Night Of Fright 7, Sunway Lagoon

Friday, 15 November 2019

Dah lama tunggu 1 November datang sebab nak pergi NOF7 ni. Kira acara tahunan dekat Sunway Lagoon sempena Halloween lah sebab masuk tahun ni dah 7 kali Night Of Fright : Festival Of Fear  diadakan. 


Even hari tu demam tapi malam tu kuatkan diri jugak lah menapak ke sana sebab nak jumpa Baby Shark Du Du Du. K tipu, nak pergi sana sebab dah dapat ticket free. Nak jual dah tak sempat sebab baru siang tu kena demamnya. 


Silap masa datang tu habiskan masa ambil gambar dekat gate depan sebab tak sempat masuk banyak rumah hantu since malam tu memang kena beratur panjang. Disebabkan demam tak mampu la nak drive so order MyCar tapi driver pulak drive slow kemain padahal jalan tak sesak pun. 

Waze set 40 minit je tapi sejam lebih baru kitorang sampai itupun siap sesat lagi nak sampai ke Sunway Lagoon ni. Kecewa betul. Tapi bersyukur jugak la sebab malam tu tak hujan. Dah risau dah tengok awan cerah semacam. 


Bila dah masuk tu memang tak nampak jalan sebab gelap satu hal, ramai sangat orang wei! I sempat jumpa Kak Sunnah Sakura dengan Kak Su itupun salam express then berkejar kitorang pergi cari rumah hantu yang best. 

Sebelum masuk rumah hantu, kitorang bergambar dulu dengan hantu-hantu dekat sini. These two girls I think the most decent and pretty ghost lah dekat festival ni. 




Dekat festival ni ada jual cekak devil tu tapi pretty sure kena jual mahal dekat sini so I just skip that walaupun ramai yang beli. Ada jugak kaunter bloodshed untuk makeup muka dengan hiasan luka or blood splash and I decided to just skip that sebab muka jenis sensitif tak boleh sebarang tempek kang mula la naik rashes ataupun gatal merah bagai. 


Dekat festival ni ada je yang makeup over dari hantu sampai I pun dah tak tahu beza siapa pengunjung, siapa hantu. Sepanjang NOF7 ni banyak lah banner Realme sebab penaja bersama. Thanks Realme for the NOF7 ticket!


Awalnya nak masuk Voodoo House tapi panjangnya ya ampun so kitorang beratur dekat The Plague sebab nampak macam pendek rupanya dia punya queue pandai buat lencongan pulak dah. Sejam lebih kitorang tunggu turn. 



The Plague ni located belakang resting room semua hantu-hantu dekat NOF7 ni so bersepah la hantu yang kitorang jumpa sementara tunggu tu. Dengar orang menjerit pun ye jugak. Nasib lah dah dapat pesanan penaja supaya pakai baju nipis sebab memang panas sangat dekat situ. 


Dekat festival ni ada cart untuk you guys refill blood supply dalam badan lol. I teringat The Vampire Diaries bila nampak blood bags.


Lepas sejam lebih tunggu finally sampai la turn kitorang masuk rumah hantu. Masa tu dah syak ni rumah hantu yang pertama dan yang terakhir sebab dah nak cecah pukul 10 malam. NOF7 tutup pukul 11.30 malam. Sedih sangat tapi apa je la mampu buat haha


Kecewa jugak la masuk The Plague ni sebab tak seram langsung. Hantu pulak asyik kacau orang yang takut sampai naik rimas. I jerit 'Pergilah kacau orang lain' sebab kesian tengok orang depan menjerit takut. Dah la panas, gelap pulak tu. Kang ada yang injured tak memasal je. Dah la kena bergerak berkumpulan sebab semua kena pegang tali. Kalau yang sorang tu tak bergerak sebab takut, bila yang kitorang nak keluar kan?

