Bomboloni Viral Subang Bestari

Friday, 17 May 2019

Sekarang ni memang semua tengah kemaruk dengan Bomboloni sampai gerai kecil terpacak sana sini jual bomboloni. Asalnya Bomboloni datang dari Italyyang dimakan sebagai snek atau pencuci mulut. Nama lainnya Bomba sebab bentuk dia bulat macam bom, lagi satu hal bomboloni memang tinggi dengan kalori.

Bomboloni dekat Subang Bestari ni memang sejenis yang laku keras jugak. Lambat sikit je mesti habis kena sapu dengan orang lain. Kebetulan officemate craving nak makan so adik order lebih sikit. Dapat la rasa apa yang jadi kegilaan sangat tu. 

Dalam 1 pek ni ada perisa tiramisu dan coklat. Sempat rasa yang coklat je sebab siz bomboloni ni agak besar. Tak mampu nak merasa semua. 



Roti dia gebu, memang sedap tapi yang tak bestnya bila inti melimpah. Yes of course ada yang suka sebab tak kedekut tapi bila makan memang akan comot sana sini. Cukup makan 1 biji je sebab rasa dia muak. Makan 1 pun dah boleh kenyang.


Sudahnya ada lagi 4 tak termakan pun. Lepas makan haritu dah tak rasa nak beli dah because for me rasa dia biasa je. 

Bulan lepas ada join GA dari Jari Jemari Menari, tak sangka bulan ni terpilih sebagai pemenang. Hari ni alhamdulillah hadiah dari Kak Sha dah sampai. Novel Pohon dari Jemaah Seram.


Yang bestnya kalau dapat hadiah dari KakSha ni mesti dapat sekali autograf dari penulis! Berharga sangat, bukan senang nak dapat. Bookmark pun comel sangat. Siap ada kad raya lagi Kak Sha bagi. 


Takut nak baca sebenarnya tapi gigihkan juga baca waktu siang. Harap tak ada la bunyi aneh-aneh sebab depan ni hutan. Kang mula la terbayang segala cerita seram dalam buku ni. But anyway, thanks again Kak Sha! Selamat berpuasa & take care ❤ 🌸

Book Review : Pakar



Penulis : Nadia Khan
Penerbit : FIXI
Helaian : 209 mukasurat/ 2 cerita
Genre : Drama
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – April 2015
Cetakan Kedua – April 2015
Cetakan Ketiga – November 2015
Cetakan Keempat – April 2016
Cetakan Kelima – April 2017
Harga : RM 20.00
Sinopsis :



Review :

Dalam novel Pakar ni ada 2 cerita – Pakar Pencuri Jodoh & Pakar Sakit Hati.

Pakar Pencuri Jodoh ni mengisahkan tentang Liya yang terjumpa Rouk yang menubuhkan Agensi CJ di sebuah tasik. Disebabkan pertemuan tu, Liya decide untuk guna khidmat Agensi CJ untuk dijodohkan bersama bos syarikat dia yang kaya dan baik, Khairy.


Rouk pula tugaskan Ben dan Erin untuk jodohkan Liya dan Khairy sebab Ben-Erin merupakan ejen Agensi CJ yang mempunyai success rate setinggi 100%. Cuma jadi masalah bila Khairy dan pun ada kekasih hati, si cantik Julia yang bekerja di syarikat majalah. Erin tak suka tugasan yang memerlukan dia untuk memutuskan hubungan orang lain untuk satukan jodoh klien dia. Tapi disebabkan pujuk rayu Ben, Erin terpaksa bersetuju since Erin dah lama suka dengan Ben.

Ben cuba korek rahsia Khairy dari Julia dan divert attention Julia sampai ambil keputusan untuk berpisah. Dalam diam Ben dah mula jatuh suka dengan Julia. Erin pula secara terpaksa bantu Liya pikat hati Khairy dan Puan Sri. Tapi bila tahu kisah silam Liya, Erin ubah persepsi terhadap Liya dan bantu Liya capai impian dia.



Pakar Sakit Hati pula mengisahkan tentang dua pakar psikologi yang bekerja di sebuah klinik terapi – Dr. Max dan Sandra. Dr. Sandra lebih suka guna pendekatan heart-to-heart dengan pesakit dia manakala Dr. Max lagi suka sound direct sebab dia agak realis dan malas nak layan kerenah klien sebenarnya.


