Raya tahun ni agak meriah sebab bertindih dengan cuti sekolah seminggu lebih so memang ramai lah parents ikut bercuti sekali especially the government sector.
Yang tak bestnya bila cuti panjang pada musim perayaan ni bila nak beli barang dapur dan rumah sebab cashier counter most likely sikit je yang buka. Not blaming the management for sure because its a festive season kan, semua orang pun nak balik beraya.
But it's better kalau ada self scan counter untuk customer guna supaya tak perlu beratur panjang dan bazirkan masa dengan menunggu. Dah 2019 tapi kita masih bergantung harap dengan staff supermarket.
Sekarang ni ramai je customer yang independent, dia tahu apa dia nak beli, dia tahu pack barang sendiri and of course scan sendiri barang yang dia beli. Walaupun tak ramai customer macamni tapi bila ada self service counter, sedikit sebanyak boleh kurangkan waktu menunggu.
My experience dekat Tesco but sorry I tak ingat Tesco area mana sebab dah lama sangat. Kebetulan pulak masa tu just singgah beli something. Dekat situ ada kemudahan self service counter untuk 10 barang ke bawah. Which is super convenience, just scan the barcode and pay with your debit card. Nak pulak ada paywave, lagi laju lah buat kerja.
I tak perlu buang masa beratur or interact dengan super moody staff dekat situ. Just pick my stuff, pay and chow. I tak stress, staff tak stress, management pun tak stress.
I know this post is super long for a just short opinion but I'm having my super chill time writing this. I wish 2020 kita dah boleh nampak makin banyak self service counter dekat supermarket terkenal like Tesco, Giant and NSK.
During my study years back in 2015, my classmates buat draft invent a trolley attached with a scanner. Bila customer masukkan barang dalam trolley, terus keluar total semua barang. Bila pergi dekat kaunter just bayar je. Super convenient kan? Tapi mungkin benda ni akan wujud zaman 2050 nanti kot hihu.
Cast : Zac Efron, Lily Collins, Kaya Scodelario, John
Malkovich
Production Company : COTA Films, Voltage Pictures, Third Eye
Motion Picture Company
Distributor : Netflix
Genre : Biography / Crime / Thriller
Running Time : 108 minutes
Release Date : January 26, 2019 (Sundance) & May 3, 2019
Trailer :
Since Zac Efron confirm jadi cast
movie yang diadaptasi dari kehidupan sebenar Ted Bundy dah start follow updates
movie ni. It’s a good thing the team cast Zac sebab karakter Ted seorang yang
wickedly charming and we know how effortlessly charming Zac is.
Mengisahkan tentang Ted Bundy (Zac
Efron) yang berjumpa dengan Liz Kendall (Lily Collins), seorang secretary dan
juga ibu tunggal kepada seorang anak perempuan, Molly Kendall. Pertemuan pertama
di bar pada tahun 1969 kemudian jatuh cinta.
Tahun 1974 berita pembunuhan
beberapa pelajar perempuan di Lake mula keluar di TV dan newspaper. Saksi
nampak pembunuh drive Volkswagen Bug masa hari kejadian. Liz asalnya tak
percaya Ted suspek pembunuh sebab description dari saksi mungkin kebetulan sama
tapi kawan baik dia, Joanna (Angela Sarafyan)pujuk Liz untuk call polis tapi
polis deny Ted sama dengan suspek.
Ted kemudian ditangkap sebab Carol,
saksi utama kes cam suara Ted tapi Ted dilepaskan dengan ikat jamin sebelum
tarikh perbicaraan. Ted sangka dia akan dibuktikan tidak bersalah tapi mahkamah
jatuhkan hukuman 15 tahun penjara kepada Ted.
Liz masih lagi setia dengan Ted
sebab dia yakin Ted tak bersalah. Tak mungkin Ted mampu bunuh perempuan lain
dengan kejam sebab Ted layan Liz dengan Molly baik sangat.
