Drama Review : Sky Castle
Wednesday, 18 September 2019
Director : Jo
Hyun-tak
Writer : Yoo Hyun-mi
Cast : Yum Jung-ah, Lee Tae-ran, Yoon Se-ah, Oh
Na-ra, Kim Seo-hyung, Kim Byung-Chul
Genre : Drama/Comedy
Running Episodes : 20
episodes
Release Date : November
23, 2018 – February 1, 2019
Production Company : HB
Entertainment
Distributor : JTBC,
Netflix, iflix
Drama tertinggi rating dalam
sejarah drama Korea ni bertemakan tentang education system di Korea especially
dalam bidang medik, tentang pressure dari keluarga bila anak akan prepare untuk
ujian kelayakan masuk ke university. Kalau di India pressure dalam bidang
kejuruteraan, di Korea more to medic bilamana parents bangga anak terpilih
masuk belajar di Seoul National University Medical School.
Sebagai Asian, kegilaan parents
dalam education system ni bukan something yang luar biasa pun tapi agak menarik
bila jalan cerita ni bagi kesedaran kepada parents bila director highlight
competition yang tak sihat antara Kang Ye-Seo (Kim Hye-Yoon) dengan Kim Hye-Na
(Kim Bo-Ra) sampai sanggup membunuh.
Disebabkan kegilaan penduduk di kediaman Sky Castle ni lah yang mendorong Lee Soo-Im (Lee Tae-Ran) untuk menulis novel dan bagi kesedaran kepada awam supaya perkara ni berubah lepas dia dapat pindah masuk bila Hwang Chi-Young (Choi Won-Young) naik pangkat ke department tulang belakang di hospital besar.
Lagi sedih bila students yang
ambil coaching class dengan Kim Joo-Young (Kim Seo-Hyung) memang akan dapat
masuk ke Seoul National University Medical School lepas bayar 3 juta tapi
takkan mampu survive pun sebab pressure lagi tinggi dan Coach Joo-young guna
illegal method untuk pastikan students di bawah coaching class dia berjaya
masuk.
Bukan setakat students je yang
stress sampai hilang pedoman tapi keluarga pun akan pecah belah macam director
tunjuk pada awal drama bila Lee Myung-Joo (Kim Jung-Nan) bunuh diri bila anak
tunggal kebanggaan dia nak putuskan hubungan dengan keluarga disebabkan stress.
Sama jugak dengan keluarga
President Cha Min-Hyuk (Kim Byung-Chul) dan No Seung-Hye (Yoon Se-Ah) bila anak
perempuan kebanggaan diorang menipu dapat masuk ke Harvard tapi kantoi menipu
bila Harvard tuntut ganti rugi.
Bila tengok drama ni bukan
setakat sedih dengan anak-anak sebab stress hidup dikawal dan diatur supaya
dapat banggakan parents tapi kesian juga dengan parents bila masing-masing cuba
sehabis baik supaya masa depan anak-anak cerah. Sometimes mungkin agak extreme
tapi dunia dekat luar lagi kejam sebenarnya.
Mungkin dalam drama ni director
dan team Sky Castle cuba untuk highlight mesej yang tak semestinya kena belajar
untuk nampak berjaya dan pentingkan kebahagiaan diri dekat hujung drama tapi
macam tak bagi impak sangat bila Hwang Woo-Joo (Kang Chan-Hee) ambil keputusan
terburu dan ikut emosi. Mungkin betul dia boleh survive tapi dia ada wealth
privilege yang tak semua orang ada.
Even tema dan plot jalan cerita
drama ni agak berat tapi director pandai olah supaya nampak terhibur dengan
sarcasm dari Han Seo-Jin (Yum Jung-Ah), keluarga kelakar Woo Yang-Woo (Jo
Jae-Yun) dan Jin Jin-Hee (Oh Na-Ra) dengan anak lelaki comel diorang Lee Yoo-Jin (Woo Soo-Han). Paling terhibur scene President Cha dengan piramid dan perangai iri dengan jiran dia.
Suka tengok Jin jin spend time
dengan anak dia bila dia nampak anak dia stress belajar walaupun kadang over
jugak dia sayang dengan koleksi pinggan mangkuk. Menangis jugak tengok dia cari
anak dia sebab lari dari rumah.
Director pun highlight yang tak
semestinya berjaya masuk ke Seoul National University Medical School tu dan
jadi presiden di hospital pun akan bahagia even umur dah menginjak puluhan
tahun macam watak Kang Joon-Sang (Jung Joon-Ho) ataupun teori kebahagiaan
President Cha.
Sebelum ni layan lakonan Choi Won-Young dengan Kim Byung-Chul dalam Doctor Prisoner, kali ni dalam Sky Castle dengan watak yang berbeza. Sebab masing-masing pandai berlakon, even dengan body language pun dah boleh hidupkan suasana. No wonder lah Kim Byung Chul ni boleh menang Best Supporting Award di 2019 (55th) BaekSang Arts Awards.
Recommended drama to all K-drama
lovers and I guess kalau bukan peminat drama Korea pun boleh layan jugak untuk
ambil pengajaran dari segi pendidikan dan parenting. Kalau perasan dalam drama Sky Castle cameraman selalu fokus dekat family potrait, try la baca dekat sini macam mana tafsiran dia buat untuk setiap family di Sky Castle.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.9, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.9/10