The Plague paling annoying, hambar, menyakitkan hati, segala perasaan negatif la ada sebab tunggu sejam lebih sudahnya keluar macam tu je. I should've take that hint bila tengok orang yang keluar dari The Plague muka monyok habis. Rupanya sebab tak best. 


Rumah hantu kedua kitorang masuk The Hotel Deville sebab ramai yang cakap best and yes memang best! Dia tak seram pun sebab I boleh gelak dengan hantu-hantu kat dalam tapi decoration dia memang terbaik. Rasa macam dalam horror movie siap ada splash of blood, mayat berulat, hantu macam dalam movie, memang gempak lah! 

Even yang ni berjalan berkumpulan and we have to hold each other clothes or shoulder tapi laju je kitorang bergerak sebab tak gelap and orang paling depan yang lead. The Plague tu staff NOF7 yang lead that's why la slow gila. I have so much fun dekat The Hotel Deville tapi tak puas lah sebab hotel tu kecil je. 

Dah habis dekat situ, kitorang jalan-jalan dekat Bloody Food Street  dia. Tak lapar pun tapi suka tengok decoration dekat situ. Kreatif sangat dalam menghidupkan tema Halloween. 







Berjalan ke sebelah kiri festival, I dapat jugak jumpa Baby Shark!! Posing I dekat NOF7 mostly sepesen je sebab I demam so my brain cannot function properly lah. Nak pulak hp asyik hang malamtu sampai gambar jadi blurry. Idk why. T.T











Lepas bergambar dengan Valak, Annabelle, some of the ghost there, I masuk Animalium di Horrorwood Studios. Sementara menunggu tu banyak jugak hantu dekat luar ni tapi malas nak bergambar dah sebab muka dah lemau. Tudung pulak buat hal. 





Nak masuk dalam Animalium ni berkumpulan jugak tapi 4 orang je maximum. Tak seram pun dalam ni just bingit lah sebab konsep animal dalam cage tapi kena virus ke apa entah. Okay I just made up that part lol. Sebelum keluar kitorang bergambar tapi macam I cakap lah, hp problem so gambar pun tak cantik. 



Buang masa je kat sini sebab kalau cepat sikit boleh beratur masuk Sharknado Alive hshshs

Malam tu bukan setakat rumah hantu je tapi game lain pun ada jugak especially theme park pun open je kalau ada yang nak main. 





Dah cecah jam 11.30, kitorang jalan-jalan lepastu lepak dekat luar layan performance dekat stage. Since dah lewat sangat, kitorang blah sebab takut tak dapat MyCar pulak nanti. Hujung sekali ada mini concert tak silap tapi malas lah nak join the crowd. Dah la tak sihat, nak bersesak dengan orang lain memang tak lah. 


Anyway, though I started with some mehhhh moment tapi I truly enjoy jumpa semua hantu dan Baby Shark comel. Next year kalau dapat ticket free lagi, I pergi lah tapi tak nak masuk yang hambar dah. I pergi Festival ni nak have fun jerit-jerit tapi lol lain pulak yang jadi. 



Thanks for all the hantus sebab bertabah layan pengunjung even panas dan penat sebab hujung-hujung tu I lepak sekali dengan hantu-hantu yang dah penat dekat tangga lol. 

Burger King Mushroom Swiss King

Thursday, 14 November 2019

Dinner tadi decide makan dekat Burger King sebab dah lama tak makan dekat sini. Alang tak ramai orang, port asal nak makan pun tak buka lagi, me and Nora changed our plan to dine here. 

Nampak ada burger baru, Mushroom Swiss King, tengok poster macam sedap kan? 


Terpedaya dengan poster like all typical customer did, I order lah burger ni sebab mushroom cheese macam sedap je makan time hujan ni. 

Nora chose Crispy Chicken so yang besar tu dia punya and while mine yang kecil tu. Taste like king but the size looks like pauper. Harga untuk set ni RM15, lagi mahal dari Nora punya.