Dr. Max berjumpa dengan Nina yang baru sahaja kehilangan suami dia, Ryan secara mengejut lepas bersukan dengan kawan-kawan. Tapi lepas 2 bulan Nina mula dihantui oleh bayangan Ryan nak pula bila habit Ryan yang suka campak stoking merata. Nina ingat tu cuma bayangan tapi bila Ryan mula bercakap dan sentuh dia, Nina tak nak jadi gila so dia berjumpa dengan Dr. Max untuk dapatkan rawatan dan bawa Dr. Max datang rumah untuk tengok keadaan rumah. Terkejut Dr. Max bila dia pun mampu nampak Ryan.

Dr. Sandra pula berjumpa dengan Encik Fairuz yang berniat nak membunuh isteri dia, Zila yang baran dan marah tak tentu pasal. Dengan bantuan penyiasat persendirian, Jon dan Joni, kantoi Encik Fairuz rupanya ada hubungan sulit dengan Mimi. Rakaman telefon mereka berdua buat Dr. Sandra dapatkan bantuan dari Dr. Max untuk kes ni. Tapi makin bertambah celaru bila Mimi sendiri datang berjumpa Dr. Sandra mengaku yang dia sebenarnya psychiatrist Encik Fairuz.


Personally antara 2 cerita ni, suka sangat dengan huru-hara keadaan dalam cerita Pakar Sakit Hati. Selain tahu kisah rumahtangga dengan karakter dan personality setiap pasangan, tahu juga terms psychology dalam relationship.

Cerita Nadia Khan memang tak pernah mengecewakan dengan plot twist di hujung cerita. For both stories I mean. Pakar Curi Jodoh pun ada plot twist yang best. Tak sangka langsung ending dia jadi macam tu dan sarat dengan pengajaran dalam percintaan.

I wish Kak Neddo nak buat sequel dari dua cerita ni sebab tak puas kot bila baca. Dua-dua cerita ada kekuatan dari jalan cerita dan konsep dengan penceritaan yang bersahaja dan bahasa yang santai. Habis baca dalam masa 5 jam je sebab best layan.

1. Author +1, 2.Plot +0.8, 3. Genre +1, 4. Editing +1, 5. Social Message +1 = 4.8/5

Resipi Ayam Bagana


Menu berbuka semalam saja cuba resipi baru jumpa ni sebab dah bosan makan masak yang biasa lagipun rempah dan bahan semua ada dekat dapur. Apa lagi bedal lah. 

Cara nak masak ayam bagana ni kalau ikutkan sangat senang tapi I put two method which still tak ubah rasa dia. Mana yang berkenan you guys ikut lah. 

Method 1: 

Bahan-bahan : 

Bahan A
- Bawang putih 4 ulas
- Bawang merah 1 biji
- Halia 1 inci
- Cili kering
- Serbuk kunyit
- Serbuk kari
- Biji ketumbar 1 sudu kecil

Bahan B
- Minyak
- Ayam
- Tepung Bestari

Bahan C
- Kerisik
- Air
- Garam
- Tomato 1 biji *optional

Cara-cara penyediaan : 
1. Salut ayam dengan tepung bestari lepastu goreng sampai separuh masak. 
2. Blend semua bahan A
3. Tumis Bahan A sampai naik minyak, kemudian masukkan ayam yang dah digoreng, dan Bahan C. 


4. Dah masak, hidang lah dalam pinggan. 

Senang je kan? 

Method 2

Bahan-bahan:

Bahan A
- Bawang putih 
- Bawang merah
- Cili kering
- Serbuk kunyit
- Tomato

Bahan B 
- Ayam
- Bawang putih
- Halia
- Some herbs [I use rosemary, oregano and lada sulah]
- Serbuk kari
- Biji ketumbar


Bahan C
- Kerisik 
- Serai
- Garam

Cara-cara penyediaan : 
1. Perap Bahan B selama 1 jam
2. Blend Bahan A kemudian tumis sampai naik minyak. 
3. Goreng Bahan B sampai kari naik minyak. 


