Movie Review : Hantu Kak Limah
Friday, 10 August 2018

Pengarah : Mamat
Khalid
Penulis Skrip :
Pelakon : Delimawati,
Awie, Rab Khalid, Sharwani NS, TJ Isa, Man
Kadir, Zami Ismail, Ropie Cecupak, Azwan
Annuar, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Sabri Yunus
Genre : Komedi/Seram
Durasi Tayangan : 96 minit
Tarikh Tayangan : 9
Ogos 2018
Syarikat Produksi : Astro
Shaw , Infinitus Productions
Trailer :
Hantu Kak Limah merupakan movie
ketiga dari franchise movie Kak Limah di bawah arahan Mamat Khalid. Masih lagi
mengekalkan Delimawati dan Awie sebagai pelakon utama dan beberapa watak
sampingan yang lain. Cuma movie kali ni ramai juga yang buat kemunculan khas
antaranya Erra Fazira, Dato’ Seri Vida, Mus May, Jue Aziz dan lain-lain. Sejak
ditayangkan, movie Hantu Kak Limah berjaya mengutip RM1.8 juta pada hari
pertama tayangan.
Mengisahkan Kak Limah
(Delimawati) yang berkahwin dengan kawan baik Husin (Awie), si pucuk muda
bernama Khuda (TJ Isa). Walaupun menimbulkan keraguan kepada Yeh Sekupang (Rab
Khalid) kerana seingatnya Khuda pernah bernikah tapi dia tak ambil pusing
asalkan Kak Limah dan Khuda bahagia. Husin dan Wani pula rajin menyinggah ke
rumah Khuda pekena bubur keladi masakan Kak Limah.
2 minggu selepas berkahwin dengan
Khuda, mayat Kak Limah dijumpai di kebunnya. Yeh antara yang terawal dapat
berita kematian Kak Limah sementara Khuda, Husin dan Wani menjerat binatang
buruan di hutan. Sejak kematian ngeri Kak Limah, banyak episod gangguan Hantu
Kak Limah yang dialami oleh orang kampung sehingga Musalman (Pekin Ibrahim)
kecewa dengan Husin and the gang sebarkan cerita sana sini since diorang yang paling kerap kena kacau.
Disebabkan takut dengan gangguan Hantu
Kak Limah, mereka menapak ke rumah Solihin (Zul Ariffin), seorang guru silat dan juga
pakar perubatan tradisional di Kg. Pisang tapi tetap gagal bila Hantu Kak Limah
menyerang. Nak pula bila Solihin di Ong-Bak kan oleh Kak Limah. Jatuh air muka
pahlawan Gunung Semanggol sebagai guru silat handal.
Dalam masa yang sama, Husin sama
macam movie sebelum ni terjatuh cinta dengan makhluk lain, kali ni dengan Puteri Bunian Kg Pisang, si cantik Eton (Uqasha Senrose). Gagal dengan strategi Solihin, Husin cuba mendapatkan bantuan dari ayah Eton (Mus May) kerana Hantu Kak Limah
ada rahsia silam dengan Ketua Bunian ni.
Sama macam movie-movie dalam
francais Kak Limah sebelum ni, dari awal movie sampai habis movie memang sakit
perut gelak tengok gelagat penduduk Kg. Pisang terutamanya Husin and the geng.
Tapi kali ni lawak tu bukan terletak pada watak Husin tapi pada watak Nayan (Ropie
Cecupak) yang berkerja sebagai pembantu klinik kesihatan. Scene paling kelakar
bila dia redho hantu Kak Limah usha atas bawah dekat klinik tu since malam tersebut dia ditugaskan menjaga mayat Kak Limah seorang diri sementara menunggu Yeh Sekupang cari ahli keluarga Kak Limah.
Watak Rab Khalid juga menonjol
dalam movie HKL sebagai Menteri Informasi Kg Pisang dan kisah masalah kelamin
yang dihadapinya. Masa dalam trailer memang tak yakin langsung zul Ariffin
mampu bawa watak kelakar sebab comfort zone dia movie genre aksi dan romantic.
Tak sangka karakter yang serius berubah kepada kelakar. Watak Solihin antara
punca juga kenapa boleh pecah perut layan movie HKL ni. Nak pula scene menari lagu retro dengan scene
‘Buka Pagar!’
Screenplay HKL antara salah satu
sebab penarik movie ni bila colour grading dan visual yang menghidupkan suasana
kampung sama seperti movie sebelumnya. Ditambah dengan ketiga-tiga movie poster HKL juga mengikut theme yang sama. Tak kurang juga dengan sound effect yang old school dan OST menarik. Thumbs up for
the creativity and effort from this team! Cuma tak pasti plot masa sebenarnya
pada tahun berapa sebab dalam movie ala 90-an tapi bila bekas Ketua Kampung
(Sabri Yunus) buka cerita tahun 1986 dah dikatanya cerita lama?

I truly enjoy lagu Hati Ku Luka Lagi - Black Dog Bone yang Solihin,
Husin, Khuda, Yeh dan Wani nyanyi masa dekat rumah Solihin sebab tak menganggu
momentum komedi movie tu pun walaupun pertama kali dengar and out of nowhere masuk dalam cerita. Ditambah
pula Zul Ariffin yang sado boleh lembut menari. Since tak ada lagu ni dipromosikan macam lagu Srikandi Cintaku oleh pihak Astro, I guess lagu tu disimpan sebagai hadiah untuk penonton.
Dalam berbakul pujian ada juga terselit beberapa flaw untuk movie HKL antaranya kemunculan watak Sabri Yunus yang tak menghasilkan impak kuat macam watak Pok Ya Chong Codei. Boleh kata watak dia agak tenggelam ditambah dengan dialog yang biasa. Kalau perasan rumah Kak Limah dan Khuda di tepi sungai, so jalan cerita most likely dicedok dari movie Pee Mak so there's no originality in that scene ditambah pula boleh agak dah apa yang akan berlaku. Tapi still lawak so no worries. Another thing is when there are vulgarity and body shaming in several scenes. Jenaka tipikal masyarakat Melayu.

Tak rugi habiskan RM10 untuk layan movie HKL sebab dari awal sampai habis movie gelak saja kerjanya walaupun ada juga beberapa scene tak berapa nak sampai punchline dan agak draggy tapi plot twist memang tak dijangka sebab tak ada hint pun yang Mamat Khalid tunjukkan dari awal movie. Hujung movie ada tribute untuk Rab Khalid yang baru sahaja meninggal, takziah untuk keluarga arwah dan juga beberapa pelakon francais Kak Limah yang lain. May Allah bless their soul :')
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.8, 9.
Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0.6 = 8.1/10