Movie Review : Tully
Thursday, 9 August 2018
Director : Jason Reitman
Writer : Diablo Cody
Cast : Charlize Theron, Mackenzie Davis, Mark Duplass, Ron Livingston, Asher Milles Fallica
Genre : Drama/Comedy
Running Time : 96 minutes
Release Date : 4th May 2018
Production Company : Bron Studios, Right of Way Films, Denver and Delilah Productions
Distributor : Focus Features
Trailer :
Kalau you guys pernah layan movie The Jennifer's Body, for sure you guys akan suka juga hasil karya gandingan Jason Reitman dan Diablo Cody dalam movie Tully yang mengisahkan tentang persahabatan ibu kepada 3 orang anak dan pengasuh anaknya.
Uniknya dalam movie ni kita diperkenalkan dengan profession baru di Amerika, the night nanny yang bertugas pada waktu malam since baby suka bangun pada waktu malam. Ada ibu yang tak mampu nak handle berjaga pada waktu malam dan siang so the night nanny ni lah yang akan bantu then kejutkan ibu pukul 3 pagi untuk menyusu anak kemudian sambung tidur. Syif pengasuh malam ni akan berkhir pada waktu pagi selepas subuh.
Marlo (Charlize Theron) mempunyai dua orang anak dan sarat mengandungkan anak ketiganya yang dikandung tanpa dirancang since anak keduanya, Jonah mempunyai masalah perkembangan. Financial family agak bermasalah sebab dihabiskan untuk merawat Jonah (Asher Milles Fallica) sudahnya they both cut cost dan guna Wilbarger Protocol hasil belajar dari Youtube.
Makin bertambah masalah bila Jonah menganggu murid lain untuk belajar di sekolah so pengetua sarankan untuk berpindah ke sekolah khas untuk kanak-kanak 'quirky' seperti Jonah. Untuk pindah ke sekolah khas perlukan duit lebih and because of that, abang Marlo, Craig (Mark Duplass) ingin bantu dari segi financial dan upah night nanny untuk Marlo. At first Marlo refuse bantuan abangnya dan anggap abang dia saja nak show off kekayaannya tapi niat Craig cuma taknak Marlo terbeban dan hilang identiti diri. Dia nak Marlo ada masa untuk berehat dan luangkan masa untuk diri sendiri. Tambah pula dia rindu untuk luangkan masa dengan Marlo.
Lepas Mia lahir, Marlo berubah fikiran dan call night nanny seperti yang Craig sarankan sebab dia dah tak tahan dengan perangai Jonah yang suka membentak dan perangai Drew (Ron Livingston) yang pemalas dan habiskan masa dengan kerja dan main game bila pulang ke rumah. Night nanny yang bernama Tully (Mackenzie Davis) akan datang setiap malam jam 10.30 untuk menjaga Mia dan mengemas rumah. Sejak dari hari tu, hidup Marlo berubah menjadi lebih ceria.
Tapi sayangnya Tully tak bertahan lama bila dia decide untuk berhenti kerja. Malam terakhir Tully berkerja, Marlo mengajak untuk pergi ke Brooklyn dan spent time bersama tapi dalam perjalanan pulang mereka berdua mengalami kemalangan dan terbabas masuk ke dalam sungai. Hanya Marlo yang dibawa ke hospital tapi Tully masih lagi hilang.
Tema movie ni ialah post-partum depression atau lebih dikenali dengan gila meroyan selepas beranak. Movie ni cuba untuk bagi kesedaran kepada suami yang alpa dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan seorang ayah kemudian lambakkan tanggungjawabnya kepada isteri atas alasan penat berkerja. I totally love the ending and this movie gives me warm vibe as a family. Tapi scary juga lepas tengok movie ni sebab mostly yang terjadi dalam rumahtangga Marlo adalah perkara biasa terjadi di kehidupan sebenar.
Lakonan Charlize sebagai Marlo yang stress dengan kehidupan dia memang perfect sangat bila dia mengamuk di sekolah Jonah kes kena pindahkan anaknya, bila dia menyampah dengan Drew yang complaint itu ini lepas balik kerja. Scene dia malas nak layan Drew dekat meja makan tu scene fav! Marlo pula tak pernah bergaduh dengan Drew, dia cuma simpan dan pendam sorang. Dia menyampah pun cuma tunjuk dekat ekspressi muka.
Sembang pasal Drew, dia ni agak annoying bila dia jarang ambil tahu hal anak bini tapi bila Craig nak hulurkan bantuan, dia anggap Craig cuba nak malukan dia depan Marlo padahal Craig cuma sayang dan ambil berat dengan adik kesayangan dia je. Marlo je yang dia ada lepas parents diorang meninggal.
I totally recommend this movie to you guys since movie ni mendapat pujian dari ramai pengkritik filem di Sundance Film Festival tahun 2018 baik dari segi jalan penceritaan mahupun dari segi mutu lakonan. Cumanya movie ni tak menepati genre bila diklasifikasikan sebagi komedi tapi tak ada unsur humor pun.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3 /10
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3 /10