Melaka Wonderland, Ayer Keroh
Wednesday, 3 April 2019
Dah berjanji, kena tunaikan janji bila adik-adik dapat result exam bagus kena la bawak diorang pergi bercuti. Ngam pulak dapat beli tiket promosi Melaka Wonderland, dapat la bawak satu family pergi berseronok dekat sini.
Dalam tiket tu boleh tebus voucher untuk tiket masuk themepark, pedal boat, rabbit feeding, fish feeding, tube ride, locker dan meal voucher. Berbaloi jugak lah sebab harga dekat sini agak mahal kalau pergi ramai.
Dah plan nak datang seawal mungkin sebab taknak bersesak cari parking lepastu sesak dengan orang lain tambah pulak musim cuti sekolah ni memang ramai la yang datang. Masa Google open hours jam 9 pagi tapi bila masuk nak beli tiket baru perasan waktu dibuka berubah kepada pukul 10.
Masa nak beli tiket parking pun dah menunggu lama disebabkan ada 3 event haritu - Kem Askar Family Day, Mimi Family Day dengan lagi satu family day. Hambekkk!
Harga tiket parking untuk kereta RM5, motor pulak RM2. Pandai jugak diorang ni buat duit sebab area sini memang lapang. Tak payah masuk dalam pun takpe kalau nak jimat sebab tak jauh mana pun berjalan.
Tak tahu dinosaur ni dah berapa lama berhibernasi dekat sini sampai kepala pun dah tercabut dah dek angin Melaka T.T
Lama jugak lah nak beli tiket masuk dekat kaunter tiket. Nasib baik datang awal so tak perlu nak rush itu ini. Tapi bila dah settle tu penat jugak lah nak menunggu jarum jam tepat ke nombor 10. Kita yang dah besar ni boleh je relaks tapi yang kecik mulut murai ni macam dah tak wujud dah erti kesabaran dalam kamus kehidupan dia.
Dah settle scan wrist tag, dah kena check bag macam masuk airport ataupun kastam sebab makanan luar tak dibenarkan, kena cari changing block pulak sebab nak settlekan hal loker. Loker dekat sini guna sistem scan dan boleh diguna banyak kali sampai adik kau hilang batak nak main scan. Seriously these kidssss T.T
Mudah je nak guna, just pilih 'Ambil Beg' lepastu scan wrist tag dia bagi. Nanti pintu loker tu terbuka lah. Loker dia boleh muat 2 beg sandang. Satu loker harga dia RM30 and that's why I said earlier, kupon tiket tu membantu sangat bila kau bercuti di hujung bulan. Senak poket tapi ku gagahkan jua.
Themepark dia agak luas dan tinggi belaka. Selain memanjat bukit, gagahkan juga diri untuk panjat bangunan bertingkat bawa tube ye.
Banyak game kena guna tube tapi tak semua game best pun. Crazy Water Slide ni best lah kalau naik dengan yang badan besar ataupun berat. Kalau naik dengan adik-adik yang kurus halus memang tersangkut sampai guard tu kena tolak dari atas sampai bawah.
Turnado Chaser ni main sekali je sebab tersangkut agak lama jugak lah dekat tengah tu cuba untuk keluar. Lagipun masuk tengahari dah ramai yang main sampai tangga sesak dari atas sampai ke bawah.
Paling best main Kamikaze Racer ni sampai muka abang yang jaga tu pun dah jelak tengok muka kitorang adik-beradik. Sampai position kitorang dah boleh jadi contoh dekat amatur yang lain. Kamikaze Racer ni kalau kurus tak payah berangan lah nak main sebab akan sangkut dekat bahagian tinggi lepastu kena panjat naik atas then turun sendiri sampai pool.
Untuk manusia badan besar macam kitorang ni memang dah serupa racing lagaknya siap melantun tinggi bagai. Yang pakcik makcik bersidai dekat tepi pool pun dah boleh teka resipi kejayaan kitorang.
Dah penat main dekat area sini, kitorang turun ke bawah lepak dekat Big Wave Pool. Dekat pool ni boleh santai sambil layan ombak dengan lagu yang DJ pasang. Boleh berenang tanpa tube ataupun guna double or triple tube. Masa tak ramai orang best lah nak lepak tapi bila dah ramai gerak sikit dah terlanggar orang.
