Drama Review : Your Honor/Dear Judge
Friday, 2 November 2018
Director : Boo
Sung-cheol
Writer : Cheon
Sung-il
Cast :
Genre : Legal Drama
Running Episodes : 32 episodes
Release Date : 25th July - 20th September, 2018
Production Company : The Story Works, iHQ
Distributor : SBS (Seoul Broadcasting System)
Trailer :
Rating agak tinggi untuk drama ni sampai curious sangat dengan jalan cerita drama ni walaupun bertemakan legal. Lagi.
Han Kang-ho dan Han Soo-ho kembar dua beradik tapi berbeza karakter, yang sorang pendiam dan cemerlang dalam pelajaran sampai jadi hakim bahagian jenayah. Meanwhile Soo-ho dari zaman sekolah lagi malas nak belajar dan masuk penjara juvana. Dah banyak kali tertangkap sampai warden penjara pun dah kenal muka dia. Setiap kali masuk, setiap kali tu jugak lah mak dia tunggu dia keluar dari penjara dengan bekal makanan.
Han Soo-Ho menyampah dengan mak dia sebab tak register nama dia dalam sijil family, lagi menyampah dengan Kang-Ho bila abang dia bagitahu semua kenalan yang dia satu-satunya anak tunggal dalam family. Han Soo-Ho bawa diri tapi terlibat dengan jalan salah. Cemerlang dalam pelajaran dan jadi hakim tak semestinya Han Kang-ho ada di jalan yang betul jugak sebab terlibat dengan kes rasuah dan menipu masa jadi saksi kes rogol semata nak selamatkan kroni sendiri.
Bila Kang-ho hilang sebab diculik, secara tak sengaja Soo-ho terpaksa gantikan tempat Kang-ho di mahkamah. Haruslah awkward dan blur sebab tak tahu sistem perundangan macam mana. Boleh kata kosong. Nasib dia baik bila pelajar intern, So-Eun tolong dia siapkan report yang menggunung atas meja.
Setiap kali perbicaraan dia guna report So-Eun tu je tapi ramai yang tak puas hati sebab judgement dia lebih kepada emosi wanita berbeza dengan dulu. Agak pelik jugak lah bila tak ada pun yang perasan kenapa karakter hakim diorang berubah. Mak diorang je lah yang tahu cerita sebenar tapi disebabkan you guys akan suka dengan karakter Soo-ho ni mesti tak ramai yang akan anggap benda ni isu besar pun.
Drama ni ketengahkan betapa hancurnya institusi perundangan bukan setakat di kalangan lawyer je tapi di tahap penentu nasib defendan di kandang bicara. Lagi satu hal, duit tepi hakim lagi masyuk dari duit haram samseng. Imej maintain cantik je di mata awam padahal lagi jijik perangai sanggup leburkan kejujuran semata untuk hidup senang. Yang bestnya bila dia buat keputusan apa pun, dia akan tetap dapat duit. Tinggal nak pilih je amaun mana yang dia nak.
Sama juga dengan mesej sexual harassment yang berlaku di tempat kerja, seiring tularnya #MeToo movement di serata dunia sekarang ni. Lee Yo-young berjaya menggalas watak trainee yang naif tapi tegas dengan pendirian dia untuk melawan senior walaupun bahayakan masa depan dia sendiri. Karakter So-Eun antara tunjang utama dalam drama Your Honor bila kisah hidup dia pun antara kisah pahit juga untuk ditelan.
Emosi jugak tengok drama Your Honor sebab keadaan keluarga kecil diorang yang porak-peranda. Memasing pun tahu cara Asian parents ni besarkan anak macam mana so agak terasa jugak bila tengok scene mak diorang besarkan diorang. Menangis tengok scene Soo-Ho dapat tahu nama dia kena buang dari sijil or mana-mana scene bila dia menangis confirm nak menangis sekali sebab life dia agak tough dalam drama ni.
Walaupun jalan cerita movie ni agak menarik untuk dilayan tapi team production drama ni macam rushing je nak habiskan sebab banyak persoalan yang belum terjawab. Apa jadi dengan kes defendan bunuh mak dia? Apa jadi dengan kes rogol kakak So-Eun? Apa jadi dengan Lee Ho-Sung and the gang?
Tak tahu nak recommend ataupun tak sebab banyak cacat cela dari segi penceritaan tapi entah lah lain orang lain citarasa dan tahap chill dia so suka hati you guys lah nak buat pilihan.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 7.5/10