Kolam Ikan One Utama, Damansara
Thursday 7 February 2019
Sejak duduk dekat Subang ni memang jarang nak lepak dekat mall sebab kerja sampai Sabtu so Ahad memang lepak rumah je. Haritu disebabkan adik datang, saja bawak dia jalan-jalan. Nak pulak tengah bersepah sale disebabkan CNY so kira langkah kanan lah shopping sekali.
Masa first time datang OU memang dah berazam taknak datang dah sebab banyak kali sesat sampai kaki melecet cari jalan pulang. Tapi sebab OU je ada Seoul Garden lepas penutupan SG di Star Avenue, kena jalan lebih sikit la bila craving.
Dah puas makan, sementara tunggu ketam sampai, lepak dekat luar ambil angin untuk make space dalam perut. Selalunya tak pandang pun kolam ikan ni walaupun depan Seoul Garden je tapi hari tu rasa nak tengok. Bila tengok, rasa amazed pulak dengan segala jenis ikan yang ada dekat situ. Paling banyak, ikan koi berwarna. Dari parking area sampai ke kolam yang besar ni.
Ada lagi satu tempat bertemakan nature dekat OU ni tapi tak sempat nak jejak lagi so next time je lah sebab OU dengan rumah bukan jauh mana pun.
Anyway, ni deco CNY dekat OU tahun ni. Dekat bawah banyak booth jual kuih raya dengan booth lucky draw. Memang sesak sebab diorang beratur panjang dekat booth lucky draw tu. Nak tengok lion dance pun tak dapat.
Masa first time datang OU memang dah berazam taknak datang dah sebab banyak kali sesat sampai kaki melecet cari jalan pulang. Tapi sebab OU je ada Seoul Garden lepas penutupan SG di Star Avenue, kena jalan lebih sikit la bila craving.
Dah puas makan, sementara tunggu ketam sampai, lepak dekat luar ambil angin untuk make space dalam perut. Selalunya tak pandang pun kolam ikan ni walaupun depan Seoul Garden je tapi hari tu rasa nak tengok. Bila tengok, rasa amazed pulak dengan segala jenis ikan yang ada dekat situ. Paling banyak, ikan koi berwarna. Dari parking area sampai ke kolam yang besar ni.
Sebelah kolam ikan koi ni ada akuarium pelbagai jenis ikan air tawar macam ikan patin, ikan keli, rohu, tenggalan etc. Penat jugak nak cam mana satu sebab tak pernah kenal pun. Selama ni tahu makan je. Ikan dalam akuarium ni semuanya besar belaka, agak kalau restoran depan ni out of stock, boleh celup dalam akuarium ni je.
Nak bagi makan ikan-ikan ni kena beli dekat mesin tapi mahal sikit lah sebab half of profit tu dia salurkan kepada Persatuan Dolphin something like that la. Tapi ramai yang bawa roti je bagi makan ikan-ikan dekat kolam/akuarium ni.
Selain ikan, decoration ni more kepada rainforest theme, so boleh lah kau nak bergayut macam Tarzan ataupun bergambar. Tangan berseni jadi cantik lah gambar korang. Tangan kayu macam kita ni, boleh ambil gambar cenggini je.
Dekat tingkat paling atas ada jambatan untuk bergambar kalau masa panas lah. Kalau hujan, lantai dia agak licin so kalau jatuh ke bawah kena tanggung sendiri lah.