Dalam dia ada mushroom tapi tak banyak lah and since cheese dia banyak, rasa dia agak masin. Nak pula bila sampai part yang hujung tu. Seksa jugak nak habiskan. Lagi satu hal, kalau nak makan kena tunggu dia sejuk sikit sebab mulut hampir melecur makan panas-panas. 


Don;t think I will order this set again sebab mushroom swiss ni buat perut kembung berangin. Nak pulak kalau makan bila perut dah masuk angin sebab tunggu lama sangat order siap.

Double Tea, NSK


Last week singgah minum petang dekat sini sebab teringin nak rasa waffle pop dia. Nampak macam menarik je sebab tak pernah jumpa lagi dekat tempat lain. 


So I ordered waffle pop peanut butter sebab dia kata dalam tu ada kacang tumbuk. Dekat belah luar dia salut dengan coklat. My sister ordered waffle pop sausage salut mozarella cheese.


Sementara tunggu order siap, lepak dulu dekat sini. Deco not bad lah, selesa sebab bersih dan kemas.


Kalau tengah lapar memang tak boleh order waffle pop ni sebab ambil masa 15 minit nak siap. Jenuh jugak menunggu sebab dia kata sekejap je dalam 5 minit dah siap.


Tak sangka dia nak jimat sampai letak dua waffle dengan dua topping berbeza dalam satu bekas. Tak ke kembang tekak bila sos dengan coklat bercampur. Nasib tak banyak sangat.


Dia kata dalam tu akan ada banyak kacang hancur tapi yang banyaknya tepung je. Tak terasa pun kacang tumbuk bila makan. Bila waffle tepung tebal ni memang akan jadi muak lah cerita dia. Nak pula kalau isi dalam tak banyak macam ni. Tak mampu nak habiskan sebab perut sebu makan tepung. 

Waffle pop sosej okay lah sebab sosej kan besar, terasa la jugak bila makan. Cheese tak terasa sangat pun. Hambar. 


For drinks ordered Double Chocolate Boba, not bad lah rasa dia sebab coklat pekat. Bau pun wangi so no wonder lah ni signature drinks dekat Double Tea. 


Lepas ni kalau beli dekat sini memang akan beli drinks je lah. No more waffle pop.

Movie Review : Bala

Wednesday, 13 November 2019


Director : Amar Kaushik
Writer : Niren Bhatt; Karan Malhotra
Cast : Ayushmann Khurrana, Bhumi Pednekar, Yami Gautam
Production Company : Maddock Films, Jio Studios
Distributor : AA Films
Genre : Comedy/Drama
Running Time : 133 minutes
Release Date : 7 November 2019
Trailer :


Bertemakan self-love, Bala mengisahkan tentang kehidupan  Balmukund "Bala" Shukla (Ayushmann Khurrana) yang botak di usia muda. Disebabkan hal ni, dia ditinggalkan awek sejak zaman sekolah dia, Shruti dan hilang keyakinan untuk bekerja bila dia dalam team marketing dan perlu berjumpa dengan ramai prospek untuk jual produk kecantikan.

Dah pelbagai cara Bala buat untuk kembalikan rambut di bahagian tengah tapi semuanya gagal sampai ayah dia hadiahkan rambut palsu yang ditempah khas di dari Delhi. Awalnya Bala tak sanggup nak pakai rambut palsu tapi dia tak ada pilihan lain sebab dia nak sangat berjumpa dengan Pari (Yami Gautam), TikTok famous dan juga model baru company dia. 

Dari Kanpur ke Lucknow, Bala happy sebab penampilan dia bertambah segak dengan bantuan rambut palsu. Lagi bahagia hidup dia bila Pari pun jatuh cinta dengan Bala and decide untuk berkahwin. 2 bulan Bala di Lucknow dihabiskan dengan shooting dan upload video TikTok bersama Pari.