Pool ni ada kedalaman berbeza, dari 1 kaki membawa ke 6 kaki. Tapi sebelum sampai 6 kaki tu wisel lifeguard dah berbunyi dah supaya tak ada yang masuk ke garisan bahaya. Malas dia nak basahkan baju semata nak sauk si lemas lepastu buat CPR.
DJ Abang Splash ada jugak lah buat cubaan nak ajak chicken dance dengan dia tapi malas nak layan sebab tak ada maskot dino yang datang. Dia suruh boo kitorang boo lah tapi dia ajak joget kitorang bolayan. Kami nak dino!!
Dekat belah belakang Big Wave Pool ada Lazy & Crazy Ride tapi hambar lah sebab bersantai dengan tube ataupun pakai life jacket je. Nothing much to do pun.
Yang ni dekat area pool kanak-kanak. Air dia cetek je tapi kalau masa turun gelongsor tu landing terlangkup memang mengundang tersedak air jugak lah.
Dekat Melaka Wonderland ni memang open space so tak banyak tempat nak berteduh, nak pulak kau datang masa gelombang haba memuncak, memang terbakar lah kulit semata nak duduk berehat. Organizer lupa agaknya orang Malaysia ni tak suka kulit gelap. Tan ni bukan budaya kita.
Harga makanan dekat sini kalau western below RM10 tapi level sedap tu tak tahu dekat mana. Haritu makan burger dia pun kosong je semata daging dengan mayonis. Kalau set nasi memang sedap nak pulak kuah sup dia. Nasi pun banyak boleh makan berkongsi. Set ayam masak merah dia sedap!
Menangis jugak nak beli makanan dekat sini sebab air mineral botol kecil pun RM3.70. Tiket masuk harga murah tapi makanan mahal ya ampun. Nak bawa bekal tapi jauhnya themepark dengan parking. Kalau dekat Wet World Shah Alam tu berapa langkah je nak keluar pastu boleh makan dekat bahagian luar sebab luar tu taman tasik.
Dah kenyang makan haruslah tidur seperti dugong sebab malas dah nak main. Tunggu adik-adik main puas-puas je sebab dah taknak datang sini dah lepasni. Kalau nak have fun dekat themepark pun pergi Shah Alam je lepas ni. Dekat dengan rumah satu hal, redup satu hal, game lagi best satu hal.
Bukan setakat panas je nak kena hadap, jalan atas tar satu hal. Ada je diorang sediakan pelapik tapi sama je hazab menanggung panasnya. Jalan atas rumput pulak sakit terpijak batu di setiap langkah. Redho betul habiskan sisa-sisa masa yang ada. Boleh je nak usung selipar sana sini tapi kalau dah tangan gemuk ni mana kau nak pegang tube, mana kau nak pegang selipar lagi. Kalau dekat Wet World Shah Alam ataupun Bukit Merah Waterpark ada pavement so kaki tak melecur bila berjalan.
Tak pergi pun bahagian boat pedal, rabbit feeding ataupun fish feeding sebab kolam ikan dia satu petak kecil je. Harga nak bagi makan pun cecah RM8. Baik pergi OU kasi makan ikan sampai malam tanpa bayaran. Ikan pun cantik kemain.
Lama jugak tunggu budak-budak ni habis main sebab plan asal nak keluar jam 3 tapi menganjak sampai ke jam 5.30. Dekat sini ada kemudahan tandas merata tapi tak bersih lah. Takungan melimpah dan takungan emas merata. Lock pun dah banyak yang rosak. Not sure pasal surau sebab solat dekat luar. Ramai orang masa tu so tak nak bersesak dengan yang lain.
Mission accomplished bawa family datang sini, balik pun dah selamat sampai ke rumah. Balik tu haruslah memasing tidur awal dengan muka legam sebab terbakar teruk. Till then, zzzz
Mission accomplished bawa family datang sini, balik pun dah selamat sampai ke rumah. Balik tu haruslah memasing tidur awal dengan muka legam sebab terbakar teruk. Till then, zzzz