Tak lama lepas perbicaraan di
Utah, Ted dibawa ke Colorado disebabkan kes pembunuhan di daerah sana. Liz
makin stress dengan kes Ted, dia dah mula tak boleh fokus dengan kerja dan
bertukar jadi alcoholic. Sudahnya dia minta putus dengan Ted dan mula kehidupan
baru dengan Jerry Thompson (Haley Joel Osment).
Ted pula lantik diri dia sendiri
untuk jadi peguam kepada kes pembunuhan disebabkan dia belajar dalam jurusan
undang-undang. Banyak cubaan untuk patahkan dakwaan saksi tapi gagal sebab
bukti lagi kuat menunjukkan dia sebagai pembunuh dan mahkamah jatuhkan hukuman
kerusi elektrik kepada Ted.
Jalan cerita movie ni diadaptasikan dari novel
The Phantom Prince: My Life with Ted Bundy nukilan Elizabeth Kendall sendiri so
you guys cuma akan nampak Ted Bundy dari perspektif Liz Kendall je. Dalam movie
ni memang tak ditunjukkan sangat pun pasal aktiviti pembunuhan Ted yang pernah
gemparkan Amerika tahun 70-an.
Antara benda yang agak turn off lah sebab the team promosikan movie ni as if diorang nak cerita pasal Ted Bundy rupanya tentang Liz. Sia-sia je excited. Memang tak salah tapi macam kau pergi McD lah nampak iklan Mia makan kemain crunchy sampai krup krap tapi bila kau beli tak crunchy mana pun. Sama tak analogi ni? Well its still ayam.
Walaupun adaptasi, ada perubahan
yang penulis skrip buat sebab dia nak penonton feels certain way dan tak ikut
sangat dalam novel. Dia ubah part Liz stay dengan Ted sebab Liz yang banyak
jumpa bahan bukti yang Ted guna untuk bunuh mangsa dia.
Sama macam scene anjing menyalak
bila nampak Ted masa Liz ajak Ted cari anjing untuk temankan dia dan Molly di
rumah. Part tu fiksyen yang ditambah oleh team WESEAV je. For me tak payah
letak pun sebab ni bukan cerita hantu and there’s no connection at all naluri
haiwan untuk kenalpasti psychopaths.
Kalau dalam movie dekat hujung
scene ada tunjuk pertemuan terakhir antara Liz dengan Ted, macam mana Ted
bagitahu dia bunuh mangsa dia which fiction made by the team. I wish the team
buat sama macam situasi sebenar bila Ted call Liz bagitahu pasal penyakit dia.
Kalau baca dalam novel Aku Lelakimu you guys will know a lil bit about
psychopaths and Ted Bundy is one of them.
Though movie ni diceritakan dari
perspektif Liz Kendall tapi director tak garap watak Lily dengan cantik. Lily fails to connect with audience, well at least me. Chemistry Zac-Lily memang
cantik onscreen tapi bila screentime Lily seorang, dia tak mampu nak carry and
emote the guilt. Sayang lah sebab banyak ubah dari cerita asal.
Overall if this movie was a romantic
genre, I’ll root for this onscreen couple. I wish Zac and Lily ada movie based on
Nicholas Spark’s novel hewhewhew. For a thriller genre this one surely a miss.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4.
Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4,
9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.3 = 5.8/10
Kalau sebelum ni Raju Hirani come up dengan movie Sanju untuk bersihkan imej kawan baik dia, Sanjay Dutt dengan bantuan lakonan Ranbir Kapoor. Kali ni Vikas Bahl pula jadi pengarah untuk biopic Anand Kumar dalam movie Super 30.
Siapa Anand Kumar?
You guys must be wondering siapa Anand Kumar ni sampai Bollywood ni gigih nak buat movie biopic dia kan?
Anand Kumar ni antara mathematician yang famous dengan program Super 30 di India. As you guys know dekat India ada ujian kelayakan Indian Institutes of Technology yang diadakan oleh Kerajaan India untuk cari students dalam sektor sains, teknologi dan kejuruteraan.
Dalam movie Why Cheat India ada paparkan macam mana bersungguhnya semua students nak lulus dalam ujian kelayakan ni.
