Minggu lepas masa singgah Petronas ternampak Nescafe Mocha Hazelnut, flavor baru and it turns out yummy sebab I suka mocha pastu dia tambah pulak hazelnut rasa berlemak and bau wangi.
Tapi sayangnya flavor ni limited edition so tak tahu dekat mana je yang ada and sampai bila dia akan ada. Dah cari dekat NSK sebab nak borong tapi tak ada. Either in can or 3-in-1, both none existed.
Hopefully flavor ni cecah target marketing team Nescafe sampai diorang decide untuk stay. Pretty pleaseeeeeee!
Ever since kid, takut sangat dengan jarum. Everytime doktor datang nak buat injection mesti gigil lutut bila sampai turn nak kena inject. Berdoa kuat dalam hati mak akan tanda bahagian allergic tapi mana ada alahan apa-apa.
Pernah jugak doctor inject sampai berdarah. Fuhhhh menyengat betul rasa dia. Kawan tolong pinjam bahu sebab jari kena cucuk untuk ambil darah tengok tahap kadar gula pun ada jugak.
Tapi masuk umur 21 dah malas nak hidup sebagai seorang yang takut dengan jarum. Start beranikan diri kena inject turns out tak sakit dah pun lepas tu. Ever since dah set satu goal nak derma darah tapi tak pernah ada rezeki. Asyik terlepas je tarikh program ataupun program tu jauh sangat.
Bulan lepas MBO buat program derma darah besar-besaran di semua cawangan seluruh negara so I dapat join dekat MBO Citta Mall. Dah clearkan schedule nak pergi derma darah hari Ahad dekat sana. Being such a lucky person on my first experience I dapat jadi peserta Lucky 100!
Tak ada apa yang special pun cuma orang sana excited cecah target, I excited sebab berjaya tunaikan impian hidup gittewwww
Start dengan isi borang untuk menderma lepastu check jenis kumpulan darah, mine is O & few months back ada announcement dekat radio yang darah jenis O dah kurang dekat blood bank sebab tu lagi semangat nak join.
Lepas dah dapat tahu jenis darah, kena check blood pressure semua then dapat sebotol air untuk diminum sebelum derma. Sementara tunggu kita ambik gambar dulu hshshshs
Bila dah sampai turn, nurse akan inject jarum dekat tangan. Jarum dia agak besar tapi buat tak nampak lagipun tak rasa sakit masa dia cucuk. Terasa sebenarnya tapi kita steady okay.
Supposedly 5 minit je tapi darah slow pulak dah, mungkin dah lama sangat dalam badan so dia syahdu nak pergi. It's okay, you will be okay :')
Dah penuh 1 pin, nurse datang untuk keluarkan jarum lepastu bagi kapas untuk lap darah then letak plaster. Sebelum balik kena rest lama dekat katil around 10 minutes kot. Kerusi sebelah sangat lama sebab dia pening sampai tak boleh bangun.
Lepas nurse check tak ada rasa pening atau loya apa semua, dah boleh bangun pergi bahagian goodies bag. Sebelum derma tu tak tahu pun ada apa dekat dalam. Masa dapat tu dia bagitahu ada 2 tiket percuma valid sampai November nanti.
Dapat 2 papan Folic Acid dengan Iron vitamin, vouchers, tisu and jajan semua ni dari penganjur yang terlibat.
So this is my blood donation book, my aim nak penuhkan satu buku starting from now. Though lepas derma darah tangan rasa lenguh sangat lepastu lebam besar but it is soooooooo worth it.
Fun fact bila kita derma darah kita selamatkan 3 orang pesakit yang memerlukan and another fiction fact, vampires are waiting to recharge their energy. #TeamVampireDiaries hshshs
Okay ni serious, derma darah boleh kurangkan risiko sakit jantung dan kanser, lepas derma kita akan rasa aktif sebab badan kita produce darah baru tapi yang paling penting haruslah badan kita bakar kalori. Tapi tak jalan jugak lah kalau lepas derma pergi minum boba tea hshshsshs kbai.
Lirik Lagu Tak Tahan - Nubhan
Monday, 2 September 2019
Agak lama Nubhan hilangkan diri lepas busy dengan business dia. Sekarang Nubhan buat comeback dengan single Tak Tahan dengan genre pop dangdut?