4. Masukkan Bahan A dan C, gaulkan semua sampai masak. 
5. Hidang. 

Method kedua ni perap ayam sebab taknak isi ayam rasa tawar, biar isi dia serap semua herbs dan bau wangi. 


Menu ayam bagana ni makan dengan kailan masak belacan memang sedap dengan nasi panas masa berbuka. Since masak banyak, masa sahur makan ni je. Tak payah rush nak masak menu lain. Okay then, selamat mencuba resipi ni.

Lirik Lagu Keranamu - Khai Bahar

Rasanya baru bulan lepas Khai Bahar released MV untuk single Air Mata, tengok bulan ni dah keluar lagi satu single genre balada yang baru bertajuk Keranamu.


Sumber dari fans, lirik lagu Keranamu dah lama dicipta oleh Khai sendiri around 2014 so Khai release tahun ni selepas digubah balik untuk dimuatkan dalam album pertama dia nanti. So another good news untuk fans Khai! 

Music composition yang soft, lirik yang bermakna especially yang baru lepas putus cinta memang boleh relate sangat lagu ni. Suara Khai pun sedap, sesuai dengan lagu mendayu macam ni. Yang belum dengar lagi, boleh klik dekat sini 


Lagu : Khai Bahar
Lirik : Khai Bahar
Syarikat Label : NAR PUBLISHING SDN BHD

LIRIK LAGU KERANAMU

Kenangan… 
Kenangan yang tak kan kembali
Meski kau pujuk diri ini
Tetap aku harus begini
Buat selamanya… 

Mengerti…
Sungguh aku tidak mengerti
Walau ku tak mahu begini
Tetap aku harus begini
Keranamu…

Siapalah diriku
Selama ini bersama mu
Hinakah diriku ini terhadapmu
Kepadaku…

Kenangan…
Kenangan yang tak kan kembali
Buat selamanya… 

Ohhh…
Siapalah diriku
Selama ini bersama mu
Hinakah diriku ini terhadapmu
Kepadaku…

Hiraukan diriku
Satu hal kau harus tahu
Ku rindumu aku mencintaimu
Selamanya…
Selamanya…

Keranamu…

Katebelece

Dulu masa buat blog kononnya malas nak update pasal personal sangat macam blog-blog lama sebab tak nak dedahkan sangat pada public. Sebab tu banyak movie review ataupun entri formal yang lain.

Tapi bila baca balik, rasa macam eh hambarnya blog aku. Bila kita tak semangat tengok blog sendiri apatah lagi orang lain. Tak la bermaksud nak dedahkan semua tapi nak juga wujudkan ruang untuk menulis secara bebas ataupun update sembang kosong dengan orang lain ataupun sembang kosong dengan diri sendiri.


Mungkin tak ada makna bagi orang lain tapi I have this one habit suka baca penulisan sendiri lepastu terkejut sendiri as if that moments were never happened. Dah berusia ni kapasiti otak yang kecil tu disumbat dengan benda lain so moment borak kosong ni akan hilang.

Then semalam I decide nak update some moments under #Katebelece tag and tab. Katebelece ni maksudnya nota ringkas, sesuai lah dengan momen borak kosong ni, update yang ringkas saja sekadar hiburkan hati sendiri sebagai terapi.

So..... bye?

Movie Review | Gully Boy (2019)

Thursday, 16 May 2019


Director : Zoya Akhtar
Writer : Vijay Maurya, Zoya Akhtar & Reema
Cast : Ranveer Singh, Alia Bhatt, Siddhant Chaturvedi, Vijay Raaz, Kalki Koechlin, Vijay Varma, Amruta Subhash, Sheeba Chaddha, Ikhlaque Khan
Production Company : Excel Entertainment &Tiger Baby Productions
Distributor : AA Films, Zee Studios International, Cinestaan Film Company
Genre : Music/Drama
Running Time : 153 minutes
Release Date : 9 February 2019 (Berlin)
14 February 2019 (India)
Trailer :



Diinspirasikan dari kisah penyanyi rap di India yang datang dari kawasan perumahan kelas rendah di Dharavi, Mumbai, Zoya Akhtar bawa bakat dan usaha Divine ke layar perak. Movie Gully Boy mendapat kutipan 36 juta dollar di cinema antarabangsa dan menjadi filem tertinggi jumlah kutipan di pasaran global dan kedua tertinggi jumlah kutipan box office tahun 2019.

