Movie Review : Dhadak

Saturday, 13 October 2018

Related image

Director : Shashank Khaitan
Writer : Shashank Khaitan
Cast : Ishaan Khatter, Janhvi Kapoor, Ashutosh Rana, Ankit Bisht, Shridhar Watsar, Aishwarya Narkar, Kharaj Mukherjee, Godaan Kumar
Production Company : Zee Studios, Dharma Productions
Distributor : Zee Studios
Genre : Drama/Romance
Running Time : 138 minutes
Release Date : 20 July 2018
Trailer :



Dah lama tunggu movie debut anak SriDevi, Jhanvi Kapoor dengan adik Shahid Kapoor, Ishaan Khatter ni sebab Karan Johar dah hype diorang dua sebelum finalise leading actor lagi. Selalunya debut movie memang akan dapat genre romantic drama ataupun rom-com je sebab yang tu paling senang nak dilakonkan. Dhadak adaptasi dari movie Marathi, Sairat yang mendapat kutipan 1 billion.

Dhadak mengisahkan tentang kisah percintaan "Madhu" Bhagla (Ishaan Khatter) dan Parthavi Singh (Janhavi Kapoor) di Udaipur, India. Tapi percintaan diorang berdua terhalang disebabkan kasta berbeza. Madhu cuma anak owner restoran biasa di Udaipur, Parthavi pulak anak keturunan diraja dan ahli politik, Mr. Ratan Singh (Ashutosh Rana).

Related image

Walaupun Madhu dah bersumpah dengan ayah dia takkan jatuh cinta dengan Parthavi tapi Parthavi sengaja ugut Madhu tak boleh ikut dia pergi mana-mana lagi. End up, diorang kantoi dengan Mr. Ratan sudahnya Madhu dengan kawan-kawan dia kena belasah dalam penjara. Restoran ayah dia pulak kena raid dan disaman sampai bankrap.

Madhu dengan Parthavi berjaya larikan diri sampai ke Kolkata dengan bantuan pakcik Madhu di Nagpur. Di Kolkata, life Madhu dengan Parthavi agak susah sebab sebelum ni parents diorang yang sediakan semua benda tapi di Kolkata diorang kena cari duit sendiri untuk survive. Untuk Madhu cari duit tu tak susah pun sebab dia pun bekerja sambil belajar masa dekat Udaipur.

Image result for dhadak

Agak susah bagi Parthavi nak adapt dengan kehidupan macam tu, sebelum ni tinggal dekat mahligai, semua benda yang dia nak dia cuma mintak je. Dia tak suka something, dia mengadu je dengan ayah dia. Dekat Kolkata, dia tak suka something dia tetap kena hadap. Dia pun bukannya faham sangat bahasa Bengali.

Ingatkan dia nak give up dan lari balik ke Udaipur tinggalkan Madhu rupanya dia stay. Dia pun sama macam Madhu, usaha sampai kehidupan diorang berubah sedikit demi sedikit. Dalam masa yang sama, Parthavi selalu contact dengan mak dia sebab rindu. Madhu dah memang lupa terus dengan family sebab ayah dia dah buang dia sejak bankrap.

Image result for dhadak

Jalan cerita movie ni biasa je, for me cerita cinta berbeza kasta sampai larikan diri dari keluarga ni dah banyak difilemkan di Bollywood cuma perjalanan kisah cinta tu yang berbeza. Ada yang bad ending, ada yang happy sampai ke tua. Dhadak dalam kategori yang mana, tu kena tengok sendiri lah.

Lakonan debut Ishaan dengan Jhanvi ada strong chemistry especially for a romantic scene. Even for comedy pun comel especially part Madhu nak papi. Bila tengok lakonan Ishaan teringat lakonan Shahid since both of them belajar dekat sekolah lakonan yang sama. Mesti la dapat tunjuk ajar dari cikgu yang sama kan?


Untuk Janhvi, walaupun belum mampu capai tahap mendiang ibu dia lagi tapi for a debutante, she did great. Lakonan dia more to innocence and natural. Her eyes speaks volume. Leaves impression in emotional and dramatic scene. Tambah pula dia sendiri yang request dekat Karan Johar untuk berlakon dalam movie ni. So boleh kata dia well prepared lah. Brownie points, Jhanvi menari cantik sangat masa dekat kelas tarian tu. Debut under Dharma gives her advantage for being pretty onscreen.


Suka tengok kesenian bangunan bersejarah di Udaipur dan bandar Kolkata dari lensa Vishnu Rao. Costume pula dari collection Manish Malhotra, memang menyerlah lah kecantikan watak heroin yang datang dari keluarga kaya. Soundtrack album dia yang buat ramai tertarik especially lagu tema Dhadak. Gabungan suara Ajay dan Shreya mengasyikkan. Thanks to Farah Khan for a beautiful choreoghraphy in Zingat. 


Should I recommend you guys for this movie? Yes! It still haunting me till this day kot. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 8.6/10

Movie Review : Hotel Transylvania 3 - Summer Vacation

Friday, 12 October 2018

Image result for hotel transylvania 3 summer vacation

Director : Genndy Tartakovsky
Cast : Adam Sandler, Andy Samberg, Selena Gomez, Kevin James, David Spade, Steve Buscemi, Keegan-Michael Key, Molly Shannon, Fran Drescher, Kathryn Hahn, Jim Gaffigan, Mel Brooks
Production Company : Sony Pictures Animation
Distributor : Sony Pictures Releasing
Genre : Comedy
Running Time : 97 minutes
Release Date : June 13, 2018 (AIAFF)
July 13, 2018 (United States)
Trailer :



I rarely watch animation movie but this franchise definitely my fav pick to watch. Kali ni Hotel Transylvania mengisahkan tentang Drac and family pergi bercuti di Bermuda Triangle sebab nak rest dari kerja yang menimbun dekat hotel diorang. So Mavis (Selena Gomez) book cruise hotel untuk diorang. Oh ya, his friends pun ikut sekali. Ha’ah serigala dengan ratusan anak dia tu.

