada tu rumah kedua. 

Tambah pula bila masa tu ayah dia ada kanser tahap 3 dan Kanada ada medical service lagi bagus dari India. Kawan-kawan Akshay di Kanada ada good influence and network dekat sana so dia selalu ulang-alik untuk dapatkan rawatan untuk ayah dia. 

Walaupun ayah dia tak mampu sembuh dan meninggal dunia lepas rawatan tapi disebabkan warm service and support dari Canadian buat dia rasa terharu dan apply citizenship negara tu. 

Ada warganegara negara lain tak bermaksud Akshay tak sayang dengan tanah air sendiri sebab isteri dia, Twinkle Khanna dan anak-anak dia lahir dan membesar di India. Even Akshay sumbang banyak bantuan untuk rakyat memerlukan selain membantu beri kesedaran kepada orang awam melalui filem-filem dia. 

Sumbangan Akshay Kumar kepada India

1. Sumbangan Dana Untuk Mangsa Bencana


Setiap tahun India akan dilanda banjir di beberapa kawasan dan golongan yang paling teruk terjejas ialah golongan petani bila sumber rezeki ditenggelami air dan musnahkan hasil tuaian. Ada yang tak mampu survive sampai bunuh diri satu keluarga. 

Akshay hulurkan bantuan dengan menyumbang dana kepada 180 buah keluarga dan wang tunai kepada mangsa-mangsa banjir di Chennai. Akshay support Being Human Foundation milik Salman Khan dengan menyumbang dana sebanyak Rs50,000.

Image result for AKSHAY KUMAR chennai flood

Tahun 2019 India dilanda bencana taufan Fani dan beberapa kawasan tenggelam dan banyak keluarga yang hilang tempat tinggal. Akshay antara yang terawal dan terbanyak menghulurkan sumbangan kepada mangsa terlibat.

2. Martial Art School


Akshay terkenal dengan seni pertahankan diri and most of his stunt scenes dia yang buat sendiri tanpa bantuan double body dalam filem dia. Disebabkan kes gangguan seksual makin meningkat di India, Akshay wujudkan sebuah sekolah khas untuk martial arts training secara percuma di Mumbai. 

3. Skim Insurans Untuk Stuntman

Industri perfileman besar seperti Bollywood perlukan ramai stuntman especially movie genre aksi so golongan ni berisiko besar untuk cedera dan lebih parah lagi kehilangan anggota fizikal bila berlakon. Dengan bantuan dari pakar bedah Dr. Ramakanta Panda, Akshay launched skim insurans untuk yang berumur 18 tahun hingga 55 tahun dan available di 4000 hospital di India. Skim insurans ni akan cover sebanyak Rs4,000 bila stuntman injured masa shooting. 

4. Sumbangan Dana Untuk Angkatan Tentera India


Ramai tentera India yang terkorban angkara serangan pengganas dan beberapa hal keselamatan negara yang lain thus Akshay decide untuk menyumbang kepada keluarga yang kehilangan semasa bertugas. 

5. Lancarkan Apps "Bharat Ke Veer"

Related image

Tak cukup dengan bantuan dana kepada keluarga askar yang terkorban, Akshay lancarkan apps dan juga website "Bharat Ke Veer" untuk orang ramai salurkan bantuan secara terus kepada keluarga mangsa. 

6. Bina Hospital Untuk Polis

13 Mac 2017 Akshay launched Hari Om Cancer Shelter di Naigaon dimana anggota polis dan ahli keluarga boleh dapatkan rawatan kanser  yang dilengkapi bilik berhawa dingin dan set makan dengan harga serendah Rs400 sahaja. 

Idea ni datang bila Akshay hantar ayah dia ke Tata Memorial Centre dan ramai anggota polis ataupun askar yang terbaring di lantai tunggu rawatan. Hal ni buat Akshay sedih bila anggota polis dan askar kebanyakannya berkhidmat untuk negara tapi tak dijaga dengan baik. 

Banyak lagi sumbangan lain yang Akshay buat untuk negara dia selain yang disenaraikan di atas. Setiap tahun Akshay antara pelakon yang bayar advanced tax dan setakat ni belum pernah lagi nama Akshay terlibat dalam mana-mana skandal ekonomi. 

So is it really a big issue to have another country's citizenship? Disebabkan troll dan cacian makin meningkat gara-gara isu warganegara ni, Akshay dah apply Indian citizenship and hopefully next year dah tak keluar isu ni lagi. 

