Drama Review : Mencintaimu Mr. Photographer
Friday, 31 May 2019
Pengarah : Eyra
Rahman
Penulis Skrip : Novel
Mencintaimu Mr. Photographer karya Emma Mariam
Pelakon : Syafiq
Kyle, Hannah Delisha, Arash Mohamad, Amy Mastura, Hairie Othman, Marissa
Yasmin, Imal Amry, Ariz Lufias, Aishah Azman, Elvina Chua, Bernard Hiew, Vicha
Genre : Romantik/Drama
Jumlah Episod : 16 Episod
Tarikh Tayangan : 3
Julai 2017 – 27 Julai 2017
Syarikat Produksi : MIG
Production Sdn Bhd
Penyiaran : Astro Ria
& Astro Ria HD
OST : Jampi – Hael Husaini
Adaptasi bestseller novel Mencintaimu
Mr. Photographer ni mengisahkan tentang kisah kehidupan Aira Qaisara (Hannah
Delisha) yang dikongkong oleh papa dia, Tan Sri Megat Miqdad (Arash Mohamad).
Di atak boleh bekerja terutamanya bidang yang dia minat, peragawati sebab mak
dia dulu kena halau dari rumah disebabkan mesra dengan photographer di tempat
kerja.
Ke mana Aira pergi akan ditemani
Mila (Aishah Azman), PA dia yang dilantik sendiri oleh Tan Sri. Tak cukup
dengan tu, Tan Sri paksa Aira untuk berkahwin dengan calon pilihan dia tapi
Aira buat perangai sampai 40 orang calon tolak pelawaan Tan Sri. Pertemuan Aira
dengan Jemy a.k.a Nazmi Ilyas (Syafiq Kyle) di restoran masa dia berjumpa
dengan calon ke-40 mencuit hati Jemy.
Jemy merupakan photographer dan
boss di NI Studio, perangai dia agak panas baran dan kurang bercakap tapi
perangai Jemy ni dah dianggap lali dengan para pekerja dia, Nadia (Vicha), Alan
(Bernard Hiew) dan Rahim (Ikmal Amry). Aira yang geram dengan perangai Jemy
suka hati ambil gambar dia datang ke studio untuk minta Jemy padam semua
gambar-gambar dia.
Lain pula jadinya bila Aira jatuh
hati dengan Jemy dan mula berkerja di NI Studio untuk belajar mengenai dunia modeling.
Tan Sri pula hantar bodyguard dia intip pergerakan Aira dan ugut Jemy supaya
jangan rapat dengan Aira.
Tan Sri Megat Miqdad berjumpa
dengan Roslan (Hairie Othman), kawan baik dia untuk tuntut janji untuk
kahwinkan anak mereka berdua. Nasrul (Ariz Forteen) yang memang dah suka dengan
Aira, setuju dengan perjanjian perkahwinan tu tapi ibu dia, Laila (Amy Mastura)
menentang habis-habisan disebabkan rasa benci kepada Miqdad.
Rimas dengan perangai Tan Sri dan
Nasrul, Aira dan Jemy berkahwin secara curi-curi dengan restu mama Aira (Marissa
Yasmin) dan abang dia sebagai wali. Tapi bila Laila dapat tahu tentang
perkahwinan Jemy dan Aira, dia berjumpa dengan Jemy dan minta untuk ceraikan
Aira sebab mereka berdua sebenarnya adik beradik.
Jalan cerita drama ni simple je
tapi yang best tengok sebab chemistry Syafiq Kyle dengan Hannah Delisha menjadi
sangat. Rasa nak tengok drama ni pun sebab ada video diorang dua sweet dekat
Twitter. Syok tengok part diorang dengan Mila je lah sebab sejenis kelakar. Masa dalam Cinta 100 Hari dia bawa watak sendu je.
'Huishhh romantik dia lain macam nohhh, rasa nak mandi gula kat sini. Kalau nak sweet sweet manja manja tunggu la aku balik dulu'
Yang menyampah part
parents diorang serabut entah mende-mende especially Laila dengan Miqdad. Miqdad
ada bodyguard, ada spy tapi senang je percaya fitnah Laila. Lagi satu hal, dia
boleh tahu Aira dengan Jemy tu berkahwin curi-curi tapi tak tahu Jemy tu siapa.
Since drama ni berkisar dunia modeling
banyak la outfit cantik-cantik dari Lily Petuna, Milktee, Needleworks, Kaylene, Intan Suri especially wardrobe Hannah Delisha. Dah la muka
macam Barbie doll. Makeup hasil tangan Ella Sandera pun cantik. Nak sangat tahu
diorang pakai lip matte apa, cantik kemain memasing.
Soundtrack utama dalam drama ni
lagu Jampi – Hael Husaini tapi banyak je lagu lain yang keluar ikut situasi dalam drama ni lah.
Overall drama ni sweet sangat and
menepati expectation, memang buat pilihan tepat layan drama ni tengok Syafiq
dengan Hannah. Feels dia sama macam layan drama Hero Seorang Cinderella.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9.
Social Message +0.7, 10. Personal Thought +1 = 9/10