Dalam movie kali ni memang serigala happy sebab dekat cruise tu ada service jaga anak customer so diorang happy sangat boleh hidup bebas dari anak-anak diorang. Papa Drac (Adam Sandler) pulak tak habis pertikaikan kenapa boleh wujud cruise hotel. Kalau setakat nak bercuti dekat hotel, dia pun ada hotel. Mehhhhh

Related image

Kalau dalam HT 2, Mav yang angau kena panahan Zing! Tapi dalam HT 3 ni, Papa Drac pulak yang terkena Zing! Lepas dah beratus tahun hidup sendiri sejak Mama Drac mati, 100 tahun yang lepas. Tapi Mavis tak boleh terima sebab Zing! cuma jadi sekali je seumur hidup. So she thought Papa Drac just faking it. Since then, Mavis cuba untuk cari apa muslihat Captain Erika (Kathryn Hahn) hadir dalam hidup Papa Drac.

Tekaan Mav tepat bila Captain Erika sebenarnya cucu pembunuh Dracula yang famous sejak dulu, Abraham Van Helsing (Jim Gaffigan). Ni bukan spoiler tau sebab first half pun director Genndy Tartakovsky dah bagitahu siapa sebenarnya Captain Erica dan niat jahat dia. Mungkin sebab movie ni dah aim audience dia kanak-kanak, so jalan cerita dia pun ringan dan santai je.

Related image

Jalan cerita movie ni biasa je nak pulak bila plot twist dan ending tu dah boleh dijangka dah tapi yang best nak tengok bila scene kelakar dari Papa Drac bila jatuh cinta. Dari Drac yang mengerikan kepada Drac yang angau. Scene Jelly tu pun comel, mabuk laut sampai keluar baby jelly. Tapi ada juga scene yang hambar dan agak draggy tapi tak banyak pun.

Mesej sosial dalam HT3 ni ketengahkan tentang perbezaan monster dan manusia dalam kehidupan tapi masih boleh hidup bersama. The message is strong but the way director portray it is weak. Seriously weak. Tapi mesej family bonding agak kuat dan cantik. Sweet relationship antara Mavis-Johnny, Mavis-Papa Drac, Papa Drac and his friends seems quite lovely and warm. 

Related image

Nasib tak tengok dekat cinema movie ni but still I have fun watching this movie at home. Harap nanti HT 4 ada storyline yang lagi umpph untuk adults and kids itupun kalau ada lagi lah sebab hamper kerugian jugak producer franchise ni since kutipan tak balik modal. Anyway blah blah blahhhh

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.6 = 7.7/10

Rawatan Akar (RCT) Di Klinik Pergigian Bangsar

Thursday, 11 October 2018

Lepas dah tampal tapi naik bernanah, nak taknak kena lah pergi buat appointment untuk RCT. Nak cabut tapi nak kena tunggu lama pulak. Paling cepat pun bulan Disember. Takut pulak bila tunggu lama nanti gigi tu meragam teruk sangat so guna option paling cepat tapi renyah.

RCT ni ada 4 kali appointment, setiap bulan akan jumpa dengan doktor sebab tu dia masuk kategori renyah sebab nak kena mintak cuti tiap bulan. Nak ambil half day tapi malas sebab takut sakit lepas rawatan. Kalau rawatan belah petang lagi lah malas sebab nanti penat takut tertidur pulak masa jumpa doktor. Alasan sangat uolllsss?

Untuk RCT kali pertama ni doktor akan buka tampalan lama lepastu drill untuk keluarkan bakteria dengan urat saraf dekat gigi tu. Satu dah infected dengan bakteria so lagi 3 kena matikan. Since my tooth already badly infected since lubang agak besar, doktor kena bukak kitab balik cari jalan macam mana nak selamatkan gigi ni.

Doktor kata dia taknak cabut sebab sayang dengan gigi. Rasa syahdu pulak orang lain yang sayang gigi kita tapi kita buat sambil lewa je jaga dia.


Bila tak jumpa jugak akar untuk keluarkan, dia suruh masuk bilik X-ray sebab nak tengok dengan lebih jelas lagi sebab dia taknak drill dalam sangat. Part nak X-ray ni agak seksa sebab dia letak negative filem tu dalam mulut. Memang kena nganga luas gila sampai sakit rahang dengan bibir sebab negative tu agak tajam. Nasib x-ray sekejap je.

Dah dapat x-ray pun sama, lama jugak doktor tu belek mana nak cari akar gigi. Rawatan tu sepatutnya kurang dari sejam tapi jadi sejam setengah sampai lenguh belakang baring dekat kerusi tu. Bab nganga mulut tu tak payah sembang lah, bersyukur rahang tu boleh tutup balik je lepas rawatan.
Walaupun RCT ni tak sakit tapi kena stay awake lah nak elakkan daripada tertidur kang terdrill bahagian lain mau jadi final destination dekat klinik ni. Over kan? Hewhewhew

Tapi seriouslah memang mengantuk tunggu rawatan ni nak habis. Sebab bosan sangat, main dengan penyedut air liur tu je pastu terhibur sendiri. Habis je rawatan ni lidah rasa masin sikit sebab 2 botol sodium habis untuk rawat gigi ni je. Tapi yang paling tak bestnya lidah rasa pahit sangat sampai nak termuntah sebab doktor buat tampalan baru campur ubat untuk gigi.