Hasil gubahan lagu Ressa Herlambang & Rizky di bawah label NAR Records ni agak catchy. First time dengar pun dah boleh layan tapi tak berapa suka dengan lirik dari Merak Bersyair sebab dekat part bridge ada lirik macam tak kena je. Part chorus pun sama dengan word keles.
Kecoh sekarang ni bila ramai yang bash MV Nubhan sebab penari lelaki tak berbaju tapi Nubhan dah nafikan tiada sebarang gimik untuk cari publisiti. Dalam MV penari dah cantik dah dengan visual and lighting cantik semua tapi Nubhan pakai tak kena tema satu hal, menari pun malas. Harapkan muka ala Korea je lah.
Lirik Lagu Tak Tahan
Penyanyi : Nubhan
Lagu : Ressa Herlambang & Rizky
Lirik : Merak Bersyair
Label : NAR Records
Engkau cantik juga menarik
Ku tak tahan ingin melirik
Aku jadi jatuh hati
Bolehkah ku suka padamu
Memang cantik dirimu
Ku ingin jadi milikmu
Aduh aduh ku tak tahan
Abang tak bisa melawan
Duh Adik sungguh menawan
Keles sekeles sekeles ah
Aduh aduh ku tak tahan
Abang tak bisa melawan
Duh Adik sungguh menawan
Keles sekeles sekeles ah
Engkau cantik juga menarik
Ku tak tahan ingin melirik
Aku jadi jatuh hati
Bolehkah ku suka padamu
Memang cantik dirimu
Ku ingin jadi milikmu
Aduh aduh ku tak tahan
Abang tak bisa melawan
Duh Adik sungguh menawan
Keles sekeles sekeles ah
Aduh aduh ku tak tahan
Abang tak bisa melawan
Duh Adik sungguh menawan
Keles sekeles sekeles ah
Penulis : Shaz Johar
Penerbit : FIXI
Helaian : 299
mukasurat/ 36 bab
Genre : Misteri
Tarikh Cetakan :
Cetakan Pertama – November 2012
Cetakan Kedua –
Disember 2012
Cetakan Ketiga – Mac 2013
Cetakan Keempat – April
2013
Cetakan Kelima –
September 2013
Cetakan Keenam –
April 2014
Cetakan Ketujuh – Mei
2014
Harga : RM 20
Sinopsis :
Review:
Antara novel betseller circa 2012
hingga 2014. Baru sekarang dapat baca kisah di sebalik Mental ni. Mengisahkan
tentang Maya yang bekerja sebagai orang gaji di rumah Tuan Jin, Sierra dan dua
orang anak – Rashid dan Nia.
Cerita bermula bila Maya larikan
diri dari rumah gila bila dia dah tak tahan dan jumpa dengan Kisha di bus stop
yang dah 5 tahun tunggu kekasih hati datang. Maya rasa Kisha buat kerja
sisa-sia tapi Kisha okay je sebab dia dah biasa hidup macam tu.
Maya pun buka cerita tentang
kehidupan dia di rumah gila sebab dia nak share beban yang dia tanggung.
Lagipun dia bukannya jumpa Kisha lepas ni sebab tu syarat dia bercerita. Kalau
jumpa pun buat tak kenal je.
Tuan Jin bukan setakat majikan
dia tapi ada hubungan sulit juga dengan Maya. Setiap hari jam 11 pagi Tuan Jin
akan balik untuk dapat ‘habuan’ dia. Puan Sierra pula selalu sakit dan busy
dengan kerja dekat luar. Rashid ada penyakit BIID – Body Integrity Identity
Disorder bila dia benci dengan mana-mana anggota tubuh badan dia. Macam kes
Rashid dia benci dengan tangan kanan dia sebab dia kata tangan tu buruk dan
kepunyaan hantu. Nia pula cuba untuk belajar agama Kristian.
Hari Maya penuh dengan kerja
rumah dan kena layan kerenah semua ahli keluarga Tuan Jin. Hari cuti pula dia
luangkan masa dengan Benjamin, jiran sebelah rumah yang syok dengan dia. Maya
suka jugak tapi takut kalau Tuan Jin dapat tahu. Tambah pula Rashid bagitahu
Benjamin bunuh orang gaji dia, Yanti.