Murad Ahmed (Ranveer Singh), pelajar kolej yang hidup daif bersama keluarga dan mempunyai seorang ibu tiri bila ayah dia, Aftab (Vijay Raaz) yang baran berkahwin baru. Siang belajar, malam dia terpaksa bekerja gantikan ayah dia yang patah kaki masa bertugas sebagai pemandu keluarga orang kaya. Masa dia banyak dihabiskan di luar rumah bersama kawan-kawan dan Safeena (Alia Bhatt).


Masa festival musik anjuran kolej,, Murad ternampak persembahan rap MC Sher (Siddhant Chaturvedi) atas stage. Dari situ dia mula follow semua video MC Sher di FB dan turun jumpa in person di gudang lama. Murad minta MC Sher nyanyi lagu dia tulis tapi Sher tolak sebab dia cuma nyanyi lagu kisah hidup dia sendiri dan paksa Murad nyanyi sendiri depan semua.

Awalnya memang kekok dan nervous, even Murad tak mampu nak diss rapper lain bila battle tapi lepas dia practice dengan Sher, dia mula pandai rap dan record lagu then publish di Youtube. Sky, pelajar music dari Berklee College of Music nak jumpa Murad sebab lirik lagu Murad memang unik. Sky minta Murad dengan Sher bekolabrasi dengan dia untuk final year project. Untung split 50-50.


Tak ada masalah bab hasilkan album dengan Sky sebab dia jenis yang cool tapi jadi masalah bila Safeena dapat hidu affair Sky dengan Murad. Lagi serabut bila ibu Murad, Razia Ahmed (Amruta Subhash) dah tak tahan hidup dengan Aftab so Murad ajak ibu dengan adik dia keluar dari situ dan tinggal di rumah pakcik dia, Ateeq (Vijay Maurya). Sangkanya Ateeq akan bantu tapi Ateeq marah dan hina keluarga mereka.


Murad nampak jalan keluar bila rapper famous, Nas datang ke Mumbai dan buat rap competition. Hadiah Rs1 juta untuk siapa yang menang. Mampu atau tak Murad keluar dari kemiskinan dia kena tengok dalam movie ni.


Movie Gully Boy agak panjang tapi kalau garapan zoya Akhtar memang tak pernah mengecewakan baik dari segi plot dan dialog. Ada yang kata movie ni sama dengan jalan cerita 8 Miles tapi tak pernah tengok so tak tahu nak bagitahu sama ataupun tak. Tapi yang pastinya tema sama bila bermula dari bawah dengan bakat yang ada ceritakan kisah hidup kepada dunia.

Ni bukan pertama kali Ranveer buktikan bakat lakonan dia di layar perak lepas Lootera, Bajirao Mastani, Padmavaat dan kali ni, Gully Boy ditambah pula dia perlu buktikan pada Zoya yang dia mampu rap. Hasilnya boleh tengok dalam nyanyian lagu Gully Mein dan Aapna Time Aayega.


Jalan cerita Gully Boy jadi lebih menarik dengan watak Safeena yang posesif bila dia mampu belasah Albina yang suka kacau Murad dan juga Sky. Nampak ganas bila di depan stranger tapi Safeena bertukar karakter sopan dan penyayang di depan Murad dan parents dia. Menangis tengok scene Safeena merayu dekat Nasir supaya jangan halang dia pergi kolej. She’s still good in playing with audience emotion just like she did in Highway, Dear Zindagi and Raazi.


Watak sampingan seperti Siddhanth antara yang menguatkan jalan cerita bila dia berlakon sebagai mentor kepada Murad. At times you guys akan nampak watak dia lebih kuat dari Murad, which I believe Zoya sengaja highlight dia since GB is his debut movie. Tapi bersesuaian lah dengan watak dia yang confident dan match dengan nama 'Sher' (Singa).

