Drama Review : When The Camellia Blooms

Sunday, 8 December 2019


Director : Cha Yeong-hoon
Writer : Lim Sang-choon
Cast :  Gong Hyo-jin, Kang Ha-neul, Kim Ji-seok, Ji Yi-su, Oh Jung-se, Yeom Hye-ran, Son Dam-bi, Kim Kang-hoon, Go Doo-shim, Lee Jung-eun, Jun Bae-soo
Genre : Romantic / Comedy‎ / ‎Thriller‎
Running Episodes : 40 episodes
Release Date : September 18 – November 21, 2019
Production Company : Pan Entertainment
Distributor : KBS, Netflix


Sebelum ni dah cakap taknak tengok drama atau movie lakonan Gong Hyo-jin sebab dia suka bawak watak lepu tapi drama ni terpaksa jugak tengok sebab jalan cerita best dan character dia walaupun lepu tapi improved lah. Lagipun watak Kang Ha-neul tu hyper so tak bosan la tengok. Lagipun drama ni under production company Pan Entertainment yang famous dengan drama Kill Me, Heal Me & Fight For My Way.

Mengisahkan tentang kehidupan malang Dong baek (Gong Hyo-jin) yang ditinggalkan oleh ibu dia di tepi jalan pada umur 7 tahun dan membesar di rumah anak yatim. Bila dah besar, dia bercinta dengan pemain baseball terkenal Kang Jong-ryul (Kim Ji-seok) tapi lepas 6 tahun Jong-ryul tetap taknak dedahkan hubungan diorang in public. 

baek ambil keputusan untuk tinggalkan Jong-ryul bila dapat tahu dia mengandung sebab Jong-ryul tak mampu nak commit. Dong-baek pindah ke Ongsan dan buka bar dengan nama Camellia untuk sara diri dan anak dia, Pil-Gu (Kim Kang-Hoon).

Dekat pekan tu walaupun ramai yang bergosip pasal Dong-baek disebabkan status diri dia, pegawai polis Hwang Yong-Sik (Kang Ha-Neul) simpan perasaan dekat Dong-baek. Sebab sayang dengan Dong-baek, Yong-sik berjaya selesaikan kes pembunuh bersiri yang dikenali dengan nama Joker. Joker dah lama aim Dong-baek disebabkan dia saksi pembunuhan 5 tahun lepas di Ongsan.


Tak cukup dengan jirang yang suka bergosip, Joker yang selalu cari peluang untuk bunuh Dong-baek, kekasih lama datang balik untuk ambil Pil-Gu, mak Dong-baek pun muncul balik untuk minta Dong-baek, Jo Jung-sook (Lee Jung-eun) derma buah pinggang supaya dapat hidup.


Drama ni tak terhad dengan kisah percintaan Dongbaek dan Yong-sik je tapi strong dengan kisah pembunuhan bersiri Joker, friendship, family, kesusahan parents untuk sara anak dan ambil dari sudut si anak jugak. Walaupun panjang drama ni tapi best nak layan sebab jalan cerita dia cantik je dikarang.


Even the actors excel in their acting. Watak utama ataupun pembantu memang menyerlah dalam screentime masing-masing. Chemistry Hyo-jin dengan Ha-Neul nampak cantik dalam drama ni walaupun percintaan antara lelaki muda dengan wanita lebih berusia. Sebab karakter Yong-sik dalam drama ni rasa nak cari lelaki supportive macam dia walaupun muda lagi. Duit mungkin boleh beli semua benda dekat dunia ni tapi kasih sayang pun sama pentingnya jugak untuk hidup bahagia.


Suka dengan watak Hyang-Mi (Son Dam-bi) sebab dekat awal drama nampak dia pulun cari duit lepastu transfer ke luar negara. At first ingatkan dia berhutang dengan ahlong ataupun something worst dia pernah involved dulu rupanya ada twist dekat hujung drama. Sebak lah tengok kisah sebenar Hyang-Mi ni sebab dia antara watak yang hidup sengsara disebabkan keluarga selain Dong-baek.

Image result for when the camellia blooms

Since pekan Ongsan ni dekat dengan laut, banyak la makanan yang boleh buat kita terliur nak pulak Dong-baek dengan jiran-jiran dia buka restoran. Visual dalam drama ni dah la cantik, bila ada scene makanan lagi lah craving dibuatnya. Since drama ni genre rom-com, visual effects dia comel lah. Pandai team editing touch up guna props dalam scene tu. Even the posters looks great!


