Drama Review : Jangan Benci Cintaku
Tuesday, 7 August 2018
Pengarah : Pali Yahya
Penulis Skrip :
Pelakon : Zahirah
MacWilson, Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Izzue Islam, Daler Yusuf, Amelia
Henderson, Luqman Hafidz, Azizah Mahzan, Catriona Ross
Genre : Drama/Cinta
Jumlah Episod : 28 Episod
Tarikh Tayangan : 29 Jun 2018
Syarikat Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn.Bhd
Penyiaran : TV3 Slot Akasia
OST : Sampai Bila –
Misha Omar
Teaser :
Disebabkan ramai yang terkena
virus Husna, maka ada la yang request review drama yang buat darah tinggi
penonton setiap hari ditayangkan. Review ni based on drama sahaja sebab tak
baca pun novel and from what I’ve been told, ending dalam novel lain dengan
drama. So, letsssss
JBC mengisahkan tentang Shah (Saharul
Ridzwan) yang berkahwin dengan Fika (Zahirah MacWilson) tapi terpaksa
melepaskan Fika pergi ke Perth untuk sambung belajar selama 5 tahun. Walaupun
ahli keluarga Shah dan Fika menentang keputusan Fika tapi demi cinta, Shah rela
biarkan Fika capai impian dia. Tapi setahun sebelum Fika pulang ke Malaysia,
Shah jatuh hati pada Husna. Maka bermula episod kecurangan Shah dan perebutan
antara Fika dengan Husna.
Tak cukup dengan masalah cinta
tiga segi ni, Nek Pah (Saharul Ridzwan) pula cucuk jarum dengan melagakan
mereka bertiga. Ditambah pula dengan sepupu Fika, si Irwan (Daler Yusuf) yang
tak putus asa menagih cinta Fika dari kecil lagi. Adun bersama Faris (Luqman
Hafidz) dan Damia (Amelia Henderson), kawan-kawan baik Fika dan Shah yang suka
membawang, tak reti simpan rahsia dan takde kerja nak buat.
Walaupun ramai yang benci,
menyampah, mengutuk, mengecam dan sengaja screenshot muka hudoh Husna untuk dijadikan
meme but for me, watak paling kesian dalam drama ni ialah Husna. Of course lah
watak Fika kesian juga kena tipu dengan suami hidup-hidup but hey, you got what
you wish for kan?
Kenapa cakap kesian? Sebab
dipergunakan sehabis boleh oleh Shah dan Nek Pah demi kepentingan mereka.
Kemunculan awal Husna bila dia dalam kesusahan dan Shah datang tolong. Dari
situ Husna dan Shah selalu terserempak. Kantoi pula depan Shah yang Husna ada
tunang yang abusive physical and mentally. Shah selamatkan Husna dengan bayar
RM10 ribu dan jaga Husna ever since.
Perempuan mana tak cair tengok
orang sanggup leburkan RM10k tanpa minta balasan, tak kenal rapat pun semata
untuk selamatkan dia? Kalau ada dekat tempat Husna, sah cair. RM10k kalau Husna
nak bayar balik memang menangis makan megi tiap minggu. Sedangkan duit PTPTN
pun ramai yang sengkak nak bayar, ada hati nak kecam Husna. Terikat dengan rasa
terhutang budi pada Shah dicampur dengan rasa bersalah sebab susahkan Shah,
masa tu lah Shah masukkan cerita sedih ditinggalkan Fika padahal okay je hidup
LDR dengan Fika sebelum ni. Manipulative and sneaky Shah.
Perempuan mana tak jatuh sayang
kalau jumpa lelaki yang sanggup tolong dia, jaga dia elok dari siang sampai malam,
sampai lamar jadi isteri? Terhutang budi, rasa bersalah, rasa disayangi antara
punca utama Husna susah nak lepaskan Shah kepada Fika tambah pula Nek Pah
penyokong tegar hubungan Husna dengan Shah. Nak compare dengan Fika, Husna jauh
lebih baik dan sebab tu juga la Shah pilih Husna. Sifat pentingkan diri Shah
terserlah dekat sini.
Lebih kurang 3 kali Husna buat
keputusan untuk buang Shah dari hidup dia sebab taknak kacau hubungan Fika dan
dah penat kena kecam, caci maki dengan orang pejabat, orang kampung,
kawan-kawan sebab rosakkan rumah tangga Shah-Fika tapi setiap kali Husna nekad,
setiap kali tu juga Shah datang memujuk, merayu jangan tinggalkan dia. Pada
Husna, Shah betul-betul nak dia jadi tak salah kalau dia meroyan. Again,
manipulative, sneaky and selfish Shah sebab dia ego tak boleh tengok Husna
boleh move on dari cinta dia, same goes to Fika.