Bila ada movie yang memaparkan kisah kemiskinan macam ni, the struggle, misery and dilemmas boleh relate dengan life sendiri ditambah pula dengan hard-hitting dialogues dari Vijay Maurya, the connection with some characters are quite deep. 

'All the great artistwere once broke and hungry. Starving even they would eat anything. They stole beats and turned that hunger into stories. Then they got somewhere. All you need is your truth and that lava within, just let it explodes'


'It means to people, it means something. Even after I die, people will still watch this and feel something. This has value. I have value so don't ever call me worthless'


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

Movie Review : I’m Not A Terrorist


Pengarah : Arjin Uppal
Pelakon : Afiq Muiz, Chacha Maembong, Betty Benafe, Farida Jalal, Gulshan Grover, Rahul Dev, Khir Mohd Nor, Jalaludin Hassan
Genre : Aksi/Drama
Durasi Tayangan : 90 minit
Tarikh Tayangan : 05 Oktober 2017
Syarikat Produksi : White Merpati Entertainment
Trailer :


Gandingan dua negara Malaysia dan India dalam satu movie yang mengisahkan tentang pengganas di sempadan Kashmir, India. Masa keluar trailer agak excited nak tengok sebab trailer nampak best nak pula bila ada pelakon-pelakon Bollywood – Farida Jalal, Gulshan Grover & Rahul Dev.

Mengisahkan tentang Umar (Afiq Muiz) yang baru graduate dan mendapat khabar ibu dia, Zabira (Farida Jalal) tak sihat di India. Dah 15 tahun dia tak balik ke sana sejak datang ke Malaysia dan tinggal bersama mak cik dia, Fatimah (Betty Benafe). Terpujuk dengan kata-kata Fatimah, Umar ambil keputusan untuk balik ke Kashmir. Diana (Chacha Maembong) curi-curi beli tiket ke Kashmir walaupun dilarang keras oleh Umar sebab kawasan di Kashmir bahaya.


Sampai ke Kashmir, Umar dapat tahu Laila yang call bagitahu ibu dia sakit tapi tak mampu nak ke hospital sebab tak ada duit untuk beli ubat. Diana yang tak pandai berbahasa Urdu/Hindi salah faham bila dengar cerita ibu Umar tentang ayah Umar yang mati sebagai pengganas dalam satu letupan pada tahun 2002 bila bekerja di bawah Abu Zar (Gulshan Grover). Tak faham kenapa Diana serba yakin tanya soalan serious bila dia tak faham sepatah haram pun. Dah la tak bawak kamus ataupun guna khidmat Google untuk translate.

Tak memasal dia bergaduh dengan Umar malam tu sebab kata ayah Umar pengganas. Siapa suka nak pula bila ayah Umar kena tipu dengan Abu Zar dan Mustafa (Rahul Dev). Esoknya, Diana dengan Umar bawa Zabira ke klinik dekat kawasan tu. Sementara tunggu checkup, Diana keluar jalan-jalan dekat pasar tengok sourvenir tapi geng Abu Zar datang serang secara mengejut. Ada lelaki kena tembak depan mata Diana.


Tapi yang kelakarnya Umar dengan Zabira tak ambik port pun bila Diana trauma tengok kepala orang tembus dengan peluru depan mata. Siap kena marah pulak tu bila sembang pasal kejadian tu. Abu Zar pulak dah aim Diana untuk jadi pengebom berani mati dia di sempadan. Mustafa mula bertelagah dengan Abu Zar sebab perbuatan Abu Zar dah melampau dan menyimpang jauh dari agama.

Kelakar bila Mustafa ingatkan Abu Zar zaman diorang mencuri secara kecil-kecilan dan menculik orang, mungkin Mustafa anggap yang tu masih dianggap dosa yang boleh diampunkan. Mustafa warning Umar supaya bawa Diana dengan ibu dia keluar dari Kashmir sebab dia rasa kesian dengan arwah Rashid yang baru berapa jam dia jumpa tepi jalan tapi kena perangkap untuk misi ‘syahid’. Itupun nasib Umar tu copy sebijik muka Rashid, kalau tak memang Mustafa tak kenal pun mamat cakap Hindi sebutir sebutir ni.


