Telemovie Review | Derita Pia (2019)
Sunday, 9 June 2019
Pengarah : Jinggo
Penulis Skrip : Sofia J Rhyland
Pelakon : Zara Zya,
Alif Satar, Azira Shafinaz, Naim Daniel, Sheila Rusly
Genre : Drama
Durasi Tayangan : 80 minit
Tarikh Tayangan : 7
Jun 2019
Syarikat Produksi : JS Pictures Sdn Bhd
Tayangan : TV3 Istimewa Aidilfitri
Tak tengok sebenarnya drama Pia ni tapi dua episod akhir tu
tengok macam tu je lah sebab dekat rumah mak ada TV lepastu family layan so
kita sangkut sekali. Masa Derita Pia ni tayang pun tengah lipat baju haaa
terlayan sekali lah.
Derita Pia ni sambungan kepada drama Pia tapi macam
tiba-tiba je cerita dia dah start dengan Zafran kahwin dengan Qis padahal masa
dalam drama beria Qis menangis depan Zafran kabo diorang dah tak ada jodoh dan
dia redho.
Zafran pulak kemain eh haritu minta peluang kedua dekat Pia
sampai mabuk, accident lepastu buta tiba-tiba nak Qis jadi bini kedua. Lelaki
jenis tak bersyukur ni memang kecacatan tu bukan penghalang pun. Paling
menyampah bila dia sembang pasal adil padahal keluar rumah pun tak mampu nak
bagitahu isteri. Nak jaga hati isteri pun tak pandai ada hati sembang adil.
Menyampah gila dengan Pia sebab bagi peluang kedua dekat
Zafran padahal dia jugak yang sakit. Baik dia bawa Budi tinggal je dekat Dubai
sana. Sembang sedih tapi bila Zafran minta maaf terhegeh jugak dia maafkan.
Yihhh sakit hati!
Qis taknak gaduh tapi bila Makngah hasut tak ada pulak dia
nak melawan. Menyampah tengok watak dia tak sudah-sudah call Zafran suruh balik
rumah bila ada masalah jadi suruh Zafran settlekan. Kau settle lah sendiri
bukannya susah sangat pun.
Budi pun satu hal jugak makin naik kepala suka hati sepahkan
rumah. Dah tahu Makngah tu jahat, dia pun nak jugak cari pasal. Memang patut
lah kena marah tapi part mendera tu melampau jugak lah.
Tak tahu kenapa pengarah drama Melayu ni suka beno watak
terlebih baik macam lah rakyat Malaysia ni dikurniakan kesabaran setinggi Pia
ni. Beria lah tunggu balasan dekat Makngah yang jahat tapi sudahnya elok je dia
bahagia dapat kemaafan.
Cerita ni kalau ada yang interpret mesej pengajaran ‘tak ada
masalah jadi jahat sebab orang baik akan sentiasa maafkan’ tu memang tak heran
tau.
'Kekurangan organ Pia melengkapkan kebahagiaan Zafran dan Qis'
'Kekurangan Budi melengkapkan kebahagiaan Mak Ngah sebagai OKU pembuli'
Lepas tengok telefilem Derita Pia ni memang tak lah nak
tengok drama Pia, buat bazir masa je. Dah tahu ending satu hal. Siapa entah
come up dengan idea untuk telefilem ni sudahnya caca marba je. Yihhh!
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.2, 4.
Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.2, 9.
Social Message +0, 10. Personal Thought 0 = 4/10