Majlis Pertunangan Priyanka Chopra & Nick Jonas
Sunday, 19 August 2018
Tarikh 18.08.2018 antara tarikh yang cantik buat semua pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga, sama juga untuk Priyanka Chopra & kekasih hatinya, Nick Jonas yang mengadakan majlis pertunangan mengikut tradisi India. Menggunakan simbol NP untuk Nick & Priyanka, majlis dihadiri oleh rakan artis, keluarga dan pihak media.
Priyanka dan Nick Jonas pertama kali bertemu di Met Gala 2017 kemudian makin rapat dan terdapat beberapa rumours yang mengatakan mereka bercinta dan selalu berjumpa. Walaupun netizen mempertikaikan jarak usia mereka sebanyak 11 tahun tapi tak menganggu pasangan ini untuk ke peringkat seterusnya.
Nick menjemput Priyanka ke perkahwinan sepupunya di Atlantic City, New Jersey pada Jun lepas. By that time pun ramai yang dah boleh teka yang Nick betul-betul serious dengan Priyanka sebab bawa gadis ke majlis keluarga is a serious big deal.
Dua minggu selepas majlis tu, Priyanka membawa Nick ke India ke majlis pertunangan dan majlis perkahwinan anak lelaki Mukesh Ambani di Mumbai sekaligus membawa Nick berjumpa dengan Madhu Chopra, ibu Priyanka. Both seen vacation at Goa.
Nick melamar Priyanka dengan cincin berlian 3 karat dari Tiffany & Co bernilai $200,000. Khabarnya Tiffany hanya dibuka untuk Nick Jonas untuk hari tersebut supaya Nick dapat memilih cincin yang sesuai untuk PC. Just like she promised in Koffee With Karan, 'World will know when there’s a ring on the finger' bila bercakap mengenai bila akan tamatkan status bujang.
Hari Sabtu, upacara pooja diadakan untuk mendapatkan restu dari Tuhan dan juga keluarga. Majlis ni dihadiri oleh Madhu Chopra, abang Priyanka Sidharth Chopra, adik sepupu Parineeti Chopra dan kedua ibubapa Nick, Denise dan Kevin Jonas berpakaian tradisi India. Sebanyak 200 bilik hotel ditempah di hotel 5 bintang di Mumbai, India untuk majlis pertunangan Nick & PC.
Engagement attire yang dipakai oleh PC direka oleh pereka fesyen terkenal di India, Abu Sandeep Jaani Khosla. Well, look at the details.
Parineeti Chopra yang rapat dengan PC dari kecil memuat naik ucapan untuk Mimi Didi selepas selesai majlis pooja.
Priyanka & Nick juga memuat naik gambar dengan caption mengesahkan hubungan percintaan mereka berdua.
Antara rakan artis yang turut sama meraikan dan meninggalkan komen di laman Instagram Nick-Priyanka. Joe Jonas yang tidak dapat hadir juga memuatnaik status di Twitter meraikan hubungan pasangan sensasi Hollywood-Bollywood ni.
Lepas upacara pooja, engagement party diadakan untuk rakan artis dan pihak media. Antara rakan selebriti yang hadir ialah Alia Bhatt, adik Salman Khan, Arpita Sharma dan juga suaminya Aayush Sharma mewakili keluarga mereka.
Madhu Chopra & Denise Jonas |
Congrats for your engagement Priyank & Nick, after all she's been through in her dark years, finally she's seen with beautiful glow and brightest smile on her face! Can't wait for the Wedding Of The Year hamari Desi Girl aur Pardesi Babu ❤🌸