Rashid selalu ugut Maya untuk
potong tangan kanan dia kalau tak, Rashid hantar gambar Maya dengan Tuan Jin tengah
overtime. Dalam usaha untuk ubatkan Rashid, Dr. Salman cuba untuk berjumpa
dengan Maya sebab nak korek tentang Raudhah yang hilang beberapa tahun yang
lalu.
Jalan cerita first half novel
Mental ni banyak berkisar tentang keluarga Tuan Jin dan hubungan Maya dengan
Benjamin. For me, watak Maya agak annoying. Dia nampak macam konservatif dan
orthodox tapi justify perbuatan diri dia supaya nampak normal padahal dia pun
sama gila je dengan keluarga Tuan Jin.
Entah apa masalah dia dengan Puan
Sierra entah. Kalaupun Puan Sierra nak bercerai dengan Tuan Jin tu bukan
masalah dia. Bak kata Puan Sierra, kalau dia tak dapat companionship dari Tuan
Jin macam apa yang dia harapkan di awal perkahwinan, kenapa Maya nak sibuk?
Maya jugak perosak kebahagiaan Puan Sierra dan Tuan Jin.
Penulis terlampau banyak
elaborate details yang tak perlu sampai rasa draggy bila baca novel ni.
Sudahnya baca dialog je itupun menyampah dengan karakter Maya sebab monolog dan
dialog dia tak bagi impak kepada cerita pun. Cuma merapu dan bermain dengan
perasaan sendiri je.
Sayang sebab penghujung cerita ni
ada plot twist yang agak mindblowing walaupun predictable dekat beberapa bab
sebelum tu. Nak sampai ke penghujung cerita tu agak seksa lah sebab nak kena
hadap perangai Maya dulu. Suka baca part Maya dengan Benjamin sebab watak
Benjamin agak cantik diolah, nampak bijak dan penyabar.
All in all I lega dah habis baca
novel ni. Kalau penulis kembangkan banyak sikit cerita di hujung dan tambah
lagi misteri Raudhah dan Maya, tambah lagi part Benjamin maybe lagi menarik. Hujung
cerita je ada genre misteri tu, awal cerita lebih kepada drama dengan vulgar
scenes which not so recommended.
1. Author +0.6, 2.Plot +0.5, 3. Genre +0.5, 4.Social Message
+0.2, 5. Personal Thought +0.4= 2.2/5
Bulan ni terlambat sikit sebab cuti kan, malas betul rasa nak update entri. Berjalan saja kerjanya. Sebelum kita update entri yang lain, kita update report card ni dulu.
1. PV
Tak banyak berbeza pun dengan bulan lepas bila graf sama tinggi je dekat tahap 1000, ada jugak yang tak cecah tapi ada la beberapa hari je. Yang lain 800 ke atas setiap hari. Dari bulan lepas dah agak tak mampu nak update macam sebelum ni sebab dah start busy dengan kerja cuma aim tak bagi jatuh teruk sangat.
4. Audience
1. PV
Tak banyak berbeza pun dengan bulan lepas bila graf sama tinggi je dekat tahap 1000, ada jugak yang tak cecah tapi ada la beberapa hari je. Yang lain 800 ke atas setiap hari. Dari bulan lepas dah agak tak mampu nak update macam sebelum ni sebab dah start busy dengan kerja cuma aim tak bagi jatuh teruk sangat.
Yang aim bulan lepas dah cecah. Aim 556k, berjaya cecah 557k so bulan ni kita aim 602k pulak. Hopefully boleh dapat lebih dari target ni. Tapi tak ada idea pulak nak buat apa. Oh ya, bulan ni cuti banyak kan, so kita try blogwalking lebih sikit.
2) Post
Tak banyak beza pun untuk Popular Post, masih lagi ramai yang cari 8 Cara Kurangkan Hutang Negara ni. Nak pula hutang kita makin bertambah bukan makin berkurang. Rasanya lepas kebanyakan projek negara siap, baru hutang berkurang.
Movie Siccin menjadi kegilaan sekarang ni sebab Siccin 6 baru je keluar cinema hari tu. Siccin 1,2 dengan 3 ada dekat Weekly Popular Post. Ada yang request buat full sinopsis movie Siccin. Hey memang tak la sebab cerita hantu kot. Kita tengok sekali je, haritu pun berteman. Siccin ni dah la plot tak best sangat, jumpscare je lebih.
