The Secret Garden, One Utama

Wednesday, 7 August 2019


Dah lama nak jejak kaki dekat sini tapi tak pernah sempat. Last month sementara tunggu movie Judgementall Hai Kya tayang, jalan-jalan dulu dekat The Scret Garden di rooftop One Utama ni. Such a great idea tau letak garden dekat bahagian atas daripada biarkan kosong. 


Nak naik atas ni ambil masa jugak lah sebab lift yang sama dengan bangunan mall. Malas nak tunggu sebab dah mencecah belas minit tunggu sudahnya naik tangga je sebab dua floor je pun. Tangga dia bersih dan tak creepy sebab dekat tangga tu laluan ke bowling dan pusat karaoke so tak sunyi sangat. 



Yang bestnya dekat The Secret Garden ni, untuk masuk percuma je! Pergi dekat kaunter tu cuma isi nama dengan waktu masuk lepastu dah boleh start bergambar. 













Dekat The Secret Garden ni ada pelbagai jenis tanaman especially pokok bunga lah either yang you guys dah biasa tengok ataupun jarang jumpa. Dekat setiap pokok ada tag nama so sambil berjalan tu sambil berkenalan dengan alam flora. 


Kaktus ni antara Top Instagram Spot di The Secret Garden ni tapi tak banyak pun. Not sure lah yang lain dah mati ataupun dah kena curi orang. 










Ruang The Secret Garden ni berkeluasan 30,000 sqft and fun fact for you guys taman cantik ni merupakan rooftop garden yang paling besar di dunia. Kalau rekod ni belum dipecahkan la. One thing for sure, taman ni dah pernah menang award dari Tourism Malaysia. 




Bukan setakat pokok je, ulam pun bersepah dekat sini. Pegaga dia memang kenyang makan sebab besar gedabak. Pokok cekur hitam pun banyak dekat sini.




Dekat The Secret Garden ni ada satu kolam kecil penuh dengan pokok teratai di bahagian tepi dan juga air terjun buatan. Teratai yang berlekuk macam pinggan tu teratai terbesar di dunia, Victoria Amazonica nama dia. 





Ada jugak pokok buah yang kena tanam dekat atas ni tapi tak la besar mana just tanam untuk disemai lepastu mungkin dijual kot. Sebab yang ada dekat sini kebanyakannya dalam polybag dan tak besar sangat. 




Hydrangea pun ada dekat sini tapi tak berapa nak merimbun sangat bunga dia, mungkin sebab tak dapat air yang banyak kot ataupun bukan musim dia nak berkembang banyak sangat. But still happy dapat tengok hydrangea ni. Cantik!







This one is my fav! Arabian Jasmine nampak cantik sangat tapi daun dia macam daun pokok kunyit ataupun temu so tak tahu lah bunga pokok temu ke bukan. Macam nak tanam tapi mesti dia nak matahari memancor direct. 



Kalau ikutkan ada 600 spesies tanaman dekat taman ni yang dijaga dengan rapi oleh staff One Utama. The Secret Garden ni sebelum dibuka untuk orang awam pada 25 May 2009, taman ni dah wujud 5 tahun sebelum tu sebagai projek rahsia. 







My post quite berterabur sebab I pun dah tak ingat laluan dia macam mana, plus ikut suka kaki je berjalan ke sana ke sini lepastu pusing lagi balik so I just post some random pastu selit some facts just like this one lol.



Kenapa One Utama wujudkan taman ni sebagai salah satu awareness la kepada pengunjung untuk jaga dan tingkatkan kesedaran supaya mesra dengan alam semulajadi. Dari dulu lagi dah berangan nak rooftop rumah jadi garden macam ni tapi entah dapat buat entah tidak. 

Tapi bila dah tengok The Secret Garden ni rasa makin semangat nak buat rooftop garden macam ni jugak! Tak kisah lah impian tu tercapai masa tua nanti pun. Who cares kan?!

 

Image may contain: sky, plant, tree, outdoor and nature

Datang bergambar dekat sini boleh cecah beratus gambar. Kalau yang jenis ada kawan photoghrapher berseni tu mungkin boleh buat satu album. Kita picisan ni sikit-sikit sudah lah kang naik pulak comment 'tak habis lagi ke?' 





Kalau dah naik bahagian atas haruslah boleh nampak satu bandar Bandar Utama ni. Memang sesak tahap petala lah dekat kawasan ni. No wonder lah selalu sesak dekat sini. 


Kalau nasib you guys baik, dapat la angin sedap dekat atas ni. Kalau pergi masa musim panas tu bawa la kipas tangan Wan Azizah ataupun kipas angin mini untuk elakkan terbakar. Kalau tengah musim jerebu macam sekarang ni elok tak payah pergi lah. 