Movie Review : The Sky Is Pink

Sunday, 15 December 2019


Director : Shonali Bose
Writer : Shonali Bose, Juhi Chaturvedi, Nilesh Maniyar
Cast : Priyanka Chopra, Farhan Akhtar, Zaira Wasim, Rohit Suresh Saraf
Production Company : RSVP Movies, Roy Kapur Films, Purple Pebble Pictures, Ivanhoe Pictures
Distributor : RSVP Movies
Genre : Family Drama
Running Time : minutes
Release Date : 13 September 2019 (TIFF) & 11 October 2019 (India)
Trailer :


Movie yang terpilih untuk ditayangkan di tayangan perdana di Toronto International Film Festival ke 44 ni diadaptasi dari kisah sebenar kehidupan Aisha Chaudhary (Zaira Wasim) yang menghidap Severe combined immunodeficiency (SCID) sejak lahir.

 
Actually sebelum Aisha, Aditi (Priyanka Chopra) dan Niren (Farhan Akhtar) dah pernah kehilangan Tanya yang juga hidap penyakit genetik yang sama. Bila lahir Ishaan (Rohit Saraf), Niren dah bersyukur sebab dia takut untuk rasa kehilangan lagi.


Tapi takdir ada cara tersendiri untuk eratkan lagi kisah keluarga ni bila Aditi tahu dia mengandung walaupun dia dah ambil langkah selamat. Dia tak boleh gugurkan sebab dalam Kristian perkara tu berdosa so diorang decide untuk besarkan Aisha.


Disebabkan ni kali kedua, both of them dah well-prepared dan pindah ke London untuk dapatkan rawatan tapi duit simpanan dah habis so Niren minta bantuan public untuk derma 120,000 pounds supaya Aisha dapat buat bone marrow transplant. Tak sangka warga British baik hati sampai jumlah donation diorang dapat sebanyak 250,000 pounds.


Walaupun Aisha selamat tapi dia perlu hidup dalam rumah selama 10 tahun supaya stem cell dia boleh membesar dengan elok. Niren dan Ishaan pindah ke London bila Niren tak mampu hidup berjauhan dengan Aditi. 

Lepas Aisha menginjak umur 16 tahun, dia dah bebas dari SCID tapi malangnya side effect dari chemotherapy rosakkan paru-paru Aisha so dia ada beberapa tahun je lagi untuk hidup unless Aisha setuju untuk buat lung transplant then Aisha ada masa lagi 10 tahun untuk hidup. Tapi Aisha dah tak mampu. 
“You think it will be easier to die at 28 than 18?”

Walaupun dah tahu perjalanan kisah hidup Aisha dan apa akan jadi at the end tapi jalan cerita TSIP tetap menarik untuk ditonton disebabkan kisah kekuatan cinta Aditi dan Niren selama 25 tahun bersama sebagai pasangan. Tak kisah macam mana teruk pun ujian diorang, mesti balik bersama jugak. Now I feel like I need to have a cool guy like Niren.


Karakter Aisha sejenis yang funny and adorable so its fun to watch them as family. Though Ishaan nampak macam pendiam tapi dia mainkan peranan untuk part air mata mengalir. Both are great in portraying their character as siblings. Sayang lah Zaira dah berhenti berlakon di Bollywood sebab talent dia memang terbaik. Be it in Dangal, Secret Superstar and TSIP.


Same goes to Priyanka bila dia menyerlah sebagai tonggak cerita ni. Dari being madly in love, being melodrama over her kids, be firm and strong, emotional wreck or even mentally psycho semuanya buat kita rasa dekat dengan watak Aditi.


She deserves the Best Actress award this year because she was just like magic in this movie. Suka sangat scene dia dengan Ishaan bila dia yakinkan anak dia yang setiap manusia ada warna langit tersendiri. Kalau Ishaan nak warna pink then dia akan support warna langit anak dia. Best decision she made for leaving Bharat and chose this movie instead.


Since movie ni genre family drama so tema dia more to warm concept and so does the visual. TSIP team did a great job dalam menghidupkan suasana tu. With great storyline, dialogue and visual, music score pun mainkan peranan jugak. Totally in love with Dil Hi Toh Hai nyanyian Arijit Singh.


I must say this is a family entertainer of the year. Thanks Shonali Bose for the story and congrats to Priyanka for having the first movie produced under her Purple Pebble Pictures. Movie first dah boleh sampai ke TIFF. Recommended to watch!


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Segmen Bloglist dan Banner Header Safirul Amar.Com

Saturday, 14 December 2019

Segmen Bloglist SafirulAmar.com