Bila habis outstation di Lucknow, Bala balik ke Kanpur dan berkongsi tips rambut lebat dengan kawan-kawan di kawasan kejiranan dia. Dia bangga hidup dia bila dia digilai ramai macam zaman remaja dulu dah kembali tapi rasa gembira tu sekejap je bila Pari datang dari Lucknow dan bagitau kawan dia kahwin dengan lelaki botak. Pari taknak jadi macam kawan dia. Dia nak suami dia handsome macam Bala.


Bala jadi takut bila Pari tahu hal sebenar yang rambut dia sebenarnya palsu. Dia nak confess beberapa hari sebelum kahwin tapi kawan-kawan dia halang. Bala confess through text message tapi masa majlis kahwin baru dia tahu dia tersalah hantar. 

Latika (Bhumi Padnekar) esoknya datang ke rumah marah-marah bila dapat tahu yang Bala create IG account dan cerahkan kulit dia supaya dia dapat banyak pinangan. Disebabkan marah, Latika terlepas cakap pasal rambut palsu Bala depan Pari. Pari yang tak mampu nak terima hakikat tu lari dari rumah dan minta cerai.


First half movie Bala memang penuh dengan scene komedi terutamanya bila Bala cari jalan untuk lebatkan balik rambut dia. Second half dah mula berat sikit bila Bala ditinggalkan Pari disebabkan rupa dia dan macam mana Bala tersedar yang dia dulu adalah society yang suka mengejek fizikal orang lain. Takdir ada cara tersendiri untuk suntik kesedaran tu dalam diri Bala.


Walaupun second half lagi intense dari first half tapi tetap ada scene komedi dari watak utama dan beberapa watak yang lain. Watak Bhumi sebagai Latika agak mengecewakan sebab boleh je production team ambil pelakon yang betul-betul berkulit gelap instead of gelapkan muka Bhumi. Bipasha Basu dengan Konkona Sen Sharma ada dan still aktif dalam industry. 

Muak tengok Ayushmann-Bhumi pun ye jugak sebab movie ni movie ketiga mereka berlakon bersama. Cuma kali ni chemistry tu makin berkurang mungkin sebab tak selesa off screen.


Paling suka tengok scene Bala-Pari sebab video TikTok diorang comel. Lagi best bila semua video TikTok diorang dari lagu-lagu hits Bollywood zaman 80-an dan 90-an. Yami Gautam menyerlah sangat dengan watak Pari. Power line dia bila dia kata dalam bilik air Bala ada cermin yang ditutup di bahagian atas. Kalau Bala sendiri tak boleh terima kekurangan dia, macam mana Bala expect Pari untuk tengok kepala botak dia?’


Music score  gubahan Sachin–Jigar terbaik untuk movie Bala. Tak banyak lagu dalam movie since lagu-lagu dari video TikTok dah banyak tapi single tracks untuk movie Bala pun menarik. Suka lagu Pyaar Toh Tha tapi sayang lah Ayushmann tak nyanyi sendiri lagu ni. I’m not a fan of Jubin so Ayushmann can do better with this song.


Visual, storyline, dialog dan lakonan semua watak baik yang utama mahupun supporting semuanya cukup rencah untuk sampaikan mesej self love kepada masyarakat untuk berhenti ubah diri sendiri supaya diterima masyarakat. Well done team Bala!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.8/10

Drama Review : Class of Lies


Director : Sung Yong-Il 
Writer : Jang Hong-Cheol
Cast : Yoon Gyun-Sang, Geum Sae-rok, Choi Yu-hwa
Genre : Thriller/Mystery
Running Episodes : 16 episodes
Release Date : July 17 - September 5, 2019
Production Company : JS Pictures
Distributor : OCN
Trailer:



Banyak jugak nampak recommendation untuk layan drama genre thriller ni dekat socmed. Weekend lepas marathon drama Korea yang mengisahkan tentang pembunuhan seorang pelajar perempuan,  Jeong Soo-ah (Jung Daeun) di apartmen mewah dia. 