Modus Operandi Penipuan Anand Kumar
Program Super 30 ni bermula bila Anand Kumar decide untuk cari 30 orang pelajar yang miskin untuk dia ajar secara percuma dengan makanan dan tempat tinggal percuma pada tahun 2002. Tapi kelas tu bukan dia seorang je yang ajar sebab dia dapat bantuan sukarela dari Inspektor Abhyanand yang berkerja sebagai polis di sebelah siang dan mengajar pada sebelah malam.
Tapi sayangnya usaha Insp Abhyanand ni tak dihargai langsung bila kejayaan program Super 30 tak mention langsung nama Insp. Disebabkan hal ni, Insp Abhyanand tarik diri lepas berapa kali bertelagah dengan Anand tentang cara Anand conduct Ramanujan School of Mathematics (RSM). Salah satunya fasiliti di RSM agak teruk bila student terpaksa bertahan dengan kelas padat dan panas dengan suhu 42 d.c.
Asalnya bukan 30 orang pelajar yang dipilih tapi seramai 100 orang pelajar miskin. Lepas beberapa ujian baru Anand pilih seramai 30 orang. Jumlah 30 orang ni pun belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak sebab dalam dakwaan beberapa orang student, senarai nama yang berjaya masuk ke IIT melalui program Super 30 ni tak pernah didedahkan pun kepada public.
Dakwaan yang I mentioned earlier ialah dakwaan pihak mahkamah kepada Anand Kumar sebagai penyeleweng duit students yang join program Super 30. Sekarang ni kes Anand Kumar tengah disiasat oleh pihak polis.
Di Quora ada yang pernah cuba untuk join program Super 30 tapi terpaksa batalkan hasrat tu disebabkan terlampau banyak duit yang keluar di peringkat awal je. Bayangkan beribu yang datang ke Patna untuk masuk RSM tapi tak terpilih. Daftar je dah kena bayar, masuk ujian pertama kena bayar, ujian kedua kena bayar lagi dan seterusnya.
Walaupun harga mendaftar tu murah sbab RM3 je tapi kalau dapat dari beribu pelajar, dah boleh tidur atas duit dah tanpa provide apa-apa service.
Ada juga pelajar yang failkan kes penipuan bila Anand Kumar promote program Super 30 dengan kadar percuma tapi bila sampai ke Patna, diorang kena bayar Rs33,000 (RM2,000) untuk continue.
Lagi teruk bila ada yang dah dapat join program Super 30 tapi Anand Kumar tak datang kelas pun sebab dia busy travel ke tempat lain. Bila balik ambil credit macam dia yang ajar dari awal program. Memang betul tak salah tapi tak profesional lah.
Movie Super 30
Tak pasti sama ada movie Super 30 ni memang ceritakan sepenuhnya tentang program Super 30 ataupun lebih kepada hidup Anand Kumar sebagai guru tuisyen matematik tapi either way pun tetap bagi impak positif kepada Anand dan RSM.
Boleh jadi Anand yang taja budget movie ni bila movie ni hampir shelved sebab kekurangan dana. Lama fans tunggu movie baru Hrithik, baru tahun ni dapat keluar itupun lepas clash dengan beberapa movie.
Since kes Anand Kumar dah naik ke mahkamah, tak mampu nak agak sambutan movie Super 30 nanti macam mana. So far, Hrithik dikecam bila tak mampu nak potray watak Anand sebagai lelaki Bihari. Jalan cerita nampak berat, lagu pun belum keluar lagi.
Kalau music album hambar, dengan kontroversi dan kegagalan Hrithik melakonkan watak Anand, boleh jadi Super 30 ni tenggelamkan lagi nama Hrithik di Bollywood.
Mungkin ada yang tak kenal dengan Diana Penty sebab dia jarang dapat offer berlakon dalam movie komersial under production company besar tapi kalau you guys pernah layan movie Cocktail lakonan Deepika Padukone dengan Saif Ali Khan, ada la nampak Diana sebagai Mira.
Tahun ni merupakan debut year Diana di Cannes sebagai duta Grey Goose, sama brand dengan Kangana Ranaut. Boleh kata semua outfit Diana memang letops dekat Cannes. Leaves quite huge impression for Btown and Cannes.