Pahit pahit pun 4 jam jugak lepak Seoul Garden melantak segala makanan yang ada hahaha
Sekarang ni kena jaga gigi rosak ni sampai rawatan kedua. Lepas gosok gigi memang wajib kumur dengan Listerine sebab tak boleh nak brush beria sangat plus nak hilangkan rasa pahit ubat tu. Hari kedua dan masih lagi pahit. Fuhhhhh iolls redho.

Daftar Sebagai Pengikrar Penderma Organ Di LRT Bangsar

Tuesday, 9 October 2018


Tengahari tadi lepas balik dari klinik gigi singgah ke booth @dermaorgan di LRT Bangsar & sign up sebagai pengikrar penderma organ. Memang dah lama sangat nak daftar sebagai penderma organ tambah pula lepas tengok K-drama While You’re Sleeping scene anak dia mati disebabkan brain injury tapi ayah dia tak bagi doktor proceed dengan pembedahan transplan organ.



Masa abang dekat booth tu tanya tahu ke tak pasal derma organ ni laju je jawab tahu dari drama Korea. Berdekah abang tu sebab tak sangka drama Korea mampu bagi info dan awareness kepada penonton tak macam drama Melayu asyik sembang cinta je. (Abang tu yang cakap)

Since dah tahu tentang pendermaan organ, abang dekat booth tu just terangkan organ apa yang kita boleh dermakan di Malaysia dan hukum dalam Islam je lah.

Menderma organ ni bagus sebenarnya untuk yang memerlukan sebab lepas kita mati, organ kita mereput je dalam tanah. Kalau kita derma, insya-allah mampu bantu orang lain teruskan kehidupan dengan yang tersayang.

Antara organ & tisu yang boleh didermakan di Malaysia ialah :

Image result for derma organ di malaysia

Related image

Pendermaan organ ni dilakukan lepas kita meninggal dunia sahaja tapi kalau semasa hidup, kita boleh menderma buah pinggang, hati dan sum-sum tulang kepada family member.
Untuk derma organ selepas kita meninggal pun ada dua kategori :

1) Meninggal secara normal
2) Meninggal kerana kematian otak yang disahkan oleh doktor bertauliah

Kalau meninggal secara normal, organ yang lain akan turut sama mati so pemindahan organ perlu dilakukan dengan kadar segera. So you guys cuma boleh derma tisu je seperti Mata (kornea), Tulang, Kulit dan Injap Jantung.  Tapi kalau meninggal normal di rumah, you guys cuma boleh derma tisu mata je. Waris kena call pihak hospital untuk buat pemindahan kornea.

Kategori kedua pulak, you guys boleh derma semua organ dan tisu sebab otak sahaja yang mati tapi organ lain masih lagi okay since darah masih lagi berjalan untuk beberapa tempoh masa sebelum semua organ rosak.

Dekat Malaysia ni penderma organ yang berdaftar baru 1.2% sejak tahun 1975 nak compare dengan pesakit kronik yang memerlukan organ baru untuk terus hidup. Peluang untuk dapat organ baru tersangatlah tipis. Walhal seorang penderma organ boleh bantu kurang2 dalam 8 orang pesakit kronik lepas dia meninggal sebab rawatan terbaik adalah dengan pemindahan organ.

Sepasang buah pinggang boleh selamatkan 2 orang pesakit kronik buah pinggang. Bila derma hati pulak boleh selamatkan 4 orang pesakit. Jantung dengan paru-paru masing-masing untuk seorang pesakit. Just imagine the deeds you get for saving these people after your death!

Dalam Islam pun hukumnya harus selagi mana ianya tak memudaratkan kedua-dua belah pihak and fret not, you guys takkan tanggung dosa penerima organ korang tu. Ada yang kata pembedahan transplan akan menyakiti mayat tapi percaya lah doktor akan conduct surgery dengan sebaiknya dan penuh rasa hormat. You guys menderma something yang bermakna dan besar nilainya.

Image result for derma organ di malaysia

Jadi lah pembawa sinar kehidupan kepada orang lain, walaupun you guys rasa kehidupan ni tak tinggi mana nilainya, so beri makna lepas you guys tiada. Sampai bila-bila pun penerima organ akan kenang jasa tu. I dah daftar and dah boleh cross my wishlist hari ni, korang kalau nak join jugak boleh follow social media Derma Organ untuk latest update ataupun daftar sebagai pengikrar.


Tapi lepas korang daftar jadi pengikrar, please inform your family pasal ni sebab banyak kes anak daftar jadi penderma tapi tak dapat nak dermakan organ bila family bantah transplan dijalankan oleh pihak hospital.

Tadi lepas daftar pun dapat free gift fridge magnet comel ni. Yeayyy bertambah collection dekat peti ais!

Movie Review : Pulang

Monday, 8 October 2018

3745

Pengarah : Kabir Bhatia
Penulis Skrip : Mira Mustaffa, Ahmad Izham Omar
Pelakon : Remy Ishak, Puteri Aishah, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Alvin Wong, Jalaluddin Hassan, Syazuwan Hassan dan Juliana Evans
Genre : Drama/ Biografi
Durasi Tayangan : 120 minit
Tarikh Tayangan : 26 Julai 2018
Syarikat Produksi : Primeworks Studios
Trailer :

Movie ke-10 hasil arahan Kabir Bhatia, Pulang mengangkat cerita cinta agung antara Othman Haji Alias (Remy Ishak) dan juga Che Tom (Puteri Aishah) di zaman sebelum merdeka. Disebabkan movie Bisik Pada Langit tak mampu memberi kesan so nak pilih untuk layan movie Pulang ni agak berat hati juga ditambah dengan genre melodrama. Takut nanti menyesal macam BPD. Tapi sangkaan meleset!

Berlatar belakangkan tahun 1940-an di Serkam, Melaka, Othman dan Che Tom jatuh cinta pandang pertama di pasar ikan. Othman bekerja sebagai nelayan untuk menyara hidup, manakala Che Tom pula datang ke Serkam untuk menjaga Nek Puteh.