Lama jugak habiskan masa dekat sini sebab ambil gambar lepastu belek bunga lepastu ambilkan gambar orang lain, pusing sana sini sampai lenguh kaki. Memang puas hati datang walaupun ada certain port bunga dia segan je nak hidup. 

Kalau bosan menunggu lepas ni boleh datang sini lagi. Yang mana belum pernah pergi lagi, try la datang sini. 

Blogger Challenge : How I stay positive.

This is the hardest question I guess sebab susah jugak nak stay positive ni terutamanya bila kita dapat ujian yang agak besar. 

Image may contain: 1 person, tree, outdoor and nature

To be honest most of the time memang give up sebab tak mampu sebab I jenis realis so being husnudzon to benda paling belakang I put into consideration. People often took me as being negative padahal kita jenis berpijak di bumi nyata. 

To stay positive you kena cari strong and quite powerful energy untuk bangkit balik dan find solution untuk semua masalah. Dan strong powerful energy ni I dapat dari family and friends or maybe strangers tapi most of the time I tengok je la movie genre thriller sebab kehidupan watak dalam movie tu mesti lagi susah dan penuh pancaroba. Lagi best kalau dapat based on true story. 

Since I senang sangat stress, I spend my time doing yoga walaupun malas ya rabbi, spend time gardening, belek pokok bunga ataupun blogwalking. 

Image may contain: plant, flower, nature and outdoor

Tak tahu lah menjawab soalan ke tidak but hopefully I did haha kbai. 


Creme Brule, The Alley


Not sure what the occasion for Kenduri Rusa ni but rezeki yang datang jangan ditolak walaupun dah berazam nak jauhkan sebarang jenis milk tea. 

Dugaan untuk azam yang besar ni memang datang dalam pakej yang besar. Ni salah satunya. 


Ada yang kata kalau nak minum The Alley ni kena naik turun straw masa sedut tu so rasa dia balance, ada yang kata kena shake belas kali supaya blend cantik rasa dia. I buat both ways and hmm sama je. 


Kalau ikut ranking viral, The Alley ni di tangga ke4. Entah siapa yang self appointed diri dia untuk buat list ni but ermmm I don't like much lah sebab tak kena dengan tekak. Milk tea dia quite pahit tapi boba dia manis lah lepastu dah habis minum secawan perut berangin nak kentut memanjang sebab ubi kayu weiiiii. 

No more next time kecuali orang belanja hewhewhew

Not sure nak pastikan my kids tahu pasal apa sebab I tak ada kids lagi ha ha ha


I guess pastikan diorang tahu yang mental health is important as well as physical health? Sebab tak ramai yang tekankan dan masih persendakan mental health. Well yang gunakan tiket depression untuk dapat perhatian tu kes lain lah. 

Bila sembang pasal mental health yes of course kita akan simpan diam-diam taknak orang tahu, sudahnya makin teruk and it become out of control. Thing is kita tak didedahkan sangat dengan mental health issue sampai kita pun tak tahu cara nak cope satu hal, cara nak rawat dan juga cara bertindak sebagai penyelamat. 

Telling depressed people to bersabar is not an ultimate solution. Kalau bukan sebab sabar mungkin dah ramai yang mati bunuh diri. Dan solat atau baca al-quran bukan penyembuh instant kemurungan. For a temporary period, mungkin ya. Mungkin juga sebab disuntik harapan ada yang mendengar but when thing goes wrong, again, they lost hope, again and could be worse. 

Masa promotion event untuk movie Judgementall Hai Kya, Kangana Ranaut ada sentuh pasal mental health. Since setiap individu ada 1% unsur sakit mental, bila diletakkan berkumpulan mesti ada yang dianggap gila dari kebiasaan kumpulan tu. Dan yang normal bila diletakkan dalam kumpulan normal yang lain pun boleh jadi dianggap gila sebab definisi normal tak sama. [Faham tak perenggan ni? Hahahaha]

That's it for now, ciao!

Movie Review : Bharat

Sunday, 4 August 2019


Director : Ali Abbas Zafar
Writer : Ali Abbas Zafar, Varun V. Sharma (dialogue)
Cast : Salman Khan, Sunil Grover, Katrina Kaif, Disha Patani, Jackie Shroff, Nora Fatehi, Tabu (In Special Appearance)
Production Company : Reel Life Productions, Salman Khan Films, T-Series
Distributor : AA Films
Genre : Drama/Romance
Running Time : 155 minutes
Release Date : 5 June 2019
Trailer :


Movie perjalanan kisah kehidupan Bharat yang dibikin semula dari movie Korea, An Ode To My Father tahun 2014 bertemakan zaman pemisahan India-Pakistan pada tahun 1947.


Bharat (Salman Khan) merupakan anak sulung kepada Gautam (Jackie Shroff) yang bekerja sebagai pegawai stesen kereta api di Lahore. Disebabkan ramai yang menjadi mangsa riot Hindu-Muslim, Gautam buat keputusan tinggalkan Lahore dan berpindah ke India dengan keretapi.


