Majlis Perkahwinan Sonam Kapoor & Anand Ahuja - Shaadi Mubarak!
Sunday, 3 March 2019
Kecoh di Twitter bila ada rumours Sonam dah pregnant sebabtu dia kurang aktif dekat industri. Rasa macam baru je lagi dia kahwin. Gambar wedding dia pun tak puas lagi tengok sebab cantik belaka.
Tahun 2018 antara tahun yang meriah sebab ramai A-list actress berkahwin. Anushka Sharma kahwin dengan Virat bulan Mac, Sonam dengan Anand bulan Mei, Deepika dengan Ranveer bulan November dan Priyanka dan Nick bulan Disember.
Ramai yang compare dan buat poll tanya wedding siapa paling best which is not necessary pun sebab perkahwinan memang something sacred and happy moment for the couple, family and relatives. We as fans tak payah nak lagakan dan buat comparison dangkal nak tentukan siapa layak menang Wedding Of The Year sebab semua pasangan nak raikan hari bahagia je.
Antara semua aktres, perkahwinan Sonam je yang public so fans boleh enjoy layan video dengan gambar dekat majlis tu.
Lagi best nak tengok bila Sonam Kapoor fashion icon dekat Bollywood so ramai yang berteka-teki wedding couture Sonam hasil dari designer mana.
Anddddd its Anuradha Vakil untuk majlis malam berinai
Malam berinai pun dah ramai selebriti datang tambah keluarga Sonam sendiri dah memang ramai pelakon. Antara selebriti yang ada, Shilpa Shetty, Karan Johar, Katrina Kaif, Varun Dhawan, Jacqueline Fernandez, Janhvi Kapoor, Swara Bhaskar, Kareena Kapoor, Karishma Kapoor, Sanjay Kapoor dan ramai lagi.
Yang tak pernah tengok anak dara Sanjay Kapoor, masa wedding ni Shanaya Kapoor baru je tamat pengajian dekat kolej dia. First time jugak nampak dia sebab selama ni ayah dia sorok dari media. Tahun ni dah nak debut sebagai pelakon dah ikut jejak langkah ayah dia.
Anak-anak dara SriDevi - Janhvi & Khushi Kapoor |
Arjun Kapoor dengan Boney Kapoor, yang mana tak familiar dengan Boney Kapoor, dia abang kepada Anil Kapoor & Sanjay Kapoor tapi bekerja sebagai pengarah dan produser filem je. Arjun Kapoor, Anshula, Janhvi & Khushi anak-anak dia tapi berlainan isteri. Arjun & Anshula dari perkahwinan dengan isteri pertama.
Kalau perasan dalam gambar Sonam dengan Katrina Kaif tu, tangan Sonam kena balut dengan kain pink sebab inai yang diorang lukis dekat tangan Sonam tak boleh tunjuk dekat keluarga pengantin lelaki. Masa kahwin nanti baru boleh buka.
Dekat majlis berinai ni ada upacara Kaleera, masa Sonam upload video ni baru tahu pasal upacara dalam perkahwinan Punjabi ni. Kaleera ni sama macam baling flower bouquet dalam wedding lah. Siapa yang terkena, dia lah yang akan kahwin selepas tu. Bezanya Kaleera ni dipakai di tangan bakal pengantin, adik-beradik perempuan dan kawan terdekat akan duduk di kerusi. Kalau Kaleera jatuh atas dia, so she's the one.
Untuk majlis kahwin, Sonam-Anand guna khidmat wedding planner Wedniksha di Mumbai. Setting dia, penggunaan warna semuanya cantik. Tengok gambar pun dah amazed, imagine tetamu yang ada dekat majlis ni.
Nak design ni ambil masa yang agak lama sampai berbulan sebab rumours Sonam busy dengan majlis kahwin dari awal tahun lagi. Memang berbaloi kalau ambil masa yang lama sebab cantik sangat. Sonam-Anand berkahwin dalam majlis perkahwinan tradisional Sikh.
Majlis perkahwinan pun ramai juga selebriti yang datang dan of course Anil Kapoor orang yang paling busy masa majlis perkahwinan anak sulung dia ni. Bukan setakat tetamu je yang dapat makan tapi media yang berkumpul ambil gambar dekat luar rumah pun dijemput makan. Karishma Kapoor pun bantu distribute laddoo dekat tetamu dan media yang datang.
First time in my life tengok hand bouquet dari daun pisang! Kalau bukan sebab wedding ni memang sampai bila-bila tak tahu daun pisang cantik dibuat hand bouquet. Unik dan cantik! Jimat pulak tu.
Well, you guys can spotted Rani Mukherjee there |
Sonam with her BFF - Jacqueline Fernandez |
Fun fact, Ranveer Singh adalah sepupu kepada Sonam Kapoor tapi sebelah mak Sonam, Sunita Kapoor. Sunita pernah cakap dia teringin nak tengok Ranveer dengan Sonam berlakon sama-sama dalam satu movie.
Majlis ketiga ialah majlis resepsi untuk rakan selebriti Btown. Malam ni memang meriah sebab ramai yang datang antaranya SRK, Ranbir Kapoor, Alia Bhatt, Akshay Kumar, Twinkle Khanna, Salman Khan, Katrina Kaif, Isabelle Kaif, Rekha, Shilpa Shetty, Aishwarya Rai Bachchan, Abishek Bachchan, Shahid Kapoor, Vidya Balan, Kajol, Sid Malhotra, Varun Dhawan, Aditya Roy Kapur dan ramai lagi.
Majlis resepsi tak banyak video dan gambar yang keluar tapi video yang ada pun dah tahu dah meriah sangat dekat dalam tu. Everyone were having fun tapi as fans paling best bila tengok ramai selebriti spending time and having fun together. Congrats to Sonam and Anand for your phenomenal wedding day and be happy till the end of time.