Predictable lah kalau Siccin masuk dalam All Time Popular Post kalau dah entry dia je yang ada dekat Popular Post Daily and Weekly. Lirik Lagu Sumandak Sabah dah keluar dah dari All Time, kena ganti dengan Lirik Lagu Oi Gaman pulak.
3. Keywords
Keyword penuh dengan tampal gigi je, tak macam bulan lepas penuh dengan hutang negara dan lirik lagu Bukan Cinta Aku.
Weekly keyword nampak la ada variasi sikit walaupun ada yang merepek cari ikmal amry sexy. Dekat blog ni pernah update jumpa Ikmal dekat Pesta Buku je okay itupun sembang pasal betapa flawless dan wanginya dia. Okay tipu, mungkin sebab dalam Voice Note ada scene Ikmal bukak baju ataupun dalam drama Gantung dia jadi ganteng.
Bulan lepas blog ni kehilangan audience dari Brunei! Bulan Julai ada 147, bulan ni keluar carta dah. What makes them gone? Idk. Audience dari Indonesia pun berkurang padahal banyak movie review movie Indonesia. But anyway, hye UK!
5. Bilangan Entri
Kalau bulan lepas happy sebab jumlah entri mencecah sampai 60 entri, bulan ni kita behave sikit sebab tak sempat nak update walaupun banyak je entri boleh update. But still keluar dari zon 30 entri. Bulan September ni try la naik balik sampai 60 sebab banyak cuti.
Aim nak kalahkan jumlah entri tahun lepas, total lagi 196 entri so kalau pulun dari sekarang, boleh la kot dapat itupun kalau maintain 60 entri hahaha berangan itu indah. Nak pulun tu tak mampu. 500 tu jauh lagi nak kejar. Fuhhhh
Tutorial | AR Post
Sunday, 1 September 2019
Masa awal masuk kerja dekat office baru memang tak tahu menahu langsung pasal AR post ni bila lawyer suruh I pos surat kepada opponent guna AR post. Merangkak jugak mencari tutorial macam mana nak guna AR Post ni. Dah Google tapi tak ada pun tutorial macam mana nak guna AR post. Yang ada keluar cuma penerima dapat atau pengirim berjaya hantar AR post.
Beza AR post ni bila kita hantar surat, pihak Pos Malaysia akan hantar kembali kad berwarna kuning ni sebagai jawapan sama ada penerima terima surat kita ataupun enggan terima. Sama ada terima atau tolak, penerima tetap kena bagi jawapan dan sign.
Kalau penerima dah pindah ataupun pengirim tersalah alamat, pihak Pos Malaysia akan kembalikan balik dalam masa seminggu atau lebih dari tu. Nak buat AR post ni agak senang sebenarnya tapi kena ada banyak item dan steps lah.
For sure kena ada AR card, sticker AR, borang AR post dan juga setem (kuantiti setem mengikut berat dokumen/parcel). AR card dengan sticker AR ni boleh dibeli di mana-mana cawangan Pos Malaysia dengan harga RM4.10 (harga pada Jun 2023). Harga mungkin berubah dari semasa ke semasa ye.
1. Kad AR
First step, just isi details kita sebagai pengirim dan penerima di ruang yang disediakan di sebelah kiri AR post tu.
Sebagai contoh:
Sebagai contoh:
Ram Reza & Muhammad,
Chambers Unit E-7-02, Jln PJU 1A/7A,
Oasis Square Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Nak senang, guna cop syarikat yang lengkap dengan nama, alamat dan no telefon syarikat tempek je dekat bahagian pengirim tu.
Semua pembelian kad AR Track 7 (sekarang dah bertukar Track 9) akan dapat sticker putih dan beberapa bar code untuk kegunaan pejabat Pos Malaysia, simpanan penerima dan juga pengirim.
2. Sticker AR
Langkah kedua, ambil bar code kedua (FOR AR CARD PURPOSES) pada sticker dan tampal di No. Pos Daftar macam gambar di atas.