Tapi belum sempat Umar balik pujuk ibu dia, Diana dengan Zabira dah kena serang dah pun di rumah dengan anak buah Abu Zar. Diana kena culik tapi dalam perjalanan Umar sempat serang tapi biasalah hero kalah dulu padahal boleh je Diana lompat turun dari 4x4 pastu tolong Umar. Maybe director suruh dia menjerit dari awal sampai habis scene.

Sudahnya Diana dengan Umar kena belasah sebelum diorang prepare untuk misi jihad esoknya. Diana dah mula trauma lagi teruk dari sebelumnya. Umar pula salahkan Diana sebab nak ikut datang ke Kashmir. Masa Umar larang Diana pun, dia kata dia tak kenal sangat selok belok area tu. Diana menjawab dia boleh guna GPS tapi bila sampai Kashmir tak ada pulak dia keluarkan GPS. Tanya orang dekat situ jugak. Kalau Umar bagitahu kampung dia lubuk pengganas, jam tu jugak Diana turun angkut luggage dia keluar dari kapal terbang.


Of course ada unnecessary scenes bila Umar tanya Laila pasal keadaan ibu dia padahal masa Umar dengan Diana sampai pun Laila dah bagitahu dia yang bagitahu mak cik Fatima. Buat penat Afiq je nak sembang Hindi lama-lama padahal scene Zabira dengan Laila tu dah save banyak masa. Scene Mustafa dengan Abu Zar pun sama, menyembang lebih padahal tak ada isi sangat pun dan banyak lagi la scene lain since ada yang draggy. Guna speed 1.7x masa layan movie ni. 

RM7 juta habis untuk production movie I’m Not a Terrorist tapi kalau dekat Bollywood, mungkin movie ni tahap B ataupun C. I’ve seen much better movie in this genre. Even Nargis Fakhri berlakon lagi bagus dari Chacha & Afiq. Of course an applause for Afiq to learn Hindi walaupun sembang sebutir sebutir. Orang dekat sana pun sembang Hindi campur English dah sekarang.


Tak kenal siapa pengarah Arjin Uppal ni tapi banyak lagi dia kena improve untuk movie genre berat macam ni. Sayang bila lakonan Farida Jalal, Gulshan dengan Rahul tersia dalam movie ni. Visual Kashmir of course cantik macam biasa lah sebab tempat tu memang cantik, tapi VFX dia paling sedih especially scene Jalaludin Hasan dekat Sydney tu. Wardrobe untuk semua pelakon pun cantik especially baju Chacha pakai masa kena culik tu. 

Overall agak kecewa sebab gabungan dua negara pun tak mampu hidangkan movie yang bagus.Objektif movie ni untuk bersihkan nama agama supaya tak dipandang serong pun tak jelas sebab lebih kepada bersifat dendam lama.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0 = 4.8/10

Book Review : Cincang - Dendam Terbalas

Wednesday, 15 May 2019



Penulis : Shield Sahran
Penerbit : Lejen Press
Helaian : mukasurat/ cerita
Genre : Thriller/Drama/Psiko
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama April 2016
Harga : RM20
Sinopsis :



Review:
Buku keempat untuk bulan ni so yeahhhh makin semangat nak baca novel yang lain. Nampak gaya boleh cecah 10 buah kalau semangat ni bertahan lama. This novel wasn’t mine, it’s my sister’s. Pulun jugak baca habiskan sebelum balik ke Subang. Tak jadi hal nak habiskan cepat sebenarnya sebab jalan cerita dia addictive dan menarik!

Di kampung Pekan Lama ni menyimpan berbagai rahsia dan cerita tapi penulis fokus pada kisah Masirat yang tinggalkan bandar lepas ditipu oleh cinta hatinya, Hayati. Akibat percaya dengan cinta, Masirat ditipu sampai tergadai habis harta dia bila dia dijadikan penjamin untuk bayar segala hutang Hayati lepas bisnes gagal. Kecewa dengan berita tu, ibu Masirat meninggal dunia. Makin walang hati Masirat lepas satu persatu petaka menimpa.