1. Arriving at Cannes
First day pun dah wow dah dengan pilihan santai untuk kemunculan pertama kali di Cannes. Knit blouse dan high slit skirt berwarna kelabu dari koleksi AW 2019 RUMI Coffee Toffee rekaan Nikita Mhaisalkar dihiasi tali pinggang besi vintaj berwarna emas dari Chanel.
Gaya diana dipadankan dengan tote bag berwarna hitam, boots heel berwarna hitam dan gaya rambut lurus untuk nampak versatil.
2. Chopard Party
Sebelah malam Diana pilih gyaa chic and casual dengan dress pendek berwarna emas dihiasi manik berjuntai yang dipadankan bersama boot tinggi berwarna emas dari koleksi Celia Kritharioti. What a hottie!
3. Forum di India Pavillion, Cannes
menyinar dah wardrobe Diana dengan sari putih satin dengan belahan di bahagian betis. Uniknya sari rekaan Amit Aggarwal ni bila lebihan kain sari yang tergantung di bahagian bahu ada corak bunga dengan material kasar kembang supaya nampak cantik terletak. Sari putih Diana dipadankan dengan strap heel dari Sergio Rossi.
Mencuri perhatian bila Diana lengkapkan gaya dengan hiasan choker necklace dan anting-anting mutiara dari koleksi Aquamarine Jewelleries. I totally love the way she braided her hair dengan gaya ala princess India. Fav!
4. Photoshoot
Padanan flora printed trench coat dengan boot hitam dari Bluemarine koleksi Fall 2019 ialah gaya yang diinspirasikan dari Angelina Jolie. Bold makeup on point dipadadankan dengan vintage earrings dari Givenchy dan bag dari Loubotin World. Ace the look with ponytail hairstyle!
5. Chopard Party
Lepas Deepika, Diana pun pilih untuk gayakan pantsuit hitam dipadankan dengan bow bersaiz ekstra berwarna pink di bahagian bahu dari koleksi Celia Kritharioti. Idk whether its heels or flat bertutup berwarna pink pastel but its better kalau jumpsuit tak tutup kasut since padanan warna nampak cantik dengan outfit.
Melengkapkan gaya Diana dengan solekan lembut dan gaya rambut jenis sanggul. Suka tengok handbag clutch Diana dari Bechi Clutches especially handle dia agak unik.
6. Photoshoot
Dulu Sonam pernah pakai outfit berbulu ni tapi kena troll teruk dengan netizen dan masuk dalam one of worst Cannes outfit. Diana pun pakai dress berbulu dengan warna yang sama. Bezanya, dress Diana lagi bergaya dan potongan tu serlahkan bentuk badan Diana tak macam Sonam yang tenggelam dalam bulu-bulu ayam tu.
Dress ni dari koleksi Atelier Zuhra dipadankan dengan sandal lutsinar dan makeup smokey eyes dengan nude lipstick. 7. Karpet Merah 'A Hidden Life'
Terpukau dengan gaun beropol berwarna nude dari koleksi Nedo Fall 2019 rekaan Nedret Taciroglu yang dihiasi dengan bulu pelepah dan manik di setiap layer.
Gaya karpet merah Diana dipadankan dengan solekan lembut dan sepasang anting-anting berwarna pink pastel dari koleksi De Grisgono Jewellery.
8. Photoshoot
Kalau Deepika pilih untuk pakai pantsuit untuk sesi photoshoot, Diana pilih untuk padankan dua warna terang yang berbeza dari koleksi Atsu Sekhose. Kemeja biru gelap beropol dari material kain kasa dengan hiasan ikatan reben di bahagian tengah dipadankan bersama seluar high waist berwarna oren.
Suka tengok gaya ni bukan sebab outfit je tapi sebab hairstyle Diana yang kerinting halus diikat sanggul, sesuai dengan ropol di kemeja Diana. Accessories dan heels bertutup dari koleksi Liadro.
