Drama Review : The Duel
Friday, 17 August 2018
Director : Lee
Jong-jae (Ep. 1-16)
Choi Young-soo (Ep.
3-16)
Writer : Kim Yoon-joo
Cast : Jung Jae-young, Kim Jung-eun, Yang Se-jong, Seo
Eun-soo
Genre : Sci-fi/Thriller/Suspense/Crime
Running Episodes : 16
episodes
Release Date : June 3 – July 23, 2017
Production Company : Chorokbaem
Media
Distributor : OCN
Teaser/Trailer :
Since rating drama Korea ni
antara yang tertinggi tahun lepas, adik paksa tengok tapi sebenarnya dia nak
bagitau hero tu crush terbaru dia. Mehhhhh
Jang Deuk-cheon (Jung Jae-young),
seorang ketua detektif polis mencari penculik sebenar anak perempuannya, Jang
Soo-yeon (Lee Na-yoon) yang menghidap leukemia.
Penculikan berlaku bila anaknya dipindahkan ke Hospital Sanyeoung untuk
pemindahan stem cell yakni teknologi medik terbaru hasil kajian hospital ni.
Sebelum penculik berjaya melarikan Soo-yeon, Deuk-cheon sempat tengok muka penculik tapi akhirnya keliru bila Lee Sung-joon mempunyai kembar iaitu Lee Sung-hoon. Keduanya muncul di tempat yang sama tapi siapa dalang sebenar? Bertambah tertekan bila Sung-joon mengalami amnesia sementara.
Walaupun Sung-joon mempunyai
kembar tapi hanya Deuk-cheon yang tahu kewujudan Sung-hoon malah DNA yang ada
di tempat kejadian menunjukkan DNA Sung-joon. Dua manusia, satu DNA. Turns out
they’re not twins but clones. Sung-joon dan Sung-hoon merupakan klon pertama
yang dihasilkan dari Dr. Lee Yong-seob tapi telah mati dibunuh dan organnya
dikeluarkan kemudian dijual.
Sung-hoon mempunyai motif untuk
memburu semua organ Lee Yong-seob kerana organ klon membesar dua kali lebih
cepat dari organ manusia biasa, antara kelemahan seorang klon yang
diketengahkan dalam drama ni. Its great to watch a sci-fi drama ditambah dengan
jenayah yang semakin meningkat di Asia, organ trafficking.
Cuma yang tak bestnya bila ada
some part yang buat terjongket kening. I’m not really that good in science but
ermmm kalau DNA Sung-joon dan Sung-hoon sama, kenapa DNA Sung-joon dan
Sung-hoon tak sama dengan Lee Yong-seob sedangkan darah dan organ sama? Lagi
satu hal dalam drama ni you guys macam susah nak percaya dengan stok tenaga
karakter terutamanya Deuk-cheon bila dia tidur dua tiga jam dan tak makan tapi
dia punya berlari berlawan sana sini serupa minum Red Bull 1 karton.
And the way they highlighted
Sung-hoon character agak over lah bila satu gudang tu penuh dengan polis yang
cekap dan rank agak tinggi tapi dengan jayanya Sung-hoon boleh terlepas. Prosecutor
Choi dalam drama ni nampak sneaky and evil tapi nak bezakan Sung-hoon dengan
Sung-joon pun tak mampu walaupun dah jumpa beberapa kali dalam tempat yang
sama. Its obvious kot muka Sung-hoon flawless bak model tapi Sung-joon dengan
muka sememeh siap ada luka lagi. Duhhhh!
Ada juga beberapa scene yang I
geram sangat dalam drama ni since any emergencies happened, suka betul diorang
park jauh dari tempat yang dituju. Macam scene Sung-joon sakit dada sesak
nafas, boleh pulak Deuk-cheon park kereta jauh dari farmasi. Dah la tenaga dia
sikit by logic lepastu dia lari dah makan masa. By time dia sampai, sesak nafas
Sung-joon dah lega dah pun. Sama jugak bila Sung-joon pengsan, Mi-Rae (Seo Eun-soo) park
kereta agak jauh and they have to carry Sung-joon yupp no stretchers needed. I
feel sorry for Sung-joon in this drama. Ha’ah benda ni nampak kecil je tapi
tetap boleh dipertikaikan.
Walaupun all negative rants
above, I still enjoy layan drama ni sebab full of surprises. Ada je hint dekat
hujung episod yang buat curiosity melonjak untuk next episode. Satu hari
habiskan 8 episod so I just took 2 days untuk habiskan drama ni. Sangat bahagia layan CGI drama ni sebab
perfect tanpa cela. Lakonan barisan pelakon pun mantap terutamanya Yang Se-jong
yang bawa dua watak dengan personality berbeza walaupun pelakon baru. I’m not
sure I’m a fan but yeah I love his talent.
Emotion pun main peranan jugak
dalam drama ni nak pula scene Soo-yeon dengan
Deuk-cheon sebagai anak dan bapa yang tinggal berdua harungi perjalanan hidup.
Pengorbanan ayah ni sesuatu yang syahdu untuk ditonton, paling sedih bila skuad
Deuk-cheon jumpa mayat kanak-kanak di hutan and some wild guesses popped up, is
it Soo-yeon? Scene Sung-hoon dengan Dr. Han Yoo-ra (Uhm Soo-jung) pun sedih
jugak bila diorang reunite balik.
Walaupun ada karakter Soo-yeon yang
ceria dalam drama ni tapi tak semestinya drama ni child-friendly sebab banyak
scene yang ganas dengan action stunt yang menarik, banyak juga scene yang gory
and raw sebab modus operandi pembunuhan Sung-hoon agak kejam. Tembak kepala tu
dah jadi perkara biasa dah untuk dia. Hopefully lepas ni drama Korea penuh
dengan organ trafficking or sci-fi instead of cinta merapu sebab drama Korea ni
banyak input. Sambil layan, sambil belajar benda baru.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4.
Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9.
Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.2/10