Sihatnya hubungan Shah dengan
Husna ni bila diorang boleh settlekan cara matang, berbincang instead of Fika
yang suka lari ke Perth walaupun meroyan Husna tu agak melampau tapi kena la
dengan keadaan dia yang insecure dan dimainkan oleh Shah tu. Ye betul Fika tak
matang tapi dia sendiri kata nak jadi isteri yang terbaik, so usaha la supaya
cecah level Husna. The least you can do, berbincang bukan lari.
Macam mana Shah, macam tu lah
juga Nek Pah sebagai acuan kuih. Masa dia beria nak Husna jadi cucu menantu
kemain manis potong kaki dia puji Husna, hasut Husna sampai Husna tak mampu nak
beza mana baik mana salah. Bila dia tak nak dekat Husna, dia suruh Husna balik
macam tu je bila Husna lawat dia dekat hospital. Lagi kejam bila dia suruh
Husna balik sebab dia sekeluarga perlukan masa untuk pulih. Pulih? Kau yang
rosakkan keadaan bukannya Husna. Sekurang-kurangnya Husna beranikan diri datang
minta maaf walaupun orang kutuk dia perempuan kejam, serigala jadian, sakit
mental tapi Shah dengan Nek Pah halau dia lepas apa yang diorang dah buat dekat
Husna. Seriously?
Fyi Fika, Husna tak kesunyian
macam dianggap sampai jadi murung. Husna dari awal cerita lagi kena abused
dengan tunang dia, kena abused mentally dengan Shah dan Nek Pah, kena abused
mentally dengan orang sekeliling. Kejam kot Shah ajak Husna kahwin tapi
putuskan hubungan through phone call semata untuk buktikan cinta plastik Shah
kepada Fika. Husna kena buang sebab Fika mengandung. Tu je. Masa Shah nak
Husna, tengok macam mana gigih dia datang pujuk merayu dekat Husna tapi dia buang
Husna dan halau Husna. Husna ni jadi mainan orang kaya dalam drama ni je. Nak
tengok macam mana orang kaya layan orang miskin? Macam dalam drama ni lah.
Nak tengok macam mana masyarakat
layan orang kemurungan dan sakit mental? Macam Nek Pah layan Husna bila tahu
Husna sakit. Dia puji melangit kat depan tapi kutuk berbakul dekat belakang.
Ada rasa bersalah? Tak wujud. Ada rasa simpati? Jauh sekali. Ada dia datang
bagi semangat dekat Husna? Puiii lah dasar orang kaya pentingkan diri. Baik
Shah, baik Nek Pah, baik Fika dan keluarga. Nasib baik Syazwi (Izzue Islam) tak
masuk dalam keluarga diorang ni. And thank God lepas setahun Faris mampu buatkan
Husna happy balik macam dulu. So tak tahu lah Faris beria marah Shah dulu sebab
dia geram Shah sailang Husna ataupun betul sebab kawan. Fishy.
Visual and soundtrack memang
bagus nak pula lagu Sampai Bila tu kena dengan jalan cerita drama JBC ni. Boleh
kata berhantu jugak lah lagu Misha Omar ni bila pergi mana pun keluar lagu dia
je, viral pula tu dekat socmed. Antara pengaruh kuat drama JBC ni bila tempat
dating Fika-Shah di Perth, Rainbow Sea Container viral di socmed. Lepas ni tourist guide kena masukkan dalam
list wajib pergi.
Barisan pelakon drama JBC pun
bagus tapi agak mehhh sikit dengan Saharul Ridzwan bila dia slow sangat nak
habiskan dialog dia. Memang dia sengaja ataupun macam tu cara dia berlakon? I
watch this at 2 .0x speed since they’re too slow. No wonder lah cecah sampai 27
episod. Pace slow kemain.
I don’t recommend this drama at
all since too many negativity shown antara dua kasta rakyat yang berbeza. I
orang miskin, I do understand how Husna feel at the moment. Mungkin ramai yang
buta dengan kemarahan sebab Husna jadi orang ketiga tapi celikkan sikit tengok perangai
Shah dan Nek Pah. And please berhenti guna gambar Husna/Niena Baharun untuk
promosikan produk you guys. Sedih kot tengok.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4.
Storyline +0.2, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4,
9. Social Message +0.1, 10. Personal Thought +0.1 = 5.6/10