Lepas berjaya langsaikan hutang dengan ah long, Masirat berhijrah ke kampung Pekan Lama cari ketenangan. Nasib dia baik bila dibantu oleh Pak Aji dan diambil bekerja di kebun pisang dia. Di kampung tu dia bertemu gadis bernama Sari. Asalnya Sari lahir di kampung tu tapi bila masuk sekolah rendah, keluarga Sari terpaksa berpindah keluar disebabkan masalah kewangan dan masalah peribadi. Bila ibu bapa Sari meninggal dan patah hati lepas ditipu kekasih yang juga suami orang, Sari pulang ke kampung sebab tinggalan harta arwah ibu bapa dia ada di situ.


Makin malang nasib Sari bila dia ditipu oleh Mak Siti dan Pak Mustakim, jiran rumah sebelah bila mereka pujuk Sari untuk pajak tanah rumah pusaka untuk bantu langsaikan hutang anak di bandar. Sari setuju tapi tak sangka Mak Siti jual dia kepada Pak Aji, duda umur 65 tahun yang sebaya dengan ayah dia. Anak Pak Aji, Laila makin bertambah benci dengan Sari bila ibu dia mati disebabkan Sari, kini dia terpaksa terima Sari sebagai mak.

Misteri mula menjengah ke kampung Pekan Lama bila Nora yang suka mengutuk Sari hilang dari kampung. Katanya lari ikut kekasih hati ke bandar. Tak lama lepas tu Mamat berumur 12 tahun pula hilang lepas dihalau keluar oleh ayahnya lepas kantoi mencuri. Makin lama makin ramai yang mati dan hilang. Sari pula makin rancak berniaga sate hasil resipi rahsia dan tunjuk ajar Pak Mustakim dan Mak Siti.


Sate Sari jadi kegilaan satu kampung kecuali Masirat. Walaupun dia bercinta dengan Sari, tak pernah pula dia teringin nak makan sate buatan tunang dia. Terdetik juga rasa ingin tahu apa ramuan rahsia sate Sari bila kawan baik sendiri boleh sasau teringatkan sate Sari. Dalam masa yang sama, Hayati datang jumpa Masirat nasihatkan supaya selamatkan diri dari kampung tu sebab kampung tu tak selamat.

Jalan cerita novel Cincang ni dah boleh agak dah dari awal bila Nora mula hilang dari kampung tambah pula dah terbiasa dengan cerita daging manusia ni. Penulis tak cuba nak buat plot twist ataupun cuba gagalkan tekaan pembaca. Walaupun dah tahu tapi still nak tahu apa motif Sari dan cara dia membunuh.


Watak Sari ni boleh tahan menarik sebab cara dia memanipulasi orang kampung, cara dia berlakon menahan sabar dan strategi dia untuk membunuh tanpa dihidu orang lain. Cuma geram sebab dia tak pandai nak kawal nafsu membunuh dia tambah pula bila stok daging cincang dia dah habis.

Nampak je macam cerita ni straightforward tapi penulis pandai simpan rahsia kehidupan Sari sampai hujung cerita. Lagi satu hal bila penceritaan penulis disulam dengan perspektif Sari dan reality kebenaran kejadian pada masa tu. Di hujung cerita baru you guys akan oohhh bila baca scene luahan hati Masirat dan Sari.


Published under Lejen Press so dah boleh agak penulisan yang santai tapi masih cantik penggunaan diksi dalam penceritaan Cincang ni. Lepas baca novel ni mual jugak bila tengok sate nak pulak dengan cover buku yang agak ngeri. Kembang tekak.

Rating yang agak tinggi di Goodreads tapi sekali je cetakan novel ni. Tak tahu dekat mana kurangnya tapi novel ni memang best nak baca untuk peminat genre thriller psiko. Worth it!
1. Author +1, 2.Plot +0.7, 3. Genre +1, 4.Editing +0.7, Social Message +1 = 4.4/5

Movie Review | The Leakers (2018)