Bila ajal datang menjemput Nek Puteh, Che Tom berhasrat untuk pergi jauh dari Serkam tapi sempat dihalang oleh Othman kemudian mereka berkahwin atas dasar cinta. 2 tahun hidup bersama, masa Che Tom sarat mengandung, Jepun datang menyerang. Kaum lelaki dibelasah, dipukul dan dibunuh bila engkar menjadi buruh binaan. Nasib menyebelahi Othman bila dia berjumpa dengan Lum (Alvin Wong) dan lari keluar dari hutan lalu pulang ke Serkam.

Lepas dah sembuh sepenuhnya, Othman menyambung kembali kerja nelayan tapi tak banyak pun hasil yang dia dapat. Sudahnya dia berhasrat untuk jadi kelasi, keliling satu dunia kumpul harta untuk Che Tom hidup mewah. Lain pula dengan Che Tom, dia yang memang bencikan laut menghalang Othman pergi sebab dia dah bahagia hidup bertiga di darat walaupun tak seberapa.


Bila Othman nekad, cinta Che Tom pun tak mampu nak halang niat Othman. Malam terakhir sambil menari di atas kapal rosak, Che Tom minta Othman berjanji untuk tak lupakan dia dan Omar. Berjanji untuk pulang tapi sampai ke tahun 2008, selama 61 tahun Othman tak juga pulang ke pangkuan Che Tom.
Selalunya jalan cerita kisah cinta setia macamni tengok dalam movie Hindustan ataupun Hollywood je tapi tak sangka kisah negara kita pun ada cinta sehebat ni. Dari cinta pandang pertama kekal sampai ke saat akhir. Kalau tak bersatu di dunia, kan bersatu di syurga. Selama 61 tahun tu lah Che Tom mahupun Othman tak cari pengganti, dan masih setia menanti.

First half memang sedih tengok kehidupan Che Tom dengan Omar tertunggu surat ataupun poskad dari Othman di luar negara. Kisah Othman jadi kelasi kapal pun mencabar juga nak pula bila dia terpaksa berlapar lepas Lum dipecat oleh kapten sebab bergaduh dengan anak kapal yang lain. Chef yang ada suka masak babi since majoriti anak kapal orang Cina. Masa ada Lum, dia akan curi sikit sayur buat sup dekat Othman.


Masuk second half you guys akan jadi tertanya-tanya apa sebabnya Othman taknak pulang ke Serkam walaupun Omar dah besar, dah cari Othman sampai ke Liverpool untuk pujuk ayah dia pulang. Lum pun dah puas pujuk Othman tapi dia tetap dengan degil dia untuk stay je dekat Liverpool sampai mati. Masa tengok second half ni jadi sakit hati jugak bila tengok perangai Othman siap tuduh dia dah lupa dekat Che Tom tapi bila tengok ending terus nangis bila tahu kenapa.

Jalan cerita yang digarap cantik oleh Kabir, dengan dialog puitis oleh isteri dia, Mira Mustaffa ditambah pula dengan soundtrack "Layarlah Kembali" dari Dayang Nurfaizah. Tapi yang paing best dalam movie ni ialah sinematografi dia, menangis tengok keindahan Serkam! Walaupun 70% CGI tapi tempat yang tak cantik oleh jadi cantik. But still ada jugak lah scene yang gagal especially scene kapal Othman terbakar dan karam tu.


Lakonan Remy Ishak tak perlu nak sembang dah kot sebab memang antara pelakon lelaki berkualiti dekat Malaysia ni cuma kurang cantik dekat lakonan Puteri Aishah sebagai Che Tom. Masa dia memekik dekat Omar sebab geram Othman tak balik tu tak berapa menjadi. Nampak terpaksa, even dia takut kena jual dengan mak ayam pun tak berapa meyakinkan. Sama jugak dengan watak Alia (Jue Evans), walaupun watak extra je tapi agak annoying juga bila dia muncul. Tapi chemistry Remy-Alvin menjadi sangat onscreen, betul kata Lum jodoh diorang memang kuat. Happy bila tengok scene diorang berdua.

I’m not sure siapa yang in charge bahagian kostum dalam movie Pulang ni sebab tak berapa mampu nak hidupkan susasana zaman sebelum dan selepas merdeka. Kalau perasan, kain batik Che Tom cantik dan baru walhal kehidupan dia susah lepas Othman pergi. Belum sembang baju dia pergi Hong Kong, kemain cantik kalah baju-baju yang dia jahit.


Tapi tu cuma benda kecil je lah sebab perjalanan kisah cinta Othman dengan Che Tom yang jadi tumpuan sebenarnya. Walaupun slow paced tapi tak rasa draggy ataupun bosan sebab penuh dengan emosi dan rasa cinta. Kalau belum tengok, memang wajib tengok kisah cinta sebenar grandparents Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Ahmad Izham Omar ni. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought 0.8 = 9/10

Movie Review : Summer Of 84

Sunday, 7 October 2018

Related image

Director : François Simard, Anouk Whissell, Yoann-Karl Whissell
Writer : Matt Leslie, Stephen J. Smith
Cast : Graham Verchere, Judah Lewis, Tiera Skovbye, Rich Sommer
Production Company : Brightlight Pictures, Gunpowder & Sky
Distributor : Gunpowder & Sky
Genre : Horror/Mystery
Running Time : 125 minutes
Release Date : January 22, 2018 (Sundance Film Festival) & August 10, 2018 (United States)
Trailer :


Saja je tekan play movie ni tanpa tengok rating or reviews and obviously got no expectations at all BUT this movie is damn good! Lepas dah habis tengok baru tahu movie ni tayang dekat Sundance Film Festival and dapat approval rating yang agak tinggi. Wow!