9. Bye Bye Cannes
Sebelum Diana balik ke India pun dia sempat lagi hadiahkan chic look dengan dress dari koleksi Graine berwarna kelabu metalik yang dipadankan bersama pump heels dengan hiasan duri tajam dari koleksi Balenciaga.
Macam tak percaya bila Diana kata dia dengan team pilih semua outfit ni last minute sebelum pergi Cannes disebabkan Diana sakit beberapa hari sebelum. Semua nampak cantik terletak dengan gaya sopan Diana. A+ untuk style dan effort Diana di Cannes. Tak sabar nak tengok tahun depan!
Production Company : Prakash Jha Productions, Drama King
Entertainment
Genre : Comedy/Drama
Running Time : 110 minutes
Release Date : 18 January 2019
Trailer :
Mengisahkan tentang Bhola Prasad
Tripathi / Rana Bhola Pratap Singh (Arshad Warsi) yang berkahwin dengan Sunita
(Deepali Pansare) yang bekerja sebagai pegawai bank di Lucknow. Bholan i tak
bekerja pun, mengharapkan duit bini je.
Depan bini dengan saudara mara
lain, dia kata dia ada bisnes tapi disebabkan melingkup, dia terpaksa pinjam
nama Sunita untuk buat loan.
Bila dah dapat duit, dia pergi ke
Benaras untuk jumpa isteri kedua, Shraddha (Flora Saini) untuk collect duit
lain. Dalam masa yang sama isteri ketiga pun tengah tunggu dan bakal isteri, si
Chanda adik kepada gangster kaya.
Semua perempuan yang dia kahwin
ni anak orang kaya yang boleh bagi jaminan duit kepada dia even tak bekerja.
Dalam movie takde sebut pun berapa Bhola ni nak achieve ataupun life goal dia
sampai dia bertindak kahwin semua perempuan kaya ni.
Aktiiviti penipuan dia dihidu
oleh Murari Chaurasia (Saurabh Shukla), pakcik Sunita yang kebetulan naik satu
keretapi ke Benaras dengan Bhola. Dalam keretapi tu Bhola berjumpa pulak dengan
Payal (Sara Loren).
Lepas Payal jadi balu, Bhola
menyamar jadi orang kaya dan perangkap Payal supaya kahwin dengan dia. Masa
majlis kahwin, Bhola curi semua barang kemas Payal dan lari tapi dia patah
balik sebab dia jatuh cinta dengan Payal dan janji untuk setia sampai mati.
Sayangnya suami Payal yang
disangka mati rupanya hidup. Helah semata nak perangkap Payal yang menipu
kahwin dengan dia sebab harta. Lagi terkejut Bhola bila 6 lagi suami Payal
datang ke majlis tu. Rupanya buku bertemu ruas, Payal dengan Bhola sama-sama
penipu.
Jalan cerita FS not bad lah nak
layan cuma menyampah dengan lawak hambar baik dari Bhola ataupun Murari. Dari
excited nak tengok Bhola handle semua 12 isteri dia jadi menyampah pulak sebab
senang sangat tertipu.
Movie Ladies vs Ricky Bahl looks
convincing lah sebab ada jugak effort dari watak utama untuk berlakon tapi
dalam Fraud Saiyaan ni mudah sangat dia perdayakan 12 perempuan itupun dalam
dua daerah yang sama, Lucknow & Benaras.
Soundtrack album tak best except
lagu Chamma Chamma yang diberi nafas baru. Lagu asal, tajuk yang sama juga tapi
lagi panjang so I prefer Chamma Chamma baru sebab Neha Kakkar yang nyanyi cuma
MV dia annoying teruk tengok Elli Avram tayang body.
All in all, this movie surely a
pass.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.2, 4.
Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3,
9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 4.2/10
Production Company : RSVP, Flying Unicorn Entertainment
Distributor : Netflix
Genre : Drama/Comedy
Running Time : 120 minutes
Release Date : 15 June 2018
Trailer :
Movie Lust Stories dapat banyak positive reviews so I try layan sebab movie Bollywood dekat Netflix not bad jugak lah. Lust Stories ada 4 filem pendek hasil arahan dari pengarah dan team berbeza and pengarah yang terlibat antara nama-nama besar macam Anurag Kashyap, Dibakar Banerjee, Zoya Akhtar dan Karan Johar.
