Movie Review : Socialphobia (2014)
Wednesday, 3 April 2019
Director : Hong Seok-jae
Writer : Hong Seok-jae, Jo Seul-ye, Kwon O-rang, Koo Sung-mo
Cast : Byun Yo-han, Lee Joo-seung, Ha Yun Kyoung
Production Company : CJ Entertainment
Distributor : CJ Entertainment
Genre : Thriller / Drama
Running Time : 102 minutes
Release Date : March 12, 2015
Trailer :
Lepas tengok banyak kawan blogger buat review dan beberapa
recommendation dari Twitter, try cari movie ni untuk layan masa weekend lepas.
Bila search, movie ni pernah menang award di 19th Busan International Film
Festival so it’s quite good la kan?
Socialphobia menceritakan sekumpulan keyboard warrior yang
berkumpul untuk gertak Ha Young (Ha Yun Kyoung) in real life bila dia sengaja
bash askar yang dah mati untuk dapatkan perhatian di akaun Twitter. Ji Woong
(Byun Yo Han) dan Yong Min (Lee Joo Seong) yang belajar di akademi polis pun
join jugak perjumpaan ni atas alasan nak ajar supaya hormat dengan unit
beruniform. Bila dah famous dekat media sosial ni memang senang la personal info
terdedah kepada umum. Alamat rumah pun dengan mudah je diorang dapat. Reminds
me of Kiki.
Bila diorang sampai ke rumah Ha Young, agak pelik bila pintu
dah terbuka. Lagi mengejutkan bila Ha Young dah tergantung di balkoni rumah
dia. Ji Woong nampak jari Ha Young bergerak tapi lepas dia turunkan, Ha Young
memang dah meninggal. Lagi parah bila salah seorang buat live so cerita pasal
Ha Young mati dah tersebar.
Walaupun Ha Young bunuh diri tapi netizen tetap salahkan
diorang satu kumpulan sebab jadi punca Ha Young bertindak macam tu. Ji Woong
dengan Yong Min kena bash teruk sebab diorang bakal jadi polis. Yong Min syak
ada orang lain yang bunuh Ha Young sebab mesin basuh dia tengah running masa
diorang sampai so Ha Young memang tak ada niat langsung nak bunuh diri.
Instead tunggu polis buat siasatan, diorang satu kumpulan
decide nak cari bukti pembunuhan Ha Young. Makin dikorek, makin banyak pulak
rahsia yang diorang jumpa yang dedahkan keburukan social media ni.
Jalan cerita movie ni just average for me, sebab punca Ha
Young bunuh diri tu tak lah ekstrem mana kalau nak dibandingkan dengan movie
Disconnected lepas dimalukan teruk di social media. Mungkin jalan cerita ni
sesuai pada zaman penggunaan social media baru nak up around 2012 till 2015
macam tu tapi untuk sekarang nak hadam tu macam tak berapa sangat sebab there
are so many protection we can take bila kita dibuli oleh netizen. Still I give
credits for this movie sebab wujud pada tahun 2014 sebagai social movie untuk
sebarkan awareness tentang keburukan social media to audience.
Socialphobia bukan setakat tonjolkan implikasi media sosial
kepada pengguna tapi refleks jugak perangai pengguna terutamanya golongan muda
berdarah panas. Having bad day? Cari je target untuk lepaskan marah dekat
social media. Belum sembang pasal perangai pentingkan diri lagi, masing-masing
dahagakan perhatian instead pandang sesuatu isu tu dengan serious dan rasional.
Walaupun Hong Seok-jae debut sebagai pengarah dan penulis
skrip untuk movie ni tapi karya dia berjaya timbulkan rasa marah dan kesian
pada masa yang sama untuk sesetengah karakter. Sebagai audience rasa keliru nak
berpihak pada side siapa terutama scene bila ramai yang bash Ha Young untuk
sedarkan dia yang perbuatan dia salah tapi sudahnya tindakan diorang pun salah
bila buat keputusan untuk gertak Ha Young.
Sama jugak bila diorang nak cari siapa pembunuh Ha Young.
Nampak macam diorang tak suka dengan keganasan dan cari keadilan untuk Ha Young
tapi hakikatnya diorang cuma nak tutup rasa bersalah diorang. Due to this, a
big applause for Byun Yo-han and Lee Joo-seung as leading stars for this movies
when they nailed the perfect portrayal for those characters.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.9/10