Mengisahkan tentang 4 sekawan – Davey (Graham Verchere), Eats (Judah Lewis), Woody (Caleb Emery) & Farraday (Cory Gruter-Andrew) yang cuba menangkap pembunuh kanak-kanak di Amerika, ‘Cape May Slayer’. At first Davey sorang je yang beria nak cari pembunuh tu sebab kawan dia yang lain malas nak layan dia tambah pula dekat kawasan perumahan diorang belum ada lagi budak yang hilang.

Related image

Tapi bila Davey yakinkan diorang yang Sammy hilang, diorang pun cuba untuk cari di mana Sammy nak pula bila kereta parents dia ada dekat porch tapi rumah gelap je. But turns out Sammy dengan family dia pergi bercuti je dekat lakehouse dengan sewa van. But then Davey ternampak budak hilang dekat kotak susu tu sama dengan budak yang dia nampak dekat rumah Mr. Mackey masa diorang main manhunt.

Davey dah mula syak Mr. Mackey tu Cape May Slayer tapi tak ada bukti nak dihantar kepada polis. Lepas ginger boy, ada lagi seorang budak hilang di kawasan perumahan diorang. Makin bertambah cuak lah Davey takut kawan-kawan dia pun hilang sekali. Nak pula bila dia pernah masuk rumah Mr. Mackey yang agak misteri bila ada bilik bawah tanah berkunci dan selalu keluarkan bunyi. Walaupun Mr. Mackey kata tu bunyi dari pemanas air dia tapi tak cukup nak yakinkan Davey.


So Davey dengan kawan-kawan dia mengintip pergerakan Mr. Mackey nak pula bila Kyle kata Mr. Mackey selalu beli tanah dalam kuantiti yang agak banyak padahal kebun dia kebanyakan tanaman dia tak menjadi pun. Bila diorang geledah kebun Mr. Mackey, diorang jumpa t-shirt yang ada darah dengan asid untuk hancurkan daging manusia.

Bila Davey dan kawan-kawan dia decided untuk bagitahu parents dia, macam biasalah parents mesti taknak percaya sampai Davey kena perintah berkurung sampai habis musim panas. Kena kurung pun takde hal sangat lah untuk Davey untuk buktikan Mr. Mackey ni pembunuh bersiri. Dia plan nak geledah rumah Mr. Mackey masa Bay Festival nanti and the result is quite shocking.


Movie ni berlatarbelakangkan zaman 80-an so agak depressing bila tengok sebab kita dah terbiasa dengan Google, smartphones dan teknologi canggih. Bila tengok movie ni, hasil observation memang kena simpan sampai next meeting. Nak cari apa tu NaOh pun kena buka kamus sains dulu. Kalau kita Google masa tu jugak haha. Depressing but fun!

Even the soundtrack songs sound cool in my ear! Thanks Le Matos for music arrangement for this movie. Visual and costume pun cantik, memang betul-betul hidup suasana summer 80-an tu.


Storyline movie ni pun boleh kata dah dapat agak macam mana sebab dia ada dua kemungkinan je selalunya antara tekaan Davey tu betul ataupun dia silap sebab tak banyak bukti dia dapat lepas berminggu mengintip. Tapi method dia bongkar rahsia tu yang fresh nak tengok, from nothing to something. Dan ayat dia ‘What if he is, who’s gonna save the town?’ yang buat kita nak tengok betul atau tak tekaan dia. 

Lagi satu sebab kenapa suka tengok movie ni sebab friendship diorang yang sangat comel. Eats yang nakal, Woody anak mak, Farraday yang cerdik/ulat buku dan Davey yang suka konspirasi sebab nak jadi journalist. Kepelbagaian diorang ni yang buatkan misi mengintip tu berjaya walaupun tak dapat banyak bukti.


Try lah tengok movie ni dekat Netflix tapi nak remind awal-awal jangan tengok sambil makan sebab possibility nak tercekik tu ada since movie ni banyak jumpscare scene. Kalau lemah semangat sila jangan tengok sorang.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1= 9.6/10

Movie Review : The First Purge

Saturday, 6 October 2018

Image result for the first purge poster

Director : Gerard McMurray
Writer :  James DeMonaco
Cast : Y'lan Noel, Lex Scott Davis, Joivan Wade, Steve Harris
Production Company : Perfect World Pictures, Platinum Dunes, Blumhouse Productions, Man in a Tree Productions
Distributor : Universal Pictures
Genre : Horror
Running Time : 97 minutes
Release Date : July 4, 2018
Trailer :


Franchise The Purge is one of my fav franchise tapi makin lama dia makin hilang momentum baik dari segi jalan cerita mahupun stunts. Movie keempat dari franchise ni cuba untuk menceritakan sejarah macam mana tercetusnya The Purge yang pertama di Amerika.

So it started from an experiment, of course lah semua benda nak buat dalam skala besar mesti ada eksperimen kan nak tengok jauh mana sesuatu idea tu boleh pergi tambah pulak bila ada intervention dari kerajaan. Sama macam Thanos, kerajaan pun dah stress fikir macam mana nak kawal ekonomi dan sistem dunia ni bila terjadinya overpopulation dan sumber makanan makin berkurangan.

Image result for the first purge

Pulau Staten dipilih sebagai tempat ujikaji The Purge sebab population yang miskin dan agak jauh dari bandar besar. Ramai yang join eksperimen ni sebab nak duit je. Siapa tak happy dapat USD 5000 untuk survive atau membunuh sepanjang 12 jam The Purge diadakan. Watak utama Ny (Lex Scott Davis) dengan adik dia, Isaah (Joivan Wade) ada percanggahan pendirian. Ny nak eksperimen tu dihentikan sebab manipulasi orang miskin dekat situ tapi Isaah pulak join eksperimen sebab dah penat hidup miskin tambah pulak dia berdendam dengan Skeletor. 