Bukan setakat jalan cerita, pelakon dan visual je cantik, even the dialogues pun padu. Emosi bila scene mak Yong-sik, Kwak Deok-Sun (Ko Du-Shim) dengan mak Dong-baek keluar sebab masing-masing ada sebab kenapa diorang buat apa yang diorang buat. Bukan senang nak jaga anak bila jadi ibu tunggal ni. 

“Regardless of how hard life can be, just you still existing, still living one day at a time, is a small miracle within itself”

Don’t worry. She was born to be a hippo. And when the hippopotamus gets pissed, it’ll take over Ongsan. People are idiots for looking down on a hippopotamus. Hippos don’t even roar. They don’t even bite. All they need to do is ram into their enemy.

Drama ni antara drama Korea dengan rating tinggi untuk tahun 2019, recommended to watch! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.9 = 9.2 /10

Negara Buku, Karangkraf Shah Alam


Dah hujung tahun ni memang banyak sales kan, so untuk buku ada diskaun murah sangat dari pelbagai publisher di Negara Buku ni. Lagi best bila sales ni non-stop. Boleh datang pukul berapa pun tak kisah. 



Bestnya kalau buat dekat Karangkraf ni, bab parkir tu tak ada masalah langsung sebab luas sangat. Cuma kecewa lah sebab nama je gempak, Negara Buku tapi buku dia sikit sangat. Dekat dalam dewan ni je lah yang ada pun.


Mostly buku yang dah lama dah pun. And yes mostly yang dah tak laku sebab rating rendah.


Beria datang ke sini sebab nak mencari buku fixi especially tulisan Kak Neddo tapi hampa sebab sebuah buku pun tak ada langsung. Banyak ni je buku terbitan FIXI. 


Mostly buku dekat sini berharga RM10. Okay la kalau dah lama cari certain books tapi kalau nak shopping sakan, di sini bukan tempatnya. Tak banyak pun yang I beli, dalam 10 buku je. Lama bertapak dekat sini pun sebab check rating buku tu dekat Google. 


Dekat dewan belakang ada lagi buku dijual tapi untuk kanak-kanak lah. Dekat sini yang bagusnya ada ruang menunggu yang selesa. Siap ada video games lagi. 


Supposedly minggu ni nak pergi Big Bad Wolf dekat The Mines tapi terima kasih lah kepada yang buat review BBW sebab dah tunjuk section buku FIXI tak banyak mana. Jimat duit minyak tak payah pergi sana. Kumpul duit tunggu Pesta Buku antarabangsa je nanti walaupun tak best buat dekat MAEPS. 

Fotogedik Di Aeon Mall Shah Alam

Thursday, 5 December 2019

Last week mencari Seoul Garden and since dah lama tak pergi ke Aeon Mall Shah Alam, saja lepak brunch dan dinner sekali dekat sana. 

Since kitorang sampai awal and SG buka jam 11.30 pagi, kitorang bergambar dulu dekat rooftop sebab tak ada orang. Angin pun just nice nak bergambar walaupun tak dapat effect selendang terbang langsung pun hari tu. Nooberssss kan memang begini lah. 


Alkisahnya entah dari mana entah datang plain maxi skirt ni. Dah la warna dia cantik pulak tu boleh masuk dengan blouse dan shawl. Ni la jadinya kalau beli secara pukal lepastu peram dalam almari.


At first kitorang bergambar dekat bahagian ni sebab apartmen tu nampak cantik tapi spoil pulak signboard kuning dekat dinding. 


Lepastu bergerak tepi sikit nak hilangkan signboard kuning tapi sipi je la dapat apartmen tu haha


Sudahnya pergi jauh dari apartmen tu. Biar je la kosong macam dalam gambar kat atas dengan bawah ni. Tapi masa ni dah panas sangat so yang ambil gambar dah sepet mata, sama sepet dengan yang posing. Apa yang keluar tu redho je lah walaupun tak cantik haha


This is my awkward pose sebab blouse ni sebenarnya agak besar dekat bahagian lengan lepastu shawl tu pun panjang kemain. Masa awal je nampak cantik, masa balik tu dah serupa apa entah gaya. 




I'm not good with editing so apps Photoshop Express ni paling mudah lah nak edit gambar sebab filter dia banyak sangat tapi yang selalu guna Vibrant, Bueno dengan Spring je. 3 gambar kat atas ni bertebiat la sikit guna Charm tapi macam tak banyak beza pun hshshshs

Semua gambar mampu diambil dari jarak jauh je la sebab muka tengah breakout lepas tukar pencuci muka. Hopefully sembuh balik supaya boleh habiskan barang makeup. Tahun depan boleh shopping :P

Tealive Mango Pop Pop Pearls Milk


Minuman baru keluaran Tealive bertemakan pop pop pearls dengan dua flavor - mangga dan strawberi. Harga untuk saiz regular, RM 7.90 meanwhile yang bersaiz besar RM 8.90 secawan. 