Kalau you guys pernah layan movie Bombay Talkies, mungkin you guys akan terhibur juga dengan movie Lust Stories ni sebab masih mengekalkan tema human sexual desire dalam kehidupan. Sex scene cuma dalam filem pendek kedua so you can just skip it.
Filem Pendek Anurag Kashyap
Mengisahkan tentang professor kolej, Kalindi yang ada hubungan sulit dengan student dia sendiri, Tejas (Akash Thosar). At first dia macam nak main-main je dengan Tejas sebab dia tak puas dengan husband dia. Bagi Kalindi, suami dia tak mampu nak jadi suami, best friend dan wildest fantasy dia so dia nak cari some adventure dengan Tejas.
Tapi jadi celaru bila dia macam cemburu bila Tejas syok dekat Natasha (Ridhi Khakhar). Dia geram Tejas taknak mengaku so dia sengaja buat hal dalam kelas sampai ceroboh masuk bilik Tejas. Bila Tejas tahu yang Kalindi serabut sebab Natasha, Tejas sanggup tinggalkan Natasha tapi Kalindi larang sebab dia dah ada suami. Dia saja je nak eksperimen dengan emosi dia bukan nak commit dengan Tejas pun.
Filem Pendek Zoya Akhtar
This is one of my fav actually bila Ajit (Neil Bhoopalam) selalu have sex dengan orang gaji dia, Sudhaa (Bhumi Pednekar) sebab Ajit tinggal sorang je. Satu hari family Ajit datang bawa keluarga perempuan untuk bincang pasal perkahwinan Ajit.
Sudha patah hati sebab Ajit gunakan dia je selama ni bukan nak dijadikan isteri pun. Bila masuk part bini Ajit cari yang cantik, bekerjaya dan baik. Celaka kan?
Filem Pendek Dibakar Banerjee
This one quite boring nak pula ada Manisha Koirala. She’s not my fav dari kecik lagi well don’t ask why. I find her quite boring. Tapi cerita ni agak bagus lah sebab mesej dia bila Reena (Manisha Koirala) ada affair dengan kawan baik suami dia, Sudhir (Jaideep Ahlawat).
Reena jelak dengan perkahwinan dia sebab Salman (Sanjay Kapoor) nak ibu kepada anak-anak dia je bukan nak seorang isteri so Reena tak dapat perhatian pun dari Salman. Tak sama macam perhatian yang Sudhir bagi.
At the end Reena pilih untuk stay dengan Salman, bukan sebab anak-anak tapi Salman mampu appreciate dia lebih dari label seorang ibu kepada anak-anak dia.
Filem Pendek Karan Johar
Berbeza dengan 3 director lain, Karan Johar buat filem pendek kelakar yang menampilkan kisah perkahwinan Megha (Kiara Advani) yang bahagia dengan Paras (Vicky Kaushal) tapi kelemahan Paras ni bila dalam kiraan 5 dia dah habis dah.
One day kantoi Rekha (Neha Dhupia) masturbate dekat library guna vibrator so Megha nak try jugak tapi huru-hara bila nenek Paras tertukar remote vibrator dengan remote TV. I love it when Karan tak try hard dengan character Megha bila dia cuma portray Megha sebagai perempuan biasa tapi tak nak hidup sebagai mesin pengilang anak semata.
Lust Stories menghimpunkan kisah yang agak taboo dalam masyarakat tapi sebenarnya benda ni memang jadi in real life pun especially kes Sudha dengan Ajit. Lelaki macam Ajit bersepah dan kes maid kena sexual abuse pun dah banyak dekat negara ni.
Kes tak puas pun banyak je naik dekat mahkamah syariah even dalam kursus kahwin pun ada highlight but still men being men and their egos.
Bukan setakat kisah yang real tapi garapan cerita yang menarik dengan genre tersendiri ditambah pula dengan barisan pelakon yang bagus buat Lust Stories quite delightful untuk dilayan.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10