Dalam masa yang sama, Dimitri (Y'lan Noel) tokan dadah dekat pulau tu cuba untuk jaga business dia daripada hancur akibat The Purge. Dia nak anak buah dia jaga store dan buat kerja macam biasa tapi ada pulak yang nak caras dia malam The Purge tu supaya boleh jadi king.

Image result for the first purge

Eksperimen The Purge pada awalnya tak menjadi seperti yang diharapkan pun sebab orang miskin mana sibuk nak bunuh orang bagai, diorang busy kerja dan kaya dengan kasih sayang tapi NFFA hantar geng bekas tentera untuk buat kacau dan bunuh semua orang miskin di pulau tu. Bila eksperimen ni berjaya, diorang boleh buat The Purge tiap tahun dan kurangkan jumlah kemiskinan dalam negara.

For me part eksperimen tu dah cantik dah sebab boleh nampak membunuh tu bukan nature manusia walaupun dah dapat peluang besar. Tapi bila masuk part NFFA bergaduh dengan Dr. Updale (Marisa Tomei) mula rasa bosan sebab speech tu dah dengar dalam The Purge 2. Dimitri pulak tiba-tiba jadi hero pulau lepas anak buah dia ramai kena bunuh. Seriouslah manusia biasa boleh lawan ramai askar semata nak selamatkan awek tskkk.

Image result for the first purge

Its better kalau diorang chill je observe macam mana human nature berubah pola dalam eksperimen ni tanpa kacau tangan dari government. Boleh je kalau buat 2 atau 3 eksperimen campur dengan teori psikologi yang mind-blown and entertaining.

Sekarang ni dah ada The Purge series tapi tak rasa berminat pula nak tengok sebab franchise The Purge ni pun makin lama makin hambar so what’s the need of series kan? Since kita dah tahu objektif The Purge, perubahan pola perangai manusia so nak tahu jugak sejauh mana keberkesanan The Purge di Amerika.

Image result for the first purge

Diorang tak bincang kesan kepada ekonomi sangat pun tambah pula masa The Purge ni banyak kerosakan berlaku tapi tak pernah dibincangkan langsung ke di White House? Kos nak uruskan mayat tu semua dalam masa yang singkat sebab wabak boleh merebak kalau lambat urus. Memang ada mention tourist makin ramai untuk join The Purge tapi berapa percentage yang naik sebab The Purge 2 pun masih lagi dengan masalah kemiskinan? Tambah pula bila NFFA kena keluarkan entah berapa billion untuk eksperimen dekat pulau tu since seorang boleh dapat 5k? Curious to know the stats but I don’t think it will happen anytime soon.

Tapi seriouslah malam The Purge ni wujud sebab manusia nak membunuh? Mungkin kerajaan dan doktor tak tahu kewujudan yoga, zen dan redho untuk kawal kemarahan. And its free! Kalau yang jenis baran tu, takde makna dia nak tunggu sampai setahun. Time tu jugak dia lepas. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 5.8/10

Movie Review | Venom (2018)

Friday, 5 October 2018


Director : Ruben Fleischer
Writer : Jeff Pinkner
Scott Rosenberg
Cast : Tom Hardy, Riz Ahmed, Michelle Williams
Production Company : Columbia Pictures, Marvel Entertainment, Tencent Pictures, Arad Productions, Matt Tolmach Productions, Pascal Pictures
Distributor : Sony Pictures Releasing
Genre : Sci-fi/Action/Comedy
Running Time : 112 minutes
Release Date : 4 October 2018
Trailer :


Finally movie Venom keluar dekat cinema lepas entah berapa bulan dok menunggu tarikh tayangan rasmi. Walaupun hujan lebat semalam but hey ho we managed to watch one of Marvel creation! Kalau tak familiar dengan Venom, dalam franchise Spiderman Tobey Maguire ada wujud Venom ni – movie ketiga dari franchise Spiderman.

Venom atau lebih dikenali dengan simbiot ialah sejenis makhluk asing yang dibawa dari angkasa lepas oleh Dr. Drake (Riz Ahmed) untuk tujuan mengubati pesakit kanser dengan cara simbiot meresap masuk ke dalam badan manusia atau dilabel sebagai perumah. Cubaan demi cubaan gagal sebab simbiot akan makan organ dalaman perumah.


Dr.Skirth pada awalnya menyokong idea Drake mula rasa cuak sebab Drake menganiaya gelandangan yang terdesak untuk duit walhal masing-masing jadi bahan eksperimen untuk simbiot belajar adapt dalam perumah. Disebabkan makin bertambah bilangan mayat dekat makmal dia, Dr. Skirt cuba contact Eddie Brooke (Tom Hardy), wartawan terkenal dengan siri expose kejahatan dunia dan hilang kerja disebabkan berani cari pasal dengan Drake.

Dr. Skirth berpakat dengan Eddie dan bawa dia masuk ke lab Life Foundation tapi simbiot dekat makmal tu masuk ke dalam badan Eddie. Lucky for him, simbiot Venom serasi dengan badan dia walaupun agak susah untuk adapt. Since then, bermula siri memburu oleh Drake sebab dia dah nampak kemampuan sebenar simbiot-perumah bila bergabung.


For me, I’m quite disappointed sebab Venom yang I kenal ialah makhluk jahat tapi so I’m expecting an anti-hero movie macam movie Suicide Squad but that didn’t happen bila story berubah kepada Venom berubah jadi baik and yes ruining my expectation. So we have another heroic franchise. Yeay?