Bad luck bila Gudiya yang berpaut pada belakang Bharat terjatuh dari tangga keretapi so Gautam minta Bharat jaga keluarga sementara dia stay untuk cari Gudiya. Dia bagi jam tangan dia dan janji akan datang ke kedai adik perempuan dia – Hindi Ration Store.


Taknak membebankan keluarga makcik dia dan untuk tunaikan janji ayah dia, Bharat yang terjumpa Vilayanti (Sunil Grover) bekerja keras untuk sara keluarga. Tapi tak banyak pun yang diorang dapat dan tak best. Satu hari Vilayanti ternampak Radha (Disha Patani) buat performance sarkas di tepi jalan.


Vilayanti yang syok dengan Radha ajak Bharat join bekerja di The Great Russian Circus. Vilayanti sebagai hos acara while Bharat buat stunt dengan motor di The Dead Well dan bersaing dengan Jimmy. Dia happy kerja di sarkas tu tapi bila adik lelaki dia, Junior patah kaki lepas curi-curi naik motor dia, Bharat ambil keputusan untuk berhenti sebab taknak adik dia terikut dan idolakan kerja bahaya.


Lepas 6 bulan menganggur, Vilayanti ajak Bharat bekerja di tanah Arab sebagai buruh kasar gali minyak. Masa tu dia jumpa dengan cinta hati dia, Kumud Raina (Katrina Kaif). Dekat sana bekerja dan jatuh cinta tapi dia ambil keputusan untuk balik bila hampir mati terkambus dalam lombong masa letupan gas.


Bharat tinggalkan Kumud sebab dia nak jaga family dia since dia dah berjanji dengan ayah dia. Sampai lah umur dia 70 tahun pun dia tetap dengan keputusan untuk tak berkahwin dengan Kumud dan Kumud pun dah minta kebenaran Jhanki, mak Bharat untuk live-in relationship dengan Bharat sebab dia terlampau sayangkan Bharat.


Jalan cerita movie ni tak ada apa yang menarik sangat pun for me, cuma kisah kehidupan someone yang berjiwa patriotic sometimes dan berpegang kuat pada janji ayah dia. Betul kata Kumud, Bharat bukan Tuhan, dia cuma manusia biasa. Tak semua benda dia boleh control. Kecewa betul jadi Kumud bila Bharat nak kahwin dengan dia sebab nak dia jaga kedai makcik dia.


Dalam movie ni ramai cast dari awal sampai hujung tapi masing-masing pandai serlahkan watak masing-masing especially Katrina Kaif dan Sunil Grover. Pandai betul Aryan Prajapati match energy dan perangai kelakar Sunil bila dia lakonkan Vilayanti masa kecil. Disha looks great as Radha, I wish dia boleh dapat screentime panjang as heroin dalam next movie dia nanti.



Visual movie ni cantik ditambah dengan shooting location yang cantik walaupun soundtrack agak hambar. Lagu Chashni dengan Bharat title track lah yang menarik, yang lain agak mengecewakan. Kalau movie under Ali Abbas Zafar ni dah boleh agak dia akan kurangkan bajet untuk lagu.


Masa edit movie ni Salman dengan Adi bergaduh pasal length movie Bharat sebab ramai yang kritik movie ni terlampau stretch for a drama genre dan tak banyak entertainment element. For me its better kalau potong je scene Salman bergaduh dengan anak buah Gulati yang nak beli tanah kedai makcik Bharat tu dengan scene lanun Afrika suka Amitabh Bachchan.


For family entertaining mungkin boleh lah nak layan untuk hiburan santai but this movie got nothing much pun to offer.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 6.7/10

This one is kinda hard actually sebab I tak pernah berpegang dengan mana-mana advice pun dalam life because I tend to forgot things. I have a very short-term memory on things. Semalam makan apa pun dah boleh lupa, seriously. 

Maybe this one boleh kot cuma advice ni bukan datang dari surrounding tapi dari Leonardo De'Caprio. I scroll Tumblr for the whole day sampai la terjumpa quote dari movie 



With everything that happened in my life, quote ni agak memberi makna jugak lah. Kalau dulu bila buat baik my mom or teachers akan cakap buat baik nanti orang akan balas baik pada kita but nahhh benda tu tak jadi pun dalam hidup. To narrate a story, yes but in reality its the other way around. 

So everytime I did something nice it is because I just want to do something nice bukan sebab nak orang balas balik. Of course kadang nak orang balas balik but then teringat balik quote ni then I feel calm and redho je lah dengan nasib kehidupan. This pain shall pass just like the others. 