Tuesday, 14 May 2019


Director : Qiu Litao
Writer : Li Min, Li Sheng
Cast : Francis Ng, Julian Cheung, Charmaine, Zheng Zeshi, Liu Haolong
Production Company : Ear East Film, Hong Kong Star Amoy Film Co., Ltd , Hong Kong China 3D Digital Entertainment Co., Ltd. , China Tianjin Zhongwei Culture Communication Co., Ltd. , Hong Kong Sun entertainment movie , China Extraordinary Entertainment Production Co., Ltd , Hong Kong Yindu Agency Co., Ltd. , China Kaibo Global Entertainment , China Powerway Global Entertainment, Hong Kong Grid Music Affairs Ltd. , China Zhongdi Hebang Film and Television Media, China Austar International Entertainment Group, China Shana (Global) China Film Festival Ltd.
Genre : Crime/Action/Drama
Running Time : 102 minutes
Release Date :  21 June, 2018
Trailer :


The Leakers mengisahkan tentang virus ZIKV yang melanda negara Malaysia terutamanya di Penang sampai beberapa orang dikuarantin. Disebabkan virus ni masih baru, doktor dan pakar kesihatan tak tahu apa punca dan simptom ataupun cara virus ni merebak. Doktor buntu bila penggunaan antibiotik tak mampu menghalang virus dari merebak dan gesa orang ramai untuk jaga kebersihan dan pakai mask bila keluar dari rumah.

Kerajaan pula terpaksa tutup kebanyakan tempat awam terutamanya tadika, sekolah dan universiti. Orang ramai pun takut untuk keluar rumah kecuali bila terdesak untuk beli barang keperluan rumah.


Berita tentang virus ni dapat liputan dari seluruh dunia bila jumlah kematian meningkat secara mendadak sehingga 60 orang dalam masa 2 minggu. Pakar panel dari The World Health Organization (WHO) turun ke Malaysia dan mengadakan sidang khas. Carly Yuen (Charmaine), wartawan dari Hong Kong antara yang hadir untuk buat liputan mengenai virus ZIKV.

Ada doktor yang cadangkan untuk guna ubat MD5 yang dihasilkan oleh syarikat farmasi AMANAH walaupun ubat ni belum dapat kelulusan dari pihak berkuasa disebabkan tiada vaksin yang mampu halang penyebaran virus ni. Sementara semua tengah kecoh dengan virus baru, pengurus besar AMANAH, Teo Chun Loong (Shi Yanan) pula bunuh diri di pejabat.


Pengasas AMANAH, Teo Jit Sin (Zheng Zeshi) yang juga ayah kepada Chun Loong makin serabut bila anak kedua dia, Teo Chun Yann (Liu Haolong) pula diculik di Hong Kong. Saham company jatuh mendadak walaupun penjualan ubat MD5 meningkat. 

Sarjan Li Yongqin (Julian Cheung) ditugaskan untuk siasat kes ni dan dihantar ke Hong Kong untuk cari Chun Yann dan jejak isteri Chun Loong lepas hard disk yang mengandungi data MD5 dicuri di syarikat AMANAH oleh kumpulan hacker yang dikenali sebagai The Leakers. Di Hong Kong Yongqin dibantu oleh Inspektor Wang Dawei (Francis Ng) disebabkan undang-undang di China melarang Yongqin guna senjata.


Yang bestnya movie ni bukan jalan cerita dia sangat tapi excited sebab movie ni shoot dekat Penang especially area Bayan Lepas dengan Georgetown. Tapi tak banyak la director tunjuk kecantikan Penang walaupun negeri tu kaya dengan tarikan pelancong. Since movie ni bertemakan skim penipuan dalam perubatan so banyak scene dekat hospital je.

Lagi satu hal best nak layan sebab genre mystery thriller bila pembunuhan demi pembunuhan berlaku bila doktor ambil keputusan untuk guna ubat MD5. Dari situ dah boleh agak yang AMANAH ada agenda tersendiri tapi terhalang oleh The Leakers.


Ada juga unnecessary scenes macam kemelut perkahwinan Inspektor Wang Dawei ataupun scene Dawei bergaduh dengan Yongqin ditayangkan sebagai selingan dari jalan cerita utama movie ni. Its better kalau director tunjuk pasal The Leakers sebab dalam movie ni tak banyak pun penonton boleh tahu pasal The Leakers.

Overall movie The Leakers is a must watch movie sebab jalan cerita yang kuat, lakonan yang bagus ditambah pula dengan cara director olah movie supaya melekat tengok sampai habis walaupun dah tahu siapa watak jahat yang sebenar dan apa motif dia. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.3/10