Tapi tak lah kecewa sangat sebab karakter Venom lebih kurang Deadpool je, slick and witty. Banyak juga adegan kelakar dalam movie Venom especially scene Eddie panjat menara syarikat boss lama dia untuk serahkan bukti Drake dan Life Foundation dengan scene bila Eddie cuba nak faham Venom.


Dalam movie Venom ni memang tak ada langsung mention tentang Spiderman walaupun Marvel fans kenal Venom dari movie Spidey. Perjalanan cerita memang sepenuhnya mengisahkan tentang simbiot especially Venom and apparently dalam movie Venom, simbiot yang dibawa ke muka bumi ada 3 – Riot, Venom and Carnage. Spoiler alert, Venom is nothing to compared with Riot and Carnage and I honestly can’t wait for Carnage to showing off his villainess to the world.

Since I bukan pembaca tegar komik Marvel so kronologi Venom dengan Spidey ni tak boleh bayang lagi dekat mana. Tak pasti kalau franchise ni sepenuhnya akan cerita tentang Venom dan musuh dia ataupun akan berjumpa juga dengan Spidey nanti ikut cerita asal.  

Cerita asal, simbiot Venom berjumpa dengan Eddie Brock yang benci dengan Peter Parker sebab dah musnahkan karier dia tapi dalam movie Venom, karier Eddie musnah disebabkan Drake so I bet this is a standalone movie nak pula Venom under distribution Sony Pictures bukan Disney. Persamaan Venom dalam Spiderman dengan Venom ni ialah kelemahan dan kekuatan simbiot.


Oh yeah, lepas movie Crazy Rich Asian tayang keindahan Malaysia, movie Venom pun join jugak bila simbiot ni jatuh dekat Sibu, Sarawak! Kamek sayang kitak uolls! Cuma agak pening bila simbiot Riot yang masuk badan pegawai tu berjalan dari Sibu sampai ke China? Lepastu patah balik ke airport Kuching agaknya sebab ada signage ‘TANDAS’ untuk naik flight pergi ke US nak jumpa Drake.

Movie Venom ni tak lah best sangat sebab lawak dia ada yang hambar dan first half agak dull ditambah pula dengan action stunt yang biasa. Sepatutnya movie ni panjang lagi tapi disebabkan 40 minit dipotong oleh censor board so cerita dia tak digarap dengan baik especially scene Venom/Eddie try halang niat jahat Riot/Drake. Even Tom Hardy kecewa fav scene dia kena potong. Kalau Tom kecewa, apatah lagi kita yang tengok ni kan?


Tapi movie ni tetap cool nak layan nak pulak lakonan Tom Hardy yang bertukar watak dalam satu masa and same goes to Riz Ahmed as villain. Watak Annie pun menyerlah juga sebagai cinta hati Eddie dan Venom. Entah celah mana Venom suka dekat dia padahal dia baru jumpa je. Sinematografi cemerlang dengan music score best especially lagu Venom dari Eminem. 



p/s : Venom ada 2 credit scenes so jangan balik awal. Thanks me later. Kbai

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.4 = 6.7/10

Movie Review | Ada Cinta Di SMA (2016)

Thursday, 4 October 2018

Image result for ada cinta di sma

Pengarah : Patrick Effendy
Penulis Skrip :  Haqi Achmad, Patrick Effendy, Salman Aristo
Pelakon : Alvaro Maldini Siregar, Iqbaal Dhiafakhri Ramadhan, Teuku Rizky Muhammad, Caitlin Halderman, Gege Elisa, Difa Ryansyah, Agatha Chelsea Terriyanto, Cassandra Sheryl Lee, Reza Nangin, Auxilia Paramitha, Fico Fachriza, Grace Salsabila, Babe Cabita, Tuti Herlina, Ikang Fawzi, Abidzar Al Ghifari, Cut Keke, Wulan Guritno, Tora Sudiro, Epy Kusnandar
Genre : Remaja / Drama / Musikal
Durasi Tayangan : 95 minit
Tarikh Tayangan : 6 Oktober 2016
Syarikat Produksi : Starvision Plus
Pengedar : Starvision Plus
Trailer :


Susah nak jumpa movie Indonesia yang ada eng sub, alang terjumpa tambah pula ada Starla dengan Iqbal, saja try layan sebab genre teen romance dari negara seberang memang kategori sweet potong kaki jugak. 

Iqbal (Iqbaal Dhiafakhri) antara budak nakal dan pemalas yang terkenal di sekolah tu rasa tercabar dengan Ayla (Caitlin Halderman) untuk jadi Ketua Pelajar menggantikan Kiki (Teuku Ryzki). Untung sabut timbul, kelayakan untuk menjadi Ketua Pelajar bukan lagi melalui recommendation bekas Ketua Pelajar tapi melalui undian untuk menerapkan nilai demokrasi dan bersaing secara sihat. Tapi dalam beratus pelajar, ada 3 orang je yang isi borang. Itu pun, saat akhir Ernes tarik diri maka tinggal Iqbal dengan Ayla je lah.


Iqbal dengan Ayla ni sebenarnya kawan baik masa kecil, rumah pun dekat je tapi bergaduh sebab Iqbal rosakkan plan Ayla nak jadi princess. Berdendam sampai ke besar, asal jumpa je bergaduh. Tapi lepas Iqbal selamatkan Ayla lepas dimalukan dalam parti classmate diorang, Iqbal dengan Ayla start jatuh cinta. 

Kiki pula ada pasang impian untuk ubah lagu-lagu ayahnya supaya dapat masuk pasaran dan diterima pendengar remaja yang sebaya dengan dia tapi ayah dia tak suka sebab kerja penyanyi ni tak stabil. Ada luck, ada la job. Kalau lagu tu tak masuk dengan jiwa orang, sendu lah tengok poket sendiri. Sebab tu ayah Kiki berhenti jadi penyanyi dan buat kerja full time sebagai rider.