3. Borang AR
Langkah ketiga, ambil bar code ketiga (Customer's Copy) dan tampal di Borang AR post macam gambar di bawah. Dalam borang AR post ni cuma kena ada nama penerima dan alamat penerima. Kalau ada lebih dari satu penerima boleh je isi dalam satu borang.
Kalau tak tahu macam mana nak buat borang AR dan perlukan sample, kindly contact I dekat farhannajafri@gmail.com untuk dapatkan borang tu. I dah pernah letak link but it seems ramai sangat ubah itu ini sampai hilang format asal.
*Untuk bar code kedua iaitu (Office Use Only) tu biarkan saja di sticker sebab itu untuk kegunaan posmen yang menghantar dokumen atau parcel you guys.
Note*: Sebelum ni berbeza sikit penggunaan bar code Office Use dan Customer's Copy dalam tutorial entry ni. I baru dapat guideline baru dari Pejabat Pos Kelana Jaya. Kalau tak confirm, boleh tanya dulu pegawai Pejabat Pos area korang sebelum proceed sebab cara mungkin berbeza ikut pegawai.
5. Sticker & Setem
Dah selesai semua steps dekat atas, boleh buka sticker Track - ON 7 dan tampal dekat hujung sebelah kanan sampul surat. Sebelah sticker tu tampal setem biasa macam dalam gambar di bawah ni.
6. Penyerahan Di Kaunter
Dah settle semua, kepilkan borang AR dengan sampul surat dokumen dan serah dekat kaunter. Bila pihak pos Malaysia dah check, nanti dia akan cop di bahagian bawah borang AR post sebagai tanda terima.
7. Pengiriman AR
Lepas penerima dah dapat surat tu nanti, posmen akan hantar AR post kepada kita macam dalam gambar bawah ni. Paling lewat pun seminggu tapi kalau Pos Malaysia diam je, ada eloknya you guys call diorang. Takut kena peram dekat transit sebab penerima tak ada ataupun masalah dalaman transit.
Nak check movement AR, sama je macam check movement surat atau parcel di laman web Pos Malaysia.
Senang je buat AR post ni tapi kalau first time tu mungkin akan pening main dengan sticker barcode tu. Guess that's all for now, hopefully yang mencari boleh dapat pencerahan dekat entri ni.
Dua minggu lepas kawan dekat tempat kerja lama call ajak lepak dekat The Captain Steamboat & Grill di Meru, Klang. Katanya tengah ada promo harga seorang RM20 dari harga asal, RM25.
Dari Subang Airport ke tempat ni agak jauh la, dalam setengah jam macam tu. Jadi renyah bila kena masuk jalan kampung dekat kawasan belakang and mostly lalu ikut jalan Shah Alam 2 yang tengah dalam construction.
Untuk orang Meru mungkin dah agak famous kot kedai makan steamboat ni sebab selalu jugak keluar dekat Twitter and mostly kedai ni akan penuh. Ni pun datang lepas buat reservation sebab plan asal kena anjak tarikh bila kedai fully booked.
Dekat sini agak luas cuma tempat untuk park kereta agak terhad. Boleh je nak park dekat belah belakang kedai cuma tak luas mana lah. Untuk parents yang bawa anak-anak datang boleh biar diorang main dekat playground yang kedai ni sediakan.
Selection makanan tak banyak sangat sebab mostly pilihan makanan banyak frozen processed foods je. Makanan ready made quite menarik jugak bila diorang sediakan sup tulang, nasi lemak dan makanan bergoreng yang lain. Tapi kalau datang time peak hour memang melepas lah sebab ramai.
Quite disappointed dengan drinks section sebab sepatutnya ada kopi o tapi habis. Dua-dua coffee maker ada teh o. Air pun tak banyak pilihan, ada air sirap dengan air oren je. Untuk air putih, boleh ambil sendiri dekat water filter tepi kaunter.
Dekat Captain Steamboat ni boleh lepak lama tanpa perlu risau pasal waktu solat sebab ada surau disediakan.
Tak banyak pun boleh pilih dekat sini sebab makanan ready made cepat habis, makanan seafood pun tak banyak. Ada udang je masa datang haritu so agak turn off lah nak makan. Masak mana ada je.
Next time mungkin dah tak datang kot sebab pilihan tak banyak lagipun tempat ni agak jauh dari rumah.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)