The Secret Garden, One Utama
Wednesday, 7 August 2019
Dah lama nak jejak kaki dekat sini tapi tak pernah sempat. Last month sementara tunggu movie Judgementall Hai Kya tayang, jalan-jalan dulu dekat The Scret Garden di rooftop One Utama ni. Such a great idea tau letak garden dekat bahagian atas daripada biarkan kosong.
Nak naik atas ni ambil masa jugak lah sebab lift yang sama dengan bangunan mall. Malas nak tunggu sebab dah mencecah belas minit tunggu sudahnya naik tangga je sebab dua floor je pun. Tangga dia bersih dan tak creepy sebab dekat tangga tu laluan ke bowling dan pusat karaoke so tak sunyi sangat.
Yang bestnya dekat The Secret Garden ni, untuk masuk percuma je! Pergi dekat kaunter tu cuma isi nama dengan waktu masuk lepastu dah boleh start bergambar.
Dekat The Secret Garden ni ada pelbagai jenis tanaman especially pokok bunga lah either yang you guys dah biasa tengok ataupun jarang jumpa. Dekat setiap pokok ada tag nama so sambil berjalan tu sambil berkenalan dengan alam flora.
Kaktus ni antara Top Instagram Spot di The Secret Garden ni tapi tak banyak pun. Not sure lah yang lain dah mati ataupun dah kena curi orang.
Ruang The Secret Garden ni berkeluasan 30,000 sqft and fun fact for you guys taman cantik ni merupakan rooftop garden yang paling besar di dunia. Kalau rekod ni belum dipecahkan la. One thing for sure, taman ni dah pernah menang award dari Tourism Malaysia.
Bukan setakat pokok je, ulam pun bersepah dekat sini. Pegaga dia memang kenyang makan sebab besar gedabak. Pokok cekur hitam pun banyak dekat sini.
Dekat The Secret Garden ni ada satu kolam kecil penuh dengan pokok teratai di bahagian tepi dan juga air terjun buatan. Teratai yang berlekuk macam pinggan tu teratai terbesar di dunia, Victoria Amazonica nama dia.
Ada jugak pokok buah yang kena tanam dekat atas ni tapi tak la besar mana just tanam untuk disemai lepastu mungkin dijual kot. Sebab yang ada dekat sini kebanyakannya dalam polybag dan tak besar sangat.
Hydrangea pun ada dekat sini tapi tak berapa nak merimbun sangat bunga dia, mungkin sebab tak dapat air yang banyak kot ataupun bukan musim dia nak berkembang banyak sangat. But still happy dapat tengok hydrangea ni. Cantik!
This one is my fav! Arabian Jasmine nampak cantik sangat tapi daun dia macam daun pokok kunyit ataupun temu so tak tahu lah bunga pokok temu ke bukan. Macam nak tanam tapi mesti dia nak matahari memancor direct.
Kalau ikutkan ada 600 spesies tanaman dekat taman ni yang dijaga dengan rapi oleh staff One Utama. The Secret Garden ni sebelum dibuka untuk orang awam pada 25 May 2009, taman ni dah wujud 5 tahun sebelum tu sebagai projek rahsia.
My post quite berterabur sebab I pun dah tak ingat laluan dia macam mana, plus ikut suka kaki je berjalan ke sana ke sini lepastu pusing lagi balik so I just post some random pastu selit some facts just like this one lol.
Kenapa One Utama wujudkan taman ni sebagai salah satu awareness la kepada pengunjung untuk jaga dan tingkatkan kesedaran supaya mesra dengan alam semulajadi. Dari dulu lagi dah berangan nak rooftop rumah jadi garden macam ni tapi entah dapat buat entah tidak.
Tapi bila dah tengok The Secret Garden ni rasa makin semangat nak buat rooftop garden macam ni jugak! Tak kisah lah impian tu tercapai masa tua nanti pun. Who cares kan?!
Datang bergambar dekat sini boleh cecah beratus gambar. Kalau yang jenis ada kawan photoghrapher berseni tu mungkin boleh buat satu album. Kita picisan ni sikit-sikit sudah lah kang naik pulak comment 'tak habis lagi ke?'
Kalau dah naik bahagian atas haruslah boleh nampak satu bandar Bandar Utama ni. Memang sesak tahap petala lah dekat kawasan ni. No wonder lah selalu sesak dekat sini.
Kalau nasib you guys baik, dapat la angin sedap dekat atas ni. Kalau pergi masa musim panas tu bawa la kipas tangan Wan Azizah ataupun kipas angin mini untuk elakkan terbakar. Kalau tengah musim jerebu macam sekarang ni elok tak payah pergi lah.
Lama jugak habiskan masa dekat sini sebab ambil gambar lepastu belek bunga lepastu ambilkan gambar orang lain, pusing sana sini sampai lenguh kaki. Memang puas hati datang walaupun ada certain port bunga dia segan je nak hidup.
Kalau bosan menunggu lepas ni boleh datang sini lagi. Yang mana belum pernah pergi lagi, try la datang sini.