Image result for ada cinta di sma

Marah macam mana pun, Kiki tetap degil dan berpegang dengan impian dia. Makin semangat bila Kiki diterima masuk dalam band Iqbal dan Bella (Agatha Chelsea Terriyanto), jiran rumah dia kantoi simpan perasaan dekat Kiki bila selalu mengintai Kiki main gitar depan rumah. 

Konflik dalam movie ni bila Aldi (Alvaro Maldini), kawan baik Iqbal curi idea Ayla dan gunakan kekayaan dia untuk bayar pelajar lain supaya undi Iqbal. Kecewa Ayla bila dengar ucapan manifesto Iqbal dan dalam masa yang sama, ibu dia ditangkap polis sebab kes rasuah. Jatuh reputasi Ayla sebagai calon Ketua Pelajar. Sama macam dulu, Iqbal rosakkan lagi impian dia sudahnya Ayla lari dari rumah dan ponteng sekolah. Iqbal bergaduh dengan Aldi sebab hal ni since Iqbal nak orang undi dia sebab prinsip dan idea dia sendiri bukan disebabkan duit atau populariti.


Walaupun banyak karakter dan kisah hidup masing-masing, tapi jalan cerita tak lah berat mana sampai audience akan pening dengan watak yang wujud baik watak utama mahupun sampingan. Boleh kata kebanyakan watak dapat screentime yang agak banyak so takde masalah nak ingat semua.

Bergenre musikal drama, lagu-lagu soundtrack yang ada dalam movie ni boleh layan jugak lah nak pula lagu Sampaikan Sayangku Untuk Dia. Lagu dalam movie ni memang pelakon yang nyanyikan sendiri and kinda love Caitlin's voice. Macam suara Fazura. 


Sinematografi movie ACDS ni pun cantik jugak, bukan setakat pelakon yang ada rupa dan bakat tapi visual yang menawan buat tak bosan untuk ditonton. Movie ACDS ni ada novel lepas movie dia sukses tapi tak best lah macam dalam movie sebab dalam movie ada lagu-lagu dan visual cantik sepanjang cerita. Kalau baca novel kena bayangkan sendiri, kan? Nak pula bila ekspresi comel dari Iqbal dan Kiki. Kalau tak familiar dengan Iqbal, dia lah yang berlakon dalam movie Dilan 1990 so bab nak buat audience angau ni memang mudah sangat bagi dia.

I can say, movie ni memang well-balanced. Ada mesej yang padu, ada jalan cerita yang menarik, ada lagu yang happening dan sweet, berbaloi untuk ditonton walaupun kita dah boleh agak ending dia macam mana. Its a great movie for a genre of musical teen romance, recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought 1 = 10/10

Blog Performance September 2018

Tuesday, 2 October 2018

Kecewa benar tengok performance bulan ni. Memang banyak sangat yang drop. Betul-betul Tragedi Oktober, baru awal bulan dah tengok benda tak best. Boleh kata semua target untuk bulan September tak tercapai sangat. 

1) PV


Bulan lepas dah target dah nak cecah 60k sebulan tapi tak dapat sebab jarang update, jarang blogwalking dan promote/ping di mana-mana socmed account. Even target untuk all time stats pun tak cecah 250k. 
Jauh lagi nak cecah 250k, traffic tak rancak pun bulan lepas sebab tak ada entri panas pun so bila dibiarkan berhabuk memang tak pergi jauh lah. Tak tahu nak aim apa bulan 10 ni sebab kecewa punya pasal. Nak gigih target pun dah tak semangat. Maybe target 300k lah kot sebab minggu depan dah ada assistant dekat office so boleh balik awal dan fokus dekat blog. Harapnya begitu lah. 

2) Post 


Traffic bulan ni diselamatkan oleh Drama Review 13 Reasons Why and I can't even find any reason of why this entry soar from hundreds to thousands! Sama jugak dengan franchise Siccin, dari awal bulan dah nampak peningkatan sampai lah hujung bulan. Mungkin sebab Siccin 5 dah keluar kot. 


Kalau nak bahagia dengan performance bulan September pun dekat sini je lah kot sebab dah ada entry berjaya cecah 5k dan yang lain dah cecah 3k. Bulan lepas paling tinggi pun 3k je dan yang lain baru masuk permulaan 2k. And yupp, Gantung dah keluar dari carta :(

3) Keywords


Keywords bulan ni totally penuh dengan lirik lagu je which upsetting me the most sebab dah lari dari objektif haha lagi satu nampak betul malas nak update dan pilih jalan mudah naikkan traffic. Apa nak buat, tertimbus dalam longgokan fail di office. 

4) Audience


Tak banyak beza pun audience ni tapi I dah promote Singapore pun orang Singapore tak layan. Makin turun statistik ada lah haihhhh. Entah apa benda Unknown Region, mungkin Narnia ataupun mungkin dari site pelik ni, camparadise.com. 


5) Bilangan Entri


Like I said earlier, teruk sangat performance bila bilangan entri pun tak cecah 50. Nampak tak penurunan dari bulan Ogos lagi. September makin jatuh teruk, itupun sebab ada giveaway, segmen dan contest. Lepas dah buang nanti makin murung jadinya. 

6) Ranking Alexa

For the first time ever ranking global Alexa warna merah menyala! Banyak pulak tu beza dengan bulan lepas. Ranking domestik tu tak payah kisah lah sebab memang tak pernah membahagiakan sangat pun nak pulak bila malas dan tak sempat update macam ni. Dah boleh agak dah macam mana pergi dia. 

What a tragedy! Nak sembang banyak pun malas sebab kecewa tapi terima kasih yang datang menyinggah. Ada masa, ada lah nampak komen dekat blog you guys. Yang anon pun thanks baca dan komen :)