Selalu jugak nampak tweet kata pop pop ni sedap nak pulak bila dia meletup dalam mulut. So tergedik la jugak kaki ni nak pergi Tealive pilih pop pop mango. 


Agak kecewa la dengan menu ni sebab susu campur mangga dengan strawberi since I tak suka flavor strawberi. Gabungan dia tak berapa diterima tekak lah. Nasib baik pop pop dia banyak boleh lah selamatkan lidah dari tercemar dengan rasa strawberi. 


Puas hati kalau beli minuman ni walaupun mahal sikit sebab pop pop dia banyak. Bila meletup tu tak la melampau macam aiskrim Paddle Pop tapi boleh lah nak experience meletup dan melt dalam mulut. 


Even drinks dah habis pun, pop pop dia banyak lagi dekat bawah. Best bila makan pop pop banyak-banyak dalam mulut.

Lepas ni memang tak lah nak beli sebab tak suka strawberi but a nice experience for me anyway.
Last actress for this movie promotion finally! Kriti Kharbanda ni mungkin tak famous mana lah tapi suka tengok fashion style dia sebab dia suka dengan style yang simple but chic and funky.

1. Trailer Launch



Promotion events starts with trailer launch where Kriti keep it simple with only one tono colour for her main outfit. Kriti mengenakan corset dress berwarna oren dengan gabungan oversized belt berwarna oren dari koleksi Nauman Piyarji. 


Its a great thing bila Kriti pilih untuk kenakan solekan nipis di muka tapi lebih okay kalau Kriti do some ponytails for her hairstyle sebab gaya rambut dia tutup kecantikan earrings where I cannot find from which collection.

2. Casual Chic

I will vote this upper look because she looks super cute with that white oversized earrings dengan off shoulder white top with stylish printed. Super chic bila dia simpulkan top dia di bahagian tepi. 

Tapi untuk bottom part, agak tak sesuai bila dipadankan dengan mini ruffle skirt berwarna hitam dan heels berwarna neon hijau. Well one must go and I vote for that skirt. 

3. Denim Look


Aced the look dengan padanan off shoulder stylish layer top denim dari koleksi Topshop dengan tali pinggang denim dan seluar jeans. Kali ni Kriti buat pilihan tepat untuk gayakan semi ponytail dan serlahkan earrings berbentuk bersaiz besar berwarna emas. Love that lilac pump heels!

4. Going Tulle


Kriti memilih tulle off shoulder mini top berwarna merah dipadankan bersama seluar atas pinggang berpotongan lurus dan besar dengan warna yang sama dari koleksi Maiti Shahani yang bertemakan musim panas. Strap heels dengan warna yang sama dengan outfit. 

Hot Look of Kriti Kharbanda

Love her hairstyle and symmetrical circular extra size gold earrings dari Shoplune dengan solekan nipis dengan lipstick berwarna pink. Lagi cantik kalau dia go bold dengan lipstick merah pekat. Nampak lagi vogue and stylish.

5. Sizzling Tangerine


Warna yang sama dengan trailer event tapi kali ni Kriti nampak lebih menawan dengan satin tangerine dress dengan high slit dari koleksi Deme Love. Fun fact Deme Love adalah butik pakaian cinta hati Arjun Rampal, Gabriella Demetriades. 


Gaya rambut lurus dengan solekan tipis dihiasi dengan earrings berwarna emas dan strap heels metallic serlahkan gaya Kriti. This look is perfect! 

6. Floral Abstract


The best look! Floral abstract printed top dipadankan dengan mini skirt dengan corak yang sama serlahkan potongan badan Kriti dan gaya feminin. Perfect hairstyle with minimal makeup look dipadankan dengan pointed heels berwarna putih dihiasi dengan some accessories berwarna emas. Kinda vintage vibe sebab tu sekali pandang je terus cinta dengan gaya ni. 

7. Bare Minimum


Not a fan of this look walaupun simple je sebab gaya ni terlampau plain dan kosong. Kriti pilih untuk mengenakan bralette satin berwarna oren yang dipadankan bersama high waist satin pants dari koleksi ZARA. Masuk ni dah kali ketiga Kriti pilih tona warna oren. 

Dengan gaya rambut lurus dan lepas bebas tanpa sebarang aksesori kecuali seutas jam. But I do love her pointed heels dengan floral printed. Bila tengok heels dia waktu musim panas ni, rasa craving pulak aiskrim paddle pop. Looks nyumm!