Movie Review : Cold Pursuit


Director : Hans Petter Moland
Writer : Frank Baldwin
Cast : Liam Neeson, Tom Bateman, Tom Jackson, Emmy Rossum, Domenick Lombardozzi, Julia Jones, John Doman, Laura Dern, Michael Eklund, Micheál Richardson
Production Company : StudioCanal, Summit Entertainment
Distributor : Summit Entertainment
Genre : Crime/Action/Thriller
Running Time : 118 minutes
Release Date : February 8, 2019 (United States)
Trailer :


Jarang la tak tengok movie Liam Neeson walaupun movie dia sama pattern je dari dulu – manusia middleman balas dendam dengan orang yang kacau family dia. Thanks to him I know even common man got that power. Di mana ada highway pasti ada jalan. 


Movie remake Norway tahun 2014, "In Order of Disappearance" hasil arahan pengarah yang sama berkisarkan tentang Nels Coxman (Liam Neeson) yang bekerja sebagai snowplow di Kehoe. Anak dia, Kyle (Micheál Richardson) pulak bekerja di airport, tukang unload luggage dari flight bawa ke terminal. Bad luck, disebabkan kawan dia, Dantes (Wesley MacInnes) yang seludup dadah, Kyle kena tangkap sekali dengan Speedo (Michael Eklund) dan geng dia. 


Since dadah heroin Speedo hilang, dia syak Dantes curi dan kaut untung sendiri walhal Kyle tak tahu menahu langsung pasal kerja haram Dante. Sudahnya Kyle kena bunuh while Dante berjaya lepaskan diri dan sembunyi di bengkel Nels sampai habis majlis pengebumian Kyle. 


Polis di Kehoe agak lemah dan malas nak masuk campur so Nels tak harapkan bantuan polis langsung nak pula bila Kyle diklasifikasikan mati disebabkan overdose heroin walhal Kyle bukan penagih. Kim Dash (Emmy Rossum) je yang beria nak selesaikan misteri pembunuhan itupun watak dia cuma untuk bagitahu audience kronologi kes pembunuhan dan betapa besarnya lubuk dadah di Kehoe ni.


Nels dapat tahu tentang Kyle dari Dante dan buru Speedo kemudian Limbo (Bradley Stryker) dan Santa (Michael Adamthwaite). 3 orang bawahan dan 10kg heroin hilang dah cukup untuk hantar mesej kepada Viking (Tom Bateman), ada something yang tak kena. 


Viking dan orang kanan dia syak puak Red Indians yang buat kacau so dia arahkan Bone (Gus Halper) dan Sly (David O'Hara) untuk bunuh anak tunggal White Bull (Tom Jackson) si Baby Hawk (Kyle Nobess) dan gantung di sign board Denver sebagai tanda perang dan pulangkan balik rantai berdamai. 


Of course White Bull mengamuk dan arah anak buah dia bunuh anak buah Viking. Yang untungnya Nels Coxman sebab dia yang mula serang dulu. Tapi Nels yang berjaya culik anak Viking, Ryan (Nicholas Holmes) untuk balas dendam kematian anak dia. 


Jalan cerita movie Cold Pursuit ni agak slow sebab Nels tak banyak pun membunuh macam movie sebelumnya. Bila orang miskin nak lawan orang kaya ni dia kena ada banyak duit sebab bukan senang nak jatuhkan orang kaya. Connection dia pun ramai but lucky for Nels, Viking tersalah sasar ke White Bull dan mudahkan kerja dia.


I’m not impressed much pun dengan jalan cerita sebab tak ada apa yang menarik pun, even strategi dia serang pun biasa je. Cuma dapat input baru la bila dia wrap mayat Speedo, Limbo dengan Santa guna haywire pastu campak dalam sungai bagi ikan makan. Memang tak jumpa lah bukti  sebab tak ada yang nak pergi berendam dalam sungai sejuk beku tu. 


Dalam movie ni memang ramai sangat pelakon sampai masuk second half you guys akan terlupa yang Liam pelakon utama dan bukannya Viking ataupun White Bull sebab main plot dah berubah kepada cerita perang dua puak ni. 


Visual dalam movie ni cantik sebab Kehoe ni tempat perlancongan untuk main ski di kawasan Denver. Suka tengok design rumah dalam movie ni especially rumah Nels dengan Viking. Duduk dekat kawasan sejuk ni yang bestnya tak payah beli fridge, guna almari je dah beku dah makanan tu. Great job Philip Øgaard and his team on this. 







Great thing is although movie ni slow pace dan tak berapa strong sangat jalan cerita dia tapi scene kelakar dia memang kelakar and unexpected especially scene Nels dengan White Bull dekat hujung sekali. Dan setiap kali ada yang meninggal, akan keluar benda ni


Not recommended for all sebab movie ni agak gory part membunuh tu tapi kalau nak tengok Liam Neeson sebab rindu, boleh lah kot. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 7/10