Malang bagi kekasih dia,Kim Han-soo (Jang Dong-joo) jadi kambing hitam dalam pembunuhan tu bila dia dipaksa untuk mengaku sebagai pembunuh demi untuk selamatkan Soo-ah yang cedera teruk selepas ditikam. 


Peguam Gi Moo-hyeok (Yoon Kyun-sang) ditugaskan oleh bos dia untuk menjadi peguambela untuk Han-soo tapi dia terjumpa perkara yang tak sepatutnya dan reveal di mahkamah sampai menyebabkan keadaan jadi lebih teruk. Akibatnya dia dibuang kerja bila bos dia, Lee Do-Jin (Yu Seong-Ju) buat report dia terima rasuah dan seleweng duit syarikat. 

Sementara menunggu keputusan untuk perbicaraan tentang masalah disiplin, Moo-hyeok menyamar sebagai guru ganti, Gi Kang-jae untuk mencari sendiri rahsia pembunuhan pelajar sekolah di Chunmyung High School sebab dia tahu ada something yang fishy tentang pentadbiran sekolah tu. 


Bukan calang-clang pelajar yang bersekolah di situ sebab kebanyakannya datang dari keluara berada dan lebih mengejutkan lagi anak bos dia, Lee Ki-Hoon (Choi Kyu-Jin) pun antara top students di situ. Yoo Beom-Jin (Jun) sebagai ketua pelajar di sekolah tu dapat hidu motif sebenar Moo-hyeok dan arahkan yang lain untuk berjaga-jaga supaya rahsia tak pecah keluar. 


Jalan cerita COL di episod-episod awal nampak cantik especially scene buli yang memang top social problem di sekolah tapi bila sampai dekat tengah, dah mula longgar dan beberapa scenes nampak merepek. Menyampah sebenarnya dengan kehebatan telinga watak dalam drama ni sebab power betul boleh dengar conversation orang lain walaupun jauh kemain. 

Tak suka bila director buat watak Moo-hyeok, Ha So-Hyun (Keum Sae-Rok) - guru kaunseling dan Prosecutor Cha Hyun-Jung (Choi Yu-Hwa) bergaduh nak tonjolkan siapa hebat padahal masing-masing tengah mencari misteri yang agak besar. Kalau bergaduh tapi cantikkan jalan cerita okay lah tapi dalam drama ni mencacatkan and certain scenes jadi draggy and wasted. 


Sakit hati jugak tengok kelemahan watak So-hyun macam dia baru masuk dekat sekolah tu sebab tak aware dengan masalah pelajar dekat situ sedangkan agak ketara. Banyak benda yang dia tak tahu sampai mengacau kerja Moo-hyeok. 


Dekat hujung paling kecewa lah sebab lemah habis, rushing dan watak utama dimatikan macam tu je dan tinggalkan tanda tanya yang agak besar. Sedih la sebab awal cerita nampak strong tapi end up macam malas nak cara dah. Sepatutnya buat 10 episod je sebab drama ni agak slow pace dan draggy. 


Lakonan semua watak bagus especially Kim Myung-Ji sebagai Na Ye-Ri walaupun baru first time berlakon drama. I think easy for her to pull off the character sebab relate dengan dia - student yang nak debut sebagai idol. Since drama ni banyak watak sebab bertemakan pelajar sekolah, ada certain character yang tak dapat screentime macam watak Prosecutor Cha tiba-tiba ada, tiba-tiba hilang padahal watak dia boleh tahan penting jugak lah. 


Since production company drama ni OCN so you guys boleh enjoy dengan visual yang cantik cuma annoying dengan music score dia sebab scene tu tak suspense mana pun tapi music over kemain sampai lari mood nak tengok. 


For me, drama ni average je lah, so so je la nak layan. Not really recommend sebab jalan cerita dia yang tak kemas dan somehow merepek. Watak utama menyamar dengan pakai spec je, kau rasa?

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 6.5/10