8. Another Denim


Kali ni Kriti pilih bustier denim dan seluar denim dari koleksi Shahin Mannan. Tak jauh beza dengan gaya sebelum ni bila Kriti mengenakan solekan nipis dan earrings bersaiz besar. Sepasang strap heels neon melengkapkan gaya musim panas. 

9. Floral Fresh


Fresh looks dari Kriti bila dia mengenakan one off-shoulder mini dress dengan corak bunga kecil berwarna pink dan putih yang dipadankan bersama belt hitam dari koleksi Giambattista Valli x H&M. Sepasang pointed heels bercorak stripe, gaya rambut poytail dan solekan smokey lengkapkan gaya girl-next-door. 

10. Mini Lilac


Untuk outdoor promotion, Kriti pilih untuk mengenakan off shoulder mini dress berwarna lilac dan hiasan ropol organza putih. Dress mini berwarna lilac yang digayakan Kriti dari koleksi Appapop ni berharga Rs4k! Nampak simple tapi boleh rabak poket untuk copy gaya ni. Kriti nampak cantik dengan padanan pointed heels berwarna silver metallic. 

11. Beach Flair


Outfit dari pereka Bhumika Sharma ni boleh dipakai masa bercuti di pantai ataupun pergi traditional event. Padanan yang tepat dari Kriti bila gabungan cropped blouse bermotifkan corak abstrack berwarna putih dan merah yang dipakai bersama cape labuh dengan corak yang sama. 

Melengkapkan gaya musim panas dengan seluar berwarna beige dan heels berwarna krim. Bukan setakat outfit je tapi earrings dia pun sama cantik dengan makup neutral dan gaya rambut low braid. 

Most of her style memang simple dan cantik walaupun ada yang misfit but I enjoy watching her wardrobe for Pagalpanti movie promotion events. She looks happy and comfortable in her OOTD. Looking forward for her next event!

Blog Performance November 2019

Tuesday, 3 December 2019

I nak start dengan ayat tak sangka dah nak masuk tahun 2020 but pffttt how lame...



Makin nak hujung tahun ni makin busy dekat office maka makin malas lah nak update sebab balik rumah dah lemau dah. Habis je solat Isyak terus nak tidur. Nak reach 60 post pun tak mampu dah bulan ni. 

1. PV


Bulan November flat je momentum blog ni walaupun ada terpacak tinggi dekat tengah tu entah kenapa punca dia. Since stats ni tak dapat nak check macam Google so kita abaikan je la anggap je rezeki terpijak sebab membantu stats all time cecah target bulan November. 


Bulan Oktober target nak dapat 625k and dah cecah 631k. Hopefully bulan terakhir ni boleh dapat 650k pulak. Kalau tak dapat kita redho je sebab tak tahu dah nak fikir entri menarik untuk naikkan traffic. 

2.Post


Post bulan lepas paling sikit pun cecah ratus tapi bulan ni jatuh sikit and mostly post lama-lama yang naik balik macam Bak Hang Ataupun Baq Hang dengan DR : Girlfriend Aku Dari Neraka. Yang lain tu dah selalu nampak dekat popular post so tak heran sangat.


Tak banyak beza pun dengan all time popular post bulan Oktober cuma kedudukan dua post dekat bawah tu je yang berubah. Bulan Oktober, lirik lagu tu dekat second last, bulan November ni dia dah hujung tanduk dah. Mungkin bulan Disember ada entri baru masuk pulak. 

3. Keywords


Dekat Fashion Files I did mentioned pasal ada keywords appeared dekat blog ni pasal fashion kan? Bulan November nampak bervariasi lah keywords ni nak dibandingkan dengan sebelum ni. Ada pasal fashion, makanan, lirik lagu, info and movie. 

Sembang pasal keyword info ni, bulan lepas ada dapat email tanya tentang tampal gigi dekat Bangsar. Happy sangat sebab I jarang dapat feedback dari pembaca so bila my post dapat bantu orang I feel awwww 


Oh bulan lepas ada yang cari review movie Chhichhore bila movie tu dah masuk Netflix. Kinda happy lah sebab movie tu tak ramai yang tengok sebab pelakon baru tapi jalan cerita dia best! 

4) Bilangan Entri


Sama macam bulan Oktober, bulan lepas pun tak mampu nak cecag target padahal dah plan banyak entri nak up. Plan nak update tu banyak cuma masa tu tak jumpa dekat mana. Bulan November mampu pulun 36 je. 

Since I'm still on track untuk beat entri tahun lepas, bulan ni kena pulun 40 entri lah nampaknya. Patutnya boleh settle dah bulan November tapi itulah kita hanya perancang yang bakal gagal hshshshs